Wednesday 31 October 2012

Markiman: NGO juga perlu bantu jaga keselamatan negara

BUTTERWORTH, 31 Okt — Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) haruslah membantu kerajaan menjaga keamanan negara demi pembangunan ekonomi dan kemakmuran negara pada masa hadapan.
Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri Datuk Markiman Kobiran berkata pihak NGO juga perlu mengetepikan perbezaan ideologi politik sebaliknya bersatu untuk keharmonian semua bangsa di Malaysia.

“NGO yang ada perlu ketepikan perbezaan bangsa dan bahasa sebaliknya bersatu untuk menjaga keamanan negara, kita juga perlu sayangi negara kita demi keharmonian pada masa hadapan,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Agung kali pertama Pertubuhan Ekonomi Harmoni Aman Malaysia (Harem) di sini malam tadi.

Pengasas merangkap Pengerusi Persatuan Harem Wan Balkis Wan Abdullah berkata Harem, yang ditubuhkan sejak tiga tahun lepas dan mempunyai lebih 10,000 anggota, bertujuan membantu semua golongan bangsa terutama dalam ekonomi.

“Anggota kita terdiri daripada pelbagai kaum dan pelbagai aktiviti kita anjurkan antaranya untuk meningkatkan ekonomi anggota kita,” katanya.

Kata beliau pihaknya juga merancang untuk menubuhkan persatuan antidadah dan jenayah bagi menarik golongan muda agar tidak terjebak dalam aktiviti haram berkenaan. — Bernama

Sumber: Malaysian Insider

Jarumemas:  Janganlah bertindak seperti sokong membawa rebah.

Anak tempatan isi jawatan kosong di Sarawak

KUCHING 31 Okt. - Berkuatkuasa serta merta, jawatan kosong dalam perkhidmatan awam Persekutuan bagi kumpulan sokongan gred satu hingga gred 40 di Sarawak akan diisi oleh anak tempatan, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Mahmood Adam.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat SPA bersama wakil jabatan Persekutuan di Sarawak, dan wakil-wakil badan bukan kerajaan antaranya Persatuan Graduan Dayak Sarawak, Persatuan Kayan Sarawak, Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak diadakan di sini, pada Selasa.

"Hasil mesyuarat tersebut, kita telah berjanji jawatan kosong Persekutuan melalui lantikan oleh SPA di Sarawak, akan diisi orang Sarawak sendiri.

"Keputusan yang dibuat bukan satu masalah besar untuk dilaksanakan, kerana jika kita lantik orang Semenanjung untuk mengisi jawatan sokongan contohnya seperti kerani, masalah logistik dan penempatan mungkin pula akan timbul, jadi lebih baik lantikan dibuat berdasarkan lokaliti," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Pusat Temuduga SPA Malaysia cawangan Kuching di sini hari ini. - BERNAMA

Jarumemas: Sewajarnya begitulah.

Taufan Sandy mengganas di AS

NEW YORK 30 Okt. - Sekurang-kurangnya 17 orang dilaporkan terbunuh di tujuh buah negeri apabila Taufan Sandy mengganas, membadai kawasan persisiran pantai timur Amerika Syarikat (AS), awal hari ini menyebabkan lebih sejuta penduduk di beberapa negeri terpaksa dipindahkan.

Antara negeri yang mencatat kematian termasuklah New York, New Jersey, Maryland, Pennsylvania, West Virginia dan North Carolina apabila taufan itu melanda AS sejak pukul 8 malam tadi (8 pagi waktu Malaysia hari ini, menjejaskan lebih 50 juta penduduk di wilayah itu.

Kira-kira sejuta penduduk yang terjejas teruk turut dipindahkan.

Taufan gergasi itu membawa kelajuan angin 130 kilometer sejam, melanda kawasan persisiran pantai sejauh beratus-ratus kilometer dengan beberapa negeri dilanda hujan lebat dan bandar-bandar utama lumpuh dengan bandar raya New York paling teruk terjejas.

