Thursday 27 June 2013

Anwar tamak mahu rampas kerusi Kuala Besut, kata Shabery

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang tamak kerana bersikap tergesa-gesa mahu merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang kosong selepas Dr A. Rahman Mokhtar meninggal dunia.
Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata sikap pemimpin pembangkang tersebut sebagai tidak menghormati keluarga Dr. A. Rahman yang masih bersedih dan bukannya hanya memikirkan tentang politik.
"Saya rasa Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu sabar dahulu kerana bagi kami perlu hormati keluarga arwah yang masih sedih atas pemergian.
"Inilah sikap orang politik, baginya ia adalah perkara yang menggembirakan... Kemudiaan tunjuk sikap tamak untuk terkam kerusi disitu," kata ahli Parlimen Kemaman itu dalam sidang media di Hotel One World, merujuk kepada ketua pembangkang semasa merasmikan majlis perkhidmatan penyimpanan jalur lebar Awan HeiTech pagi ini.
Menurut Ahmad Shabery, calon bagi kerusi tersebut hanya akan diputuskan selepas keadaan reda bagi menghormati keluarga arwah.


Jarumemas: Kalau dah kemaruk nak menang macam tulah gelagatnya!!

SPR: PRK Kuala Besut selewat-lewatnya 27 Ogos

Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini menyerahkan surat pemakluman rasmi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Besut kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu.
Yang Dipertua DUN Mohd Zubir Embong menyerahkan surat itu kepada Pengarah SPR negeri Fakhrul Razi Ab Wahab di pejabat beliau di Wisma Darul Iman di sini pada 10 pagi ini.
Kerusi DUN Kuala Besut kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Dr A. Rahman Mokhtar, 55, pagi semalam akibat kanser paru-paru.
Fakhrul Razi berkata beliau akan menyerahkan surat itu kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini.


Jarumemas: Bulan puasa berkempen dan buang undi...letih teman.

Muhyiddin tegaskan kuota matrikulasi untuk pelajar India sudah dipenuhi

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah menipu rakyat dalam soal pendidikan, termasuk kepada masyarakat India.
Menyifatkan dakwaan sebegitu yang dilontarkan M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) sebagai melulu, beliau menarik perhatian bahawa sebenarnya kuota 1,500 tempat matrikulasi untuk pelajar India telah dipenuhi pada sesi pengajian tahun ini dan tahun sebelumnya.
"Kerajaan tidak pernah menipu rakyat, itu satu tuduhan agak melulu, lebih-lebih lagi terhadap komitmen yang telah dibuat kerajaan. 

Jarumemas: Setiap tahun isu ini sering kedengaran. Rata-rata menuding jari kerajaan gagal tunai janji. Pembangkang pula suka menangguk di air keruh. Kalau orang lain boleh cari tempat lain untuk belajar kerana tidak berjaya mendapat tempat yang dikehendaki, apa salahnya anak-anak kaum India buat perkara yang sama. Tak kanlah asyik nak menunggu yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang...

Putrajaya boleh tarik diri daripada perjanjian TPPA, kata Mustapa

Putrajaya boleh menarik diri daripada menyertai Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) pada bila-bila masa sekiranya tidak bersetuju dengan hasil rundingan tersebut, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar).
Mustapa ketika sesi perbahasan di Parlimen hari ini menegaskan Malaysia tidak dipaksa dalam menyertai sebarang rundingan dan bebas untuk keluar daripada rundingan TPPA yang kini merangkumi 12 negara dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat.
"Kita tak dipaksa ... kita masuk rundingan atas kehendak kita, kalau Malaysia tak setuju Malaysia boleh tarik diri, kalau tak setuju maka tak jalan," kata Mustapa.

Jarumemas: Kalau lebih menguntungkan pihak lain dari kita eloklah kita tarik diri. 

1Malaysia campaign is dead in the water, say Guan Eng, Perkasa

Once, the 1Malaysia slogan was part of the daily discourse in the country, driven by a prime minister who believed that the fuzzy, warm feeling of togetherness promoted by this concept could supplant deep racial divisions in Malaysia – and yield significant non-Malay gains for Barisan Nasional in the general election.
But after the May 5 elections returned the BN to power without the treasured two-thirds majority in Parliament and popular support, and with a deep feeling of betrayal coursing through the veins of Umno politicians from Datuk Seri Najib Razak downwards, 1Malaysia seems like a concept from a different time.
Even the PM rarely refers to the slogan his administration coined as its motto. His ministers have all but forgotten it and the mood in Umno and Perkasa – raw by overwhelming support of Chinese for the Opposition – is that 1Malaysia was rejected at the polls by the electorate and therefore should be made a historical artifact by Najib.
Just listen to Datuk Ibrahim Ali, the Perkasa chief who contested and lost the Pasir Mas parliamentary seat. He said that the 1Malaysia concept was dead as soon as the Najib administration blamed the Chinese for BN’s poor showing in the elections.

Jarumemas: !Malaysia, muhibbah adalah sama. Selagi kita hidup aman dalam negara ini tanpa perpecahan slogan ini tetap wujud. 

Wednesday 26 June 2013

'Dr M ketengah Mukhiz sebagai naib presiden Umno'

WAWANCARA 


Dr Mahathir Mohamad didakwa mengetengahkan anaknya Datuk Mukhriz sebagai naib presiden baru Umno dalam pemilihan parti tetapi beliau mungkin akan menghadapi tentangan daripada penyandangnya Datuk Seri Zahid Hamidi.

Anggota Parlimen Kluang daripada DAP Liew Chin Tong berpandangan demikian ekoran Zahid menurutnya tidak pernah digemari bekas perdana menteri itu.

"Agak jelas bahawa Mahathir mahu Mukhriz untuk bertanding sebagai naib presiden, yang bermaksud seorang naib presiden sekarang akan tewas," katanya, merujuk Zahid sebagai mangsa berpotensi.

