Thursday 26 December 2013

Krisis pembantu rumah berterusan: Malaysia tolak MoU Kemboja lindung hak asasi pekerja

Malaysia sekali lagi gagal mendapatkan tenaga kerja domestik apabila pemerintah Kemboja akan menamatkan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia selepas Putrajaya menolak garis panduan untuk melindungi hak pekerja mereka.
The Cambodia Daily melaporkan Putrajaya menghantar kembali Memorandum Persefahaman (MoU) yang disediakan kerajaan Kemboja dengan sebaris ayat "majikan perlu menghormati hak asasi manusia DW (pekerja domestik)”.
Kemboja menuntut untuk membenarkan pembantu rumah menyimpan pasport mereka, melihat dan menandatangani kontrak perjanjian sebelum meninggalkan Kemboja, tiga sajian sehari dan cuti tahunan yang semuanya ditolak kerajaan Malaysia.

Jarumemas: Pada pandangan teman, adalah lebih baik kerajaan Malaysia mengambil dan melatih rakyat tempatan menjadi pekerja domestik. Berikan mereka kursus dan latihan tahap profesional yang membolehkan rakyat kita mendapat  gaji yang tinggi dan menarik perhatian mereka untuk menjadi pekerja domestik. Berikan mereka segala insentif sama seperti pekerja domestik warga asing. Memang anak-anak tempatan tidak mahu menjadi bibik kerana memandang hina pekerjaan ini. Tetapi kalau kena cara dan kaedahnya, teman pasti ia  boleh dilaksanakan walaupun pada mulanya tidak akan mendapat sambutan. Kita kena tukar  'mindset' mereka dulu.   

Dataran Merdeka bukan lokasi perhimpunan ‘guling kerajaan’, kata Datuk Bandar

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Haji Talib menafikan Dataran Merdeka akan dijadikan lokasi perhimpunan yang didakwa mahu menggulingkan kerajaan, dan menegaskan lokasi itu hanya untuk sambutan ambang tahun baru 2014.
Menurut Ahmad Phesal, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) belum menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk berhimpun di Dataran Merdeka.
"Dataran Merdeka hanya digunakan untuk acaran sambutan tahun baru dan beberapa program hiburan yang kita sudah aturkan,” katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur pada Isnin.

Jarumemas: Kalau yang degil dan tegar ini, mereka tidak kira dapat  kelulusan atau tidak, mereka tetap akan lakukan. Kalau kena tangkap kemudian cerita kerana mun gkin merkea ditaja oleh pihak tertentu untuk melakukannya. 

Menteri tolak sokongan BN merosot akibat peningkatan kos sara hidup 2014

Rakyat Malaysia akan berhadapan dengan tahun 2014 yang lebih mahal, sesuatu yang boleh menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan lebih banyak undi sehinggakan ahli-ahli parlimen kerajaan menggesa sesuatu dilakukan.
Namun, bagi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hassan Malek, ia adalah masalah kecil.
Hasan menolak hasil kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) yang meramalkan sokongan terhadap BN akan terjejas dalam pilihan raya akan datang akibat siri kenaikan harga barang.
Jarumemas: Lain hulu lain parang, lain dulu lain sekarang. Orang dulu tak pandai nak membantah tetapi generasi masa kini semakin pandai dan terpelajar. Peribahasa seperti ketam mengajar anaknyaberjalan betul tidak boleh dipraktikkan langsung. 

