Friday 30 March 2012

LEBIH 100 BERDEMONSTRASI BANTAH ANWAR SOKONG ISRAEL

KUALA LUMPUR 30 Mac – Lebih 100 wakil pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan Ibu Pejabat Pas, Jalan Raja Laut di sini bagi membantah sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Israel dan rejim Zionis itu. Dalam demonstrasi selama sejam bermula pukul 11 pagi itu, mereka turut menyerahkan memorandum kepada wakil Pas.

Sumber: Utusan Malaysia

jarumemas - Bertambah sesaklah Jalan Raja Laut ya. Kalau teman masih di Wisma Sime Darby tentu dapat nengok kesesakan yang berlaku dan demonstrasi itu. Kenapa tak berdemonstrasi di Segambut je?

GEMPA BUMI LEMAH BERLAKU DI MERSING MALAM TADI

KUALA LUMPUR 30 Mac — Satu gempa bumi berukuran 3.2 pada skala Richter melanda Mersing, Johor pada pukul 9.43 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini berkata gempa itu berpusat di 16km timur laut dari Mersing. Gegaran kecil mungkin dirasai di sekitar kawasan itu, kata kenyataan itu. — BERNAMA

Sumber: Utusan Malaysia

jarumemas - Allah mula menegur kita dengan gegaran sedikit. Itu adalah tanda peringatan kita  supaya sentiasa mengingati Allah dan takut akan balasanNya yang maha pedih. Janganlah kita asyik bertelagah sesama insan terutama sesama Islam. Sewajarnya kita rapatkan saf menentang kemungkaran dan kemaksiatan yang semakin berleluasa di sekeliling kita. Allah tak pernah lupa akan hambaNya, tetapi hamba yang semakin jauh dariNya.

NIK AZIZ BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN PUSAT

PASIR PUTEH 30 Mac – Kerajaan Pas Kelantan hari ini menyatakan rasa terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang banyak membantu membangunkan negeri ini walaupun ia ditadbir oleh parti pembangkang.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, melalui bantuan Kerajaan Persekutuan, negeri itu berjaya melaksanakan beberapa projek termasuk pembangunan Pelabuhan Tok Bali yang tercetus hasil perbincangan beliau dengan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Pertemuan saya dengan Dr. Mahathir pada 19 Ogos 1991 untuk membincangkan pembangunan negeri Kelantan terbukti selepas lebih 20 tahun apabila projek pembinaan pelabuhan perdagangan di Tok Bali dapat dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada upacara pecah tanah pembinaan Pelabuhan Tok Bali, dekat sini, yang disempurnakan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Sumber: Utusan Malaysia

ooppss!!...Terima kasih daun keladi, PRU13 undi PAS lagi!!! Jangelah Pok Nik dok main wayang pulok!!

Anwar an insult to Muslims, say Islamist groups

KUALA LUMPUR, March 29 — Right-wing Muslim groups today accused Datuk Seri Anwar Ibrahim of pandering to the interests of “the enemies of Islam”, calling him an insult to all followers of the religion.

Representatives of several Muslim groups told reporters today that they took exception to Anwar’s remarks against a seminar on “the threat of Christianisation”, saying it was a direct provocation towards Muslims in the country.

“Anwar has always been consistent against efforts to preserve Islam... this issue is done for political mileage.
“His (Anwar’s) remarks are anti-aqidah, an insult to Islam and a betrayal to all efforts to strengthen and promote Islamic activities and events,” said Ismail Mina Ahmad, president of Islamist group Muafakat, at a news conference here.

Read more...

ooppss!!...Here and everywhere people are saying bad things about Anwar Ibrahim but his fanatic followers will brush aside those condemnations about him. They still believe their 'master' is innocent and being framed. Only time will tell the truth about him and Allah knows who is wrong, who is innocent and who Anwar is..... 

NAJIB A 'DISLOYAL SON' FOR TURNING HIS BACK ON FELDA, SAYS PKR LEADER

BANGI, March 30 — Prime Minister Datuk Seri Najib Razak is an “anak derhaka”. (disloyal son) for betraying his father’s vision for settlers in the Federal Land Development Authority (FELDA) schemes, a PKR leader has said.

The party’s FELDA and indigenous people bureau chairman, Shuhaimi Said, said far from looking after the settlers’ welfare like his father, Najib appeared intent on taking away their hard-earned assets by listing FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) on the stock market.

“Bapa borek, anak tak rintik (like father, not like son),” he told a 700-strong crowd at Stadium MPKJ here last night.

Najib’s father, former Prime Minister Tun Abdul Razak Hussein, is widely credited as the architect of FELDA, an institution formed in 1956 to alleviate rural poverty through resettlement.


ooppss!!!...Who will benefit most by listing FGVH on the stock market? The settlers of course and the country. So why the oppositions is so sceptical?  

DONG ZONG TEBALKAN LAGI PERKAUMAN

DONG Zong cetus isu lagi. Rakyat tidak tahu apa motifnya kali ini. Tapi nampaknya Dong Zong lebih agresif dan serius. Tidak pandang kiri dan kanan lagi berbanding satu dekad lepas.

