Monday 20 January 2014

PKR: Harga naik kenapa salahkah orang tengah?


PKR hari ini mempersoalkan tindakan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyalahkan orang tengah ekoran kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.


“Kenyataan menteri ini cubaan mengalih pandangan umum daripada isu sebenar, bahawa kenaikan harga barang timbul daripada kegagalan dasar pentadbiran Datuk Seri Najib Razak untuk menangani kenaikan inflasi yang mendadak,” kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.



Fahmi justeru menyifatkan kenyataan Tengku Adnan itu sebagai tidak berasas dan tidak bertanggungjawab kerana peningkatan inflasi itu sudah pun diingatkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lagi...www.malaysiakini.com

Jarumemas: Biarlah kenyataan yang dikeluarkan menepati fakta dan kebenaran. 

ADUN: Flash mob kangkung tak bermaksud hina sesiapa


Dalam reaksinya terhadap serangan peribadi terhadapnya berhubung flash mob kangkung Rabu lalu, ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon menjelaskan tindakan menjemput perdana menteri untuk makan kangkung tidak membawa maksud untuk menghina sesiapa.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau berhubung isu tersebut:

Berkenaan dengan pelbagai serangan peribadi terhadap saya oleh pemimpin Umno/BN sejurus selepas dengan flash mob “I LOVE Kangkung” yang telah diadakan pada jam 6.30 petang, 15 Januari 2014 (Rabu), saya ingin menegaskan bahawa tindakan menjemput Perdana Menteri untuk makan kangkung tidak membawa maksud untuk menghina sesiapa.

Saya tidak faham kenapa Umno/BN dan penyokong mereka menyamakan tindakan tersebut sebagai suatu tanda penghinaan. Sebenarnya tindakan kreatif tersebut mempunyai simbolik yang menuntut Perdana Menteri supaya boleh berprihatin terhadap beban kehidupan rakyat jelata yang semakin berat akibat daripada harga barang naik.

Kenyataan kangkung yang dibuat oleh Perdana Menteri telah menunjukkan bahawa kerajaan Persekutuan seolah-olah bersikap lari daripada tanggungjawab mengawal harga barangan. Dengan itu, seluruh sosial media internet serta media massa telah penuh dengan pelbagai komedi dan sindiran yang berasaskan kangkung untuk menyindir Perdana Menteri.


Jarumemas: Bergurau ada  hadnya, apatah lagi kalau ia melibatkan pemimpin utama negara. Tindakan menyumbat sayur kangkung ke mulut replika PM, adalah bersifat kurang ajar dan biadap namanya. 

'Sekat kos menteri, pegawai kerajaan'


Kenaikan harga barangan keperluan harian merupakan cabaran utama tahun 2014 dan kerajaan harus mengambil langkah membendung perkara ini.

Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Pergerakan Wanita Umno Kota Kinabalu Rosimah Zakaria selepas Majlis Angkat Sumpah Jawatan Ahli-ahli Pergerakan Wanita UMNO Kota Kinabalu bersama Pengerusi Biro-biro di Kota Kinabalu semalam.

Katanya, antara langkah yang boleh diambil adalah dengan menyekat pelbagai kos menteri dan pegawai kerajaan.

“Dengan menyekat pelbagai kos pegawai kerajaan dan menteri, ia boleh menyumbang ke arah penjimatan perbelanjaan negara.

“Untuk itu dalam masa yang sama, para pemimpin dan pegawai kerajaan harus menunjukkan contoh yang baik dan tidak bermewah-mewah dalam perbelanjaan. Ini semua adalah sebagai contoh dan teladan supaya rakyat dapat terima dengan baik,” jelas Rosimah.


Jarumemas: Cadangan yang baik. 

Pakar: Majlis Fatwa tiada kuasa undang-undang


Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) tidak mempunyai kuasa undang-undang dalam perkara berkaitan Islam kerana perkara itu urusan kerajaan negeri, kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.

"Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai kedudukan undang-undang kerana perkara berkaitan agama Islam urusan negeri-negeri, dan ia (MFK) tersebut tidak mempunyai status si sisi perlembagaan.

“Pembahagian kuasa persekutuan-negeri yang meletakkan Islam di tangan negeri-negeri dikekalkan oleh perlembagaan persekutuan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, apa sahaja pandangan majlis tentang serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Persatuan Bible Malaysia (BSM) pada 2 Januari tidak memberi kesan, sama ada kepada umat Islam atau bukan Islam.


