Thursday 28 November 2013

Pemimpin Umno tiada harga di mata Najib – Shahbudin Husin

Apabila bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad mengkritik Najib dengan mengatakan kepimpinannya semakin lemah dan sering tunduk kepada tuntutan kumpulan ekstremis pembangkang, beberapa pemimpin Umno segera tampil menyanggah pandangan itu. Menurut mereka, keterbukaan Najib tidak seharusnya ditafsirkan sebagai tunduk dan lebih mendengar tuntutan pembangkang.
Namun, dua hari lalu Najib mengumumkan penubuhan Majlis Konsultansi Perpaduan Negara atau MKPN sebagai usaha mengukuhkan perpaduan pelbagai kaum di negara ini. MKPN ini diberi tempoh selama enam bulan untuk memberi cadangan kepada kerajaan bagi tujuan itu.
Cuba lihat ahli-ahli MKPN ini:-
Pengerusi - Samsudin Osman
Timbalan Pengerusi - Lee Lam Thye
Ahli majlis:
Ramon Navaratnam
Pheng Yin Huah
Napsiah Omar
Dr Michael Yeoh Oon Kheng
Johan Jaafar
Senator Boon Soom a/l Inong
Dr Mujahid Yusof Rawa
Clarence Bongkos Malakun
John Sikayun
Lim Kok Cheong
Saifuddin Abdullah
Zainal Abidin Abdul Kadir
Rugayah Abdul Majid
Dr Kantayya Mariapan
Prof Madya Dr Madeline Berma
Prof Dr Suresh Kumar a/l Govind
Dr Bilson Kurus
Tan Yew Sing
Lim Chee Wee
Lim Lam Thye
Sadar Jagir Singh
Marina Mahathir
Mohamed Maliki Mohamed Rafiee
Mohamad Anas Omar @ Anas Zubedy
Wardina Safiyyah
Ariff Irwani Azahari
Audrey Goh
Di mana pemimpin dan ahli Parlimen Umno dalam majlis itu? Kalau PAS diwakili ahli Parlimen dan AJK PAS Pusat Dr Mujahid Yusof Rawa, apakah menjadi suatu kesalahan dan dosa bagi Najib untuk melantik ahli Parlimen Umno atau daripada kalangan Ahli Majlis Tertinggi Umno menganggotai majlis itu?
Kenapa dalam soal mahu mewujudkan perpaduan dan memberi idea serta cadangan ke arah mewujudkan perpaduan, Umno sebagai parti teras dalam kerajaan dipinggirkan?
Kenapa juga pemimpin daripada Perkasa atau Jati tidak dijemput sama?
Dalam MKPN ini, kalau ada pun wajah Umno di dalamnya hanyalah melalui Saifuddin Abdullah, Napsiah Omar dan Zainal Abidin Abdul Kadir tetapi Saifuddin telah kalah dalam pilihan raya dan pemilihan Umno yang lalu.
Pengamal politik baru ini sudah boleh dianggap pemimpin yang berada di luar lingkungan. Napsiah dan Zainal Abidin pula adalah bekas wakil rakyat dan sudah menjadi "orang pencen" dalam Umno.
Apakah Marina Mahathir yang pernah terlibat dengan Bersih, Sister In Islam dan turut dikaitkan dengan tuntutan Comango mahu diharapkan mewakili Umno dalam memberi cadangan dan kepentingan Melayu dalam soal perpaduan ini?
Komposisi ahli-ahli majlis MKPN ini juga seperti tidak menggambarkan realiti kedudukan kaum yang sebenar di mana sepatutnya ahli daripada kalangan Melayu jauh lebih ramai berbanding kaum lain. Melayu dan Umno sebenarnya sama-sama dipinggirkan dalam MKPN ini.
Ramai juga yang keliru mengapa Najib melantik artis Wardina menganggotai majlis ini kerana beliau diketahui memang mempunyai pandangan yang lebih mirip kepada pembangkang serta kerapkali mengkritik kerajaan dalam tulisannya di Twitter.
Kenapa tidak dilantik daripada kalangan pemimpin persatuan artis atau daripada kalangan penggiat seni yang lebih senior?
Selain Melayu dan Umno diketepikan dalam usaha membentuk perpaduan, Najib yang juga Presiden Umno nampaknya lebih menghargai dan memandang tinggi kewibawaan ahli Parlimen dan AJK PAS Pusat berbanding parti di mana beliau sendiri menjadi ketuanya.
Barangkali ini merupakan satu lagi idea cemerlang daripada Pemandu, kalangan penasihat (punah-sihat?) atau perunding luar (dipanggil juga con-sultan atau con-setan) yang telah menelan belanja RM7.2 bilion sejak lima tahun lalu.
Dan tanpa sedar, Najib telah mengesahkan pandangan Mahathir terhadapnya. – shahbudindotcom.blogspot.com,  27 November, 2013.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Sumber: The Malaysian Insider
Jarumemas: ???????????????

