Monday 30 July 2012

Nama Boleh Gugur Bila-Bila Masa - Koh

IPOH, -- Setiap nama daripada parti Gerakan yang tersenarai untuk dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) boleh digugurkan bila-bila masa oleh parti itu jika melakukan sesuatu yang 'bodoh' sehingga membangkitkan kemarahan rakyat, kata Presidennya Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Beliau berkata tindakan itu akan diambil walaupun senarai nama telah ditapis dan dinilai serta dikemukakan kepada pucuk pimpinan BN. "Ini (senarai nama) adalah hasil tapisan dan penilaian tetapi kalau seorang calon yang diletakkan dalam senarai itu buat sesuatu yang bodoh, tidak betul dan membangkitkan kemarahan rakyat, kita tentu tidak akan pilih lagi sebagai calon," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan parti Gerakan negei Perak di sini hari ini. Beliau berkata semua nama yang telah disenarai itu sentiasa dipantau dan mereka perlu terus bekerja keras bagi membantu serta menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat. Rakyat setempat memerlukan seseorang calon pilihan raya yang boleh bekerja untuk mereka, kata Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau berkata Gerakan juga akan membuat penilaian terhadap hasil dapatan kajian-kajian politik yang dilakukan universiti tertentu kerana parti itu turut mendapat maklum balas berbeza dari pelbagai sumber lain. "Itu amat penting kerana kami juga menerima laporan yang kata lain, lebih baik semua laporan itu dijadikan sebagai panduan, jangan anggap ia sudah menjadi realiti kerana kita perlu menarik setiap undi, tidak boleh cuai," katanya. Sumber: Bernama Jarumemas: Hati yang ikhlas walaupun digugurkan tidak akan berkecil hati.

Sekalipun selingan, logo Merdeka terlalu teruk

KUALA LUMPUR- Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kecewa kerana kerajaan khususnya Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan tidak sensitif dalam memilih dan menentukan logo Hari Merdeka sehingga terpaksa menarik balik atau menafikan logo yang dikatakan akan digunakan sebagai logo Hari Merdeka tahun ini setelah mendapat bantahan ramai. Bagi DPPM, kata ketuanya, Riduan Mohd Nor, sikap cuai atau sambil lewa Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dalam menentukan logo Hari Merdeka sehingga ia ‘terlepas’ ke media memberi gambaran negatif rakyat terhadap kerajaan. Katanya, jika ia hanya paparan selingan (artwork) dan bukan logo rasmi sekalipun seperti yang dikatakan oleh Rais Yatim, ia terlalu teruk dan langsung tidak mempunyai nilai seni yang tinggi. “Tidak sepatutnya paparan selingan ini muncul di media-media sebagai penghias sambutan Hari Merdeka tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan. Berita selanjutnya... Jarumemas: Another man's meat may another man's poison.

Peristiwa lebih besar menunggu politik Sabah

KOTA BHARU- PAS meramalkan akan berlaku lagi peristiwa lebih besar dalam politik Sabah selepas tindakan dua pemimpinnya baru-baru ini. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah meramalkan perkara itu ekoran tindakan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Datuk Wilfred Bumburing yang meninggalkan BN. Nik Amar mengulas tindakan terbaru tokoh politik Sabah Timbalan Menteri, Datuk Seri Lajim Ukin meletak semua jawatan dalam Umno, dan seterusnya menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR). Turut meninggalkan BN Timbalan Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazan Dusun Murut Bersatu (UPKO) parti komponen BN, Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing. Jadi apa yang dilakukan Lajim dan Bumburing itu, dakwa Nik Amar, adalah sebahagian daripada manifestasi dan mungkin selepas daripada ini akan berlaku lagi berkara-perkara lebih besar pada masa-masa akan datang. “Ini kerana kita dengar banyak cerita tentang ketidakpuasan terhadap kepimpinan kerajaan di Sabah,” dakwa Timbalan Pesurujaya PAS Kelantan itu. Berita selanjutnya... Jarumemas: Adakah kerana seorang dua pembelot akan menjejaskan negar?

DAP Menang Besar Jika PR Berjaya Tawan Putrajaya

DCNews – 30/07/12 – Berdasarkan senerio sekarang, tidak mustahil DAP akan menang besar jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke-13. Dr Azmi Hassan berkata apa yang berlaku sekarang ini adalah bayangan terhadap apa yang berlaku pada masa hadapan, di mana DAP meletakkan proksi tokoh Melayu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai simbol ketua untuk mencapai agenda mereka yang lebih besar. “DAP tahu, Anwar itu adalah seorang yang beragama Islam yang juga berbangsa Melayu. Itu yang lebih penting. “Jadi, kalau kita lihat percaturan politik DAP, mereka berkorban pada masa ini kerana habuan yang akan datang lebih besar lagi. Sumber: Dari blog AIDC Jarumemas: Tak ku rela DAP dan Anwar berkuasa!!

Sabah BN leaders exit likely to delay polls, say sources

KUALA LUMPUR, July 30 — The drawn-out exit of two Sabah Barisan Nasional (BN) leaders over the weekend is likely to delay a general election from a firm September date to the end of the year as the ruling coalition works to retain its “fixed deposit” in the Borneo states, say sources. BN sources in Sabah and Kuala Lumpur say the pledge by Tuaran MP Datuk Seri Wilfred Bumburing and Beaufort MP Datuk Seri Lajim Ukin to support Pakatan Rakyat (PR) is among reasons that Datuk Seri Najib Razak is re-looking dates for a snap poll after Budget Day on September 28 for his personal mandate, some three years and three months after taking power in April 2009. Read more... Jarumemas: May be may be not