Jarumemas: Sebagai majlis tertinggi agama, sewajarnya  Majlis Fatwa Kebangsaan mempunyai kuasa menyeluruh berkaitan soal agama Islam. 

Mukhriz bimbang BN kalah kerana isu kos


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir bimbang dasar “betul tapi tak popular” dalam menangani masalah khususnya kenaikan kos sara hidup rakyat menyebabkan kerajaan sedia ada tumbang pada pilihan raya umum akan datang.

Mukhriz dilaporkan berkata kerajaan wajib mendengar rintihan pihak yang memberikan kemenangan pada BN dan dikhuatiri mereka kesal kerana "pihak yang disokong seolah-olah tidak prihatin, tidak peduli suara akar umbi".

"Malangnya dalam keadaan sekarang, BN menang tipis tak dapat dua pertiga majoriti seperti sebelum ini. Ada perkara yang boleh dibuat, ada yang tak mampu dibuat selagi kita tidak dapat keyakinan sepenuhnya daripada rakyat.

"Saya bimbang kalau hanya fikirkan dasar yang baik dan betul saja dengan ketepikan terus soal populariti, maka akhirnya dalam PRU (pilihan raya umum) akan datang, walaupun kita buat perkara yang betul tetapi disebabkan persepsi rakyat sudah begitu, kita akan kecundang.

"Ketika itu, tiada apa yang boleh dilakukan kerana nasi dah jadi bubur," katanya dalam wawancaranya yang disiarkan dalam Berita Minggu hari ini.


Jarumemas: Inilah yang dibimbangkan, tetapi malangnya kerajaan seolah-olah memandang sepi sahaja. 

Lee kutuk provokasi kumpulan 'pro-kangkung'


Selepas menjadi sasaran protes Umno dan sekutunya kelmarin dan semalam ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon mengutuk demonstrasi provokatif mereka dengan menyifatkannya sebagai "langkah ganas dan kasar".

Lee berkata hal demikian dapat dilihat melalui pengedaran sebaran (flyer) mengajak orang ramai menghadiri demonstrasi itu dengan tertera gambar seorang lelaki membawa parang serta bahasa berbaur ugutan dan provokasi.

"Saya menghormati hak berhimpun dan berdemo untuk Umno dan penyokongnya. Akan tetapi, tindakan mereka yang seringkali mengambil langkah yang ganas serta kasar dalam demonstrasi mereka amat dikesali," kata dalam kenyataannya semalam.


Jarumemas: Sudah terlalu angkuh dan biadap mereka ini. Inilah akibat terlalu bagi muka sampaikan pemimpin yang dihormati dilakukan sebegitu rupa. Apakah tindakan tidsak boleh diambil ke atas mereka yang biadap ini? 

'Ancaman 13 Mei pengakuan tersirat Umno'


Ancaman pengulangan tragedi 13 Mei dalam perhimpunan ahli Umno di Seberang Jaya semalam dianggap DAP sebagai "pengakuan tersirat" bahawa parti itu penyebab peristiwa yang mengorbankan banyak nyawa.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, langkah itu, yang dinyatakan ketika membantah 'flash mob kangkung' ADUN PKR Machang Bubuk Lee Khai Loon itu , mengancam keharmonian awam, berunsur hasutan dan bertujuan mengalih isu kenaikan harga barang dan rasuah.

Sambil menyifatkan tindakan itu memangsai gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, DAP juga akan membuat laporan polis, kata Lim.

"Bagi mengelakkan daripada bertanggungjawab terhadap kenaikan harga dan rasuah, Umno tidak mempunyai pilihan lain kecuali menyemarakkan api kebencian agama dan kaum terhadap orang bukan Islam dan bukan Melayu bagi mengekalkan cengkaman mereka ke atas undi orang Melayu.

"Umno pasti naif jika mereka berfikir orang Melayu begitu mudah mempercayai retorik Umno yang melampau, sedangkan harga barangan terus meningkat, dan demonstrasi Umno gagal meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh rakyat," katanya.


Jarumemas: Gasing spinner???

Anwar ulas '40 perkataan larangan' di P Pinang


Walaupun Pengerusi DAP, Karpal Singh menggesa kerajaan Pulau Pinang supaya mendapatkan nasihat undang-undang mengenai penggunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam di negeri itu sebelum sabitan berlaku, tetapi pemimpin kerajaan negeri berdiam diri berhubung perkara itu.

Di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004, bukan Islam dilarang menggunakan 40 perkataan, termasuk kalimah 'Allah'.