Menteri Besar, Adun Selangor dapat kenaikan gaji mulai Januari 1

Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor hari ini meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) berkuat kuasa Januari 1 depan, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%.
Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.
Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN  dari RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250.

Jarumemas: Banyaknya kenaikan gaji mereka? Bagaimana pulak kehidupan rakyat selepas  ini? Adakah segala cukai akan dinaikkan bagi mengimbangi kenaikan gaji para exco dan MB? 

PAC minta Kastam beri penjelasan rampasan kereta mewah

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memaklumkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk melihat jumlah luar biasa penjualan kereta mewah di pulau bebas cukai Labuan dan Langkawi selepas rampasan beberapa kereta mewah berikutan tidak membayar duti dan cukai, baru-baru ini.
The Malaysian Insider difahamkan, jabatan tersebut sudah mengesan kenderaan mewah beberapa pemimpin korporat dan pegawai tertinggi kerajaan yang kini berhutang duti tidak berbayar dengan nilai jutaan ringgit.
Sesetengah kenderaan mewah dibawa ke tanah besar menggunakan nombor pendaftaran Gagasan 1 Malaysia atau G1M untuk menyembunyikan fakta ia dibeli di pulau bebas cukai itu yang hanya boleh dibawa keluar selama tiga bulan.
“Kastam sudah diarahkan untuk melihat jika terdapat sindiket atau orang besar ini melarikan diri daripada cukai dengan membeli kereta bebas cukai, tetapi menggunakannya di luar,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Jarumemas: Orang korporat yang kaya raya pun perangai semacam. Ikan bilis juga yang ditangkap. Kalau dalam hidup tidak ada  sifat  amanah dan bertanggungjawab atas apa yang kita lakukan, maka kehalalan rezeki yang dibawa balik ke dalam rumah masih diragui. 

Singapura perlu berterus terang - Azmi Hassan

Sejak dua bulan lalu terdapat desas-desus yang menuding Bahagian Keselamatan dan Perisikan (SID) Kementerian Pertahanan Singapura membantu beberapa agensi perisikan seperti Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) Amerika Syarikat, Ibu Pejabat Komunikasi Kerajaan (GCHQ) United Kingdom dan Direktorat Isyarat Pertahanan (DSD) Australia mendapatkan maklumat risikan beberapa negara Asia Pasifik termasuk Malaysia.
Khabar angin tersebut yang didedahkan oleh beberapa akhbar antarabangsa bersandarkan kepada dokumen rahsia yang dibocorkan oleh Edward Snowden yang pernah bekerja dengan NSA.
Tetapi beberapa hari lalu desas-desus tersebut bagaikan disahkan kesahihannya apabila kumpulan akhbar Australia iaitu Faifax Media yang memetik daripada sumber akhbar Belanda NRC Handelsblad mendedahkan SID Singapura melalui syarikat telekomunikasi SingTel menceroboh saluran komunikasi kabel gentian optik dasar laut SEA-ME-WE-3.
Perlu ditegaskan SEA-ME-WE-3 adalah saluran komunikasi terpanjang di dunia yang menghubungkan rantau Asia Tenggara, Timur Tengah dan Eropah Barat dan rakyat Malaysia adalah antara pengguna saluran ini sama ada untuk berkomunikasi melalui telefon atau internet. SingTel pula yang dimiliki oleh kerajaan Singapura merupakan pengendali saluran kabel ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa Singapura perlu mengemukakan bukti dan maklumat yang jelas sekiranya tidak terlibat dalam aktiviti pengintipan terhadap Malaysia.
“Jika Singapura kata mereka tidak terlibat, maka kena kemuka bukti dan maklumat yang jelas kepada kita bahawa itu (dakwaan) tidak benar," tegas Muhyiddin.