Zahid pada 1998 pernah menghentam Mahathir dan menuntut budaya kronisme dan nepotisme ditamatkan. Beliau selepas itu ditahan bawah Akta Kesematan Dalam Negeri.

Seorang lagi naib presiden Datuk Seri Shafie Apdal daripada Sabah dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein - sepupu Najib dan anak perdana menteri ketiga Tun Hussein Onn - dilihat bakal selamat.

Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk melihat bagaimana hasil pemilihan akan terhasil kecuali Umno memutuskan tiada pertandingan untuk jawatan itu.

Sumber: Malaysiakini

Jarumemas: DAP janganlah cuba untuk menjadi seorang wira dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian. Ini soal dalam kain UMNO bukan DAP. Masalahdalam DAP pun tidak dapat diselesaikan dengan cerita CECnya, kini DAP cuba untuk menjolok sarang tebuan. 

Kedudukan M'sia dalam laporan AS membimbangkan

ULASAN 


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia melahirkan kebimbangan bahawa sekali lagi, bagi tahun keempat  berturut-turut, Malaysia diletakkan di kedudukan kedua, senarai pemerhatian (tier 2, watch list) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) dalam laporan Antipemerdagangan Orang (ATIP) 2013 kerana kegagalan mematuhi sepenuhnya standard minimum untuk membanteras  pemerdagangan bawah Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan Orang Amerika Syarikat 2000 (TVPA). 

Pihak Jabatan Negara AS mengaitkan kedudukan Malaysia dengan kekurangan kemajuan signifikan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia dalam menangani pemerdagangan orang di Malaysia berbanding tahun sebelumnya. 

Dalam laporan ATIP 2013 tersebut, Jabatan Negara AS memberikan penilaiannya terhadap rekod pemerdagangan  orang di Malaysia termasuk usaha yang diambil oleh kerajaan Malaysia dalam tiga aspek utama iaitu, pendakwaan, perlindungan dan pencegahan yang sebahagian daripada isu-isu tersebut pernah diutarakan oleh suruhanjaya menerusi laporan tahunan, dan juga dialog serta perbincangan meja bulat bersama agensi-agensi Kerajaan dan pihak berkepentingan yang lain. 


Jarumemas: Nama Malaysia yang memang telah sedia harum di peringkat global atas beberapa sebab kini menjadi sasaran pihak dunia maju untuk melibatkannya dengan perkara-perkara buruk. Sewajarnya kita mempertahankan nama baik Malaysia. Isu pemerdagangan  manusia berlaku di mana-mana sahaja bukan di Malaysia sahaja. 

'Tutup Jonker Walk bukan hukuman pada Cina'


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata, penutupan pasar Jonker Walk di Melaka tiada kaitan dengan dakwaan yang menyifatkannya hukuman kepada pengundi Cina di negeri itu.

Sebaliknya, beliau berkata, penutupan pasar malam itu hanya bersifat sementara apabila ia akan ditutup selama empat minggu untuk percubaan.

"Hukuman untuk apa? Tidak ada yang peribadi dengan kaum Cina. Ini tidak benar (hukuman pada kaum Cina)," katanya yang ditemui pemberita selepas majlis pembukaan Parlimen penggal ke-13 di ibu negara.


Katanya, ketua menteri Melaka Datuk Idris Haron juga memberitahunya bahawa penutupan berkenaan dibuat susulan aduan orang ramai yang merungut mengenai kesesakan lalut lintas.
"Jadi (Idris) kata, akan cuba untuk tutup selama empat minggu dan kemudian kita akan tengok keputusannya sama ada penutupan itu akan mengurangkan kesesakan lalu lintas," katanya.


Jarumemas: Kenapa mesti dijadikan isu rasis pula? Kerajaan negeri bertindak demikian ada sebabnya dan ia mungkin bersifat sementara sahaja bagi mengkaji kebaikan dan keburukannya. 

Malaysia’s Jonker Walk in Malacca gets Tourism Ministry support

The Tourism Ministry has urged the Malacca state government to reconsider its decision to close the Jonker Walk nightmarket in light of its significance to the tourism industry.
“I would certainly want to see Jonker Walk remain,” said its minister Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.
“What is Malacca without tourism?” he asked.
Nazri was speaking to reporters after attending the Yang di-Pertuan Agong’s royal address to mark the start of the 13th Parliament yesterday, reported The Star Online. He was asked to comment on the recent announcement by Malacca Chief Minister Datuk Wira Idris Haron to close the Jonker Walk nightmarket.
The nightmarket, which operates on Friday, Saturday and Sunday, comprises some 300 traders and has become an international tourist attraction since its opening 13 years ago.

Jarumemas: So far nobody complaint about the flow of the traffic in that area. So, why the state government wants to close it? 

Bekas timbalan Speaker nafi titah Agong dibuat oleh kerajaan BN

Bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menafikan dakwaan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mengatakan titah Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), yang menyeru semua pihak menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Bagaimanapun, Wan Junaidi sebaliknya berkata kerajaan hanya sekadar menasihati Tuanku dalam menyediakan ucapan pembukaan sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang ke-13 hari ini.
"Ya, ucapan Tuanku hanya dibuat atas nasihat oleh kerajaan tetapi baginda masih mempunyai budi bicara tersendiri dalam titahnya," kata Wan Junaidi apabila ditanya tentang dakwaan pemimpin PR selepas berakhir ucapan Tuanku pagi ini.


Jarumemas: Orang yang takut dengan bayang-bayang tak akan berhenti mengatakan yang bukan-bukan kerana fikirannya yang semakin celaru dan tidak percaya dengan diri sendiri. 