Menjelang Tahun Melawat Malaysia, syarikat bas pelancong bimbang kekurangan diesel

Pengendali bas pelancong mendakwa subsidi 20 juta liter diesel tidak mencukupi dan meluahkan kebimbangan kekurangan bahan bakar itu memberi kesan kepada industri pelancongan menjelang Tahun Melawat Malaysia yang bermula Januari ini.
“Semasa waktu cuti sekolah, banyak warga tempatan bercuti di dalam negara dan menggunakan perkhidmatan bas, maka jika isu itu tidak ditangani, pendapatan mereka yang terlibat dalam industri pelancongan akan mencatatkan penurunan,” kata presiden Persatuan Pengusaha Bas, Datuk Mohamad Ashfar Ali.
Syarikat pelancongan menyalahkan Putrajaya kerana tidak memperuntukkan lebih diesel bersubsidi, namun kerajaan menolak dakwaan itu dengan berkata bekalan mencukupi.
Sementara pemilik stesen minyak melihat penyeludupan salah satu punca kepada kekurangan bahan bakar itu.


Jarumemas: Apakah ada ketirisan yang berlaku? 

PERKASA mahu ukur prestasi PM bantu Melayu


NGO pendesak Melayu, PERKASA mengumumkan untuk menubuhkan mekanisme untuk mengukur prestasi perdana menteri dan jemaah menteri dalam mentadbir negara dan membela kepentingan orang Melayu

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, indeks berkenaan akan memberi petunjuk kepada masyarakat sekiranya tindakan para pemimpin tersebut merugikan orang Melayu.

"Saya nak tanya siapa hendak menentukan KPI (petunjuk utama prestasi)perdana menter dan timbalan perdana menteri dan menteri-menteri Kabinet?

"Saya hendak akhbar laporkan, KPI PM, TPM dan menteri-menteri Kabinet akan ditentukan PERKASA!

"Kita akan laporkan kepada rakyat dasar-dasar yang merugikan orang Melayu dan kenapa tiada tindakan terhadap orang yg menghina Islam," kata Ibrahim dalam persidangan agung tahunan kali keempat pertubuhan itu di ibu negara pagi ini.


Jarumemas: Kita jangan lupa, apabila kita menilai seseorang, adakah kita sedar bahawa siapa yang menilai kita sebaliknya? Allah!!

Isa: Kos sara hidup meningkat bukan salah Umno


Rakyat tidak seharusnya menuding jari kepada Umno mengenai kenaikan harga barangan keperluan serta kos sara hidup, kata Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

Beliau yang juga Ketua Umno bahagian Teluk Kemang berkata, kenaikan tersebut merupakan perkara yang tidak dapat dielak oleh mana-mana kerajaan yang memerintah.

Malah, katanya, rakyat perlu memahami serta cuba menerima perubahan situasi tersebut dari semasa ke semasa disebabkan faktor ekonomi dunia tidak menentu.

"Itu kita tak boleh elak, nak marah pada Umno sebab apa, kalau marah pada Umno harga tidak boleh turun...kos hidup (tidak boleh turun)...jadi jangan terlalu emosional.
 
"Kita minta masyarakat memahami kenapa kos ni naik, kenapa pengurangan subsidi itu terpaksa kita buat, demi untuk menjaga keadaan ekonomi negara," katanya kepada pemberita ketika ditanya apakah Umno sebagai tunjang kerajaan akan disalahkan berikutan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup.  


Jarumemas: Ekonomi negara akan menjadi lebih mantap kalau negara kita sentiasa aman tanpa sebarang perhimpunan haram dan pergaduhan sesama sendiri. Adalah lebih baik pemimpin dan pembangkang duduk semeja membincangkan bagaimana mahu diatasi segala kemelut ini demi rakyat, bukannya ingin menjadi hero dan populis. 

Tinjauan: Responden tak mahu bukan Islam guna 'Allah'


Satu tinjauan baru oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (Umcedel) mendapati sebahagian besar responden Melayu mahu kalimah 'Allah' digunakan oleh orang Islam sahaja.

77 peratus daripada 1676 responden kajian itu berkata kalimah itu tidak boleh digunakan oleh penganut selain daripada agama Islam.

"Apa signifikannya dapatan ini? Apabila ahli politik memasuki daerah kalimah Allah ini, mereka perlu lebih sensitif," kata Pengarah Umcedel, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman sewaktu membentangkan kajian itu pagi ini.

