Wednesday 22 January 2014

Rasuah: Lebih mudah dicegah daripada dirawat, kata Dr M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi mengkritik Putrajaya, mendakwa rasuah pada masa ini lebih teruk kerana birokrasi yang tidak berpenghujung dan pita merah kerajaan.
Beliau berkata, adalah lebih mudah untuk mencegah rasuah daripada cuba untuk menangkap si penjahat itu, dengan mencadangkan sistem kerja membabitkan lebih banyak pegawai dan borang permohonan yang lebih mudah difahami.
Dalam posting terbaru di blognya, Dr Mahathir berkata, penjawat awam di peringkat tertinggi perlu menunjukkan keputusan ketara dalam kerja mereka kepada kakitangan bawahan, dengan mengemukakan laporan bulanan secara terperinci yang menunjukkan prestasi mereia.

Jarumemas: Adakah sama dengan perumpamaan ini,  orang memberi kita menerima?

'Maaf lepas timbul isu budaya pembangkang'


Desakan Penasihat DAP Lim Kit Siang supaya ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon memohon maaf secara terbuka berhubung isu 'kangkung' merupakan budaya pembangkang bagi menutup kesalahan mereka, kata Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Shabudin Yahaya.

Katanya, memang menjadi budaya pembangkang menimbulkan isu yang membuatkan rakyat marah dan selepas itu memohon maaf.
    
"Permohonan maaf sebegitu sebenarnya sudah tidak mempunyai nilai kerana ia merupakan budaya parti pembangkang untuk mengalih pandangan selepas mengguris hati pelbagai pihak," katanya kepada pemberita di Majlis Penyampaian Awal Persekolahan Parlimen Tasek Gelugor, di Butterworth semalam.


Jarumemas: Konon nak cuba tutup bangkai gajah!!  

BN perlu berubah, kurangkan beban rakyat atau tewas pilihan raya

Datuk A Kadir Jasin memberi amaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar beliau membantu mengurangkan kos sara hidup yang ditanggung rakyat atau mengundur diri jika Barisan Nasional (BN) berhasrat untuk memenangi pilihan raya akan datang.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times itu berkata, beliau diajukan soalan mengenai kepimpinan Najib dan masa hadapannya daripada ahli Umno dan seteru politik berikutan rungutan rakyat dengan kenaikan harga barang dan pemotongan subsidi.
"Satu PM perlu berubah dan melakukan perkara yang betul untuk mengurangkan beban rakyat," katanya dipetik daripada laman blog miliknya, The Scribe.
"Dua, beliau perlu ditukar jika enggan berubah, dan ketiga, tiada yang berubah, dan BN akan tewas PRU akan datang," katanya.
Veteran Umno menyuarakan kebimbangan mereka terhadap program rasionalisasi subsidi Najib dalam perbelanjaan awam untuk memastikan Malaysia mendapat rating positif dalam agensi rating antarabangsa.

Jarumemas: Ditelah mati emak, diluah mati bapak. Namun, tidak semua intan itu kaca. 

83 aktivis muda Cina gesa Lim tarik balik saranan


Sekumpulan aktivis muda hari ini tampil menyatakan sokongan mereka terhadap wakil rakyat Machang Bubuk Lee Khai Loon yang menganjurkan 'flashmob kangkung' yang dikatakan menghina perdana menteri.

Mereka malah menegur pemimpin popular DAP Lim Kit Siang yang menyarankan Lee mempertimbangkan permohonan maaf bagi mengelak diputar belit dan membangkitkan kebencian kaum.

“Kami segolongan anak muda yang prihatin terhadap perkembangan sosial menggesa Lim supaya menarik balik kenyataan beliau yang mencadangkan Lee memohon maaf ekoran 'flashmob kangkung' yang dianjurkannya,” kata mereka dalam kenyataan bersama hari ini.


Jarumemas: Semuanya hanya lakonan dan agenda ada udang di sebalik batu. 

Industri tekstil mohon Putrajaya kecualikan daripada dasar gaji minimum

Persatuan Pengilang Tekstil Malaysia (MTMA) hari ini memohon agar Putrajaya mempertimbangkan permohonan agar industri tekstil dikecualikan daripada pelaksanaan dasar gaji minimum bagi memastikan kelangsungan mereka.
Antara alasan yang dikemukan pihak industri adalah termasuk, tempoh percubaan bagi pekerja industri selama enam bulan dengan gaji minimum sebanyak RM900 tidak menguntungkan mereka memandangkan pekerja dalam tempoh itu tidak memberikan sebarang sumbangan.
"Kami menyeru kerajaan Malaysia menggugurkan keputusan Jawatankuasa Kabinet dan membenarkan pekerja industri tekstil menjalankan tempoh percubaan selama tiga hingga enam bulan kepada pekerja asing dengan bayaran minimum sebanyak RM630.
"Namun, majikan perlu menanggung kos levi sepanjang tempoh itu," kata Ketua Pegawai Eksekutif MTMA Andrew Hong, di Kuala Lumpur hari ini.

Jarumemas: Kerajaan tidak perlu menngikut kehendak merka ini kerana kerajaan telah memberi mereka cukup masa untuk melaksanakannya. Kalau bab menguntungkan cepat mereka ini melompat tetapi bila  bab rugi sedikit mulalah mereka membuat pelbagai helah. 

