Wednesday 2 January 2013

BR1M bakal cerahkan peluang BN dalam PRU

KUALA LUMPUR, 1 Jan — Kerajaan Barisan Nasional (BN) dijangka akan menerima sokongan pengundi yang tinggi dalam pilihan raya tahun ini, memandangkan Putrajaya akan mula mengedarkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bermula Febuari depan.

Penganalisis politik, pemimpin politik daripada Pakatan Rakyat (PR) dan BN mengakui faktor BR1M akan memancing undi untuk golongan pengundi luar bandar, serta mengukuhkan sokongan pengundi tetap BN.

“BR1M akan memberikan impak multipler, bukan sahaja kepada ekonomi, tetapi turut diistilahkan di dalam undi,” kata pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Asri Salleh.

“Penerimanya adalah golongan miskin tegar dan miskin bandar, sudah pasti ia akan meraih undi,” kata DAP pula.


Jarumemas: jangan pula ada yang diibaratkan seperti melepaskan anjing tersepit. Ambil duit kerajaan yang memerintah tapi pangkah kerajaan lain.

Parti politik perlu letak calon muda untuk PRU13, kata penganalisis

KUALA LUMPUR, 1 Jan — Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) perlu menampilkan calon-calon muda bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang sebagai salah satu langkah menarik sokongan pengundi baru, kata penganalisis politik.

Mereka juga berpendapat kedua-dua parti harus menggugurkan mana-mana calon yang hanya mengejar populariti dan menjadi beban politik atau bakal ditolak pengundi.

“Di pihak BN ia satu keperluan ... barisan baru untuk memenuhi di semua komponen bagi menggantikan yang lama yang sepatutnya bersara ... jika tidak ia akan menjadi satu kekangan rakyat untuk memberi sokongan,” kata penganalisis politik Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Jayum A Jawan kepada The Malaysian Insider.


Jarumemas: Sangat setuju dengan pandangan penganalisis ini. Biarkan orang muda berjuang sesama mereka  kerana merka yang akan menerajui negara ini dan jadikan orang lama sebagai pakar rujuk dan penasihat dalam menerajui negara.

Tunggu penjelasan kementerian mengenai umur persaraan — presiden MTUC

KUALA LUMPUR, 1 Jan — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta semua pihak menghentikan sebarang desakan mahupun permintaan mengenai umur persaraan minimum sektor swasta, sebaliknya, jika perlu, mendapatkan penjelasan dari Kementerian Sumber Manusia.  

Presidennya Mohd Khalid Atan berkata dakwaan beberapa pihak sejak kebelakangan ini bahawa perlakanaan had umur persaraan kepada 60 tahun pada 1 Julai ini sebagai terlalu lambat dan bakal menimbulkan masalah kepada pekerja berusia 55 tahun adalah tidak benar.

“Pihak yang membuat dakwaan itu seharusnya meminta penjelasan dari kementerian dan tidak melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana keputusan itu dibuat selepas perbincangan tiga hala bersama wakil majikan, pekerja dan pelbagai agensi kerajaan berkaitan pada tahun lepas,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Berita lanjut....

Jarumemas: Nampaknya usia persaraan bagi pihak swasta masih diperdebatkan. Kementerian Sumber Manusia perlu berbuat sesuatu bagi menghentikan permasalahan ini secara tuntas.

CAP gesa SKMM siasat segera masalah talian terputus

GEORGE TOWN, 1 Jan — Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjalankan siasatan segera berhubung masalah talian terputus yang sering dialami pengguna ketika berbual.

Presidennya SM Mohamed Idris berkata masalah talian terputus juga dilaporkan berlaku ketika bukan waktu puncak dan pada waktu dinihari hingga menyebabkan pelanggan terpaksa menanggung kerugian.

