Monday 1 April 2013

60 anggota PKR kawasan Bayan Lepas sertai Umno

GEORGE TOWN, 1 April — Sebanyak 60 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari kawasan Bayan Lepas di sini keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO kerana hilang keyakinan terhadap kemampuan parti itu untuk membela nasib rakyat Pulau Pinang. 

Wakil kumpulan itu, Mohd Eruwan Yusof, 35, berkata selama lebih lima tahun bersama dengan PKR, beliau mendapati perjuangan parti itu tidak mempunyai makna untuk rakyat.

“Dahulu kami terlalu ghairah inginkan perubahan kerana itu kami beri sokongan penuh tetapi akhir-akhir ini kami merasakan keadaan di Pulau Pinang ini bukannya bertambah baik sebaliknya menjadi kelam-kabut dan bergolak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima borang keahlian daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayan Lepas Syed Ameruddin Syed Ahmad di Flat Taman Emas, Sungai Batu, di sini.


Jarumemas: Alhamdulillah ada juga rakyat yang dah celik dan buka mata dengan apa yang dilakukan oleh pakatan pembangkang sejak mereka memerintah di beberapa negeri.

Dr M ke Johor pertahankan BN, seru rakyat tamatkan karier politik Kit Siang

JOHOR BARU, 1 April — Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru rakyat Johor untuk menamatkan karier politik Lim Kit Siang di Gelang Patah dalam Pilihan Raya 2013 malam tadi, dalam rangka untuk membantu Barisan Nasional (BN) mempertahankan kubu kuat mereka daripada kemaraan pembangkang.

Dengan gaya biasa beliau, perdana menteri paling lama berkhidmat itu turut menyerang pemimpin pembangkang lain seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sambil mengatakan pilihan raya umum ke 13 juga adalah medan untuk mengakhiri karier politik menteri besar Kelantan itu.

“Sekarang ni Lim Kit Siang nak datang ke Johor, mudahlah, boleh menang bila-bila jam. Orang Johor mesti ganyang dia habis-habis ... biar itu jadi hari terakhir dia dalam bidang politik,” kata Dr Mahathir dihadapan ribuan orang di projek perumahan rakyat anjuran Umno Pulai di luar Hospital Pulai di sini.


Jarumemas: nauzubillah janganlah pembangkang memerintah engara, kerana belum perintah dah macam2 kerenah dilakukan membuatkan rakyat kebingungan terutama mereka yang di atas pagar dan taksub dengan mereka.

Pentadbiran Najib berjaya tingkatkan pendapatan isi rumah dalam masa lima tahun

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Usaha berterusan oleh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam jangka masa lima tahun ini telah menghasilkan banyak cerita-cerita kejayaan.

Ketika beberapa ekonomi masih bergelut dengan hutang negara dan peningkatan angka pengangguran, Malaysia masih kelihatan meningkat dengan rentak yang kukuh dan berharmoni.

Salah satu daripada faktor yang tidak boleh diketepikan ialah peningkatan pendapatan isi rumah didorong oleh pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semenjak 2009, disokong oleh perancangan ekonomi yang menyeluruh.

"Jika Malaysia boleh mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang memuaskan ini, ia mungkin melihat lebih peningkatan pada pendapatan isi rumah," kata Ketua Pakar Ekonomi Malaysian Rating Corp Bhd (MARC), Nor Zahidi Alias. 


Jarumemas: Setakat ini pembangkang hanya tahu menidakkkan apa saja usaha PM untuk membahagiakan rakyat.

PM ‘tidak akan benarkan Parlimen terbubar dengan sendiri’

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Parlimen akan dibubar sebelum 30 April apabila mandat kerajaan Barisan Nasional (BN) tamat bagi memberi lalulan kepada Pilihan Raya 2013, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. 

Timbalan perdana menteri itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mungkin akan membenarkan Parlimen terbubar secara sendirinya.

"Saya tidak fikir perdana menteri akan tunggu habis tamat tempoh parlimen lima tahun, baru beliau akan bubar.

"Saya rasa tak fikir begitu, pilihan raya akan diadakan dalam tempoh beberapa minggu bulan April ini," kata Muhyiddin semasa berucap dalam satu majlis Himpunan Barisan 1Malaysia di Titiwangsa petang ini.


Jarumemas: Tak kira bila, teman akan tetap pergi mengundi di kampung halaman teman di Seremban.