Wednesday 6 March 2013

SPR: Pencerobohan Sabah tak jejas persiapan p'raya

Insiden pencerobohan kumpulan bersenjata dari Selatan Filipina di Sabah tidak merencat persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) negara ini.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata persiapan bagi pilihan raya umum setakat ini berjalan lancar dan pihaknya meletak sepenuh keyakinan kepada pihak berkuasa keselamatan bagi menyelesaikan perkara itu.

"Bagi SPR, persiapan menghadapi PRU-13 berjalan lancar tanpa mengira apa-apa senario. Itu urusan keselamatan negara yang sedang ditangani dengan serius oleh pasukan keselamatan kita. Kita yakin ini akan selesai dan insya-Allah, PRU-13 akan berjalan seperti kita rancangkan," katanya dalam satu temu bual dengan Bernama semalam.


Jarumemas: Perlu diteruskan supaya tidak digunakan oleh pembangkang untuk memalukan kerajaan.

Keturunan Sulu: Kami setia dengan Malaysia

Meskipun mempunyai pertalian persaudaraan dengan bangsa Sulu di selatan Filipina, nyata taat setia rakyat Sabah bangsa ini terhadap Malaysia tidak goyah.

Sebaliknya, mereka mengutuk tindakan kumpulan bersenjata itu yang jelas mencabuli hak keamanan mereka yang dinikmati sejak sekian lama, selain menyifatkan tindakan itu sebagai memalukan.

Bahkan ada antara mereka tidak mahu dikaitkan dengan kumpulan berkenaan dalam kemelut yang memasuki hari ke-22 hari ini, kerana malu.


Jarumemas: Mereka yang tahu berterima kasih dan bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran Malaysia.

SHARE THIS STORY - CARTOONKINI Advertise here Advertise here Sumbangan untuk keluarga polis yang terkorban di Sabah

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan tabung kebajikan kepada keluarga anggota polis yang terkorban atau cedera dalam serangan penceroboh bersenjata di Sabah.

Dalam satu kenyataan, tabung itu diwujudkan selepas menerima pertanyaan daripada masyarakat prihatin yang menyuarakan hasrat untuk menghulurkan bantuan kepada balu dan anak mangsa yang terkorban dan cedera.

"PDRM mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan warga Malaysia yang ingin menghulurkan bantuan kewangan untuk meringankan beban keluarga perwira-perwira yang terkorban," kata kenyataan itu.

Kenyataan yang disiarkan laman sosial facebook PDRM menyebut, segala bentuk bantuan boleh disalurkan kepada Tabung Kebajikan PDRM melalui akaun Maybank bernombor 564100004646. 


Jarumemas: Moga Allah mencucuri roh mereka yang terkorban.

Pensyarah: Terowong P Pinang tak relevan pada masa sekarang

Pulau Pinang tidak perlukan satu lagi jambatan atau terowong untuk tempoh 20 tahun akan datang kerana infrastruktur yang ada hari ini sudah memadai, kata seorang pensyarah.

Pensyarah Perancangan Bandar dan Wilayah UiTM Prof Madya Ahmad Fuzi Arshad berkata cadangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk mewujudkan terowong bawah laut yang menghubungkan pulau itu ke tanah besar dilihat tidak relevan berdasarkan keperluan semasa.

Beliau berkata apa jua perancangan ia perlu dibuat berdasarkan kepada keperluan dan penilaian isi padu lalu lintas oleh pakar pengangkutan.

"Saya tidak nampak keperluan untuk membina terowong ini dalam masa 20 tahun ini sebab Jambatan Pulau Pinang yang sedia ada dan projek jambatan Pulau Pinang kedua sudah mencukupi buat masa sekarang. Lainlah kalau satu daripada jambatan ini runtuh," katanya kepada Bernama.


Jarumemas: Nak tunjukkan gahnya sahaja.

RM100,000 pada setiap keluarga anggota terkorban

Kerajaan negeri Sabah akan memberi sumbangan sebanyak RM100,000 kepada setiap keluarga anggota keselamatan yang terkorban di Lahad Datu dan Semporna.
  
Ketika mengumumkan perkara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata kabinet negeri yang membincangkan perkara itu turut bersetuju memberi sumbangan sebanyak RM50,000 kepada anggota keselamatan yang cedera dalam kedua-dua kejadian itu.
  
"Di samping itu, kerajaan negeri akan mempertimbang pemberian bantuan lain yang sesuai kepada balu dan anak-anak anggota serta pegawai polis terbabit," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet Sabah di Wisma Innoprise, di Likas hari ini.


Jarumemas: Yang pergi tetap pergi yang tinggal perlu teruskan penghidupan.

Polis: Seorang musuh dipercayai terbunuh pagi ini

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata satu pertempuran meletus di Kampung Tanduo, Lahad Datu pagi ini, sehari selepas operasi pengeboman dilakukan ke kawasan tersebut.

Katanya, pasukannnya terpaksa melepaskan tembakan apabila ditembak dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu.

“Saya difahamkan seorang musuh ditembak... Kami percaya dia terbunuh,” katanya.

Bagaimanapun pasukan keselamatan tidak mengeluarkan mayat tersebut atas sebab keselamatan.

Ismail juga mengesahkan kumpulan penceroboh kini menyamar dengan berpakaian preman untuk melepaskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan.


Jarumemas: Semoga Allah melindungi anggota polis dan tentera kita di sana dari segala musibah. amin