Majoriti ahli DPMM terjejas akibat jerebu, desak kerajaan tegas

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) hari ini menggesa Putrajaya mengambil tindakan terhadap mana-mana syarikat Malaysia yang didapati terlibat mencetuskan jerebu di Indonesia, kata Presidennya, Datuk Syed Ali Mohamed Alattas.
Syed Ali berkata ekoran kejadian jerebu ini, 80 peratus peniaga kecil yang juga merupakan ahli dewan terjejas jerebu.
"Malaysia boleh ambil tindakan. Kalau perlu kita buat undang-undang. Parlimen yang bersidang perlu bentuk undang-undang kalau ada syarikat yang buat salah di Indonesia dan mengancam Malaysia boleh diambil tindakan, gantirugi dan sebagainya," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat DPMM di sini.


Jarumemas: Bukan ekonomi sahaja yang terjejas dengan pencemaran jerebu ini. Kehidupan kita turun terganggu di mana timbul masalah kesihatan, Sektor pelancongan kita juga turut terjejas. 

Wan Ahmad: SPR jadi ‘kambing hitam’ kerana Pakatan takut salahkan rakyat

Pakatan Rakyat (PR) takut menyalahkan rakyat dengan keputusan Pilihan Raya 2013 yang tidak memihak kepada mereka, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar) menyebabkan mereka menjadikan pengendali pilihan raya itu sebagai "kambing hitam" dan mangsa untuk melepaskan kemarahan.


Wan Ahmad menegaskan, rasa marah yang timbul oleh kepimpinan PR itu kemudiannya disalurkan kepada penyokong mereka yang tidak mengerti akan undang-undang dan seterusnya meluahkan rasa marah dengan membantah keputusan pilihan raya di jalanan dan terbaru demonstrasi di hadapan Parlimen semalam.
"Generasi muda tidak faham ... bila timbul emosi dan sudah pasti terbit rasa marah, dan mengambil jalan mudah dengan menyalahkan SPR, serta menjadikan SPR sebagai kambing hitam," katanya ketika dihubungi The Malaysia Insider.

Jarumemas: pembangkjang masih tak puas hati dengna keputusan PRU-13. Pedulikan mereka, biar mereka seperti anjing menyalak bukit!!

Najib sahkan tidak tandatangani perjanjian dengan Anwar, tetapi komited untuk perdamaian

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengesahkan beliau tidak menandatangani perjanjian perdamaian dengan Pakatan Rakyat (PR) yang dibroker oleh bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla, mengatakan beliau perlu mendapatkan persetujuan pemimpin Umno lain dan ianya mengambil masa panjang.
Dalam wawancara bersama majalah Tempo dari Indonesia, beliau mengatakan, walaupun tiada perjanjian diantaranya untuk PR dan Barisan Nasional (BN) menerima keputusan pilihan raya 5 Mei dan memastikan peralihan kuasa secara aman jika pembangkang menang, beliau komited kepadanya.
Najib mengatakan perdamaian masih boleh dilakukan tetapi hanya jika Datuk Seri Anwar Ibrahim  menerima keputusan pilihan raya. Berita mengenai perjanjian itu menjadi pengetahuan umum apabila ianya dibocorkan kepada akhbar antarabangsa beberapa hari selepas pilihan raya sengit menyaksikan BN mengekalkan kuasa dengan majoriti lebih kecil tanpa undi popular.


Jarumemas: Jangan dok layan sangat Anwar tu...

Pakatan: Tanpa perkongsian maklumat, ‘kabinet bayangan’ tidak berguna

Pakatan Rakyat (PR) menyambut baik cadangan Yang di-Pertua Dewan Rakyat (Speaker)  Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya penubuhan "Kabinet Bayangan" tetapi menyifatkan ia tidak berguna selagi tiada perkongsian maklumat dengan kementerian-kementerian dalam kerajaan.
Dalam ucapan pemasyhuran semalam, Pandikar memberikan amanat kepada ahli-ahli Parlimen supaya berubah dan langkah tersebut boleh dimulakan dengan penubuhan "kabinet bayangan" bagi memudahkan proses perdebatan dalam sidang Dewan Rakyat.
"Tidak ada perkongsian maklumat, kami tidak diberi maklumat dan boleh memperolehnya menerusi pertanyaan soalan di dalam Dewan Rakyat sahaja.


Jarumemas: Kabinet bayangan siapa? 

Jerebu semakin pulih, tiada IPU paras bahaya pagi ini

Keadaan jerebu yang melanda negara kini menunjukkan tanda-tanda pulih apabila tiada lagi kawasan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) paras bahaya setakat pukul 7 pagi hari ini.
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) hanya 13 kawasan mencatat IPU paras tidak sihat sementara 35 kawasan lain mencatat paras sederhana.
Hujan yang turun di beberapa kawasan semalam antara faktor yang membantu peningkatan kualiti udara di kawasan terjejas.
Kualiti udara di beberapa kawasan di Selangor dan Perak yang mencatat bacaan paras bahaya dan sangat tidak sihat semalam, mencatatkan bacaan tidak sihat pagi ini.
Pelabuhan Klang yang mencatat bacaan IPU 464 pada pukul 5 petang semalam merekodkan 140 pagi ini, manakala Sri Manjung dan Jalan Pegoh di Perak yang masing-masing mencatat 290 dan 211 semalam, menunjukkan peningkatan kualiti udara pagi dengan IPU 137 dan 118.
Jarumemas: Hujan lebat petang semalam melegakan sedikit cuaca yang panas. Semoga hari ini akan hujan lagi dan membersihkan terus kualiti udara dalam negara. 

Najib: Kerajaan pertimbang daftar pengundi secara automatik bagi 21 tahun keatas

Kerajaan pertimbang untuk mengadakan pendaftaran pengundi secara automatik bagi rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Walau bagaimanapun, menurut Najib, kerajaan masih lagi belum membuat keputusan tentang itu.
Najib menyatakan perkara itu ketika menjawab soalan ahli Parlimen Mersing Datuk Dr Latiff Ahmad.


Jarumemas: Langkah yang baik. 