Jarumemas: Tak sungguh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin. 

2 Profesional Muda Sertai Barisan Exco Pemuda Umno

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Dua profesional muda adalah antara yang dibawa menyertai barisan kepimpinan Pemuda Umno pusat bagi penggal 2013-2016, yang turut menyaksikan kewujudan dua biro baharu.

Ketika mengumumkan senarai penuh barisan portfolio Exco Pemuda di sini hari ini, ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin berkata pelantikan profesional muda lingkungan 20-an iaitu Shahril Suffian Hamdan dan Ar Rahman Husin adalah bagi mewakili generasi muda.

"Mereka (dua exco muda) ini ialah daripada luar struktur Umno secara tradisi walaupun mereka ini ahli tetapi tidak datang daripada jawatankuasa bahagian, cawangan dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pertama sayap itu selepas pemilihan parti Oktober lepas di Menara Dato' Onn hari ini.

Dalam pada itu, Khairy berkata pengenalan dua biro baharu iaitu Perkaderan Politik serta Kepenggunaan, Alam Sekitar dan Kualiti Hidup menjadikan jumlah keseluruhan biro dalam pergerakan berkenaan kini 27.

Beliau juga berkata barisan kepimpinan kali ini hanya dibarisi lima muka lama manakala selebihnya adalah muka baharu.

Lagi...www.bernama.com

Jarumemas: Pemuda UMNO jangan pula lupa  untuk memantapkan biro keagamaan dengan wakil-eakil yang dapat  membimbing para remaja kita dan generasi Y ke arah yang diredhai Allah. 

Lajim Ukin Dakwa Hanya Lapan Pemimpin PKR Sabah Keluar Parti

KOTA KINABALU, 27 Nov (Bernama) -- Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Datuk Seri Lajim Ukin mendakwa hanya lapan pemimpin PKR yang keluar daripada parti itu.

Beliau berkata tiga daripada mereka adalah ketua cabang dari Kinabatangan, Kota Marudu dan Silam.

"Sementara selebihnya adalah terdiri daripada pemangku, naib ketua dan ahli-ahli biasa manakala Cabang Beluran masih belum mendapat kepastian," katanya pada sidang media di Bangunan PKR di sini, hari ini.

Lajim memaklumkan pihaknya belum menerima surat peletakan jawatan mereka yang keluar dan menyokong Barisan Nasional (BN) sehingga petang ini.

Beliau berkata parti di peringkat negeri akan mengesyorkan kepada presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk memecat keahlian mereka.

Semalam, Perdana Menteri merangkap Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 pemimpin cabang PKR Sabah keluar parti dan menyatakan sokongan terhadap BN.

Mereka terdiri daripada ketua cabang, timbalan ketua cabang dan ketua penerangan cabang parti itu dari Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna.

Sumber:  BERNAMA


Jarumemas: Betul ke dakwaan Datuk Seri Lajim tu? 

PKR Roban Lumpuh, 110 Anggota Sertai SPDP

KUCHING, 27 Nov (Bernama) -- Operasi PKR cabang Roban di Saratok, Sarawak, lumpuh selepas pengerusi dan setiausahanya keluar parti dan membawa bersama-sama mereka 108 anggota serta penyokong untuk menyertai Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Gani Eli, yang mempengerusikan cabang itu sejak 2011, mengetuai kumpulan yang keluar PKR itu untuk menyerahkan borang permohonan mereka kepada Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom di sini Rabu.

"PKR tidak ada hala tuju selepas pilihan raya (umum ke-13). (Kami telah dibiarkan) macam itu sahaja," katanya pada sidang akhbar selepas menyerahkan borang permohonan mereka di ibu pejabat SPDP di sini.

Beliau berkata lebih banyak anggota dan penyokong PKR dari Roban dijangka mengikuti jejak mereka.

Sementara itu bekas Setiausaha PKR Roban Abang Mokhtar Abang Zulkifli berkata beliau menyedari parti pembangkang itu tidak dapat berbuat apa-apa untuk meningkatkan kehidupan rakyat.

