Friday 14 September 2012

Kiai bukti pihak luar mahukan negara bergolak

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Kenyataan wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Maina Kiai yang mendakwa Akta Perhimpunan Aman 2012 (PPA) gagal memenuhi piawaian hak asasi manusia antarabangsa disifatkan sebagai suara pihak luar yang mahu melihat negara ini bergolak. Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali berkata, ia satu kenyataan berat sebelah dan tidak memahami negara ini yang dihuni pelbagai kaum dan penganut agama. “Undang-undang di Malaysia hanya bersesuaian dengan keadaan di negara ini. Ia tidak akan sesuai di Kenya, Amerika Syarikat (AS), United Kingdom dan negara-negara lain. Bahkan, dengan negara jiran seperti Singapura juga tidak boleh diguna pakai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Kiai bahawa akta berkenaan gagal memenuhi piawaian hak asasi antarabangsa kerana kebebasan untuk berhimpun di jalanan adalah penting bagi rakyat untuk menyuarakan rungutan mereka mengenai ekonomi, sosial dan budaya. Sumber: Utusan Online Jarumemas: Dulu kita dijajah secara fizikal, kini minda kita dijajah.

Kesal khatib sampai khutbah berbaur politik

PADANG SERAI 13 Sept. - Seorang khatib jemputan di sini didakwa bukan sahaja menyampaikan khutbah Jumaat berbaur politik malah turut menyatakan 'Nabi Muhammad SAW menyebut Anwar Ibrahim akan memerintah Malaysia'. Dalam khutbah yang dibaca di sebuah masjid minggu lalu itu, khatib tersebut mendakwa Nabi Muhammad menyatakan demikian dalam satu mimpi yang dialami oleh mursyidul dan ulama Ikhwanul Muslimin dari Mesir baru-baru ini. Bimbang kejadian itu berulang, satu laporan polis telah dibuat oleh beberapa kariah Masjid Jamek An-Najjah di Balai Polis Padang Serai di sini hari ini. Jurucakap kariah terbabit, Mohd. Taridi Darus, 52, berkata, laporan itu dibuat bagi meminta polis menyiasat selain pada masa sama turut menggesa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) mengambil tindakan sewajarnya terhadap khatib berusia 29 tahun tersebut. Sumber: Utusan Online Jarumemas: Dunia akhir zaman, Islam dihina, ramai yang dibunuh beramai-ramai, yang benar dituduh salah, yang salah dikatakan benar dan disanjung.

Filem hina Nabi berniat jahat - TPM

KOTA BHARU 14 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengecam keras penerbitan filem menghina Nabi Muhammad S.A.W mahu ia diharamkan dan tidak dibenarkan diedarkan di negara ini. Timbalan Perdana Menteri dengan tegas berkata, perbuatan menghina Rasulullah dalam apa juga keadaan tidak boleh diterima dan ia merupakan suatu kesalahan besar bagi umat Islam. Beliau turut menyifatkan penerbitan filem tersebut yang membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, berniat jahat untuk mewujudkan pertembungan dan pergaduhan antara agama dan akhirnya membawa kesan buruk kepada masyarakat dunia. "Jadi, bagi saya jelas (pihak berkuasa) tak payah tunggu keputusan (kerajaan), jangan benarkan masuk, jangan bagi diedarkan kerana sudah membangkitkan kemaharan umat Islam di seluruh dunia," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN Jarumemas: Umat Islam perlu mempertahanakan agamanya, Nabi Muhammad s.a.w.

Pilihan raya negeri berasingan tidak patut berlaku - SPR

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Cadangan kerajaan negeri di bawah pimpinan parti pembangkang mengadakan pilihan raya negeri berasingan daripada pilihan raya umum bukan sahaja melibatkan kos yang tinggi malah akan menjejaskan perjalanan kelas dan mengganggu tugas guru. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini berikutan lebih 80 peratus tenaga kerja yang digunakan untuk memastikan kelancaran pengundian adalah terdiri daripada guru sekolah. Selain itu, SPR juga terpaksa menggunakan semula sekolah untuk dijadikan pusat mengundi yang akan menganggu perjalanan kelas di sekolah tersebut. "Ini tidak patut berlaku. Kita kena fikir kepentingan semua pihak bukan semata-mata kepentingan politik sahaja," katanya dalam rancangan wawancara "Hello Malaysia" oleh Bernama TV yang disiarkan secara langsung malam tadi. - BERNAMA. Sumber: Utusan Online Jarumemas: Berani kerana benar, takut kerana kalah!!

Kelantan sepatutnya sudah maju jika bersama BN - Muhyiddin

KOTA BAHARU 14 Sept - Kelantan sepatutnya sudah menjadi sebuah negeri maju jika ia bersama Barisan Nasional (BN) sejak lebih 22 tahun lalu, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Katanya, hakikat bahawa Kelantan masih belum mencapai tahap kemajuan itu bukan sesuatu yang direka sebaliknya ia berdasarkan kepada penilaian pakar-pakar berkelayakan dalam bidang masing-masing. "Sudah 22 tahun berlalu tetapi kemajuan itu masih belum tercapai. Ini realiti sebenarnya walaupun negara sudah mencapai negara maju dan menjadi contoh kepada negara luar. "Tidak cukupkah 22 tahun ini? Apakah mahu menderita lagi? Ada enam bulan lagi tempoh untuk diadakan pilihan raya. Buatlah perubahan. BN nak beri ruang yang cukup untuk Kelantan berjaya," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kota Baharu dan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat serta Sambutan Mesra Aidilfitri di sini hari ini. - BERNAMA Sumber: Utusan Online Jarumemas: Maju rakyat maju negara.

Mahathir - should Malaysians forgive and forget his misdeeds?

As the days pass by we get to hear more muck surface. The recent revelations by PKR vice president Chua Jui Meng alluding to Glenn Knight’s confession and how former MCA president Tan Koon Swan was made a victim of political agendas in all probability would start seeing the curtains fall on Tun Dr Mahathir. The rakyat have all these while moaned and gripped helplessly over how the Tun’s political agendas yoked the nation into its dire states today. But there was no respite in the form of independent justice. Instead we saw arrests, intimidation, political castrations, and unknown languishing in jail. All that mattered for the Tun was the end - i.e. "I did my way". The means to that end was adamantly Machiavellian. The end simply justified his questionable and highly suspect means. No one could stand in his way. That is how powerful he became despite the Constitution guaranteeing us that our Rulers and the Law are revered. How many capable leaders were destroyed by this ruthless man Today as we read of the ugly hand of the Tun destroying people and families and communities, it makes us wonder how come god-fearing, principle-centered individuals and professionals and even leaders are still unwilling to step forward and spill all the beans once and for all. The Tun has always been alleged by and perceived by the rakyat as having had annihilated all his political opponents. He did not hesitate to butcher all of them – even if it meant going live on TV prime time to describe the act of masturbation. The case of saudara Anwar Ibrahim’s fabricated sodomy charges comes to mind. He castrated Musa Hitam. He hammered out Ghafar Baba. Tengku Razaleigh was wiped out. He launched a political coup against Pak Lah which strangely the Tun himself admitted. Now we hear of how he even mercilessly orchestrated the annihilation of political leaders from the BN coalition in the likes of Koon Swan. Shame on all those leaders who continue to remain silent having eaten from the palm of the Tun. Shame on them and all those parasites who have chosen to rape the rakyat for the comforts of material life handed out by the Tun to them for towing his barge of sins against the rakyat. Read more... Jarumemas: He had a very reasonable reasons why he did those, to protect the Malays, religion and nation from being ruled and managed by the irresponsible characters.