Sabitan di bawah Enakmen tersebut membawa hukuman denda RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Tiada peluang untuk bertanya Ketua Menteri Lim Guan Eng manakala emel oleh seorang wartawan mengenai isu itu tidak dijawab.

Malah Exco Hal Ehwal Islam Negeri, Abdul Malik Kassim enggan mengulas.

Apabila ditanya hari ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, "Bukan saya mempertahankan Guan Eng.

"Tetapi jika beliau menyebut perkataan yang salah, beliau akan diserang oleh seluruh media BN," kata Anwar ketika ditemui di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.


Jarumemas: Munafik!!!

PERKASA kesal filem 'lucah' syarikat anak Rosmah


PERKASA melahirkan rasa kesal kerana banyak adegan lucah dipaparkan dalam filem The Wolf of Wall Street yang dilapor diterbitkan syarikat yang diasaskan rakyat Malaysia Riza Aziz.

Setiausaha Agungnya Syed Hasan Syed Ali berkata kejayaan di peringkat global tidak bermaksud perlu menurut rencah negara Barat.

"Jika benarlah filem ini diterbitkan orang orang Melayu, PERKASA rasa sangat sedih. Di sini bila Melayu bermakna ia Islam. PERKASA hairan mengapa orang Islam tergamak buat filem yang banyak adengan-adegan lucah dalamnya.

"Jangan ajak kami umat Islam negara ini terima segala apa sahaja yang global. Kita disaran supaya maju dalam negara dan menerokai hingga peringkat antarabangsa dengan jayanya," kata beliau dalam SMS kepada Malaysiakini.


Jarumemas: Budaya Timur penuh dengan kesopanan dan kesusilaan. 

Tekanan diplomasi halang Anwar ke Jepun?


PKR mendakwa kerajaan menggunakan tekanan politik yang tidak kelihatan bagi melindungi kepentingannya sehingga menyebabkan ketua umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dilarang memasuki Jepun.

Malah, menurut pengerusi biro guaman dan hak asasi manusia PKR Latheefa Koya, perkara itu bukan pertama kali berlaku.

Sebelum ini, katanya lagi, kerajaan Malaysia menghalang ahli pathologis terkenal Thailand daripada memasuki negara ini bagi menjalankan bedah siasat terhadap kes kematian dalam tahanan.

“Oleh itu kami menuntut perdana menteri membetulkan keadaan dengan segera menarik balik laporan yang tidak perlu kepada kerajaan Jepun dan memberikan pelepasan perjalanan penuh kepada Anwar,” katanya.


Jarumemas: Mengapa persalahkan kerajaan? 

'Peserta protes Umno: DAP mau lagi 13 Mei?'


Flash mob kangkung oleh ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon telah menimbulkan kemarahan ahli Umno dan sekutu mereka, yang mengadakan perhimpunan di Seberang Jaya membantah perbuatan Lee yang didakwa biadap terhadap pemimpin tertinggi negara.

Sekitar 600 orang, termasuk pemimpin Umno negeri, menghadiri perhimpunan tersebut, yang diadakan di hadapan Sunway Carnival Mall.

Terdahulu, kumpulan itu berarak dari gelanggang futsal yang berhampiran, yang terletak 1km dari pusat membeli-belah, sambil melaungkan  "Allahu Akbar " dan "Hidup Melayu".

Mereka juga membawa beberapa sepanduk yang menyifatkan perbuatan menghina PM macam menghina Melayu, ABCD - Asal Bukan Cina DAP dan DAP musuh Islam.

Sepanduk yang paling menarik berbunyi 'Kerana mulut pemimpin DAP, 13 Mei 1969 terjadi... Mahu lagi kaa? '


Jarumemas: Itulah sarang tebuan jangan dijolok nanti buruk padahnya. KEsabaran orang Melayu ada hadnya  kalau dah diasak berkali-kali boleh hilang sabar dan buruk padahnya. 

M'sian opposition leader denied entry into Japan

Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim has been denied entry into Japan.
Anwar said he was barred from entering the country when he arrived at Narita International Airport at 6:45am on Sunday and was told to board the first flight back or face deportation.
He said the Japanese Immigration officials had explained that he was denied entry because of a previous conviction in 1999.
“I told them this could not be a valid reason on account of the fact that prior to this I had already entered Tokyo without hindrance on three previous occasions in 2006, 2009 and 2012.
“They finally told me that they had to take this action because of a latest report possibly in 2013,” he said in a press statement.
Jarumemas: Is he blaming the Malaysian government fot this matter?