Monday 10 December 2012

Zahrain, Aminah kembali ke pangkuan Umno

Anggota Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan bekas Ketua Wanita PKR,  Pulau Pinang Aminah Abdullah hari ini menyerahkan surat permohonan menyertai semula Umno kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
Surat permohonan Zahrain dan Aminah bersama 347 bekas anggota PKR dari Bayan Baru, Bukit Gelugor dan Jelutong itu diserahkan kepada Najib pada majlis makan tengah hari Perdana Menteri bersama Masyarakat Bayan Baru, di perkarangan Pejabat Umno Bahagian Bayan Baru di George Town.
  
Bekas pengerusi PKR Pulau Pinang itu berkata beliau memilih untuk kembali kepada Umno kerana percaya hanya parti itu mampu memperjuang wadah orang Melayu terutama penduduk di Pulau Pinang.
  
Aminah yang keluar parti itu pada tahun 2007 berkata beliau kembali menyokong BN kerana yakin hanya parti itu mampu membantu semua kaum di negara ini.
  
"Sudah sampai masanya saya memilih Umno kerana selama ini saya tertipu dengan perjuangan pakatan pembangkang, mereka sebenarnya mempunyai agenda tertentu sahaja," kata Zahrain.

Berita lanjut....

Jarumemas: Sedar sebelum terlambat. Mudah-mudahan ramai lagi yang akan mengikut jejak langkah merka berdua.

Konvoi ANAK dihalang masuk Felda Selasih di T'ganu

Konvoi Kembara Oren dari Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) serta penyokong PAS telah membuat cubaan untuk memasuki menyebar risalah di Felda Selasih dekat Jertih semalam tetapi telah dihalang oleh peneroka Felda terbabit.

Dalam kejadian yang bermula jam 5 petang dan berakhir sejam 6.30 petang itu kira-kira 200 peneroka termasuk isteri serta anak generasi kedua Felda Selasih berhimpunan secara aman dan menyekat kemasukan konvoi di pintu masuk utama rancangan tanah berkenaan.
  
Peneroka menggunakan wanita sebagai benteng ketika membantah kemasukan 80 kenderaan pacuan empat roda yang menyertai konvoi kembara bermula dari Johor itu.

Berita lanjut....

Jarumemas: ANAK jangan jadi petualng negara. PAS jangan jadi pecacai PKR dan DAP. Apa salahnya orang Felda jadi kaya raya? Persoalannya, ada pihak yang tidak mahu melihat ORANG MELAYU KATA RAYA hasil dari FELDA!!

Anthony Loke bimbang sokongan bukan Islam terjejas

Ketua Pemuda DAP Anthony Loke memberi amaran bahawa insiden kejadian melibatkan orang bukan Islam dikenakan tindakan mengikut undang-undang Islam di Kelantan boleh menjejaskan reputasi PAS sebagai parti yang sederhana.

Perkara ini sedikit sebanyak menjejaskan keyakinan orang bukan Islam kepada Pakatan Rakyat, katanya.

"Pemimpin tertinggi PAS, terutamanya di Kelantan perlu menyelesaikan masalah ini segera untuk mengembalikan keyakinan orang bukan Islam kepada imejnya sebagai parti yang sederhana dan tidak menekan orang bukan Islam," katanya.

Loke yang bakal tamat tempoh jawatannnya sebagai ketua pemuda berkata demikian dalam ucapannya di Kongres Pemuda Sosialis DAP hari ini.

Sumber: Malaysiakini.com

Jarumemas: DAP bagai anjing takut dengan bayang-bayang. 

JPJ sudah jangka vandalisme pada kamera AES

Ketua pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Datuk Solah Mat Hassan berkata jabatan itu sudah menjangkakan tindakan vandalisme ke atas unit kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) seperti yang berlaku di dua lokasi di Selangor.

