Wednesday 19 September 2012

Bina lebih banyak rumah mampu milik

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berharap pembentangan Bajet 2013 lebih memberi tumpuan terhadap membantu rakyat berpendapatan sederhana memiliki kediaman sendiri. Menterinya, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, pengumuman bajet yang memberi keutamaan kepada rakyat memiliki rumah sangat dinanti-nantikan. Beliau menambah, pembinaan lebih banyak rumah mampu milik dilihat dapat membantu golongan berpendapatan sederhana RM3,000 hingga RM6,000 sebulan untuk memiliki rumah sendiri. "Sekiranya pembinaan rumah mampu milik ini dapat ditingkatkan kepada 30,000 hingga 50,000 unit, peluang rakyat yang inginkan kediaman sendiri akan cerah, sekali gus mengurangkan tekanan kepada keperluan asas itu," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Golden Bull Award 2012 di sini hari ini. Sumber: Utusan Online Jarumemas: orang Melayu golongan marhein tak mampu nak membeli rumah yang mahal.

DAP mungkin keluar pakatan

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Sikap berdiam diri DAP berhubung pelaksanaan hukum hudud oleh Pas dipercayai kerana parti pimpinan Lim Kit Siang itu mahu mengambil jalan paling 'selamat' kerana bimbang kehilangan undi orang Melayu. Bekas Ketua Cawangan DAP Sg. Pelek, R. Vellasamy mendakwa parti itu berkemungkinan akan bertindak keluar daripada pakatan pembangkang selepas pilihan raya umum iaitu setelah mendapat undi orang Melayu. Menurutnya, 'Dinasti Lim' yang diterajui oleh Kit Siang selaku Penasihat DAP dan anaknya, Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung, gusar untuk mengeluarkan sebarang kenyataan menentang hudud kerana takut kalah pada pilihan raya akan datang. "Mereka anak beranak cuma ada satu agenda iaitu menang besar pada pilihan raya akan datang tanpa sokongan orang Melayu serta kehilangan beberapa kawasan dengan mudah. Selepas menang nanti, dengan senang hati, mereka akan menggunakan alasan hudud untuk keluar daripada pakatan pembangkang. "Sehingga itu, mungkin juga Pengerusinya, Karpal Singh akan menjadi 'mangsa' sebagai alternatif untuk terus menentang hudud," katanya ketika di hubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Berita lanjut... Jarumemas: Akan berkuburkah PAS dan PKR?

'Hudud tak baik buat pembangkang'

PETALING JAYA 18 Sept. - Pengerusi DAP, Karpal Singh memberi amaran pendirian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk tetap melaksanakan hudud bakal memberi kesan tidak baik terhadap pembangkang pada pilihan raya umum akan datang. "Pas akan diberi nasihat secara mendalam agar mematuhi peruntukan Perlembagaan yang telah diterima pakai sejak negara mencapai kemerdekaan," katanya sebagai reaksi segera kepada pendirian terbaru Nik Abdul Aziz. Menteri Besar Kelantan itu sebelum ini melalui laman blognya menegaskan, pelaksanaan hudud tidak boleh dilengah-lengahkan kerana ia diwajibkan di dalam Islam dan hukum tersebut bukan satu pilihan untuk manusia menerima atau menolak. "Tiada hukum atau undang-undang di dunia ini sama ada di bawah sistem demokrasi mahu pun komunis yang menunggu rakyat faham dan setuju dahulu baru ia dilaksanakan," kata Nik Aziz pada 24 Ogos lalu. Sumber: Utusan Online Jarumemas: Tengkorak dia!!! Orang-orang kafir memang tak senang dgn hudud!!

Kenyataan Koo Ham dibidas

IPOH 18 Sept. - Ketika jutaan umat Islam seluruh dunia termasuk Malaysia bangkit mengadakan bantahan besar-besaran terhadap pembikinan filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW, seorang pemimpin DAP pula mempersoalkan protes tersebut. Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dalam laman Twitter semalam didakwa mengeluarkan kenyataan provokasi sebagai reaksi kepada hasrat Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk bergabung dengan Pemuda Pas mengadakan protes terhadap filem arahan Sam Bacile itu. ''Khairy wants muslim protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains? Are muslims wasting too much time & energy on this? (Khairy mahu umat Islam memprotes Sam Bacile. Ia untuk Islam atau keuntungan politiknya? Adakah umat Islam membuang begitu banyak masa dan tenaga untuk ini?," kata Koo Ham dalam laman sosial tersebut. Sumber: Utusan Online Jarumemas: Cakap ikut sedap mulut aje...