Lagi...www.bernama.com

Jarumemas: Rakyat sudah mula dapat menilai yang mana satu kaca dan yang mana satu permata. 

Malaysia Tidak Mungkin Maju Jika Rakyat Tidak Bersatu - Muhyiddin

MUAR, 27 Nov (Bernama) -- Malaysia tidak mungkin akan mampu menjadi negara maju jika rakyat pelbagai kaum di negara ini tidak mengamalkan sikap hormat menghormati adat resam dan budaya antara satu sama lain.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kejayaan dan kemajuan yang dilakar negara pada masa kini adalah hasil sikap toleransi yang diamalkan rakyat sejak negara mencapai kemerdekaan 56 tahun yang lalu.

"Kita seharusnya bersyukur kerana Malaysia telah mencipta banyak kemajuan dan kejayaan walaupun hidup pelbagai kaum. Kita tidak mungkin jadi negara maju jika kita tidak hormat satu sama lain.

"Berbeza di sesetengah negara, rakyatnya bergaduh sesama sendiri, tidak hormat adat resam dan kaum di negara mereka sehingga menimbulkan keadaan tidak stabil dan tidak tenteram menyebabkan kejayaan sukar dicapai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Deepavali Parlimen Pagoh di Institut Kemahiran Bina Negara (IKBN), Pagoh di sini hari ini.


Jarumemas: Perpaduan, perasaan muhibah, berkerjasama dan memahami satu sama lain adalah kunci kepada keharmonian negara. Sewajarnya kita  menolak segala salah faham sesama sendiri, menolak fahaman politik yang cuba merosakkan keharmonian kita semua. Rakyat perlu buka mata dan peka dan bergerak mempertahankan keharmonian dan keamanan negara. 

Pemuda Terus Bawa Suara Generasi Muda Pada Perhimpunan Agung Umno

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Pergerakan Pemuda Umno akan terus membawa isu berkaitan generasi muda dan menjadi suara golongan itu di Perhimpunan Agung Umno 2013 pada Disember ini selain memfokus kepada isu berkaitan perumahan, ekonomi dan kos sara hidup.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata isu asas termasuk agama dan bangsa akan turut dibangkit.

"Pada masa yang sama, kita akan sentiasa pastikan pendekatan kita nanti konsisten dengan semangat Barisan Nasional(BN)," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama barisan Exco Pemuda Umno susulan pemilihan sayap parti itu Oktober lepas.

Lagi...www.bernama.com

Jarumemas: Menjelang tahun 2020 Malaysia merupakan mnegara maju yang memerlukan pemimpin muda untuk melayari pemerintahan negara. Oleh itu, memberi peluang kepada generasi ini untuk bersuara dan bertindak adalah jalan terbaik bagi mereka mengemudi negara pada masa akan datang. 

Najib Mahu Lebih Ramai Rakyat Manfaatkan Program Pembangunan

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berharap lebih ramai lagi rakyat akan meraih manfaat daripada program dan inisiatif pembangunan yang disediakan kerajaan.

Perdana Menteri berkata program seperti 1AZAM hanya menyediakan platform dan terpulang kepada individu terbabit untuk menggunakan sepenuhnya peluang yang ditawarkan.

Melalui 1AZAM, empat peluang menambah pendapatan dikenal pasti iaitu penempatan pekerjaan, perniagaan kecil, penyediaan perkhidmatan dan pertanian.

Najib, dalam laman Facebooknya, menarik perhatian tentang kejayaan ibu tunggal lima anak, Zabidah Abdul Hamid, yang mengusahakan perniagaan kek serta kuih-muih.

"Bermula dengan pendapatan bulanan RM300, perniagaan beliau kini mampu menjana RM3,000 sebulan, setelah mengembangkan rangkaian perniagaan di sekitar Lembah Klang dan Selangor," katanya.

Lagi...www.bernama.com

Jarumemas: Kerajaan memberi pelbagai kemudahan dan kesenangan kepada rakyat dan rakyat memang berterima kasih. Namun, ketirisan sering berlaku. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab perlu lebih amanah, cekap dalam melaksanakan apa yang telah dirancang oleh kerajaan.