Thursday 3 January 2013

Dasar tidak realistik boleh bawa padah pada negara, kata Pemuda Umno Keningau

KENINGAU, 3 Jan — Pergerakan Pemuda Umno Keningau berpendapat bahawa sebarang usaha untuk “merubah” dasar pemerintahan negara yang akhirnya tidak konsisten, tidak teratur serta tidak realistik boleh mengundang padah kepada masa depan rakyat dan negara.

Ketuanya, Azman Ruslan berkata dasar-dasar yang tidak menentu dan tidak teratur juga boleh menyebabkan kecelaruan pada urusan tadbir negara yang akhirnya memberi impak negatif kepada rakyat dan negara.

“Justeru, saya berpendapat bahawa dasar-dasar Kerajaan Barisan Nasional yang terbukti lebih kondusif, inklusif dan progresif perlu dipertahankan bagi memastikan kestabilan ekonomi, politik dan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

“Saya berpendapat bahawa rakyat Sabah perlu pertahankan Kerajaan Barisan Nasional kerana dasar-dasarnya bukan sahaja sentiasa relevan tetapi boleh menjamin masa depan rakyat Sabah, terutama masyarakat luar bandar yang sangat memerlukan pembangunan.

“Rakyat Sabah sebenarnya akan rugi besar sekiranya dasar-dasar progresif yang dilaksanakan Kerajaan Barisan Nasional tidak berkesinambungan. Saya tidak fikir pembangkang mempunyai agenda pembangunan yang lebih baik daripada apa yang telah dan sedang dilakukan Kerajaan Barisan Nasional,” katanya. 

Sebaliknya, Azman berkata sikap dan tindak-tanduk pakatan pembangkang gagal memberikan hala tuju jelas berhubung cara mereka mengurus tadbir negara dengan lebih baik daripada Kerajaan BN.

“Bukan susah sangat untuk menilai kredibiliti pakatan pembangkang kerana rata-rata pemimpinnya adalah ‘orang-orang lama’ dalam politik yang kurang dinamik, malahan sesetengahnya adalah ‘pengembara politik’.” — Bernama

Jarumemas: Hanya jauhari yang mengenali manikam.  Jangan sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

SPR nafi dakwaan sekat pemerhati jalankan tugas pada PRU13

KUALA LUMPUR, 3 Jan — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menolak dakwaan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nasution berhubung sekatan terhadap kumpulan pemerhati bebas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang disifatkan sebagai satu pembohongan untuk mengelirukan rakyat.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata dakwaan yang dibuat Saifuddin itu tidak berasas dan meminta beliau tampil sendiri untuk mendapatkan penjelasan dan gambaran sebenar mengenai perkara itu daripada SPR.

“Saya lihat kenyataan yang dibuat beliau tidak tepat sama sekali dan menganggapnya sebagai cuba untuk mengelirukan rakyat sedangkan tuduhan yang dibuat itu langsung tidak berlandaskan maklumat yang sebenar dan tepat,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu rancangan “Hello Malaysia” terbitan BernamaTV di sini semalam.


Jarumemas: SPR  sudah cuba sedaya upaya untuk membersihkan imejnya tetapi kenapalah masih ada yang meragui kewibawaan SPR?

BN khuatir Selangor akan terus mundur jika isu air berterusan

SHAH ALAM, 3 Jan — Barisan Nasional (BN) Selangor khuatir sekiranya isu air tidak diselesaikan, ia bakal menjadikan Selangor sebuah negeri yang mundur ekoran pelabur tidak berani untuk melabur di negeri diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) itu.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata kedegilan PR untuk tidak meneruskan pembinaan Loji Langat 2 turut akan menjadikan punca Selangor akan ketinggalan dari segi pembangunannya.

“Kalau kerajaan negeri masih berdegil atas kepentingan politik, Selangor akan mundur,” kata Noh kepada pemberita selepas menyertai lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sekolah Kebangsaan Alam Megah 2, di sini.


Berita lanjut....

Jarumemas: Bantulah rakyat yang dalam kesusahan tak kira siapa yang memerintah dan diperintah.

Pahlawan negara Kanang Langkau meninggal dunia

KUCHING, 3 Jan — Pahlawan negara Datuk Temenggong Kanang Langkau meninggal dunia awal hari ini di Hospital Umum Sarawak.

Mendiang berusia 68 tahun.

Beliau meninggal dunia pada pukul 1.45 pagi, tidak lama selepas digegaskan ke hospital setelah pengsan di rumah akibat sesak nafas, kata balunya Datin Brawang Chunggat. 

“Kami sekeluarga masih terkejut kerana beliau tidak pernah mengadu sakit dan memang kelihatan sihat walafiat,” katanya kepada Bernama.

Kanang, yang bersara sebagai Pegawai Waran 1 daripada 8 Batalion Ranger, Angkatan Tentera Malaysia, merupakan soldadu tunggal yang menerima pingat Sri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) iaitu pingat keberanian tertinggi negara, ketika masih hidup. — Bernama

Jarumemas: Semoga rohnya berehat dengan tenang.