Friday 27 July 2012

Janji Pembangkang Turunkan Harga Kereta Hanya Janji Untuk Raih Undi

KUALA LUMPUR,-- Janji pakatan pembangkang untuk menurunkan harga kereta merupakan satu janji yang dibuat semata-mata bertujuan menarik populariti dan meraih undi walaupun sebenarnya ia tidak akan dilaksanakan oleh pembangkang, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. Katanya penghapusan cukai untuk kereta akan mengurangkan cukai negara sebanyak RM4.6 bilion setahun. "Tidak mengapa, kita boleh korbankan RM4.6 bilion daripada segi cukai tapi kalau kita tambah pula dengan janji-janji untuk hapuskan tol, untuk dapatkan pendidikan percuma, janji royalti minyak tambahan ke Sabah dan Sarawak, janji untuk hapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, janji nak bagi gaji minimum RM4,000 setiap keluarga, semua janji ini akan bankrapkan negara kita," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda Umno di sini Rabu. Beliau berpendapat kesan kepada janji-janji "mudah" pembangkang itu adalah implikasi terhadap kedudukan kewangan negara dan pembangkang juga tidak menyatakan bagaimana mereka mahu membiayai janji-janji berkenaan. Sikap pembangkang ini, katanya sangat berlawanan dengan hasrat kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang mahu melihat rakyat menggunakan lebih banyak pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas. -- BERNAMA Sumber: Malaysia Chronicles.com Jarumemas: Betulke?

Selangor potong 25% cukai taksiran pangsapuri

KUALA LUMPUR- Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju akan satu mekanisme bagi pemilik di pangsapuri kos rendah mendapat potongan 25 peratus untuk cukai taksiran. Pengerusi jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad berkata menjadi hasrat kerajaan negeri untuk memudahkan pemilik mendapat potongan itu. Katanya, kelayakan untuk mendapatkan pengurangan cukai taksiran adalah pemilik yang mendiami sendiri kediaman mereka atau yang didiami oleh waris pemilik dan pemilik yang tidak mempunyai tunggakan. Menurutnya, pemilik hanya perlu mengisi borang khas dan membawanya semasa membayar cukai untuk mendapatkan pengurangan tersebut. Berita selanjutnya... Jarumemas: Dasar baru ini ada udang di sebalik batu?

PKR's Zuraida slams Najib for non-performance as Women's Minister: HE'S A FLOP

PKR Women's wing has called on Prime Minister Najib Razak to relinquish his post of Acting Women's Minister, pointing out that he has failed to reveal any road map or new policies for women in the country despite assuming the portfolio more than 3 months ago. "The issue here is not because Najib is a man. But he is holding on to too many positions. How can he run the Women's ministry as it should be run - with dynamism and new ideas," PKR Women's chief Zuraida Ahmad told Malaysia Chronicle at the sidelines of a press conference on Thursday. "Since taking over, the Women's ministry has been hibernating ever worse than before." Read more... Jarumemas: Easy said than done.