Thursday 14 June 2012

FMM says still in dark over minimum wage details

KUALA LUMPUR, June 14 — Manufacturers want the government to delay implementing minimum wage until the nuts and bolts of the new legislation are ironed out. Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) president Tan Sri Yong Poh Kon said that industry had been kept in the dark about details of the new minimum wage law. “It has not been a very smooth way of implementing policy. Normally, time would be given to adjust their business. “Now we don’t even know what allowances are included and not included in the minimum wage,” Yong (picture) told reporters today. “This will have knock-on effects. We need to organise pay rates. The devil is in the details, we cannot look into it until we have all the details,” he said. Source: Malaysianinsider.com Jarumemas: What is the problem?

DUA TOKOH PRO-PEMBANGKANG BERSEDIA KEMBALI KE BN

ertemuan mymassa dengan dua individu penting memberikan beberapa indikasi yang perlu segera diambil oleh pihak kerajaan. Individu pertama, bekas pensyarah di sebuah universiti terkenal yang berpuluh tahun mengikuti Anwar telah menyatakan kepada keluarganya untuk kembali semula ke pangkuan kerajaan. Beliau yang dipinggirkan partinya kerana isu moral yang membelenggunya, telah menyatakan hasratnya kepada keluarganya untuk kembali semula ke pangkuan kerajaan. Individu kedua yang ditemui mymassa ialah seorang tokoh sasterawan. Beliau juga menyatakan hasratnya kepada anak terunanya untuk kembali semula ke pangkuan kerajaan. Apapun mymassa mengambil pendekatan berhati-hati di dalam hal ini supaya tidak ada pihak yang terasa dan terganggu keselamatan mereka. Anda tahulah Anwar Ibrahim, dia akan menghantar gengster untuk menakut-nakutkan orang-orang mereka yang cabut lari. Kini kita tunggu political will di pihak kerajaan pula. Mereka berkata kepada kami, jika hardcore seperti Yb Zulkifli Nordin, YB Nallakarupan, YB Zaharin, YB Gobalakrishnan, Dr. Chandra dan lain-lainnya boleh cabut lari, mengapa kami tidak! Anwar Ibrahim bukan Tuhan! Terpegunn kami mendengarnya... Sumber: Blog My Massa Jarumemas: Siapakah gerangan mereka?

Hadi Awang Diketepi, Anwar Ibrahim KO & Guan Eng Lupa Diri.

Dr Novandri Hasan Basri Kenapakah Nik Aziz Nik Mat yang digembar-gemburkan untuk menjawat Ketua Pembangkang menggantikan Anwar Ibrahim? Kenapa tidak Hadi Awang ? Apakah sebagai Presiden PAS, Hadi Awang yang paling layak untuk menyandang jawatan Ketua Pembangkang? Persoalan ini hanyalah satu andaian jika parti PAS mempunyai kerusi terbanyak di dalam Parlimen. Akan tetapi, realitinya parti DAP yang terbanyak dan merekalah yang paling layak untuk menjawat jawatan Ketua Pembangkang. Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pun sudah mula lupa diri dan mengganggap diri beliau sebagai tuan! Cuba anda perhatikan foto-foto rasmi beliau di dalam pejabat-pejabat Kerajaan negeri Pulau Pinang dan premis-premis lain yang memaparkan foto beliau. Beliau menggelar diri beliau YB Tuan Lim Guan Eng. Persoalannya, sejak bila pula beliau menjadi tuan kepada rakyat Pulau Pinang? Jika beliau tuan, apakah rakyat Pulau Pinang adalah hamba kepada beliau? Penulis berasa amat meluat apabila membaca gelaran tuan yang dibubuh di depan nama Lim Guan Eng. Lebih-lebih lagi, Lim Guan Eng dan gerombolan pemimpin DAP yang mengapi-apikan kononnya bukan Melayu adalah kuli dan hamba di negara ini dek Ketuanan Melayu. Rupa-rupanya, Lim Guan Eng sendiri sudah mahu menjadi tuan kepada rakyat Pulau Pinang! Shame on you! Sumber: Blog DR MiM Jarumemas: kan pepatah ada menyebut, seperti kaduk naik junjung!!

