Monday 6 August 2012

Tanah airku — Bob Teoh

AUG 6 — I am really upset with our inability to celebrate our 55th Merdeka in peace and harmony. So I sat down to write this song, a love song. A wind of change is blowing through our nation. My prayer and hope is that it can change our circumstances through renewal of our hearts. Perhaps it can change the way we look at ourselves so that we can look at others differently. Even lovingly, as brothers and sisters. Enemies no more. Therein lies the promise of our future. Janji harus ditepati. The prologue of my song is taken from a three-line verse I wrote five years ago on August 29, 2007 to accompany a piece “My country, my King, my God” on our 50th Merdeka celebration then. Berita lanjut.... Jarumemas: Malaysia Oh! tanah airku! Tanah tempat tumpahnya darahku...

Keruh di hulu, keruh lah di hilir — Aspan Alias

6 OGOS — Perkembangan politik di Sabah akhir-akhir ini amat menarik dan menjadi tumpuan ramai. Dengan perkembangan terakhir ini tidak dapat lagi dinafikan yang BN Sabah sedang menerima tekanan yang amat berat untuk mempertahankan mandat yang ada kepada mereka (BN) apabila PRU sampai masanya untuk di adakan. Musa Aman, pengerusi BN Sabah berkata penghijrahan Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing tidak langsung menjejaskan BN di Sabah. Kita faham yang kenyataan beliau (Musa) itu hanya lah satu kenyataan politik yang liar sahaja. Isu yang menyebabkan BN Sabah khususnya Umno tidak lagi mendapat perhatian rakyat sekarang ini terlalu banyak sehinggakan kita tidak dapat memahami di antara sebab atau alasan yang menyebabkan penolakan rakyat yang begitu ketara terjadi. Tetapi yang paling nyata sekali ialah isu peribadi Musa Aman sendiri yang tidak lagi sanggup diterima oleh rakyat Sabah sebagai pemimpin utama mereka. DAN pemimpin ini jugalah yang dipertahankan bermati-matian oleh Najib. Tetapi kalau Umno itu Umno juga. Parti itu sememangnya terlalu leka dengan mempertahankan pimpinan yang diragui rakyat sejak tiga dekad yang lalu. Umno tidak dapat menerima bahawa politik ini adalah peperangan mental dan jika Musa yang sudah dipersepsikan sebagai laibiliti kepada BN sepatutnya mengundurkan diri atau dipaksa oleh pimpinan tertinggi Umno untuk berundur. Baca seterusnya... Jarumemas: Mereka ini memang suka lompat sana sini demi kelangsungan politik masing-masing.

Kelantan mahukan jawatankuasa khas Najib selesaikan royalti sebelum PRU 13

KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Kerajaan Kelantan pimpinan PAS mahukan Jawatankuasa Khas Royalti minyak untuk menyelesaikan tugas lebih cepat iaitu tiga bulan daripada enam bulan yang dicadangkan perdana menter (PM) sambil mencurigai tindakan Putrajaya itu sebagai langkah untuk Barisan Nasional memenangi pilihan raya. Ahli exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa mempersoalkan masa penubuhan jawatankuasa tersebut dan tempoh enam bulan yang diberikan untuk menyelesaikan kajian dan bertanya apakah ini hanya berujuan untuk memberikan kelegaan kepada rakyat Kelantan menjelang pilihan raya umum (PRU) yang semakin hampir. “Kini Ogos, jika pilihanraya diadakan dalam tempoh sebelum Jawantakuasa ini membuat laporan dan seterusnya menunggu pertimbangan Kabinet atas rekomendasi Jawatankuasa ini, keputusannya boleh menjadi seribu kemungkinan. Berita seterusnya.... Jarumemas: Cakap ajelah nak duit raya, nak PRU ni mana Pas ada duit...ye ke?

Selangor bakal ambil alih semula 33 loji rawatan air dari Syabas

KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor dijangka bakal “mengambil alih semula” 33 daripada 34 loji rawatan air yang dimilikinya dan kini dikendalikan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). Keputusan itu dibuat demi menjaga kepentingan rakyat Selangor memandangkan kegagalan Syabas dan Puncak Niaga menguruskan loji-loji berkenaan bagi membekalkan air yang mencukupi kepada rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. “Kerajaan negeri mengambil keputusan untuk ‘mengambil alih semula’ aset-aset tersebut bagi menjaga kepentingan rakyat Selangor kerana merasakan bahawa loji-loji yang dikendalikan oleh Syabas dan Puncak Niaga didapati tidak beroperasi secara memuaskan bagi membekalkan air secukupnya kepada rakyat Selangor, KL dan Putrajaya,” kata exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar, dalam satu kenyataan hari ini. Berita selanjutnya.. Jarumemas: Masalah sampah tak terurus inikan pula masalah bekalan air...