Bukan semua kematian kerana keganasan polis, kata Zahid Hamidi

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menolak dakwaan mengatakan kebanyakkan kematian dalam tahanan berpunca daripada keganasan polis, sebaliknya menegaskan ia disebabkan oleh penyakit yang dihidapi oleh tahanan.
Menurut Ahmad Zahid, rekod kematian daripada tahun 2000 hingga Mei 2013 adalah sebanyak 231 keseluruhan dan hanya dua kematian yang dicatatkan adalah berpunca daripada pihak polis.
"Bukan semua kematian dalam tahanan disebabkan keganasan polis, hanya dua kes sahaja.
"Daripada 231 kes, 196 tahanan mati akibat daripada penyakit asma, HIV dan serangan jantung," kata Ahmad Zahid menjawab soalan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Sungai Petani (PKR) Datuk Johari Abdul di Dewan Rakyat pagi ini. 
Jarumemas: Sekarang ini ramai yang suka mempermainkan badan-badan yang mempertahankan undang-undang. Polis dilibatkan dengan rasuah dan pukul tahanan sampai mati, sedangkan tahanan yang ditahan adalah penjenayah yang paling dikehendaki. Kini, polis dilabel sebagai penjenayah dan penjenayah dianggap seperti hero. Teluslah sangat!!!

Intimate confessions online is the rage now in M'sia

Petaling Jaya (The Star/ANN) - High school and tertiary students in Malaysia have been flocking to certain online pages where they confess their dirtiest secrets and read those of their peers.
The pages contain postings that range from lewd sex fetishes and illegal activities to struggles with depression and suicide.
Students submit confessions anonymously to a mystery page administrator (whose identity is always kept secret), who then publishes it on the Facebook-based confession pages, mostly without any verification of the stories.
Many of the confessions are sex-related. Some goes: "I'm not sure if I have a sex addiction. Possibly.
Source: The Star
Jarumemas: No more timidity, shyness in our younger generations.  Where are the roles of parents today? We are the Easterners  not the Westerners. 

Adun BN Terengganu meninggal dunia, pilihan raya kecil pertama 2013

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Terengganu Dr. Abdul Rahman Moktar yang berusia 55 tahun meninggal dunia pada pukul 10.18 pagi tadi kerana penyakit barah paru-paru.
Adun Barisan Nasional (BN) itu meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu.
Ini bermakna, pilihan raya kecil (PRK) perlu diadakan tahun ini buat pertama kalinya selepas pilihan raya umum 5 Mei. - 26 Jun, 2013. 
Sumber: Malaysian Insider
Jarumemas: Jangan bulan puasa mengundi sudah!. 

Friday 21 June 2013

Air pollution becomes Asia's migraine

Air pollution has become a curse for millions of city-dwellers in Asia, posing a mounting risk to the very young and very old, pregnant women and people with heart and respiratory problems, say experts.
"The levels of pollution in parts of China, India and elsewhere in Asia are just astronomically high and the health impacts are dramatic," said Bob O'Keefe of the Health Effects Institute (HEI), a US not-for-profit research agency.
"This is a threat that was really under-estimated in the past," said O'Keefe.
This week, Singapore grappled with record levels of air pollution, unleashed by land fires in neighbouring Indonesia.
In January, pollution in Beijing went off the scale of an air-quality monitor at the US embassy, and the city's hospital admissions surged by 20 percent.
In August 2012, Hong Kong suffered its highest-recorded pollution, prompting the territory to urge vulnerable population groups to stay indoors.
HEI estimates, derived from an exceptionally detailed analysis called the Global Burden of Disease, say that some 3.2 million people around the world died prematurely from outdoor air pollution in 2010.
Source: AFP News
Jarumemas: IT is getting worst in Putrajaya today. My throat gets dry and my eyes feel itchy. 

Thursday 20 June 2013

Sejarah malaysia perlu ditulis semula - Tun Mahathir

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Buku-buku sejarah Malaysia perlu ditulis semula agar mengandungi masalah yang dihadapi negara pada masa lampau dan langkah diambil kerajaan bagi menyelesaikan isu seumpama itu, supaya sejarah negara lebih difahami generasi muda.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata langkah ini akan juga membantu Malaysia membentuk masyarakat yang lebih terdidik, dan ''dengan itu melahirkan lebih ramai pemimpin yang lantang''.
Ia akan juga membantu menyatukan rakyat Malaysia, menyediakan pendidikan yang lengkap untuk golongan muda, katanya dalam ucaptama bertajuk "Masa depan yang lebih baik bagi Politik Malaysia, Pasca Pilihan Raya Umum ke-13" di Forum CEO Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
"Kita perlu melakukan banyak perkara. Kita juga perlu belajar dari sejarah negara lain seperti mengapa berlaku Arab Spring (Kebangkitan Rakyat Arab).
Jarumemas: Malaysia kaya dengan sejarahnya yang tersendiri. Generasi sekarang sememangnya tidak tahu banyak tentang sejarah Malaysia. 