Dasar Automatif Negara sebagai subset liberalisasi ekonomi

Dasar Automatif Negara yang baru dibentuk pada 2006 disemak dan baru-baru ini ia diumumkan, antaranya: 1) tidak ada penurunan duti eksais, 2) pembentukan kerangka penurunan harga sehingga 30% menjelang 2018, 3) galakan penyertaan syarikat Bumiputera, 4) kajian impak jika sistem permit kelulusan dihentikan, 5) penyediaan 150,000 peluang kerja menjelang 2020, 6) pembentukan daya saing industri domestik, serta 7) penyediaan geran berjumlah RM2 billion untuk merealisasikan dasar ini.
Selain itu turut dimasukkan 8) pemeriksaan sukarela bagi memastikan kenderaan elok untuk digunakan, 9) memastikan kualiti kenderaan baik, 10) menjadikan Malaysia sebagai hab serantau kenderaan cekap tenaga dan 11) mempromosi eksport kenderaan dan komponennya.
Sengaja saya menyenaraikan perkara di atas dalam dua perenggan berasingan kerana kelihatan dasar di perenggan pertama jelas tidak bersifat liberalisasi, bahkan merupakan sebab utama harga kenderaan di Malaysia sangat mahal. Perkara dalam perenggan kedua pula masih tidak begitu jelas misalnya dalam amalan biasa sebelum ini, sijil pemeriksaan oleh Puspakom diperlukan. Tidak ada kenyataan konkrit mengenai penurunan harga kenderaan melainkan kerangka penurunan sehingga 30% menjelang 2018. - Amin Ahmad

Jarumemas: Hanya jauhari yang mengenali manikam. Teman tidak berapa pandai dalam membincangkan bab ini. Kita tunggu dan lihat apa kesudahannya dengan Dasar Automotif Negara ini kelak. 

Malaysia tidak tunaikan janji pembaharuan, kata badan hak asasi antarabangsa

Badan pemantau hak asasi manusia antarabangsa Human Right Watch (HRW) hari ini membidas Putrajaya kerana berpatah balik daripada janji pembaharuan yang dibuat sebelum pilihan raya 5 Mei tahun lalu.
Dalam World Report 2014 yang dikeluarkan hari ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak menunaikan janjinya apabila meminda kembali beberapa undang-undang yang menindas dan menekan.
"Malaysia pada 2013 menyaksikan 'dua kisah Najib', menjanjikan pembaharuan undang-undang sebelum pilihan raya dan mengembalikan undang-undang menindas selepas itu," kata timbalan pengarah HRW Asia, Phil Robertson dalam satu kenyataan media hari ini.

Jarumemas: Nampak ada yang 'menyelak kain'  negara kita. Rasanya kita tak pernah pun jentik negara asing. 

Adun PKR enggan mohon maaf, tidak tunduk kepada Umno

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk Lee Khai Loon tidak akan memohon maaf atas perbuatannya menyuapkan kangkung ke dalam mulut replika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagaimana digesa Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Beliau sekali lagi menegaskan salah satu objektif acara tersebut adalah bagi menagih keprihatinan Najib memahami kesusahan rakyat yang tertekan dengan kenaikan harga barang dan tidak bertujuan menghina sesiapa.
“Saya tidak akan tunduk kepada kenyataan perkauman dan keganasan Umno. Mereka adalah pencetus kepada apa yang berlaku baru-baru ini.

Jarumemas: Puak-puak ni memang degil dan tak akan minta maaf kerana fikir dia yang betul. Kalau dah jadi biadap sangat wajar diambil tindakan. 

Mohon maaf lepas timbulkan isu jadi budaya pembangkang

Desakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Lee Khai Loon memohon maaf secara terbuka berhubung isu 'kangkung' merupakan budaya pembangkang bagi menutup kesalahan mereka.
Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Shabudin Yahaya, berkata memang menjadi budaya pembangkang menimbulkan isu yang membuatkan rakyat marah dan selepas itu memohon maaf.
"Permohonan maaf sebegitu sebenarnya sudah tidak mempunyai nilai kerana ia adalah budaya parti pembangkang untuk mengalih pandangan selepas mengguris hati pelbagai pihak," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Awal Persekolahan Parlimen Tasek Gelugor, di Butterworth, semalam.

Jarumemas: Betul tak teman kata baling batu sembunyi tangan puak-puak ni semua? 

Kit Siang gesa BN, Pakatan berbincang elak insiden 13 Mei berulang

Lim Kit Siang menggesa satu pertemuan diadakan di antara pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) bagi memastikan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 tidak berulang selain membincangkan isu berkaitan kepentingan negara.
Penasihat DAP itu berkata, pertemuan itu penting bagi mengembalikan keyakinan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap pentadbiran negara.
“Adakah Kabinet hari ini bersedia mengambil pendirian teguh menghentikan hasutan kebencian terhadap kaum dan agama serta hasutan untuk berulangnya peristiwa 13 Mei?
“Umno Pulau Pinang dan sekutunya memutar belit fakta mendakwa flash mob kangkung oleh Adun PKR Lee Khai Loon bertujuan menyerang perdana menteri Melayu oleh kaum Cina,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jarumemas: Baling batu sembunyi tangan ke Kit Siang?