Presiden Barack Obama mengisytiharkan dekri kecemasan di New York dan New Jersey, selepas taufan tersebut mengakibatkan kira-kira 13,500 penerbangan di seluruh negara dibatalkan semalam dan hari ini.

Jarumemas: Allah sedang menurunkan balanya kepada negara yang begitu angkuh dan yang bersekongkol dengan Israel.

KDN akui penahanan di Lubnan ada kaitan dengan al-Qaeda

KUALA LUMPUR, 31 Okt — Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui kedua-dua rakyat Malaysia yang ditahan di Lubnan mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas al-Qaeda dan mendakwa mereka telah dipantau sejak setahun lalu.

Hishammuddin berkata kedua dua saspek dipantau sejak tahun lepas. — Gambar fail
“Mereka berdua mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa al-Qaeda telah dipantau oleh pihak berkuasa sejak setahun lalu.

Cuma hari ini kita dedahkan kerana isu sudah ke pengetahuan umum ekoran penahanan dua rakyat Malaysia itu di Lubnan,” kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Parlimen.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata bilangan pengganas yang dipantau oleh pihak berkuasa banyak tetapi ia masih lagi dapat dikawal dan tidak serius.

“Jumlahnya saya tak boleh umumkan hari ini, tapi saya sedang memantapkan lagi hubungan Malaysia dengan agensi-agensi antarabangsa sama ada dengan CIA, MI6, agensi di India dan Pakistan serta lain-lain lagi,” tambah Hishammuddin.

Sumber: Malaysian Insider

Jarumemas:  Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Itulah pesan datuk nenek kita.

Tangguh pelaksanaan AES

UALA LUMPUR 30 Okt. - Pergerakan Pemuda UMNO mendesak kerajaan menangguhkan serta mengkaji semula pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kerana mendapati banyak kelemahan dalam pelaksanaannya.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, kajian semula itu perlu bagi memastikan sistem tersebut mampu berfungsi dengan baik dalam usaha mengesan pesalah trafik di negara ini.
"Sistem AES itu sendiri merupakan sistem amat baik, namun hasil maklum balas akar umbi kami mendapati terlalu banyak kelemahan pada pelan pelaksanaannya yang perlu diatasi antaranya lokasi dan had laju praktikal sesebuah kawasan.
"Mempertimbangkan pandangan-pandangan berkenaan, Pergerakan Pemuda UMNO sebulat suara mendesak kerajaan Persekutuan menangguhkan pelaksanaan AES dan kami berharap Mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu ini dapat membincangkan tentang perkara ini dan dapat memberikan keputusan atas permintaan serta desakan kami," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Jarumemas: Pelaksanaannya memang baik tetapi masa pelaksanaannya tidak sesuai.

Call off AES for now, BN MP urges government

KUALA LUMPUR, Oct 31 ― Umno MP Datuk Bung Mokhtar Radin crossed the political divide today and backed the opposition Pakatan Rakyat (PR) pact in calling for Putrajaya to suspend enforcing the controversial Automated Enforcement System (AES), saying it could be used as campaign fodder against the ruling Barisan Nasional (BN).

“The implementation of AES now is not suitable because it is close to elections.

“That’s why I recommend the AES be postponed,” the Barisan Nasional Backbenchers Club (BNBBC) deputy chairman told Malay daily Sinar Harian Online in a text message today.

Bung Mokhtar, a seasoned Umno lawmaker, is the most senior member of the ruling coalition after Umno Youth leader Khairy Jamaluddin to urge the federal government to delay the newly-introduced traffic enforcement system.

Kedah, Penang, Kelantan and Selangor ― all governed by Pakatan Rakyat (PR) ― have decided to suspend approval for the AES that detects speeding motorists and issues fines.

Several influential non-government organisations including the umbrella body representing civil servants, CUEPACS, have also opposed the enforcement by saying the system is not currently suitable. They also want the government to review the locations where the AES would operate.

However, Bung Mokhtar was reported to have said that the system was necessary to “discipline” road users for the good of all.

“AES is excellent as a step to discipline drivers who use the roads,” the Kinabatangan MP was quoted as saying.

