Monday 23 July 2012

Orang muda tahu siapa tabur, siapa laksana janji...

Usaha pembangkang mempengaruhi golongan belia agar menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan berjaya kerana mereka semakin bijak menilai siapa yang mampu memenuhi aspirasi golongan itu. Ketua Penerangan Pemuda UMNO Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata golongan belia kini menyedari parti pembangkang hanya pandai berjanji bagi mempengaruhi pemikiran mereka tetapi tidak mampu untuk menterjemahkannya. "Ini bukan soal kita bercakap atas sentimen kepartian tetapi aspirasi orang muda yang merasakan bahawa BN adalah pilihan terbaik untuk masa depan mereka dan saya tidak fikir mereka (pembangkang) dapat memberi apa-apa kepada mereka. "Lebih-lebih lagi atas keprihatinan khusus diberi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang peka masalah dan bentuk pembangunan aspirasi rakyat termasuk untuk golongan muda," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan sumbangan kepada 33 buah masjid di Parlimen Kepala Batas, Ahad malam. Setiap masjid menerima sumbangan wang tunai, beras dan kurma untuk keperluan sepanjang bulan puasa ini. Sumber: Agendadaily.com Jarumemas: Orang memberi kita merasa.

Bimbang dengan kebanjiran warga asing di seluruh pelusuk tanah air

Dewasa kini negara yg dianggap selamat utk diduduki kini telah dicemari oleh kebanjiran warga asing dr Indon, Bangla, Nepal, Afrika, Thai, Vietnam, Filipine, Arab, China, Pakistan, Iran, India mgkin bnyak negara lg yg aku x tau. Adakalanya aku sendiri tak faham ttg dasar kerajaan dengan mudah membenarkan warga asing menduduki negara bertuah ini, tanpa sekatan ketat seperti Singapura. Mungkin tahap keselamatan kita terlalu lemah atau mungkin kerana dasar kerajaan lebih mengutamakan warga asing utk kemajuan negara ini. hingga meminggirkan keselamatan rakyat sendiri. Sebagai pembayar cukai yg setia kpd negara, aku rasa rugi sebab kenikmatan negara ni dapat dinikmati oleh warga asing yg mungkin pendatang haram yg tidak pernah bayar satu sen pun cukai kerajaan, tapi mereka hidup dgn selamat dlm negara kita malah mereka mungkin dilindungi oleh bdan2 berkuasa diluar sana.. ! Aku mohon jasabaik YAB PM supaya dapat menyelesaikan masalah ini dari sekarang, kerana dibimbangi barah ini akan lebih parah jika tidak ditangani dgn baik. Sumber: Blog Aduan Rakyat Online Jarumemas: Memang membimbangkan, lama kelamaan rakyat tempatan semakin mengecil bilangannya.