"Ada yang puas hati dan ada yang tidak puas hati itu sudah kita jangka dan ini juga berlaku di  negara lain," katanya seperti dipetik Bernama hari ini.

Laporan akhbar hari ini menyebut, dua kamera AES, masing-masing di Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuh Raya Utara Selatan mengalami masalah rakaman kerana disembur dengan cat.

Laporan yang memetik sumber polis menyebut, perbuatan vandalisme itu dsyaki dilakukan pada awal pagi memandangkan kedua-dua kamera didapati gagal mengesan kesalahan sejak jam 2.15 pagi.

Solah dalam laporan Bernama bagaimanapun berkata, JPJ kekal dengan keputusannya untuk melaksanakan AES walau ditentang sesetengan pihak.

"Rancangan pelaksanaan AES tidak akan ditangguh dan ia akan diteruskan kerana ia adalah satu usaha  murni dan bukan untuk menghukum pengguna jalan raya," katanya.

Berita lanjut....

Jarumemas: Biarkan mereka seperti anjing menyalak bukit!!!AES adalah demi keselamatan penguna jalan raya  yang memandu secara berhemah. Mereka yang masih melanggar had laju yang ditetapkan, saman saja!!

Jangan cepat tolak calon, kata Dr M

Anggota Umno perlu kikis sikap tidak puas hati terhadap calon pilihan parti jika mahu melihat parti itu dan BN terus berkuasa dan membentuk sebuah kerajaan yang kuat selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata setiap anggota  perlu memberi sokongan kepada calon yang bertanding atas nama Umno dan tiket BN supaya kemenangan besar untuk membentuk kerajaan yang kuat boleh dicapai.

"Jangan terlalu cepat menolak mana-mana calon yang diputuskan bertanding," katanya pada Majlis Bersama Rakyat Daerah Sik, yang disertai lebih 2,000 orang, di Sik hari ini.

Hadir sama isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Hanipah, ADUN Belantik, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah.

Dr Mahathir berkata tindakan tidak menyokong calon yang dipilih parti berpunca daripada sikap cepat lupa di kalangan orang Melayu, yang akhirnya akan mengundang masalah lagi jika Umno dan BN tidak mendapat majoriti yang secukupnya di Parlimen.

Berita lanjut...

Jarumemas: Diharap pemimpin-pemimpin UMNO berkenaan mendengar kata nasihat Tun Mahathir demi perpaduan dan kemantapan UMNO dan Barisan Nasional.

Sultan S'gor benci dituduh 'orang Umno'

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata beliau sangat benci apabila mendengar tuduhan bahawa beliau merupakan orang Umno – seperti yang dikesannya dalam tulisan di blog tertentu.

Dalam satu wawancara disiarkan Mingguan Malaysia hari ini, Sultan Sharafuddin berkata tuduhan itu timbul akibat salah faham ke atas seruannya supaya golongan Melayu bersatu.

"Saya beritahu kepada kakitangan istana, apa saja dalam blog dan portal yang berkaitan dengan Selangor, cetak dan beri pada saya untuk dibaca.

"Tapi malangnya dalam blog dan portal ini, semua yang mereka katakan adalah saya orang Umno, sedangkan saya tidak menyebelahi mana-mana parti politik," titahnya.

Turut ditimbulkan adalah tuduhan bahawa ucapannya disediakan oleh orang Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Hakikatnya, Najib ada banyak kerja lain yang hendak dibuat. Ini seolah-olah mereka cuba menyatakan saya tidak berotak dan tidak tahu buat ucapan sendiri," katanya.
Sultan Sharafuddin berkata, isu berkenaan juga ditimbulkan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Berita lanjut....

Jarumemas: Kenapalah begitu biadap mereka terhadap Sultan.

Jabatan Agama Johor tetap pantau LGBT

Jabatan Agama Johor akan terus memantau gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negeri itu walaupun tidak menerima sebarang aduan mengenainya sehingga kini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor Datuk Zainal Abidin Osman berkata Jabatan Agama Johor sentiasa mengikuti perkembangan LGBT menerusi media massa selain turut menjelaskan isu itu melalui khutbah Jumaat di seluruh negeri.

