Tuesday 6 March 2012

Resipi

Bila ada rakan-rakan yang menanya teman tentang satu2 resipi, sukar untuk teman memberikan sukatan sebenar kerana selalunya teman main2 hentam saja, asalkan jadi kuih. Itu sebab ada yang kata tak sama macam teman buat. Biasanya kuih-kuih tradisional teman buat amcam tulah. Teman ni bukannya pandai sangat tapi mungkindah biasa membuatnya kuih tu jadi. Sesiapa nak resipi kuih LOMPAT TIKAM bolehlah teman beri mengikut sukatannya. Itupun teman dapat dalam satu program masakan di TV mana teman tak ingat. Resipinya begini:

Bahagian bawah kuih:
1 cawan tepung beras
3/4 helai daun pandan (dikisar dgn satu cawan air dan ambil airnya sahaja)
3 cawan air + 1 cawan air daun pandan

Semua bahan dimasak atas api perlahan sehingga  pekat, kemudian masukkan ke dalam loyang atau bekas2 kecil.

Bahagian atas kuih:

1/2 cawan tepung beras
4 cawan santan
1/2 ke  1 camca teh garam (untuk naikkan rasa lemak pada santan)


Kacau atas api sehingga pekat dan kemudian curahkan atas adunan warna hijau tadi.

Air Gula

1 buku gula melaka dimasak dengan 2 cawan air. Letak 1 @ 2 helai daun pandan.

Sejukkan dan hidangkan. Sesuai untuk minum petang.

SELAMAT MENCUBA.

PAS KELANTAN GUNA ROYALTI MINYAK BAYAR PTPTN

Tindakan kerajaan PAS Kelantan membantu melunaskan hutang pinjaman Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada graduan lepasan universiti anak-anak negeri itu menggunakan hasil royalti minyak hanya akan mendatangkan kesan buruk bagi jangka masa panjang kerana hasil royalti tersebut sepatutnya digunakan untuk tujuan yang lebih mendesak bagi pembangunan negeri itu.
 
ooppss.....ada aku kesah!!....selagi duit ada dalam tangan aku....aku punya sukalah!!!

APA LOGIKNYA GAJI PEMBANTU RUMAH RM700

Kenapa pihak kita selalu mengalah?  Seperkata lagi, logikkah gaji ditetapkan sehingga RM700 sebulan dan majikan perlu mengemukakan butir peribadi kepada pihak di Indonesia terlebih dahulu. Sekarang siapa yang mencari kerja? Rakyat Indonesia atau majikan dari Malaysia. 


Sumber: Ruangan Forum Utusan Malaysia

ooppss....Wujudkan Pusat Asuhan Bayi 3 bulan ke 2 tahun. Pusat Didikan Kanak-Kanak antara 3 tahun ke 4 tahun. Tadika 5 - 6 tahun. Gajikan rakyat tempatan dgn memberikan gaji yang setimpal mengikit kelayakan masing-masing antara RM700 ke RM1000. Sekarang ini remaja kita yang berkelayakan dalam bidang ini. Majikan tak perlu membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk mendapat seorang pembantu rumah. Para ibu bapa muda pula jgn terlalu mengharap pembantu rumah buat segala-galanya dari menjaga anak-anak sehinggalah memasak, membersihkan rumah, membasuh kain baju da mneggosok. Robot pun boleh mogok!!!

LBGT RUNTUHKAN AKHLAK

Awang Selamat menyorot penolakan oleh pelbagai persatuan keagamaan terhadap hasrat sesetengah pihak  untuk menyerapkan budaya negatif Barat termasuk memperjuangkan hak perkahwinan sejenis ke negara ini perlu menjadi amaran keras kepada  puak terbabit. Meereka menegaskan semua budaya songsang itu perlu disekat masuk. Selain tidak bermoral dan bercanggah dengan ajaran agama, budaya songsang ini akan menjadikan isntitusi  perkahwinan  dan keluarga menjadi huru hara kerana ia membelakangkan fitrah manusia.

sumber: Utusan Malaysia

ooppss.....Selama 400 tahun lebih kita dijajah secara fizikal oleh kuasa-kuasa asing dan kini minda kita pula dijajah melalui alam maya. Generasi masa kini perlu sedar bahawa Barat tidak akan berpuas hati selagi negara kita yang aman damai ini tidak berjaya ditaklunya. Selama ini kita hidup bahagia dan serasi antara satu sama lain, Mengapa perlu kita  menerima budaya Barat yang negara mereka sendiri tunggang-langgang. Allah telah menurunkan pelbagai bala dan musibah ke atas negara mereka. Tidak mungkin bala yang sama akan ditimpakan Allah ke atas Malaysia sekiranya kita lupa pada janji-janji Allah. Renung-renungkanlah......