Wednesday 13 November 2013

Tony Pua tarik balik sindiran pada anak pengerusi Petronas

Saman fitnah yang difailkan anak perempuan Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan suaminya terhadap Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berhubung kenyataan berkaitan sistem permohonan dan kelulusan Feed-in Tariff (FiT) diselesaikan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini.


Pada Oktober tahun lepas, Todd Michael Morath, 45, dan isteri, Suzi Suliana, 35, memfailkan saman itu terhadap Pua Kiam Wee atau dikenali sebagai Tony Pua, berhubung kenyataan media yang disiarkan di laman web DAP beberapa kali pada Julai tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng merekodkan penyelesaian itu selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat menyelesaikan perkara itu.

Pua dalam kenyataan penjelasan yang dibacakan di mahkamah terbuka berkata beliau tidak bermaksud untuk memperkecil keperibadian atau mendakwa sebarang salah laku oleh Suzi Suliana dan suaminya dan/atau bekas Ketua Setiausaha Negara Mohd Sidek.


Jarumemas: Apa sahaja yang boleh di'racun' oleh pembangkang akan diracunnya. Waspadalah kerana sudah terlalu ramai yang jadi ular, cakap berbelit-belit. Pembangkang hanya  tahu nak jadi hero yang tidak didendangkan.

Dr Mahathir rayu PPSMI dikembalikan dalam sistem pendidikan

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini merayu supaya mata pelajaran Matematik dan Sains kembali diajar menggunakan Bahasa Inggeris seperti kaedah yang pernah digunakan sebelum ini iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Dr Mahathir berkata, meskipun menggunakan Bahasa Inggeris, semangat nasionalisme masih dapat diterapkan kerana ilmu pengetahuan adalah kunci kejayaan sesuatu bangsa.
"Kita jadi realistik. Bahasa Melayu belum lagi menjadi bahasa Sains dan Matematik.
"Saya Melayu dan saya sayang bangsa Melayu, tetapi saya juga mahu orang Melayu berilmu. Saya merayu mata pelajaran Sains dan Matematik dikembalikan dalam Bahasa Inggeris," katanya ketika berucap dalam Persidangan Antarabangsa Pendidikan Guru dalam Dunia Islam di Petaling Jaya hari ini.
Tanpa penguasaan bahasa Inggeris, katanya, ia akan menyempitkan peluang pekerjaan walaupun individu berkenaan adalah pelajar cemerlang.
"Tanpa penguasaan bahasa Inggeris, kita tiada kelebihan. Nasionalisme bukan setakat bertutur bahasa Melayu sahaja, itu salah," katanya.

Jarumemas: Teman sokong seratus peratus cadangan Tun Mahathir. Beliau sering memandang ke hadapan dan dapat menjangkakan apa yang kita perlu pada masa depan. Tun selalu berfikir di luar kota minda. Mengapa kita tidak mahu menerima pakai cadangan seorang negarawan yang boleh kita jadikan pakar rujuk dalam memajukan negara ini. 

Bebaskan orang Melayu daripada racun Umno, kata penyokong bukan Islam PAS

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yakin parti Islam itu dan Pakatan Rakyat (PR) akan lebih berjaya dalam pilihan raya umum akan datang jika mampu memecahkan tembok dan membuang racun yang ditanam Umno ke dalam pemikiran orang Melayu.
Pengerusi DHPP, Hu Pang Chaw, berkata “racun” itu yang menyebabkan majoriti orang Melayu masih menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Pertamanya, Umno menanamkan racum kepada orang Melayu bahawa hanya Umno penyelamat mereka. 
"Keduanya, orang Melayu diracuni Umno bahawa jika Pakatan menang, DAP akan memastikan Cina jadi perdana menteri.  Agama rasmi negara akan ditukar kepada Kristian dan Melayu akan dihalau daripada bumi sendiri seperti berlaku kepada Melayu Pulau Pinang sekarang," katanya dalam satu temuramah bersama The Malaysian Insider, baru-baru ini.

Jarumemas: Orang Melayu jgn dilayan perkara-perkara seperti ini kerana akhirnya nanti kita juga yang hilang tanah tempat tumpah darah kita. Pembangkang sudah pasti menangguk di air keruh apabila sesama Melayu bercakaran. Ayuh!! bersatu kita ORANG MELAYU..PERSETANKAN pembangkang ini!!!

Terengganu bekal senjata api kepada penguatkuasa agama

Terengganu menyahut seruan kerajaan untuk membekalkan senjata api kepada pegawai penguatkuasa dan menyeru negeri lain mengambil tindakan serupa.
Ahli Exco kerajaan negeri, Ghazali Taib, berkata pegawai penguatkuasa yang terdedah kepada ancaman nyawa perlu dilindungi.
"Pegawai penguatkuasa di Terengganu dibekalkan dengan senjata api atas alasan keselamatan.
"Saya berharap negeri lain akan mengambil tindakan sama supaya penguatkuasa mempunyai senjata untuk mempertahankan diri," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Jarumemas: Pastikan senjata yang dibekalkan kepada mereka tidak disalahguna. 

DBP: Keputusan Sains dan Matematik merudum ketika PPSMI dilaksanakan

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hari ini berpegang teguh kepada pendirian kerajaan untuk menarik balik pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kerana statistik Kementerian Pendidikan membuktikan terdapat kemerosotan keputusan akademik pelajar melalui pelaksanaan dasar itu.
Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr Awang Sariyan, berkata PPSMI tidak mempunyai hala tuju selain Kementerian Pendidikan membuktikan keputusan pelajar merudum dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
"Kami patuh kepada keputusan kerajaan kerana pelbagai institusi pendidikan menjalankan kajian mendalam terhadap kegagalan PPSMI.
Jarumemas: Anak teman suka dengan PPSMI kerana padanya mudah untuk difahami apa yg diminta dalam BI daripada BM. Pada teman, mudah saja, buat dua aliran sekolah, Sekolah Aliran Inggeris dan Sekolah Aliran Melayu. Teman dulu belajar di Aliran Inggeris selepas belajar di sekolah kebangsaan aliran Melayu. Memang banyak membantu teman menguasai BI dalam kehidupan seharian.