"Jabatan Agama Johor merancang mengadakan seminar pendidikan dan penjelasan tentang penyelewengan LGBT kepada masyarakat Islam di negeri ini supaya mereka lebih memahami mengenainya," katanya menjawab soalan Datuk Abdullah Ali (BN-Bukit Naning) pada persidangan dewan undangan negeri,  di Nusajaya hari ini.

Berita lanjut....

Jarumemas: Hindarilah segala kemaksiatan kerana bila Allah menurunkan balanya, mereka yang tidak berdosa juga akan terkena musibahnya.

DAP janji tiada rusuhan jika tewas dalam PRU

KUALA LUMPUR, 9 Dis – DAP berjanji tidak mewujudkan kekecohan sekiranya mereka gagal menubuhkan kerajaan pada pilhan umum ke-13 nanti, sambil mencabar parti lain untuk membuat perjanjian yang sama.

“Kami telah kata kami akan hormat pilihan orang dalam pilihan raya depan ini; jika kami tidak dipilih atau terpilih sebagai kerajaan oleh rakyat, kami tidak akan buat kekecohan,” kata ketua Wanita DAP, Chong Eng semasa Kongres Kebangsaan Wanita dan Pemuda Sosialis (DAPSY) disini hari ini.

Beliau turut menggesa pengerusi Barisan Nasional (BN) dan perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk “membuat komitmen sama jika BN tewas dalam pilihan raya, (dengan janji) mereka juga akan memberikan laluan kepada Pakatan untuk memerintah secara aman”

.

Berita lanjut....

Jarumemas: Adat bertanding ada yang kalah ada yang menang. Diharapkan DAP akan menepati kata-katanya itu.

Subramaniam: MIC bersedia hadapi pilihan raya, jelas dengan misi PM

KUALA LUMPUR, 10 Dis – MIC sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) serta jelas dengan misi yang diamanahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, untuk memastikan undi kaum India kembali ke Barisan Nasional (BN), kata Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Timbalan presiden MIC itu berkata, partinya akan sentiasa berusaha keras untuk memastikan kemenangan serta akan bergerak ke akar umbi memastikan rakyat terbela di bawah kerajaan BN.

“Kesimpulan dari perhimpunan agung MIC semalam, bahawa kita sudah jelas dengan misi dari perdana menteri  untuk memastikan kaum India menyokong BN.

“Ini kerana BN telah memberi keamanan dan kestabilan kepada kita,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan program Mysihat Indian 1Malaysia pagi ini.

Berita lanjut...

Jarumemas: Jangan tanam tebu di tepi bibir. Berilah sokongan padu demi kelansungan masyarakat majmuk negara ini.

Dakwaan 300,000 orang India tiada kerakyatan tak benar, kata Najib

KUALA LUMPUR, 9 Dis — Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini berkata dakwaan oleh pembangkang yang mengatakan seramai 300,000 masyarakat kaum India tidak memiliki kerakyatan adalah tidak benar dan tuduhan itu bertujuan memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurut Najib, tuduhan tersebut tidak berasas sama sekali malahan pihak pembangkang tidak mempunyai bukti kukuh untuk menyokong tuduhan tersebut. 

"Ini (pembangkang) ada pula mengatakan terdapat sebanyak 300,000 masyarakat kaum India yang tidak mendapat kerakyatan sebagai warganegara.

"Mana buktinya? Pembangkang ini pandai tuduh sahaja tapi apabila suruh beri bukti mereka tidak ada," kata pengerusi BN tersebut semasa ucapan pembukaan perhimpuan agung MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra pagi ini.

Berita lanjut...

Jarumemas: Hanya gimik pihak-pihak tertentu yang mahu melihat BN jatuh tersungkur.