Thursday 2 August 2012

PAS ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ dengan DAP isu hudud, kata Mustafa

KUALA LUMPUR, 31 Julai — Naib Presiden PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata bahawa PAS sentiasa “bersetuju untuk tidak bersetuju: dengan DAP berkenaan isu hudud. Katanya, memang jelas terdapat perbezaan antara PAS dan DAP, namun segala perbezaan itu tidak boleh dilihat semata-mata tetapi persamaan seperti mahu membanteras rasuah, menuntut keadilan dan hak asasi manusia harus juga untuk dilihat. “Apa yang penting bagi PAS dan DAP adalah kedua-duanya saling memahami dengan proses demokrasi,” kata Mustafa. Katanya, UMNO sebenarnya yang tidak ikhlas dalam isu hudud dan hanya mahu menjadikan ia satu mainan politik. “Contohnya dalam Terengganu ada enakmen hudud, tetapi kini Terengganu diperintah Barisan Nasional (BN), kenapa mereka tak laksanakan,” kata Mustafa. Katanya lagi, negara berkebajikan dan Islam adalah satu istilah dan tidak ada perbezaan antara dua istilah tersebut. "Negara Islam atau negara berkebajikan tidak ada perbezaannya, jadi tidak perlu ada polemik terhadap isu tersebut," katanya lagi. Berita selanjutnya... Jarumemas: Kita tunggu ajelah siapa yang menang...

Nasional Syukuri keamanan dikekalkan BN: Najib

Raub: Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat mensyukuri nikmat keamanan dan ketenteraman yang berjaya dikekalkan Barisan Nasional (BN) sejak memerintah negara 55 tahun lalu. Perdana Menteri berkata, rakyat pelbagai lapisan kecuali generasi muda pernah merasai kesusahan pemimpin BN terdahulu menangani ancaman besar dalam mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam. Beliau berkata, nikmat keamanan dan ketenteraman itu sebenarnya adalah hasil pengorbanan pahlawan negara yang sanggup menggadai nyawa dan berkorban untuk mempertahankannya demi kepentingan generasi sekarang. “Keamanan dan ketenteraman yang dikecapi sekarang ini dibayar dengan darah... ini semua untuk rakyat Malaysia. “Banyak dugaan yang terpaksa diharungi untuk wujudkan suasana aman dan tenteram seperti sekarang,” katanya pada majlis berbuka puasa bersama lebih 10,000 penduduk Kampung Gali Tengah di sini, malam tadi. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong merangkap Ketua Umno Bahagian Raub, Datuk Shahiruddin Ab Moin. Selain itu, Najib turut mengumumkan pembinaan kampus baru Universiti Teknologi MARA (UiTM) bernilai RM230 juta di daerah ini yang dijangka siap tiga tahun akan datang. Sumber: Berita Harian Online Jarumemas: Impikan kebahagian abadi di syurga Firdausi.

Nasional 2 badan pengguna tak sekata

Kuala Lumpur: Cadangan supaya kerajaan melaksanakan sistem saman dan bayar serta-merta terhadap pesalah lalu lintas bagi mendidik pemandu mematuhi peraturan jalan raya mendapat reaksi berbeza pelbagai pihak. Berita selanjutnya... Jarumemas: jangan dipolitikkan pulak isu ini.

Usah sambut merdeka berasingan

Kuala Lumpur: Pembangkang dinasihatkan tidak membelakangkan sambutan Hari Kemerdekaan hanya kerana perbezaan fahaman politik dengan parti memerintah. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata pembangkang perlu menghormati Hari Kemerdekaan dan bersama dengan kerajaan dalam meraikan hari keramat Malaysia itu. “Sesiapapun boleh beri pandangan termasuk tidak bersetuju dengan Janji Ditepati (tema Hari Kemerdekaan tahun ini)... juga kritik simbolnya, tetapi saya mohon jangan terpesong daripada hormati Hari Merdeka. Tidak usah diganti (tema), sebab kerajaan sudah putuskan ‘Janji Ditepati’ diguna tahun ini”. - Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan “Bagi seseorang yang menjadi pembangkang di negara ini, bangkangan itu tidak sahih jika dia membelakangi Hari Merdeka,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pembangkang yang bercadang menggunakan tema ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ bagi sambutan Hari Kemerdekaan dan mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan yang berasingan menggunakan tema dipilih mereka. Rais berkata, sekiranya pembangkang berdegil mahu mengadakan sambutan secara berasingan, tindakan itu adalah yang pertama sejak negara merdeka. “Tidak usah diganti (tema), sebab kerajaan sudah putuskan ‘Janji Ditepati’ diguna tahun ini dan kiranya tiada aral pada masa akan datang, kita timbang tema (pembangkang), kita jalinkan dalam program lain. “Saya tidak gusar mereka terima atau tidak terima, buatlah apa yang patut, tetapi saya mohon wajarlah kita bersama dan beri penekanan kepada sayangnya kita kepada Malaysia,” katanya. - BERNAMA Sumber: Berita Harian Jarumemas: Tunjukkanlah kesatuan kita di khalayak dunia.

‘Janji Ditepati’ diilhamkan dari lagu kerohanian Kristian Indonesia?

KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Melodi lagu “Janji Ditepati” yang dipilih sebagai lagu tema sambutan Hari Kemerdekaan heboh diperkatakan akan tetapi bukanlah disebabkan perkara positif masa kini. Pengguna Internet mendapati melodi lagu tersebut menyamai lagu kerohanian Kristian Indonesia yang dipopularkan oleh kumpulan True Worshippers semenjak tahun 2008 yang turut membariskan penyanyi terkenal negara tersebut, Ruth Sahanaya. Kontroversi terbaru, datang hanya beberapa hari selepas Putrajaya terpaksa menukar logo Hari Kemerdekaan ke 55 yang direka secara buruk kepada logo 1Malaysia, menambahkan lagi malu dikalangan pegawai kerajaan dan boleh menegangkan lagi dengan gergasi Asia Tenggara itu. Pada mulanya, kritikan pengguna Internet Malaysia hanyalah pada lirik lagu “Janji Ditepati” akan tetapi empat hari lalu serangan di laman sosial YouTube dan Facebook terarah kepada melodi lagu tersebut apabila seorang penulis blog yang mengaku sebagai penganut agama Kristian menghebahkan bahwa melodi lagu “Janji Ditepati” menyamai lagu gospel Indonesia bertajuk “Serukan Namanya”. Berita selanjutnya... Jarumemas: semua perkara mahu dikontroversikan....