AirAsia delay forces RM15,000 in extra expenses

PETALING JAYA: SUBANG JAYA ECHO editor Teoh Teik Hoong is furious that a blunder by AirAsia resulted in him having to pay an additional RM15,000 for the environmental excursion he organised to Sabah.
"On June 6, along with seven teenagers and 13 adults from the Subang Jaya community, we were supposed to board an AirAsia flight to Sandakan for World Environment Day," he told The Malay Mail.
"The flight, which was at 6.25am, was for a four-day, three-night excursion to a conservation area in Kinabatangan."
Despite arriving before 5am at the Low Cost Carrier Terminal (LCCT), all the luggage counter lines were congested.
"We were about to check in our luggage but by the time we arrived at the counter at about 5.30am, the officer said it was too late and that they were closed," he said.
"He told us to take the flight without our luggage. We tried negotiating with them but he didn't entertain us."
He said by 6am, they tried to consult another counter officer but she refused to entertain them without even checking.
"She claimed her supervisor wouldn't allow them to check in, even though he was standing nearby. With 25 minutes left, we could not board the flight with our luggage," Teoh said.
"The students were stressed out. We tried looking at another alternative, which was to book another flight at 12pm that had five seats left."
Instead, they decided to book another flight to Kota Kinabalu and from there, took a Malaysia Airlines flight to Sandakan.
"That flight was also delayed for 25 minutes. We had to pay an additional RM8,000 to get to Kota Kinabalu and had to stay over as the Sandakan flight was at 7am the next day," he said.
"We spent RM2,000 in accommodation, plus the next flight cost RM4,000. Overall, we spent almost RM15,000 and missed the first day of events. We also had to alter our schedule for the trip."
He said while waiting for the Kota Kinabalu flight, he e-mailed AirAsia over the matter.
'We feel cheated by ordeal'
"They had promised to investigate. But by the time we returned from Sandakan on June 10, we received no proper response," he said.
"We also never received any phone calls to clarify things in between and only received three emails from them overall. We even complained via email to Tan Sri Tony Fernandes himself."
After a week, he finally received an email response, which insisted they had been too late to check in their luggage, and that their staff were merely following standard operating procedures and therefore could not bend the rules.
"They said as a gesture of goodwill, they would contribute RM2,000 into my Air Asia member account for future flights. They said they considered the case closed and resolved," he said.
"However, we feel cheated by the ordeal. The students were emotionally stressed that day, thinking we would be forced to cancel the whole trip."
Attempts to contact Air Asia were unsuccessful.
Source: Malaysian Insider
Jarumemas: Me and my family had a hard time queing up to scan our luggage, rushing to checking our personal luggage and then have to walk almost 200 meter to board the flight. By the time we were onboard we were almost out of breath!! 

Black 505: Rafizi defies police


With about 48 hours left before Saturday's Black 505 rally, the standoff between the police and the organisers continues.

In response to a police warning yesterday that the organisers will be prosecuted if the rally is held, PKR strategy director Rafizi Ramli told The Malaysian Insider there was no change of plan. 

"We will continue with it," he said of the plan to hold the gathering at Padang Merbok in Kuala Lumpur.

"However, we are hopeful that closer to the date, the police will be able to accommodate our request."

He added: "But I understand the police's hands are tied in this matter. It is Putrajaya pulling the strings here. They have to learn how to respect the majority, who are concerned about the fraud during the recent polls.
 
Yesterday, Dang Wangi police chief ACP Zainuddin Ahmad had issued yet another strong warning from the authorities.


Jarumemas: The police should be firm once and for all to those who are against the law. No one is above the law. Those who go against the law deserve to be treated as they asked for it. 

Dr Mahathir regrets Internet freedom

Tun Dr Mahathir Mohamad admitted today he might have made a mistake in giving guarantees for Internet freedom, which has been blamed for empowering and enabling opposition parties to win more seats in the 13th general election.
The former prime minister said if he had the opportunity to do so again he would reconsider his decision to grant absolute freedom for the Internet when setting up the Multimedia Super Corridor (MSC) in 1996.
"When I headed the MSC, I was asked by an American woman whether we would block the Internet.
"I told her no, we will be very free... but now I will think twice about it," Dr Mahathir said at the closing of the CEO Forum 2013 at the Berjaya Times Square in Kuala Lumpur today.
Jarumemas: No one is perfect. His mistake is  very nominal compared to the changes to boost the  country is superb. 

Aedes mengganas


Kuala Lumpur: Ancaman nyamuk aedes makin meningkat dengan 11,485 kes denggi dilaporkan dari Januari hingga Ahad lalu membabitkan 23 kematian, iaitu pertambahan empat peratus berbanding 11,063 kes dengan 22 kematian bagi tempoh sama tahun lalu. 


Daripada jumlah itu, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi membabitkan 4,999 kes dengan lima kematian, diikuti Johor, 1,421 kes dengan tujuh kematian dan Perak 857 kes.



Berdasarkan analisis 2003-2012, Kementerian Kesihatan merekodkan 876 kematian akibat denggi dengan rekod tertinggi pada 2010 membabitkan 134 kematian. 


Jarumemas: Sikap masyarakat kita yang kebanyakannya pengotor dan ambil mudah menyebabkan aedes sukar untuk dihapuskan. 

'Kaji semula akta perhimpunan aman'


Alor Setar: Kerajaan diminta mengkaji semula Akta Perhimpunan Aman 2012 supaya memperuntukkan hukuman lebih berat terhadap tindakan penganjuran perhimpunan haram, termasuk Blackout 505 anjuran pembangkang. 

Ketua Pemuda GERAKAN Kedah, Tan Keng Liang, berkata peruntukan hukuman lebih berat mengikut akta berkenaan disifatkan penting berikutan tindakan penganjur perhimpunan itu yang didakwa tidak gentar, selain berasa seolah-olah ‘kebal’ terhadap undang-undang. 


Beliau berkata, sehingga kini mengikut akta itu, hukuman yang dikenakan membabitkan denda berjumlah RM10,000 hingga RM20,000 dan ia ternyata tidak mampu menghentikan pembangkang daripada menganjurkan perhimpunan berkenaan. 


Jarumemas: Tindakan perlu diambil bukan setakat mengkaji dan ditambah sana sini. Akta sudah diperakukan oleh itu pelaksanaan dan penguatkuasaan perlu dilaksanakan. 

Kakitangan awam naik gaji 1 Julai


Kuala Lumpur: Kakitangan awam akan menerima kenaikan satu tangga gaji berkuat kuasa 1 Julai depan.

Kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320 itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, awal tahun ini. 


Mereka yang layak mendapat satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) itu membabitkan semua kakitangan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) bertaraf tetap, sementara dan kontrak yang dilantik sebelum 1 Julai 2013 dan sedang berkhidmat pada hari berkenaan. 