Kajian yang dinamakan Kajian Politik Enam Bulan Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 itu melibatkan 1,676 responden di semenanjung Malaysia dalam tempoh 6 hingga 8 Disember baru-baru ini.

Responden berkenaan turut memberi jawapan sama serupa apabila ditanya sekira kalimah Allah itu boleh digunakan oleh penganut bukan beragama Islam di Sabah dan Sarawak.


Jarumemas: Kalimah Allah eksklusif untuk orang Islam sahaja. 

Saifuddin: BN mungkir janji jika tol naik

Bekas timbalan menteri pendidikan Datuk Saifuddin Abdullah berkata BN memungkiri janji sekiranya meneruskan rancangan untuk menaikkan kadar tol lebuhraya di seluruh negara.


Katanya, BN telahpun membuat akujanji semasa pilihan raya untuk meneliti semula kadar bayaran tol.

“Tapi jika kerajaan meneruskan juga (langkah menaikkan kadar tol), ia secara terang-terangan merupakan perbuatan memungkiri janji, yang amat tidak baik,” katanya ketika ditemui di Universiti Malaya hari ini.

Katanya, beliau berharap agar kerajaan menyemak semula kedudukannya dengan pemegang konsesi lebuh raya.

Tambahnya, tindakan tersebut juga akan menujukkan amaran Pakatan Rakyat, bahawa BN hanya ingin memancing undi, akan menjadi kebenaran.

"Sebab itulah ada MP BN yang memberi amaran kepada kerajaan berhubung langkah ini. Jika kita buat begini, apa yang Pakatan katakan selama ini, bahawa janji kita hanya untuk memenangi undi, akan menjadi realiti,” katanya lagi.

Sumber: Malaysiakini.com

Jarumemas: Teman pun tak setuju kenaikan kadar tol ini kerana rasanya galak sangat pihak konsesi naikkan. Tiada jalan lainkah yang boleh membawa kepada situasi menang-menang? 

TURUN: Himpunan 31 Dis diteruskan


Pemimpin Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) Azan Safar berkata sisasatan polis ke atasnya tidak menghalang beliau untuk meneruskan kempen '2014 Tahun Sengsara Rakyat' melalui perhimpunan besar di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember.

Azan, yang dibebaskan polis selepas ditahan selama 20 jam semalam turut mempersoalkan tindakan berkenaan, serta tuduhan “serkap jarang” ke atasnya, kerana didakwa terlibat dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan.

“Adakah dengan memperjuangkan hak dan suara rakyat supaya bebanan kos sara hidup mereka diturunkan, maka, saya digelar penjenayah berat dan diserbu sebagai seorang penjenayah?

“Hakikatnya, saya menyeru masyarakat turun dan menyatakan sokongan mereka supaya kerajaan tidak mengambil ringan dan memandang enteng masalah beban kos sara hidup rakyat menjelang 2014.



Jarumemas: Memang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan membebankan rakyat, tetapi kenaikan yang dicadangkan kerajaan adalah bagi meningkatkan ekonomi negara. 

NGO mahu polis sekat himpunan 31 Dis

Sebuah gabungan di daerah Pekan hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) meminta tindakan tegas diambil terhadap mereka yang merancang mengadakan Himpunan Guling Kerajaan pada 31 Dis ini.

Gabungan itu terdiri daripada Pemuda Umno Pekan, anggota jawatankuasa kemajuan dan kemajuan kampung (JKKK), persatuan pesara, bekas tentera dan polis, ibu tunggal, persatuan peladang dan nelayan, Belia 4B, Kelab Anak Wawasan Pekan (Kawan) dan Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC).

Wakil mereka yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno Pekan, Asmayudim Uyub berkata mereka bimbang tanpa tindakan awal himpunan itu akan menimbulkan kejadian tidak diingini.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mengheret rakyat ke jalanan untuk menggulingkan kerajaan yang telah dipilih berdasarkan demokrasi dan mengikut undang-undang serta perlembagaan negara," katanya kepada pemberita di Pekan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Pekan,  Lt Kol(B) Zulkiffly Mohd Tahir berkata tindakan tegas bukan sahaja perlu diambil ke atas penganjur tetapi juga penulis blog serta laman sosial yang mempromosikan himpunan haram tersebut.
 
