Friday 6 April 2012

PONDAN, LELAKI LEMBUT DILARANG MUNCUL DI TV, RADIO

Berkuatkuasa serta merta, stesen radio dan televisyen diminta menghentikan rancangan yang menyiarkan watak pondan, lelaki lembut yang bercanggah dengan norma masyarakat beragama.

Arahan tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan yang disiarkan di halaman Facebooknya.

Arahan itu berbunyi: "Berkuatkuasa serta merta, stesen radio dan televisyen diminta menghentikan rancangan yang menyiarkan watak pondan, lelaki lembut yang bercanggah dengan norma masyarakat beragama kerana dikatakan menyokong dan meningkatkan gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) ketika ini."

Pada 3 November, pihak berkuasa mengharamkan program Seksualiti Merdeka walaupun ia telah diadakan sejak beberapa tahun sebelumnya tanpa sebarang masalah.

Seksualiti Merdeka adalah festival tahunan yang meraikan hak asasi manusia rakyat pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina, yang dianjurkan oleh gabungan NGO, artis, aktivis dan individu sejak 2008.

Sumber: Malaysiakini


Jarumemas: Pasti ada yang membantah tindakan ini, konon nanti tak boleh cari makan pulak. Pihak berkuasa perlu tegas melaksanakan arahan ini.

KECAM SPR TAPI PEMBANGKANG TAK BERANI BOIKOT PILIHAN RAYA

Pembangkang berterusan menyerang dan memberi tekanan kononnya tidak puashati dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) malah perhimpunan Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan terbaru Bersih 3.0 dikaitkan dengan kegagalan agensi itu memastikan proses pilihan raya bersih dan adil.

Peliknya, pembangkang walaupun buat dakwaan dan tuduhan terhadap SPR termasuk kononnya memihak kerajaan dan UMNO, mereka masih bertanding sama ada di pilihan raya umum atau kecil.

Sepatutnya, kalau semua SPR tidak betul, pembangkang tidak perlu bertanding lagi atau boikot saja pilihan raya di negara ini.

Buat apa ludah di langit tapi kena muka sendiri atau menjilat semula ludah di lantai. Apa macam, pembangkang ada berani ke boikot pilihanraya di negara ini?


Berita lanjut...


Jarumemas: Kalau pembangkang boikot pilihan raya, sudah tentu Barisan Nasional menang bergaya!! Langsung tiada suara dalam Parlimen, ADUN. Bak kata pepatah, sudah jatuh ditimpa tangga, tertungap pula atas tahi ayam candu!!

KENAPA BERSIH 3.0 PILIH DATARAN MERDEKA...

Rasanya tak perlu nak berteka teki  lagi….saja nak buat riuh.. saja nak buat gamat untuk tarik perhatian orang ramai kepada mereka. Itulah nampaknya akal puak-puak pembangkang apabila umum hendak buat perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka 28 April ini.

Pemilihan tempat bersejarah itu sudah mengambarkan nawaitu mereka untuk cetus provokasi. Kata orang sudah tahu tidak boleh di situ tetapi nak juga.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz sendiri awal-awal sudah kata, Dataran Merdeka TIDAK termasuk dalam kawasan yang digazet untuk mengadakan sebarang perhimpunan aman.

Jadi faham-fahamlah apa jadinya nanti apabila permintaan ditolak, mereka akan buat riuh lagi, tuduh itu ini dan bangkitkan kemarahan juga keghairahan penyokong mereka untuk ‘beraksi’.

Macam dulu juga, masa Bersih 2.0, bila Perdana Menteri umum sedia runding untuk benarkan puak-puak Bersih 2.0 buat perhimpunan awam di kawasan tertutup macam stadium.

Terus melompat berkeras hendak guna Stadium Merdeka dan apabila tidak dibenarkan, rempuh juga tidak kira apa nak jadi.


Berita lanjut....

Jarumemas: Mereka ini penuh dengan muslihat. Nanti bila dah kena sembur dengan gas pemedih mata bolehlah lari ke premis-premis berhampiran, rosakkana perniagaan peniaga dan pengusaha sekitar. Kalau tak pun bila dah pedih mata boleh terjun ke dalam Sungai Klang, lari ke Masjid Jamek buat kecoh pulak kat stesen LRT...

DAP GIVERS THUMBS UP TO BERSIH 3.0

KUALA LUMPUR, April 5 – The DAP formally voiced its support today for Bersih’s third rally for free and fair elections this April 28, agreeing with the group that the Parliamentary Select Committee’s (PSC) electoral reform proposals were inadequate.

Its secretary-general Lim Guan Eng said in a statement here that the PSC’s report, approved in the Dewan Rakyat on Tuesday, had shown a “serious lack of commitment” to addressing fundamental issues of electoral irregularities, which was the panel’s main objective.

“Given the lack of commitment to provide a clean electoral [roll] so that the next general election is free and fair, the DAP fully supports Bersih 3.0’s call to gather at Merdeka Square from 2pm to 4pm on April 28.


Read more....


Jarumemas: Oppositions are always oppositions! Everything must oppose no matter how good the government had done for the country.