Turut layak pegawai yang dipinjam atau ditukar sementara ke agensi kerajaan, pegawai yang dipinjamkan ke pertubuhan antarabangsa atau sektor swasta, pegawai yang bercuti bergaji penuh, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji serta pegawai yang meninggal dunia pada 1 Julai 2013.

Sumber: Berita Harian

Jarumemas: Selalunya  bila kakitangan kerajaan dapat kenaikan gaji, harga barang pun sama naik. Sama juga bila  dapat bonus, mulalah macam2  barangan dan perkhidmatan nak dinaikkan harga. Tetapi pihak swasta yang dapat bonus sampai 6 bulan gaji pun tak bising nak naikkan harga barangan dan perkhidmatan. 

Jerebu di Johor kian buruk


Johor Bahru: Keadaan jerebu yang semakin buruk di sekitar negeri ini menyebabkan sebahagian orang ramai yang banyak melakukan kerja luar dan di lapangan kini terjejas sehingga terpaksa menghentikan sementara tugas mereka. 

Selain itu, penjualan penutup hidung dan mulut di beberapa kawasan di negeri ini meningkat sehingga 100 peratus apabila beberapa farmasi serta kedai ubat kehabisan stok. 

Tinjauan BH di kawasan Gelang Patah, Nusajaya dan Muar yang teruk terjejas dengan jerebu mendapati orang ramai serta pekerja di kawasan berkenaan mulai memakai penutup hidung dan mulut. 



Malah, jarak penglihatan semakin terhad berbanding sebelum ini menyebabkan beberapa petugas termasuk pihak berkuasa di kawasan perairan kini terpaksa menghentikan sementara operasi rondaan.

Sumber: Berita Harian

Jarumemas: Rasanya jerebu ni makin teruk saban tahun. Pihak menteri janganlah hanya sibuk bermesyuarat untuk mengatasinya tetapi tindakan tiada. Jiran negara kita masih tetap membuat pembakaran terbuka. 

Wednesday 19 June 2013

Rumah mampu milik jadi mahal?

SEORANG peserta dari Filipina dalam forum Projek Perumahan Mampu Milik Ke-4 di ibu negara baru-baru ini telah bangun bertanyakan soalan yang sebenarnya menjadi pertanyaan seluruh rakyat Malaysia.

Beliau bertanyakan mengapa berlakunya masalah pemilikan rumah mampu milik di Malaysia, adakah perkara itu berpunca daripada kurang kesedaran mengenai pemilikan rumah, ketiadaan subsidi daripada kerajaan atau Malaysia tidak mempunyai syarikat pemaju yang mencukupi?


Salah seorang yang berada di pentas forum berkenaan adalah Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Prof. Datuk Dr. Kamarul Salleh, yang dengan tenang mencatatkan pertanyaan peserta dari Filipina itu dan memberikan penjelasan.


Beliau yang kemudian ditemui pemberita untuk penjelasan lanjut, memberitahu, masalah jurang besar antara penawaran dan permintaan rumah mampu milik melibatkan beberapa faktor lain sehingga menyebabkan harga pasaran rumah pada hari ini melambung begitu tinggi.Antaranya, trend pasaran hartanah yang dipengaruhi dengan polisi membenarkan warga asing memiliki hartanah bernilai RM500,000 sehingga menyebabkan pemaju lebih yakin untuk membina rumah mewah yang sebelum ini hanya disasarkan kepada golongan berpendapatan tinggi di Malaysia.

Selain itu, kekurangan projek pembinaan rumah mampu milik secara besar-besaran juga berlaku kerana kenaikan harga bahan binaan sebagaimana yang dilihat semasa krisis kenaikan harga minyak dunia pada tahun 2008.

"Bagaimanapun, keadaan yang berlaku sekarang adalah tidak seimbang, kenaikan tahunan pendapatan rakyat Malaysia masih kecil tetapi harga rumah telah naik dengan begitu tinggi dan cukup dahsyat," katanya.
Masalah kenaikan mendadak harga rumah di negara ini begitu serius sehingga walaupun had pinjaman perumahan dinaikkan, golongan berpendapatan sederhana tetap tidak mampu memiliki hartanah itu.



Sumber: Utusan Malaysia

Jarumemas: Ada rakyat yang berpendapat bahawa pihak pemaju lebih mementingkan laba daripada memeikirkan kebajikan rakyat negara sendiri. Pemaju lebih suka membina rumah untuk orang luar negara kerana pulangannya  berlipat kali ganda, sedangkan rakyat sendiri menggigit jari melihat rumah orang kaya luar negara yang dibeli di Malaysia. 

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

LANGKAH Kementerian Wilayah Persekutuan untuk mengkaji semula status lesen penjaja yang dimiliki warga asing di sekitar ibu negara amat perlu ketika kehadiran mereka jelas terlalu ramai. Lesen-lesen terbabit dipercayai diperoleh daripada pemilik peniaga tempatan, sedangkan pihak berkuasa tidak mengeluarkan lesen untuk mereka.

Jika kita melangkah ke Chow Kit dan Petaling Street misalnya, suasana ‘kawasan perniagaan asing’ cukup dirasai, dan tidak keterlaluan seolah-oleh kita berada di luar negara.

Oleh itu suasana tersebut perlu diubah. Ia demi memastikan perniagaan kategori itu dapat diisi oleh penduduk tempatan.

Ini bermakna pihak berkuasa perlu meneliti syarat pemilikan lesen supaya ia tidak disalahgunakan sehingga boleh bertukar tengan kepada orang asing. Kita percaya langkah menjual lesen perniagaan kepada orang asing adalah kaedah mudah untuk membuat untung singkat tetapi dalam jangka masa panjang ia menjejaskan banyak perkara termasuklah peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Peranan persatuan penjaja dan peniaga kecil cukup penting dalam memastikan soal pemilikan lesen niaga tidak disalahgunakan. Malahan persatuan-persatuan itu perlu membantu pihak berkuasa membanteras penyalahgunaan lesen tersebut.