Menurutnya, PBTM Pekan menyokong sepenuhnya sebarang tindakan undang-undang mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 diambil ke atas mereka yang terlibat.
 
Sumber: Bernama

Jarumemas: Malaysia Bersatu, Malaysia Harmoni!!!

Majlis agama bantah rayuan kes kalimah 'Allah'

Enam majlis agama Islam negeri dan satu badan Cina Muslim memohon kepada Mahkamah Persekutuan agar menggugurkan permohonan rayuan oleh Gereja Roman Katolik berhubung isu kalimah “Allah”.


Pihak berkenaan, dalam satu afidavit yang Afidavit yang diperolehi Malaysiakini menyebut,  persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh Gereja Katolik tersebut dalam rayuannya gagal memenuhi syarat bagi mahkamah tertinggi tersebut memberi kebenaran untuk mendengar rayuan berkenaan.

Ia turut mengemukakan alasan bahawa Mahkamah Persekutuan patut mengambil kira keputusan sebulat suara oleh Mahkamah Rayuan kerana telah melakukan mendapat pernyataan fakta bahawa Kementerian Dalam Negeri sejak 1986 hingga 2009 secara konsisten memberitahu ketua Uskup Roman Katolik bahawa penggunaan 'Allah' bagi ganti nama 'Tuhan' di mingguan Katolik 'The Herald' akan mengakibatkan “rasa tidak senang hati” di kalangan orang Islam Malaysia.


Jarumemas: Jangan dilayan mereka yang bebal dengan kehendak Islam ini. 

Polis Terengganu Nasihat Orang Ramai Tak Sertai Perhimpunan Haram

KUALA TERENGGANU, 25 Dis (Bernama) -- Polis Terengganu menasihati orang ramai, khususnya penduduk di negeri ini, agar tidak menyertai perhimpunan haram yang dijangka diadakan pada malam 31 Dis ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata ini kerana perhimpunan itu boleh dianggap satu agenda yang bertentangan dengan undang-undang negara sedia ada.

Beliau berkata orang ramai juga diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan sebarang ajakan atau hasutan untuk menghadiri himpunan itu sama ada melalui panggilan telefon atau sistem pesanan ringkas (SMS).

"Mereka yang menyertai himpunan ini boleh dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 24C Kanun Keseksaan kerana cuba menggulingkan kerajaan yang dipilih secara sah (melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen) serta akta lain yang berkaitan.

"Nak berhimpun untuk meraikan detik 12 malam tidak salah namun jangan sesekali menyertai himpunan berkenaan," katanya kepada pemberita di pejabatnya hari Rabu.

Manoharan berkata demikian ketika diminta mengulas rancangan penganjuran perhimpunan itu di Kuala Lumpur Selasa depan.

Sumber: BERNAMA


Jarumemas: Jagalah keharmonian negara. Jangan kerana terikut-ikut rentak mereka yang gilakan kuasa maka rakyat disuruh berhimpun secara haram demi kelangsungan gelojohnya hajat mereka yang mahukan kuasa. 

SKMM Diminta Kemuka Sistem Komunikasi Baharu Ketika Hadapi Kecemasan

KUANTAN, 25 Dis (Bernama) -- Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyediakan satu sistem komunikasi baharu untuk dilaksana ketika kecemasan.

Beliau berkata ini kerana banjir buruk yang melanda Kuantan dan Kemaman sehingga melumpuhkan sistem komunikasi berikutan pencawang elektrik ditengelami air, merupakan satu pengajaran besar kepada negara.