The PR states have said they will deny approval to the installation of AES cameras until they receive more information and public feedback on the camera system first.

Lawmakers have also argued that the AES would only benefit the two companies running the system ― Beta Tegap and ATES ― as the firms will allegedly stand to earn RM16 from each summons issued by the AES.

Sumber: Malaysian Insider

Jarumemas:  Agree!!

Cuaca tidak menentu dijangka sepanjang November

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan fenomena hujan tidak menentu akan berlaku sepanjang November di seluruh negara disebabkan arah tiupan angin sentiasa berubah.

Menurut jurucakap Bahagian Ramalan Cuaca jabatan itu, hujan yang membawa ribut petir di sebelah petang dijangka berlanjutan hingga awal November di sekitar pantai barat Semenanjung Malaysia terutama di negeri Perak dan kawasan Lembah Klang.

"Di kawasan pantai timur Semenanjung serta Sabah dan Sarawak, dijangka berlaku peningkatan jumlah hujan pada November...Buat masa ini musim monsun timur laut masih dalam peringkat permulaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Jurucakap itu bagaimanapun berkata, keadaan ini dijangka tidak akan menjejaskan perjalanan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia mulai 5 November hingga 6 Disember.

"Masih terlalu awal bagi kami untuk membuat ramalan tepat sama ada keadaan hujan tidak menentu akan berlarutan hingga Disember ini," katanya sambil memberitahu bahawa pihaknya akan mengeluarkan ramalan cuaca sebelum sambutan Deepavali nanti. - BERNAMA

Sumber: Berita Harian

Jarumemas:  Berhati2 dan bersiap sedia atas segala kemungkinan banjir.

Konflik Rohingya boleh ancam Selat Melaka - Surin

KUALA LUMPUR 30 Okt. - Selat Melaka bakal terancam dan tidak stabil sekiranya komuniti antarabangsa gagal mengambil tindakan pantas serta efektif dalam usaha menangani konflik penindasan etnik Rohingya di Myamar.

Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Surin Pitsuwan berkata, disebabkan etnik Rohingya kini berada dalam keadaan tekanan dan penderitaan yang teruk, tidak mustahil mereka bertindak radikal.

"Sekiranya mereka menjadi radikal, seluruh rantau akan menjadi tidak stabil termasuk Selat Melaka.
"Perkara ini amat dibimbangi dan kalau perkara sebegini berlaku, bermakna semua (ASEAN) bakal terjejas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk Peningkatan Nilai ASEAN Melalui Konsep Pergerakan Kesederhanaan Global anjuran Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMMF) di sini hari ini.

Jarumemas: Rakyat Malaysia perlu bersyukur dan sentiasa memelihara keamanan yang kita ada sekarang.

Pahang pengeluar minyak, gas

PUTRAJAYA 30 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Pahang bakal menjadi negeri sumber pengeluaran minyak dan gas terbaharu di Malaysia berikutan penemuan pertambahan rizab minyak di medan minyak Bertam yang terletak di Blok PM 307.

Perdana Menteri berkata, medan minyak itu terletak kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan dengan negeri Pahang, pada kedalaman air 76 meter.

Katanya, beliau dimaklumkan oleh Petronas salah satu usaha sama minyak dan gas atau Kontrak Perkongsian Pengeluaran terdiri daripada Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan Lundin Oil telah menemui rizab minyak tambahan itu baru-baru ini.

Menurut Perdana Menteri, dengan pertambahan rizab tersebut, medan minyak Bertam kini dianggarkan mengandungi jumlah isipadu asal keseluruhan atau minyak yang tersedia di situ sebanyak 64 juta tong.
''Penemuan ini sangat penting memandangkan kita belum pernah menemui minyak komersial dalam kuantiti yang tinggi di Lembangan Penyu, ini merupakan kejayaan besar.

''Bergantung kepada keputusan kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komesial, pengeluaran minyak dijangka dicapai pada suku ketiga tahun 2014 dengan sasaran pengeluaran berjumlah antara 17,500 hingga 20,000 tong sehari," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaksanaan Bioteknologi (ICM) di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.