Apa yang berlaku di ibu negara itu, perlu menjadi iktibar di bandar-bandar lain di seluruh negara. Tindakan serupa perlu dilakukan walaupun masalah itu mungkin belum serius kerana ia mungkin sukar diatasi jika keadaan sudah berleluasa.

Biarlah lesen perniagaan kecil dan penjaja benar-benar diberikan kepada warga tempatan untuk mencari rezeki secara betul, bukannya untuk mengaut untung singkat.

AWANG - Sokong.



Sumber: Utusan Malaysia

Jarumemas: Kebanyakan rakyat kita suka mengali-babakan perniagaan mereka. Yang kaya raya  'ali baba'. Sebenarnya kita yang mengayakan mereka sedangkan kita hanya makan tulang sahaja. 

Tuesday 18 June 2013

Goodbye to the national car, Proton

The last vestiges of the national car project will disappear as soon as Putrajaya replaces its fleet of ageing Proton Perdana V6 limousines with Honda Accords, while the Pahang government has opted for the Volkwagen Passats.
Both models are now assembled by Proton Bhd's main shareholder DRB-Hicom Bhd in Pekan whose Member of Parliament is Prime Minister Datuk Seri Najib Razak. The company that produces Proton is owned by Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.
The new cars are for Cabinet ministers, deputy ministers and state executive councillors. The total cost of the purchase has yet to be determined.
Other state governments have also slowly replaced the two-litre engine capacity Perdanas, which went out of production in 2010 and is now proving to be expensive to maintain.
Jarumemas: The Malay proverb did say, " alah membeli menang memakai" means that barang yang mahal harganya tahan lama. 

Monday 17 June 2013

Jentera perang siber BN dakwa mereka dilayan seperti kelas kedua


KUALA LUMPUR, 16 Jun — Unit Media Baru (UMB) yang menjalankan tugas perang siber Barisan Nasional (BN) mendakwa dilayan seperti kelas kedua, kata pengerusinya Tun Faisal Ismail Aziz, sambil mempertahankan mereka tidak wajar dipersalahkan kerana prestasi buruk pada pilihan raya umum ke-13 lalu.

Tun Faisal berkata tidak adil hanya pihak mereka dipersalahkan kerana dikatakan memainkan peranan, sebaliknya mempersoalkan sikap pemimpin atasan yang lebih mementingkan blogger-blogger upahan yang mementingkan wang.

"Jangan bila ada peruntukan, beri pada orang lain. Bila mesyuarat, panggil orang lain. Bila makan-makan ajak orang lain. Bila jalan sana sini ajak orang lain. Bila ada maklumat bagi pada orang lain. Bila operasi turunkan orang lain. Bila buat latihan, bayar orang lain atau guna modul yang bukan cadangan UMB.


Jarumemas: Kami juga mengalami situasi yang sama.....

Perdamaian nasional hanya selepas isu penipuan pilihan raya selesai, kata Anwar


Putrajaya mesti menyelesaikan isu penipuan pilihan raya dalam Pilihan Raya 2013 sebelum bercakap soal perdamaian nasional dengan Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. 

Ketua pembangkang itu mengatakan langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengusulkan perdamaian nasional kekal sebagai cakap kosong sekiranya tiada apa dilakukan untuk menyelesaikan penipuan, kecurangan dan salah tadbir oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pilihan raya umum 5 Mei. 

“Selesaikan soal Pemilu (pilhan raya umum) yang curang. Rekonsiliasi itu harus berlaku. Walau apa cara sekalipun, isu kecurangan itu perlu ditangani dengan serius,” katanya kepada pemberita di Jakarta pagi ini, seperti dilaporkan oleh Keadilan Daily.


Jarumemas: Dongengan Sang Kelembai!!

Anwar mengadu kepada presiden Indonesia mengenai penipuan pilihan raya Malaysia

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan mengadu mengenai penipuan pilihan raya kepada Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dan bekas timbalan presiden Indonesia Jusuf Kalla (JK).
Ketua Umum PKR itu membuat pengakuan dalam satu sidang media bersama pemberita Indonesia, semalam.
"Saya beritahu Presiden bahawa isu kecurangan belum selesai, tidak boleh dibiarkan begitu saja," kata Anwar dipetik dari portal VIVAnews.
Menurut Anwar, SBY turut mengucapkan terima kasih kepadanya atas penjelasan mengenai perkembangan pilihan raya di negara ini.
Bagaimanapun kata Anwar, SBY tidak mengambil kedudukan untuk campur tangan terlalu mendalam.
Jarumemas: Masih menagih simpati. Cuma mereka yang termakan dengan cerita beliau akan terpengaruh. 

Golongan muda Cina tidak hormat Melayu sebab rasuah, kata Musa Hassan

Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan menyifatkan golongan muda masyarakat Cina tidak menghormati orang Melayu kerana mereka menerima rasuah, sambil menggesa Putrajaya supaya serius memerangi isu rasuah sekiranya mahu menghentikan sentimen tersebut berlarutan.
Musa dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia berkata apabila orang Melayu terlibat dalam rasuah, masyarakat Cina akan melihatnya sebagai satu bentuk pengkhianatan kerana menjual hak kepada orang lain.
"Generasi muda Cina membenci rasuah. Apabila orang Melayu rasuah, mereka mengganggap seperti menjual hak kepada orang lain dan akibatnya mereka tidak menghormati orang Melayu," kata Musa yang dipetik berkata dalam Utusan Malaysia di "Forum Rakyat:Melayu Islam Bersatu?" hujung minggu lalu.
Jarumemas: Kalau tak ada yang hulur tak akan ada yang terima. Mestilah yang banyak duit bagi pada yang kurang, betul tak? 

Syiah jika berkembang akan tindas Sunni, kata PAS Kelantan


KUALA LUMPUR, 15 Jun -- Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyatakan kebimbangan penganut majoriti Sunni di Malaysia bakal ditindas sekiranya pengikut mazhab Syiah dibiarkan berkembang dalam negara.

