Friday 20 April 2012

Khaled Nordin pandang hina mahasiswa, Saifuddin kata serangan ‘perlu dibimbangkan’

KUALA LUMPUR, 19 April — Dua pemimpin tertinggi Kementerian Pendidikan Tinggi hari ini memberikan komen mengenai serangan ke atas kumpulan aktivis mahasiswa di Dataran Merdeka, dengan menterinya Datuk Seri Khaled Nordin menolak untuk bersimpati sementara timbalannya Datuk Saifuddin Abdullah melahirkan kebimbangan tentang insiden itu.

Di laman Twitter pagi tadi, Khaled memberikan respons berhubung laporan serangan itu mengatakan tiada sesiapa yang mengarahkan kumpulan mahasiswa itu berkhemah di kawasan tumpuan ramai itu.

“Takde siapa pun suruh berkhemah di Dataran, bila berlaku apa2 perkara, jgn tagih simpati,” tulisnya di Twitter.

Tetapi semasa bertemu di Parlimen di sini, Saifuddin berkata beliau lega tiada sesiapa mengalami kecederaan parah dalam insiden pukul 2.45 pagi tadi menambah bahawa ia satu “perkara yang perlu dibimbangkan.”

Ahli Parlimen Temerloh itu juga mengulangi pandangannya bahawa kumpulan mahasiswa itu “mempunyai hak berada di situ” walaupun bukan semua bersetuju dengan tindakan itu.

Kumpulan aktivis mahasiswa itu telah berkhemah di Dataran Merdeka sejak Sabtu lalu selepas ratusan mahasiswa menyertai himpunan aman di bandar raya mendesak kebebasan selepas kecewa oleh terma dan syarat bayar balik skim pinjaman pelajaran tinggi kerajaan.

Namun pagi ini, kumpulan mahasiswa itu mendakwa diserang kira-kira 60 hingga 70 individu tidak dikenali mendesak agar mereka pulang.

Sumber: Malaysian Insider

Jarumemas:  Perangai mereka ini saling tak tumpah macam gelagat pembangkang yang suka memutarbelitkan kenyataan. Kesian mak ayah yang mengharapkan anak-anak mereka belajar bersungguh-sungguh dan menjadi modal insan yang cemerlang, tapi ini yang dibuat setelah disogok demi kelangsungan politik pembangkang. Pada pandangan Jarumemas, tarik pinjaman dan pastikan mereka bayar dengan apa cara sekalipun, sebab mereka tidak berhak mendapatnya. Senaraihitamkan nama mereka dari sebarang pinjaman, biar pembangkang yang tanggung hidup mereka. Mereka ini sememangnya tak sedar diuntung, tidak tahu bersyukur dengan mikmat yang ada di depan mata. Rakyat negara lain, tidak mudah untuk mendapatkan pembiayaan kerana kerajaan mereka tidak mampu. Yang malangnya nanti, lepasan SPM dan STPM yang kurang menyerlah keputusan merka mungkin akan berhadapan dengan syarat-syarat dan terma yang lebih ketat untuk mendapatkan pembiayaan pendidikan dari kerajaan mahupun dari badan-badan berkanun.

Umno member: Don't let BN pawn our country

A pre-Bersih 3.0 rally last night raised eyebrows when Tamrin Abdul Ghafar, son of former deputy prime minister Abdul Ghafar Baba, made his debut by urging the crowd to throw their support behind the April 28 sit-in protest to demand clean and fair elections.

Tamrin took to the stage and declared: “I have a clarification to make, I am still an Umno member.”
This invited laughter and some jeers from nearly 2,000 people who filled the muddy field in Kampung Baru, Kuala Lumpur.

“But today, I have decided to come down to the ground with you because I can no longer bear to see the electoral system being manipulated for the sake of maintaining power,” he said.


Jarumemas: Tamrin is one of the sour grape political leaders. Does he has any followers now?