Katanya CAP juga mahu mendapatkan penjelasan daripada pihak berkenaan berhubung masalah itu.
“Apabila panggilan daripada telefon bimbit terputus secara tiba-tiba disebabkan masalah teknikal, ia dianggap sebagai talian terputus yang mana panggilan mungkin dibuat dalam tempoh masa 30 saat atau 60 saat.

“Oleh itu apabila sesuatu panggilan tiba-tiba terputus, pemanggil akan kehilangan tempoh masa yang sudah dikenakan caj ke atasnya dan ia menyebabkan kerugian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Berita lanjut....

Jarumemas: Masalah panggilan terputus ini dah banyak kali teman terkena. Ingatkan tinggal di Putrajaya talian semakin canggih tetapi amat menyedihkan.

Dengan janji peningkatan hasil hartanah, kelab pelabur bercambah

GEORGE TOWN, 2 Jan — Kelab pelabur harta mengenakan beratus-ratus ringgit dalam keahlian bulanan yang bercambah di sini dimana ramai orang memburu untuk hasil lebih tinggi dengan meletakkan wang mereka di pasaran hartanah Malaysia dan merangsang pertumbuhan di tengah-tengah laporan suram ekonomi, kata pemain industri.

Property flipping atau hartanah melibas — istilah dicipta untuk menggambarkan harta dibeli pada harga rendah dan mendapat keuntungan tinggi — muncul menjadi trend terkini di kalangan pelabur, termasuk warga asing, yang membantu dengan membeli blok bangunan dari tangan pemaju dan meningkatkan harga hartanah.

Pakar hartanah Ho Chin Soon berkata kelab tersebut adalah satu fenomena baru kerana kepentingan yang semakin meningkat dalam pelaburan hartanah di tengah-tengah ketidaktentuan pasaran saham.

Beliau menyatakan sebelum ini terdapat hanya satu atau dua kelab seperti itu, tetapi kini, terdapat lima hingga enam kelab pelabur di negara ini dengan keahlian yang semakin meningkat antara 400 hingga 600 ahli setiap kelab.

“Ini mungkin disebabkan oleh persepsi bahawa hartanah adalah satu pelaburan sah dan lebih stabil untuk menambah portfolio pelaburan mereka,” kata pengarah syarikat maklumat hartanah, Ho Chin Soon Research, kepada The Malaysian Insider dalam satu wawancara.


Jarumemas: Ekonomi bercambah tetapi perlu diingatkan jangan sampai hak rakyat dan pelabur tempatan dinafikan.

Menjelang pilihan raya, Bersih melatih rakyat Malaysia untuk mengesan penipuan dalam PRU13

KUALA LUMPUR, 1 Jan — Penipuan pilihan raya perlu dilakukan secara berhati-hati semasa pilihan raya umum (PRU) ke 13 oleh kerana ribuan yang dilatih akan membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak polis untuk mengesan penipuan dan keganasan politik pada hari mengundi.

Selain daripada ejen pengiraan undi yang dilantik calon bertanding di setiap pusat mengundi, terdapat sekumpulan lagi pemerhati yang akan memantau kem SPR di luar dan di dalam sementara pengundi  menentukan siapa yang bakal mengawal Putrajaya selepas ini.

Mereka adalah “pemantau rakyat” Bersih 2.0 — rakyat biasa yang akan mengundi pada hari tersebut, tetapi terlatih oleh pakar pilihan raya tempatan tentang bagaimana untuk memantau penipuan yang mungkin berlaku dan apa yang boleh dilakukan dengan maklumat tersebut.

Dalam temuramah bersama The Malaysian Insider baru-baru ini, Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menerangkan disebalik inisiatif “pemantau rakyat”, kempen yang digelar “Jom Pantau” yang akan dilancarkan bersama “Jom 100” pada bulan ini, sebagai percubaan kumpulan tersebut untuk memastikan pilihan raya ke-13 dijalankan secara adil.


Jarumemas: Jangan sampai menyudahkan pihak berkenaan untuk menjalankan tugas mereka.