Tuesday 4 December 2012

DAP kemuka bukti BN Selangor beli ‘tanah murah’, kaut untung

KUALA LUMPUR, 4 Dis – DAP Selangor hari ini mendedahkan Umno negeri berkenaan menjual dua ekar tanah di Kelana Jaya untuk mengaut keuntungan dan bukannya membangunkan pusat komuniti.

Tanah berkenaan adalah antara 24 bidang tanah yang didakwa Pakatan Rayat (PR) Selangor dijual kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) sewaktu negeri tersebut di bawah pemerintahan mereka.

Menurut Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, lot tanah di Kelana Jaya itu dijual kepada Umno Selangor pada kadar RM1 sekaki persegi atau sejumlah RM87,000, di bawah harga pasaran iaitu bernilai RM17.5 juta.

Ketika sidang media semasa lawatan ke tanah berkenaan, beliau berkata kepada pemberita, BN mempertahankan tindakan mereka dengan mengatakan tanah itu digunakan untuk tujuan kemasyarakatan dengan membina dewan serbaguna dan taman asuhan kanak-kanak untuk masyarakat setempat.

“Namun, apa yang berlaku, tanah yang dibeli Umno Selangor itu dijual kepada pemaju untuk didirikan kondominium kos sederhana,” katanya.

Berita lanjut...

Jarumemas: Pembangkang dah desperado, korek apa saja yang boleh bagi memburukkan UMNO dan BN.

Ramli Yusuff: Musa juga pernah salah guna kuasa semasa jadi KPN

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Tan Sri Musa Hassan pernah menyalahgunakan kuasanya semasa memegang jawatan  Ketua Polis Negara (KPN) dan bersubahat dengan Peguam Negara (AG) menggugurkan satu kes jenayah melibatkan dirinya pada 2006, kata bekas rakan setugas dan pesaingnya Datuk Ramli Yusuff.

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) memberi respon kepada dakwaan bekas KPN dalam sidang media minggu lalu, di mana Musa menuduh Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara menteri dan ahli politik yang campur tangan dengan  urusan polis.

“JSJK pernah menangkap seorang penjenayah bernama Goh Cheng Poh@Tengku Goh pada Disember 2006.

“Tengku Goh membuat afidavitnya dan membabitkan nama Musa Hassan.

“Kemudiaan, saya serahkan kepada pejabat AG, namun tidak difailkan di mahkamah mengakibatkan permohonan habeas corpus oleh Tengku Goh dibenarkan dan dibebaskan,” kata Ramli kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi.

Berita lanjut....

Jarumemas: Politiking di mana-mana berlaku...

Polis sangkal dakwaan Nurul Izzah kerana nisbah sebenar 1:500

KUALA LUMPUR, 3 Dis — Jumlah anggota polis belum mencukupi dan tindakan membeku pengambilan anggota baharu tidak boleh dilakukan kerana akan menjejas perkhidmatannya kepada masyarakat.
Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datuk Mortadza Nazarene berkata nisbah anggota kepada penduduk di negara ini adalah 1 untuk 500 dan ini menjadikan beban tanggungjawab polis tinggi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita apabila diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar pada Sabtu lepas jika pakatan pembangkang memerintah, mereka akan merancang membekukan pengambilan baharu anggota polis kerana mendakwa nisbah anggota polis dengan penduduk di negara ini melebihi statistik piawaian antarabangsa.

Berita lanjut.....

Jarumemas: Cuba alih isu...

Tender AES dibuat secara telus, kata Ketua Pengarah JPJ

KUALA LUMPUR, 4 Dis — Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan menafikan dakwaan sesetengah pihak perlantikan pembekal teknologi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilaksanakan tanpa mengikut tender dan dibuat secara tergesa-gesa.



Menurutnya, AES merupakan teknologi terkini bagi mendapatkan gambaran serta membuat penilaian keberkesanan sistem ini di negara-negara yang melaksanakannya.

“Lawatan ke negara-negara tersebut telah dibuat oleh pegawai-pegawai kanan Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) pada tahun 2005.

“Di antara negara yang dilawati adalah Korea Selatan, Australia, Amerika Syarikat, Jerman, Sweden, Perancis, United Kingdom dan Switzerland yang menggunakan teknologi AES, dan lawatan juga dilakukan ke negara China bagi meninjau dan menilai teknologi AES di negara tersebut,” kata Solah dalam satu kenyataan hari ini.

Berita lanjut....

Jarumemas: AES buat pemandu memandu lebih berhemah, ya ke?