Thursday 5 July 2012

Nik Aziz ke Parlimen, KJ ganti MB Kelantan?

PILIHAN RAYA Umum Ke-13 negara akan diadakan tidak lama lagi. Mungkin tiga bulan lagi, jika bukan tahun depanlah. Tapi jika dilihat kepada kehangatannya, ia sudah terlalu hampir. Apa pun kita serahkan kepada PM untuk menentukan tarikhnya, kerana kata putus berada di dalam tangannya. Namun begitu secara kasarnya, kempen telah pun berlangsung. Di Selangor di mana saya tinggal, pihak pembangkang telah pun rancak berceramah. Jika pilihan raya berlangsung selepas raya ini, maka Ramadan akan digunakan sepenuhnya untuk bertazkirah, yang sudah tentunya akan condong kepada kempen pilihan raya. Kita semua amat arif, itulah kelebihan yang ada kepada pembangkang khususnya Pas. Mereka akan menggunakan surau dan masjid secara maksimum. Itu pasallah di beberapa masjid di sekitar Selangor sekarang berlaku kecelaruan apabila AJK lama masjid ditukar kepada yang pro-Pas, sehinggakan ada antara kes calon-calon AJK yang di luar daripada kariah masjid itu sendiri pun telah dilantik. Penyusunan dan perancangan calon ini amat penting sekali. Bagi BN, yang akan menjadi underdog kali ini, penentuan itu amat-amat krusial sekali. Silap orang, maka undi akan terjunam. Kepada pembangkang kali ini mereka bukan underdog lagi. Mereka yakin akan menang. Lim Guan Eng nampak gayanya semakin bongkak mendabik dada akan menang lagi kali ini. Jika beliau menang lagi maka, lebih banyaklah “perubahan demi perubahan" yang akan dilakukan di Pulau Pinang itu. Mungkin lebih banyaklah yang akan melukut di tepi gantang. Baca terus... Jarumemas: jangan dibiarkan cacing naik ke mata kerana akan ramai berputih mata...

Jangan ambil hak kami

BALIK PULAU 4 Julai - Pemilik tanah di Kampung Genting di sini yang diarah berpindah oleh kerajaan DAP Pulau Pinang bagi memberi laluan kepada projek pembinaan sebuah universiti awam berikrar akan terus mempertahankan tanah warisan masing-masing. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan Kampung Genting, Rosman Long berkata, kebanyakan penduduk yang mendapat surat daripada kerajaan negeri pada 29 Jun lalu tidak mempunyai kediaman lain jika terpaksa menyerahkan tanah mereka. “Saya faham kerajaan negeri berhak mengambil tanah ini melalui undang-undang iaitu Akta Kanun Tanah 1960 tetapi bagaimana dengan nasib penduduk kampung. Sumber: Utusan Malaysia Jarumemas: Cara halus untuk usir orang Melayu daripada tinggal di Pulau Pinang. KM mahu jadikan PP seperti Singapura.

TUMPUAN DI ISTANA NEGARA

Berita hangat 24 jam di kalangan elit politik membayangkan Istana Negara akan menjadi tumpuan hari esok. Mymassa dihubungi bertalu-talu untuk mengesahkan perkara tersebut. Apa pun, pembubaran Parlimen hanya Perdana Menteri tahu bila akan diumumkan. Rakan-rakan di Pulau Pinang hingga ke Sabah tidak henti-henti menghantar pesanan ringkas. Bagi Mymassa, kita menghormati hak dan kuasa pregroratif Perdana Menteri. Dalam pada itu, DS Najib Tun Razak, anak kepada Perdana Menteri Malaysia yang kedua kelihatan semakin yakin dan semakin cergas. Tatkala pesaingnya, DS Anwar Ibrahim dilaporkan membayangkan untuk bersara dan menjadi pensyarah di luar negara. Sementara itu, akhbar-akhbar luar negara dan dalam negara melaporkan Anwar Ibrahim membayangkan untuk bersara daripada Politik Malaysia selepas mendapat gambaran akan kekalahan pasukan beliau dalam PRU13. Sumber: MY Massa blogspot Jarumemas: Tak sabar nak pergi mengundi. Kali ini pergi sendirian, biasanya bawa emak dan ayah pergi sama mengundi.Mereka dah tak layak mengudi....

Corruption in Malaysia is NOT SO SERIOUS?

Corruption is the most intractable problem in the country. It is difficult to curb. Younger brother to the Prime Minister and CIMB group chief executive Datuk Seri Nazir Razak told the Financial Times that the government must overcome corruption to move up from being a middle-income economy. He said that Malaysia could consider granting an amnesty for those involved in minor corruption, as has been done in Hong Kong, to reduce resistance from the vested interests. It is doubtful that letting small fish go without an institutional reform can actually curb corruption. In fact, the biggest obstacle is, senior officials do not believe that corruption in the country is serious. The Performance Management and Delivery Unit (Pemandu) pointed out at end of last month that Malaysia has been improving in its graft fight over the past three years. It added that a great controversy would be stirred like a dust storm every time when a corruption case was revealed, but it does not mean that the situation has turned serious. However, the assessments of the outside world are inconsistent with the official statement. Read more... Jarumemas: Corruptions happen everywhere...