Monday 23 April 2012

BN meningkat naik di Penang dan populariti Anwar merundum

KUALA LUMPUR, 23 April — Kepimpinan agresif oleh ketua Barisan Nasional (BN) baru Penang Teng Chang Yeow dan penurunan populariti Datuk Seri Anwar Ibrahim di negeri itu telah memberikan kerajaan harapan mereka akan menawan kembali negeri berkenaan daripada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum akan datang.

The Malaysian Insider difahamkan BN mahu Ketua Menteri sedia ada Lim Guan Eng hanya bertahan di negeri itu tanpa berkempen di mana-mana lokasi dalam pilihan raya tersebut. Sumber mengesahkan kaji selidik dalaman DAP menunjukkan populariti Anwar merundum termasuk di kerusinya sendiri di Permatang Pauh.

“Lim perlu melakukan sesuatu sekarang kerana sokongan Melayu telah berubah. Populariti Anwar telah turun kepada hanya 50 peratus di Permatang Pauh dan ia amat dibimbangkan,” kata sumber DAP kepada The Malaysian Insider.

Tambahnya, Lim telah mula menggerakkan parti dan pakatannya termasuk PAS dan PKR untuk melakukan kempen yang lebih menyeluruh untuk mengekalkan negeri itu, di mana PR menguasai 29 daripada 40 kerusi. Umno menguasai 11 kerusi yang lainnya.


Jarumemas: Eloklah tu! Mudah-mudahan rakyat sedar bahawa pemimpin yang rosak akhlaknya tidak layak untuk dinobatkan sebagai pemimpin, bimbang nanti Allah akan turunkan bala dan kita yang tidak berdosa pun sama kena tempiasnya, nauzubillah.