Mohd Amar menegaskan walaupun terdapat sebilangan pengikut Syiah dibenarkan untuk mengamalkan mazhab tersebut, hakikatnya mazhab Sunnah Wal Jamaah adalah majoriti di Malaysia dan status tersebut perlu dipertahankan serta dikekalkan. 

"Kita tidak boleh biarkan fahaman Syiah berkembang dengan bebas, walaupun kita hormati pegangan dia, tapi dalam konteks masyarakat kita di Malaysia, pada pandangan kita, kerajaan persekutuan dan kerajaan Kelantan sendiri, pegangan kita adalah Sunnah Wal Jamaah," kata Mohd Amar yang dipetik berkata dalam akhbar harian Utusan Malaysia hari ini. 


Jarumemas: Di Malaysia kita mengamalkan Sunnah wal Jamaah dan janganlah kita terpesong dari pegangan ini dan al-Quran. 

Friday 14 June 2013

Utusan tipu rakyat harga kereta turun, kata PKR

KUALA LUMPUR, 13 Jun — Laporan Utusan Malaysia tentang kononnya kerajaan telah menurunkan harga kereta adalah cubaan memperbodohkan rakyat Malaysia, kata Pengarah PKR Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini.
Utusan telah melaporkan Volkswagen, Peugeot, Honda dan pembuat kereta tempatan Proton dan Perodua telah menurunkan harga sepuluh model mereka sehingga 11 peratus bermula Januari tahun ini, menyiarkan senarai harga sebagai bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menunaikan janji mereka untuk menurunkan harga kereta dalam manifesto Pilihan Raya 2013.
Walau bagaimanapun, dua pembuat kereta Volkswagen dan Peugeot kedua-duanya telah menafikan penurunan harga tahun ini, sebaliknya harga yang dikatakan oleh Utusan tersebut adalah harga asal kereta tersebut.
Jarumemas: Apa sahaja yang kerajaan buat sudah pasti akan mendapat tentangan pembangkang. Apa lagi yang mereka hendak? Biarkan mereka jadi Si Luncai....

DAP gesa KPN, KDN lulus polis bantuan MBPJ

KUALA LUMPUR, 14 Jun – DAP hari ini menggesa Ketua Polis Negara (KPN)dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan kebenaran kepada pihak berkuasa tempatan mereka memiliki pasukan polis bantuan sendiri bagi mengekang kejadian jenayah di Petaling Jaya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin, menegaskan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memerlukan tambahan dua kali ganda anggota pasukan polisnya bagi memastikan situasi yang selamat untuk penduduk di sekitar kawasan berkenaan.
“PJ perlu menggandakan kekuatan pasukan polis. Pada 2012, dengan populasi sekitar 620,000 penduduk, hanya ada 1,323 pegawai polis. Dalam erti kata lain, setiap anggota polis perlu melindungi  470 penduduk,” katanya yang juga pakar strategi media sosial DAP dalam satu kenyataan hari ini.
Jarumemas: Pihak berkuasa tak perlu terlalu terikut2 dengan kehendak dan kerenah pembangkang yang asyik minta macam-macam sedangkan apa yang terlah mereka lakukan? melainkan menghuru harakan negara sahaja. 

SPRM syor EAIC gugur Mohd Nadzri sebagai pegawai penyiasat

KUALA LUMPUR, 13 Jun —  Agensi penguatkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesyorkan agar Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menggugurkan Mohd Nadzri Ibrahim, sebagai pegawai penyiasat tunggal agensi berkenaan bagi memastikan keadilan bagi semua pihak yang terlibat dalam isu kematian dalam tahanan.
SPRM menegaskan, pihaknya enggan untuk dikaitkan dengan mana-mana kontroversi sama ada yang melibatkan SPRM sendiri mahupun EAIC.
"Dalam hal ini, SPRM ingin menegaskan bahawa Mohd Nadzri Ibrahim, pegawai SPRM yang telah dipinjamkan ke EAIC sejak lebih setahun lalu, merupakan seorang pegawai yang telah menjalankan tugasnya secara profesional selama ini.
Sebagaimana SPRM yakin bahawa EAIC sebagai sebuah suruhanjaya, yang bertindak secara bebas, juga mahu memastikan keadilan bagi semua pihak yang terlibat dalam isu kematian dalam tahanan.," kata kenyataan SPRM yang diedar kepada media hari ini.
Jarumemas: Nenek selalu pesan kita jangan sampai bersaksi ke lutut. Biarlah bercakap benar walaupun pahit. 

Ambiga: Protes jalanan mungkin hanya pilihan desak reformasi pilihan raya

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 telah mengakui protes jalanan mungkin hanya cara yang tinggal untuk memperjuangkan reformasi pilihan raya sekiranya kempen mereka untuk membersihkan sistem pilihan raya melalui saluran undang-undang menemui kegagalan.
Pengerusi bersama Datuk Ambiga Sreenevasan mengatakan bagaimanapun, kumpulan itu akan menggunakan “Tribunal Rakyat” sebagai platform untuk “meneliti” tuduhan penipuan yang berlaku dalam Pilihan Raya 2013 dimana hasil penemuannya akan menjadi asas sokongan kepada kerja reformasi pilihan raya mereka.
“Kita akan jalankan tribunal terlebih dahulu,” katanya kepada The Malaysian Insider. “Bergantung kepada hasilnya, kita akan desak reformasi yang relevan. Jika itu gagal, mungkin protes adalah pilihan yang tinggal.”
Ambiga sebelum ini mengatakan “tribunal rakyat” akan bertindak sebagai “kuasa moral” untuk menyiasat secara terbuka pendedahan penipuan didakwa dalam pilihan raya umum 5 Mei.
Jarumemas: Biarkan mereka seperti anjing menyalakkan bukit...