Thursday 9 August 2012

LONGGAR SYARAT KEMASUKAN JAWATAN AWAM

AKHBAR Sin Chew Daily bertarikh 6 Ogos 2012 menyiarkan berita mengenai cadangan Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), Tan Sri Pheng Yin Huah supaya syarat pengambilan kakitangan awam bukan Melayu dilonggarkan. Berita bertajuk Pheng Yin Huah cadangkan JPA beri kelonggaran pengambilan kakitangan awam kaum Cina dan India disiarkan menerusi ruangan Dalam Negeri halaman tiga. Yin Huah berkata, pada masa sekarang nisbah kemasukan dan pengambilan kaum Cina serta India untuk bekerja di sektor awam terlalu sedikit. Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya syarat pengambilan berkenaan dilonggarkan untuk memberi laluan kepada kedua-dua kaum itu mengambil bahagian dalam sektor kerja kerajaan. Sumber: Utusan Online Jarumemas: Dulu mereka tidak mahu kerja dengan kerajaan kerana gaji rendah...