Tuesday 24 July 2012

Karpal Singh Tegaskan Dengan Keras DAP Menolak Islam Yang Dibawa PAS

Bukan sekali tetapi dah berulang kali Karpal Singh DAP degan keras menentang ISLAM yang dibawa oleh parti sekutunya iaitu PAS. Walaupun pelbagai usaha dilakukan PAS termasuklah ada pemimpin mereka yang melaungkan sanggup mati demi Karpal Singh semua itu tidak berupaya mengubah prinsip DAP yang sememangnya menolak Islam PAS. Waktu debat antara Ustaz Fathul Bari dan Nasaruddin Tantawi minggu lalu Ketua Pemuda PAS itu ada menyatakan bahawa Karpal Singh bersama PAS dalam menegakkan Islam PAS. Begitu lantang apa yang Tantawi nyatakan sehinggakan hadirin bertepuk tangan kononya Tantawi memberikan satu fakta bahawa DAP menerima ISLAM PAS. Hakikatnya Karpal Singh belum mampu ataupun dengan kata lain tidak akan sesekali menerima Islam yang dibawa PAS kerana Karpal Singh sendiri membidas kenyataan Tantawi mengenai persetujuan DAP dengan Islam yang dibawa PAS. Gomo nalas untuk menrungkai pekara ini lagi memandangkan puak PAS akan terus menyatakan DAP adalah sekutu mereka yang terbaik dalam menumbangkan UMNO sebuah lagi parti Islam Melayu yang merupakan persaingan PAS. PAS sanggup berkerjasama dengan sebuah parti Kafir yang cukup keras dan lantang menentang Islam dalam menghancurkan UMNO parti Islam terbesar di Malaysia ini. PAS sanggup demi kuasa politik yang mana tidak peduli apa matlamat DAP walaupun secara jelas dan terang DAP tidak dapat menerima apa yang dibawa oleh PAS. Apakah anda semua yakin DAP akan berkerjasama dengan PAS dalam terus menjaga kebajikan umat Islam di Malaysia ini? Apakah anda yakin PAS mampu mengawal DAP? Apakah anda setuju jika Gomo katakan PAS hanyalah boneka DAP semata mata? Psssttt.... PAS sanggup bunuh sesama umat dan bersekongkol dengan si Kafir demi kuasa politik. Sumber: Blog Papa Gomo Jarumemas: Adakah Pas akan berpatah arang berkerat rotan dengan DAP selepas PRU13?

Malaysia hilang RM893b dalam aliran keluar haram, kata penyelidik

KUALA LUMPUR, 22 Julai — Sejumlah RM893 billion dipercayai keluar daripada cukai ekonomi Malaysia ke luar negara antara 1970 dan 2010, demikian berdasarkan laporan kaji selidik berpangkalan di London, meletakkan negara berada di tangga tertinggi antara 20 negara membangun yang dilabelkan sebagai “tewas” dalam kehilangan modal. Jumlah itu adalah tiga kali ganda daripada hutang Malaysia yang berjumlah RM257.2 bilion pada 2011, menurut laporan media sebelum ini. Kajian yang dijalankan oleh Tax Justice Network (TJN), satu organisasi professional berpangkalan di London termasuk ahli-ahli ekonomi dan perunding cukai, Malaysia sekarang menduduki tangga ke-12 dua anak tangga di atas RM533 bilion aliran keluar Singapura dan ketiga di bawah Indonesia yang berjumlah RM1 trilion. Berita selanjutnya... Jarumemas: Perlu disiasat secara terperinci.