Tanda-tanda kejatuhan BN bertambah jelas — Aspan Alias

14 JUN — Mencapai matlamat perjuangan sememangnya susah dan terpaksa menghadapi pahit maungnya dengan tabah dan sabar yang maksima. Mencari kebaikan akan berhadapan dengan halangan yang rintangannya kadangkala kita rasakan tidak akan tercapai. Tetapi usaha ini terpaksa juga diteruskan kerana dalam keadaan yang mendesak mesti ada pihak yang berani dan sanggup berkorban dan menghadapinya walaupun ianya berhadapan dengan berbagai-bagai risiko yang tidak ramai sanggup menghadapinya. Apa sebenarnya yang membuatkan ada pihak yang sanggup melakukan usaha untuk kebaikan ini? Jika tercapai akhirnya matlamat yang dicari itu, siapakah yang akan menikmatinya? Apakah sebenarnya kepuasan kepada siapa yang berjuang itu? Sebelum itu persoalannya apakah yang menjadi penyebab seseorang atau kumpulan itu sanggup berjuang sambil menghadapi segala rintangan yang bukan kecil itu? Bagi kita rakyat di Malaysia sekarang ini, perjuangan yang berada di hadapan sekali ialah perjuangan untuk mengembalikan negara kepada landasan yang sebenar dan hakiki itu. Perjuangan setengah pihak sekarang ialah untuk menjaga negara kita yang dianugerahi kekayaan yang melempah-ruah untuk rakyatnya diuruskan dengan baik dan sempurna. Keadaan negara sekarang berada di dalam keadaan yang paling menyayat hati kepada sesiapa yang berfikir dan sayangkan negara ini. Baca terus... Jarumemas: Bimbang negara akan tergadai maruahnya jika pemimpin bersikap pentingkan diri dari rakyat.

Pakatan Rakyat: Pakat tetapi tidak terikat — A. Kadir Jasin

14 JUN — Gabungan pilihan raya (election pact) DAP, PKR dan PAS telah membuktikan kemujarabannya pada pilihan raya umum 2008 dan dalam beberapa pilihan raya kecil selepas itu. Bagaimanapun, sejak itu nampak yang tiga parti berkenaan seolah-olah hangat-hangat tahi ayam atau semakin tidak yakin yang pakatan mereka perlu atau boleh disahkan sebagai pakatan rasmi. Petunjuk terbaru yang tiga parti itu terus tidak yakin atau kurang berani untuk diijabkabulkan secara sah ialah pengumuman yang mereka akan bertanding PRU akan datang dengan menggunakan lambang parti masing-masing. Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang aka Tian Chua dipetik oleh Sin Chew Daily sebagai berkata parti-parti PR akan menggunakan simbol masing-masing hatta jika Pendaftar Pertubuhan memberi pengiktirafan rasmi esok. Kenyataan Tian Chua itu senada dengan yang dibuat oleh Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, akhir tahun kalu. Katanya, pembangkang tidak pernah berhasrat menukar lambang pada pilihan raya nanti, sebaliknya PAS, PKR dan DAP akan menggunakan lambang masing-masing pada kertas undi. Tidak kira apa pun kedudukan sebenar, alasan kesuntukan masa untuk mendaftarkan PR sebagai sebuah parti politik campuran tidak boleh diterima lagi kerana keputusan merasmikan (formalise) PR dibuat hampir empat tahun lalu, iaitu beberapa hari selepas ia menang besar dalam PRU 2008. Bukan itu saja, pada tahun 2009, PR telah melantik bekas menteri BN, peguam Mohd Zaid Ibrahim, yang ketika itu ahli majlis tertinggi PKR, sebagai penyelaras dan pengerusi jawatan kuasa sementara (protem committee) “parti” Pakatan Rakyat Malaysia (PRM) dengan tugas mendaftarkannya secara rasmi. Nampaknya, bukan saja parti-parti PR kurang yakin dengan kelangsungan jangka panjang pakatan mereka, tetapi aspek sentimental masih kuat mempengaruhi tindak-tanduk mereka, khasnya PAS dan DAP yang berupa parti tua politik Malaysia. Baca terus.... Jarumemas: Tak sempat nak baca habis artikel ini.