Tuesday 2 July 2013

RCI: Pekerja asing Filipina bukan isu besar, kata KP Imigresen

Pendatang asing tanpa izin dari Filipina bukan menjadi isu besar di Malaysia, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad kepada panel Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah hari ini.
Saksi ke-148 itu berkata, hal ini kerana jumlah pekerja asing Filipina yang bekerja di negara ini tidak berada dalam kuantiti ramai.

"Saya selalu jumpa Duta Filipina, kita berbincang berkenaan pendatang asing di Malaysia, ia bukan isu besar ... sebab saya tidak nampak isu pendatang asing ini dibangkitkan secara khusus dalam mesyuarat di peringkat Kuala Lumpur.
"Kita ada perbincangan dengan Filipina, tetapi tidak kerap. Pekerja asing Filipina (di Malaysia) tidak begitu besar. Setakat ini kita hanya benarkan pekerja lelaki sahaja untuk datang bekerja di Malaysia, sementara subsektor pembantu rumah hanya pekerja wanita," katanya kepada lima panel RCI di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.


Jarumemas: Kisah pendatang asing ini entah bila akan selesai...

Lantik wakil BN dan Pakatan ke dalam SPR, kata Tamrin

Pelbagai pihak menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi jarang yang memberikan cadangan untuk menyelesaikan kemelut kepercayaan yang melanda badan yang sepatutnya bebas itu.
Bekas Exco Pemuda Umno yang kini menyertai PAS, Tamrin Ghafar mencadangkan, badan ini digabungkan dengan pihak-pihak yang berkepentingan dengan SPR sama-sama memilih calon untuk memimpin badan ini.
"Saya cadangkan pelanggan-pelanggan SPR yang memilih pejawat dalam SPR ini termasuk pengerusi, timbalan pengerusi, setiaudaha dan ahli-ahli SPR. Misalnya BN mencalonkan pengerusi SPR manakala Pakatan mencalonkan nama timbalan pengerusinya," kata Tamrin apabila ditemui oleh The Malaysian Insider.

Jarumemas: Adakah kalau SPR tukar nama memungkinkan akan hilang kemarahan pembangkang terhadap badan itu?  

DBKL, Majlis Perbandaran membiarkan Melayu 'dihalau' dari bandar

Isu 'Rumah Oh Rumah' yang diketengahkan dalam ruangan Awang Selamat, Mingguan Malaysia kelmarin yang diberikan oleh Awang Selamat dan Ahli Parlimen Titiwangsa,  sudah banyak kali dibawa oleh pelbagai pemimpin setempat serta Pemuda UMNO Malaysia semasa Perhimpunan Agung UMNO yang lalu.


Masalah kekurangan rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah sudah semakin ketara dan amat-amat kritikal di Kuala Lumpur, Petaling Jaya mahupun di Subang Jaya dan sekitar Ampang. Namun, masalah ini seperti 'ditutup sebelah mata' oleh pegawai-pegawai atasan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mahupun di Majlis Perbandaran sekitar Lembah Klang.
Namun,  apa yang pelik, sehingga kini masih tidak ada tindakan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat siasatan. Ini bukan perkara baru, malah sudah sedekad dan kini masih berlaku.

Oleh SITI FARINA MOHAMAD RASHDAN

Lagi....www.utusan online.com

Jarumemas: Sudah sampai masanya pihak berkuasa meneliti permaslahan ini. Janganlah kerana mahukan kekayaan sementara orang Melayu sendiri sanggup tikam orang Melayu yang lain.