"Saya saya meminta SKMM untuk membina suatu 'architecture' baharu, sistem komunikasi di waktu kecemasan, sekiranya berlaku perang, berlaku letupan bom di janakuasa elektrik, apa terjadi (dengan sistem komunikasi kita)? Atau berlaku banjir besar misalnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis 'Sentuhan Kasih' di Cherating, Selasa malam.


Lagi...www.bernama.com

Jarumemas: Teman ada terdengar ekoran terputusnya sistem komunikasi kementerian kita dipersalahkan. 

Umno Kelantan Mahu Perkasa Biro Penerangan Bahagian

KOTA BAHARU, 25 Dis (Bernama) -- Umno Kelantan akan memperkasakan jentera penerangannya di setiap bahagian dengan memberi fokus terhadap kegagalan kerajaan negeri pimpinan PAS membangunkan negeri itu dalam pelbagai aspek.

Ketua Penerangan Umno Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata PAS sering mencipta isu baharu atau menuding jari kepada kerajaan pusat, semata-mata mahu melindungi setiap kegagalan mereka.

"Kerajaan negeri hari ini (contohnya) gagal tangani isu sosial orang muda, mempertahan akidah umat Islam, membangun bersama Islam, beri peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan," katanya dalam sidang media di Bangunan Umno Negeri Kelantan di sini Rabu.

Md Alwi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kok Lanas mendakwa rakyat Kelantan turut berdepan dengan kenaikan pelbagai caj perkhidmatan yang dilaksana kerajaan negeri.

Dalam pada itu, beliau berharap kerajaan pusat menubuhkan satu jawatankuasa khas di peringkat kabinet bagi menangani kos sara hidup yang dilihat semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Sumber: BERNAMA

Jarumemas: Demi rakyat...

Malaysia Mampu Capai Kejayaan Lebih Besar Jika Rakyat Jaga Imej Negara - Najib

MAKKAH, 23 Dis (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia mampu mencapai kejayaan lebih besar jika rakyat yang berada di luar negara atas apa jua urusan sentiasa menjaga nama baik dan imej negara.

Perdana menteri berkata cita-cita kerajaan menjadikan Malaysia negara Islam yang berjaya, moden dan progresif tetapi tetap berpaksi kepada syariat Islam, terbukti berjaya dengan penglibatan rakyat di luar negara.

Rakyat Malaysia telah membuktikan kemampuan di luar negara dengan penyertaan mereka dalam projek raksasa seperti projek pembesaran Masjidil Haram dan Menara Jam Diraja Makkah atau Abraj Al-Bait setinggi 602 meter, katanya.

"Oleh itu, jika kita terus bersama-sama dan kekal bermuafakat dan bersatu sebagai umat Islam, sudah pasti akan mencapai kejayaan lebih cemerlang pada masa akan datang," katanya semasa bertemu dengan rakyat Malaysia di Restoran Felda D'Saji di sini.

Lagi...www.bernama.com

Jarumemas: Rakyat bersatu negara aman dan makmur. Marilah kita sama-sama menjaga keharmonian negara kerana ada negara-negara asing yang begitu cemburu melihat keharmonian dan kemakmuran negara kita. 

Kerjasama Kerajaan Negeri Perlu Untuk Capai Misi TMM - Nazri

GEORGE TOWN, 25 Dis (Bernama) -- Kerajaan pusat memerlukan kerjasama dengan semua kerajaan negeri bagi menjayakan sasaran 28 juta kehadiran pelancong antarabangsa ke negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, menerusi jalinan kerjasama, kerajaan pusat dapat mengambil tindakan secara kolektif dan ia adalah lebih berkesan berbanding tindakan secara bersendirian.

"Hanya tinggal enam hari lagi menuju ke TMM 2014, saya berharap kerjasama semua pihak dapat dijalinkan bagi menjayakan misi nasional ini," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Hari Krismas 2013 di sini Rabu.


Lagi....www.bernama.com

Jarumemas: Kerjasama yang erat antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri akan membawa  kemajuan dan kemakmuran negara.