Wednesday 11 July 2012

Presiden Boneka PKR Wan Azizah Terus Menyerang PDRM & Hishammuddin

Gomo melihat sahaja setakat ini pergerakkan permainan Wan Azizah Presiden PKR dalam arena politik tanah air. Boneka yang memainkan peranan begitu besar waktu ini dalam mewujudkan sentimen benci Kerajaan terutama pihak PDRM dan khusunya Menteri Keselamatan Dalam Negeri Dato Seri Hishammuddin Tun Hussin Onn. Dah hampir sebulan Wan Azizah menfokuskan mengenai isu jenayah yang ada di Malaysia dan boleh Gomo katakan Wan Azizah sedang membina keupayaan untuk terus mengasak PDRM dan KDN yang kononya tidak berektika dan profesional. Semalam daam satu sidang media Wan Azizah mempertikaikan peranan yang diambil oleh pihak Polis atas tindakan melepaskan tembakan kepada penyerang pedang Samurai di hadapan Pejabat Perdana Menteri. Malah tidak cukup dengan mengkritik PDRM beliau memperlekehkan peranan yang dimainkan oleh Hishammuddin selaku menteri yang bertanggungjawap. Kenyataan Boneka Anwar Ibrahim: Semalam, seorang lelaki yang bersenjatakan parang telah ditembak di perkarangan Jabatan Perdana Menteri, manakala seorang sukarelawan St John Ambulance (Tang Mui Choo) mati akibat terjatuh daripada motosikal kerana kejadian ragut berhampiran Damansara Jaya dan mayatnya telah ditemui di saluran air. Ini hanyalah beberapa contoh kejadian yang berlaku. Apa yang saya benar-benar melihat adalah kenyataan Menteri Dato' Seri Hishammuddin Hussein itu tidak punyai perasaan ihsan kepada seluruh rakyat Malaysia. - Wan Azizah Presiden PKR Sumber: Blog Papa Gomo Jarumemas: Patung Cendana

Guardian lanjut spekulasi Nurul Izzah bakal PM

Akhbar Inggeris Guardian menerbitkan satu rencana mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, menganalisis perjalanan mencabar barisan pembangkang menghadapi pemerintah Barisan Nasional dan apa yang dilihat sebagai peluang terakhir Anwar untuk menjadi perdana menteri. Menurut akhbar itu, pertempuran dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti bakal menjadi yang terakhir untuk merealisasikan hasrat Anwar menjadi perdana menteri, hal yang sama dibicarakan dalam politik negara kebelakangan ini. Rencana tulisan Kate Hodal itu masih memberi gambaran keseluruhan yang positif buat Anwar, memberi gambaran Anwar sebagai satu-satunya pemimpin pembangkang yang ditentukan untuk menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya akan datang, walaupun turut menyelitkan beberapa kritikan kecil. Berita selanjutnya... Jarumemas: Ayah dan nak undur diri anak pula diminta naik.

SPR umum rakyat Malaysia di luar negara boleh undi PRU guna pos

Sekarang ini tidak perlu nak kecoh lagi isu kononnya ribuan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara dinafikan hak untuk mengundi dalam pilihanraya umum.Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pagi Rabu umum satu lagi pembaharuan yakni membolehkan mereka mengundi guna pos. Pengerusinya Tan Sri Aziz Yusof memberitahu wartawan cuma satu syarat dikenakan - mereka wajib balik ke Malaysia sekali dalam lima tahun. Katanya syarat ini bagi memastikan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara itu tahu mengenai situasia politik semasa tanahair. Aziz berkata SPR akan mengambil langkah-langkah perlu untuk melaksanakan sistem baru ini secepat mungkin. Katanya jika perlu langkah perundangan,pindaan mengenainya akan dikemukakan semasa sidang Parlimen pada bulan September ini. Sebelum ini terdapat polimek bagaimana ribuan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara hendak mengundi. Masalah utama yang berbangkit ialah tentang lojistik. Antaranya dimana mereka hendak membuang undi kerana ada yang tinggal jauh dari pejabat Kedutaan Malaysia di sesebuah negara. Sumber: Agendadaily Jarumemas: Mengundilah kerana kerajaan telah melakukan pelbagai cara bagi membolehkan anda mengundi.

PAS Paling Kuat dalam Pakatan Pembangkang, kata Hadi Awang

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti dilaporkan Sinar Harian mendakwa PAS lebih kuat dan bertanding lebih banyak kerusi berbanding dengan DAP dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13. "PAS parti yang paling kuat dalam Pakatan Rakyat (PR). Kita (PAS) mungkin akan bertanding sehingga 80 kerusi, DAP 50 atau 60 kerusi. Dan daripada jumlah itu pula, mereka (DAP) mungkin menang 40 atau 50 kerusi. "Dengan jumlah kerusi yang dimenangi sebanyak itu, DAP tidak boleh membentuk kerajaan kerana yang jadi tulang belakang PR ialah Pas, parti Melayu Islam," katanya. Namun, Abdul Hadi juga turut mengakui jawapan di atas merupakan andaian kerana pengagihan kuota kerusi parlimen pembangkang belum diputuskan secara rasmi dalam PR. Katanya jumlah sebenar kedudukan kerusi antara ketiga-tiga parti pembangkang itu akan diketahui apabila tarikh PRU diumumkan. Abdul Hadi menambah satu lagi bukti kekuatan Pas adalah parti itu mempunyai ramai jentera dan bersedia untuk bertanding di kawasan yang tidak sanggup ditandingi oleh parti komponen PR yang lain. Jumlah kerusi kompenan PR yang bakal bertanding dalam PRU 13 menjadi tumpuan apabila Utusan Malaysia semalam melaporkan DAP bakal bertanding 90 kerusi berbanding dengan PAS dan PKR yang masing-masing bertanding 66 kerusi. Sumber: Blog Kelab Chedet.com Jarumemas: Agaknya cuba tutup kelemahan parti.

Amuk di JPM: Mesteri-mesteri yang belum dirungkai...

Macam-macam andaian dibuat mengenai apa sebenarnya yang sebenarnya laku di Komplek B JPM Putrajaya Isnin lalu. Apa yang menjadi persoalan ramai tentulah kenapa mereka berdua, Khalil Afandi Hamid dan Muhdalena Ahmad pi serang tempat macam itu dengan senjata berbahaya. Kalau tengok dari facebook Kamal Afendi, dia mengaku sekolah menengah MRSM Pengkalan Chepa, antara sekolah asrama penuh terbaik negara. Dan Muhdalena pula bekas penuntut UIAM, sudah bersuami dan mempunyai anak kecil, yang kata sumber kepada Agendadaily "Masih menyusu...". Pelik memang pelik, macam mana orang-orang cerdik boleh jadi macam itu. Pi serang komplek strategik hendak gulingkan kerajaan hanya berdua dan bersenjata pedang samurai. Masuk akal ke? Polis pada Selasa keluar kenyataan bahawa mereka sedang kesan individu yang hantar pasangan tersebut ke JPM pada hari kejadian. Polis juga mengesahkan lelaki yang serang Komplek B tersebut adalah masalah mental. Baca terus..... Jarumemas: Perlu disiasat dengan terperinci kerana kes ini bukan lakonan.