Tuesday 6 November 2012

Penentangan dalam BN meningkat terhadap keuntungan AES

KUALA LUMPUR, 6 Nov — Sebanyak 2.72 juta saman perlu dikeluarkan dalam setiap lima tahun akan datang bagi dua pemegang konsesi kontroversi kamera Penguatkuasaan Sistem Automatik (AES) untuk menampung kembali pelaburan RM700 juta mereka.

Mengambil kira pihak berkuasa hanya mengumpul purata kira-kira 25 peratus daripada semua saman trafik setahun – meningkat kepada 65 peratus hanya selepas diskaun ditawarkan tahun lepas – kedua-dua syarikat akan perlu mengeluarkan lebih banyak lagi saman untuk menampung pungutan saman yang lemah.

Pengiraan sedemikian telah menyebabkan kebimbangan ahli politik Barisan Nasional (BN) yang semakin meningkat tentang motif keuntungan dalam perjanjian konsesi telah ditandatangani.

“Penswastaan AES boleh dilihat sebagai percubaan untuk mengaut keuntungan kerana ada sesetengahnya ia diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya,” kata Ahli Parlimen Umno Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz kepada The Malaysian Insider.

Berita lanjut...

Jarumemas: terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata binasa badan.

AES beri impak positif, kata Abdul Rahim

KUALA LUMPUR, 6 Nov — Kerajaan cukup yakin penggunaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) mampu mengurangkan risiko kemalangan ekoran meningkatnya jumlah kenderaan di jalan raya di negara ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Beliau berkata teknologi tersebut yang diguna pakai di 90 buah Negara termasuk Singapura dan Thailand, telah menunjukkan keberkesanan dan menampakkan kesan positif.

“Risiko akan bertambah apabila bilangan kenderaan meningkat. Jadi kita perlu mekanisme ini untuk menangani masalah kemalangan kerana untuk meletakkan tanggungjawab kepada polis semata-mata adalah sukar,” katanya ketika ditemui Bernama.

Berita lanjut....

Jarumemas: Pandulah secara berhemah bagi mengelak daripada di SAMAN!!!

Nurul Izzah sedia bekerjasama dengan Jais isu kebebasan beragama

KUALA LUMPUR, 6 Nov — Ekoran serangan demi serangan yang diterima Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataannya yang didakwa menyokong hak kebebasan beragama, pemimpin PKR itu hari ini menyatakan kesediaan untuk bertemu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi memberikan keterangan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut menegaskan beliau akan mengambil tindakan undang-undang atas nasihat peguam, dan hanya menyerahkan isu itu kepada sistem perundangan negara.

“Saya sedia (dipanggil Jais) ... (tetapi) atas nasihat peguam, saya akan mengambil tindakan undang-undang,” katanya.

“Peguam saya akan ambil tindakan seterusnya, saya tidak diberi lagi (untuk) keluar kenyataan,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, isu yang dibangkitkan terhadap anaknya itu adalah helah politik untuk mengalihkan perhatian daripada isu penyelewengan Umno-Barisan Nasional (BN).

Berita lanjut....

Jarumemas: jangan sampai umat Islam di Malaysia ditimpa bala oleh Allah swt...na`uzubillah

RoS mahu penjelasan presiden Majlis Peguam kerana menggelar SUARAM NGO

KUALA LUMPUR, 6 Nov — Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mahukan penjelasan daripada Lim Chee Wee kerana menggelar kumpulan pejuang hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) sebagai badan bukan kerajaan (NGO).

Presiden Majlis peguam itu mempertikaikan tindakan RoS kerana melibatkan beliau dalam siasatan mereka.
Lim berkata beliau belum membuat keputusan sama ada akan menghadiri perjumpaan yang dijadualkan esok, sambil berkata beliau masih menimbangkan beberapa perkara.

Tetapi beliau berkata memandangkan SSM mahukan penjelasannya kerana menggelar SUARAM sebagai sebuah NGO, peguamnya Ragunath Kesavan telah menasihatkan beliau untuk hadir.

“Peguam saya sudah memikirkan semuanya, dan tidak ada sebab untuk mencabarnya,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Tetapi Lim kekal dengan pendiriannya bahawa beliau tidak relevan dalam siasatan SSM terhadap sumber dana SUARAM, dengan mengatakan beliau bukan ahli kepada kumpulan hak asasi manusia tersebut.

Sumber: Malaysian Insider

Jarumemas:  Siasatlah sampai ke lubang cacing, kerana cacing dah mula naik ke mata!!

Ali Hamsa: Pay ceiling review only if special commission has no suggestions

LANGKAWI, Nov 6 — The pay rise review for civil servants who have reached their maximum salary scale will only be conducted if the Special Commission on civil service transformation does not make any suggestions, said Chief Secretary to the Government, Datuk Seri Ali Hamsa.    

The Special Commission has had discussions with the Public Service Department and the results will be presented in December, he added.  

“We’ll see if the Commission has any new ideas. If there’s nothing new, then we’ll start the study in December itself,” he told reporters after opening the 29th national level civil service Innovative and Creative Group, at the Awana Porto Malai Resort, here yesterday evening.    

Ali recently announced that the salary increment review of between two and five per cent would only involve civil servants reaching their maximum pay and within this category, only those who exceeded 80 per cent performance marks would be eligible.   

He said the study would take into consideration the total number of civil servants involved, financial implications for the government and to be fair to those who have not been given a raise or promotion after several years of being in the maximum bracket. — Bernama

 Source: Bernama

Jarumemas: As long as those who already reached the ceiling pay, get the incentives.

Anwar: PR belum bincang Hadi ke Pekan, cabar Najib bertanding di Maran

KUALA LUMPUR, 6 Nov — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) belum memutuskan untuk meletakkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bertanding di Parlimen Pekan.

Anwar yang ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini bagaimanapun mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengikuti langkah Abdul Hadi, untuk menyatakan kesediaan bertanding di Parlimen Marang, yang kini milik Abdul Hadi.

“Kami belum membincangkan perkara itu ... Hadi kata beliau akan tunduk kepada keputusan PAS, jadi tunggu keputusan parti.

“Tapi kita ada kekuatan di sana (Pekan), pada tahun 1999, Najib pernah hampir tewas ... jika benar beliau yakin, beliau perlu nytakan kesediaan untuk bertanding di Parlimen Marang,” katanya.

Berita lanjut....

Jarumemas: Anwar sendiri yang patut bertanding di Pekan tentang Datuk Seri Najib.