Nampak benar semakin 'besar kepala' lagaknya. Penulis tidaklah mahu komen panjang lebar motif perhimpunan Gabungan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Malaysia ini atau Dong Zong di Kajang baru-baru ini.

Sebab kalau 'terlangsung' pengamatan penulis, akan timbul pula kontroversi. Maknanya kontroversi 'di atas kontroversi' pula apabila membicarakan soal empat 'usul besar' yang dibangkitkan Dong Zong.

Dalam empat ini, salah satunya dikehendaki Dong Zong adalah mahu pihak Kementerian Pelajaran memindahkan segera guru-guru yang dihantar ke SJKC pada sesi persekolahan awal tahun ini yang tidak tahu berbahasa Cina. Ini termasuk guru-guru bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.


ooppss!!!....Sektor pendidikan diperuntukkan RM50.2 bilion dalam Bajet 2012. Daripada peruntukan tersebut, RM 500 juta diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan, RM100 juta kepada SJKC, RM100 juta kepada SJKT, RM100 juta kepada Sekolah Mubaligh, RM100 juta Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan RM juta kepada MRSM. Bak kata bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Abdul Rahman Arshad, dengan tuntutan DZ ini, ia bererti perpaduan yang dilaung-laungkan tidak ada erti lagi oleh kerana perasaan kecinaan bertambah tebal. Kadang kala bila kita beri betis, mereka nak paha pula.

WAJIB TOLAK PEMIMPIN BISEKSUAL

KOTA BHARU 29 Mac - Dua tokoh ulama di negeri ini menyeru umat Islam supaya menolak pemimpin yang mengamalkan biseksual kerana amalan tersebut dilaknat oleh Allah.
Malah kedua-dua mereka berpendapat wajib umat Islam berbuat demikian bagi mengelakkan negara ditimpa 'malapetaka' yang besar pada masa depan.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah berkata, individu yang mengamalkan biseksual adalah golongan fasik yang tidak boleh diterima sama sekali sebagai pemimpin dan wajib ditentang.

Beliau berkata, golongan itu juga akan merosakkan agama kerana mereka lebih mementingkan hawa nafsu dan terikut-ikut dengan budaya barat.

"Dari segi agama Islam, biseksual adalah kelakuan yang dilaknat oleh Allah, mereka ini adalah golongan fasik dan wajib kita tentang habis-habisan.

Sumber: Utusan Malaysia

ooppss!!!...Adakah saranan ulama ini diterima baik oleh rakyat Malaysia terutamanya orang Islam? Sesungguhnya Allah tidak mungkir janji dengan paeringatan yang telah diturunkan dalam al-Quran dan jadikanlah nasib pengikut Nabi Lut dan peristiwa Pompeii sebagai amaran Allah. Na'uzubillahimin zalik ......

'TENS OF BILLIONS' OF PLANETS IN HABITABLE ZONES



PARIS (AFP) - A scan of small, cool stars in the Milky Way suggests our galaxy has 'tens of billions' of rocky planets located like Earth in zones where life can exist, European astronomers say.
The European Southern Observatory (ESO) says it found nine 'super-Earths' in a sample survey of 102 stars known as red dwarves.
'Super-Earths' are rocky planets - as opposed to gassy giants - that orbit their stars in the so-called Goldilocks zone, where the temperature is neither too hot nor too cold but just right to have the potential to nurture life.
In this balmy region, the planet is neither scorched nor frozen, and water can exist in liquid form. The ESO team used a powerful 3.6m telescope, known by its acronym of Harps, at their observatory in Chile's Atacama desert.
Source: The Straits Times (Singapore)

ooppss!!...Allah is Great!! If the planet really exists then the Americans and Jews can stay there!! They may have the whole panet to themselves without having to crush the Palestinians.

AMAL NILAI MURNI CAPAI NEGARA MAJU

DR. Mahathir Mohamad dan Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali melawat kelas sejarah PERMATApintar selepas program Bual Bicara bersama Bekas Perdana Menteri di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, semalam.


BANGI 29 Mac – Negara tidak akan mencapai status negara maju dalam masa singkat jika rakyat tidak berpegang kepada nilai-nilai murni, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, antara nilai murni yang perlu disemai ialah sikap rajin belajar dan bekerja secara bersungguh-sungguh serta berupaya menghasilkan kualiti kerja yang terbaik.

Katanya, jika rakyat mempunyai nilai-nilai murni tersebut termasuk mempunyai sikap amanah, bekerja dengan baik dan sedar tanggungjawab mereka terhadap negara, maka Malaysia akan dapat mencapai matlamat yang diinginkan termasuk Wawasan 2020.

Sumber: Utusan Malaysia

ooppss!!...Generasi muda hari ini perlu menjadi insan yang beriman dan berilmu. Bercakap fasal anak-anak pintar ini teman teringat pada seorang anak pintar suatu ketika dulu, Mohd Hadafi (kalau tak silap teman). Pada usia 2 tahun beliau sudah boleh membaca akhbar The Star. Liputan meluas diberikan kepada beliau mengenai kepintarannya itu. Tetapi, malangnya hidup beliau suatu ketika dulu terumbang-ambing. Di mana silapnya teman tak tahu. Moga-moga generasi pintar masa kini mendapat bimbingan sepenuhnya dari pihak-pihak tertentu.