Wednesday 3 April 2013

Lebih 10 elemen baru dilaksana pada PRU-13

KUALA LUMPUR, 3 April — Empat peraturan baru adalah antara pelbagai penambaikan yang akan dilaksanakan pada pilihan raya umum ke-13 bagi memastikan ketelusan dalam proses pengundian.

Empat peraturan baru itu ialah penggunaan dakwat kekal; pengundian awal oleh anggota polis dan tentera menggantikan undi pos; membenarkan orang kelainan upaya (OKU) membawa orang dipercayai untuk membantu semasa pengundian, serta pemansuhan proses bantahan dan penarikan balik pencalonan.

Peraturan-peraturan itu dilaksanakan berikutan pindaan terhadap Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 (Pindaan) 2012 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 (Pindaan) 2012.


Jarumemas: Teringat masa bawa arwah abah dan emak pergi mengundi pada 2008 lalu.

Sebarang peralihan kuasa perlu dilakukan secara aman, kata Najib

KUALA LUMPUR, 3 April — Dalam ucapan semasa membubarkan Parlimen ke 12 sebentar tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyeru agar peralihan kuasa di peringkat persekutuan atau negeri perlu dilakukan secara aman.

Ucapan pengerusi Barisan Nasional (BN) itu dilihat sebagai komitmen beliau untuk menerima apa sahaja keputusan pilihan raya umum (PRU) ke 13 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

“Jika terdapat peralihan kuasa, sama ada di peringkat persekutuan atau negeri, ianya perlu dilakukan secara aman,” kata Najib dalam ucapan secara langsungnya yang disiarkan oleh stesen televisyen nasional pagi tadi.


Jarumemas: Keamanan negara adalah segala-galanya untuk kita rakyat Malaysia.

PAS sambut seruan Najib jaminan peralihan kuasa secara aman

JOHOR BARU, 3 April — PAS hari ini menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk melakukan peralihan kuasa secara aman sekiranya berlaku pertukaran kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata rakyat juga akhirnya menyuarakan rasa lega dengan pengumuman Najib membubarkan Parlimen hari ini setelah menanti sekian lama untuk Parlimen dibubarkan.

“PAS juga mengalu-alukan jaminan PM kalau pun berlaku peralihan kuasa ianya akan berjalan dengan aman, dan PAS juga memberi jaminan bahawa peralihan kuasa ini akan berlangsung dengan penuh  aman damai.


Jarumemas: Terbaik!!

SPR perlukan masa untuk tetapkan tarikh penamaan calon, hari mengundi

KUALA LUMPUR, 3 April — Walaupun Parlimen ke 12 sudah dibubarkan oleh Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi dan dipercayai akan diikuti dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh negeri-negeri lain pada hari ini dan esok, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih memerlukan masa untuk bersiap sedia sebelum mengadakan pilihan raya.

Menurut Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, badan penggendali pilihan raya itu perlu terlebih dahulu dimaklumkan secara rasmi mengenai pembubaran Dewan Rakyat dan DUN.

“Selepas pembubaran Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri, SPR kena tunggu surat-surat rasmi dari Speaker Dewan Rakyat dan speaker-speaker DUN untuk memastikan Dewan Rakyat dan DUN sudah dibubarkan secara sah,” kata Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.


Jarumemas: Beri masa dan ruang kepada SPR untuk meneliti semua aspek. Jangan pulak ada yang bertindak di luar batasan terhadap SPR.

Dr M menjadi sasaran Pakatan, Anwar umum 4 calon Parlimen

JOHOR BARU, 3 April — Pakatan Rakyat (PR) mula menyerang keluarga bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat mereka di Johor apabila mengaitkan kekayaan  anak ahli  politik veteran itu, Datuk Mokhzani Mahathir dengan gejala kronisme.

Dr Mahathir, ketika berucap dalam lawatan ke kawasan Parlimen Pulai, Ahad lalu, telah menggesa rakyat Johor supaya menguburkan karier politik pemimpin-pemimpin utama PR, terutamanya Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang akan bertanding di Parlimen Gelang Patah dalam Pilihan Raya 2013 akan datang.

“Penasihat Petronas adalah Dr Mahathir, anak lelaki Dr Mahathir, Mokhzani Mahathir antara orang terkaya di Malaysia. Mahathir presiden Petronas, apa dia fikir anak dia sorang Melayu,” tegas Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam ucapannya di hadapan lebih 2,000 penyokong  di Kampung Datuk Sulaiman Menteri, dalam Kampung Melayu Majidee malam tadi.


Jarumemas: Kalau kaya pun orang Melayu. Dah berapa ramai bangsa yang kaya raya tak pulak dikatakan kronisme dan macam-macam lagi.

Tolak pemimpin amal perlakuan LGBT - Puad Zarkashi

PEKAN, 2 April (Bernama) -- Rakyat perlu menolak pemimpin yang secara terang-terangan mengamalkan perlakuan tidak bermoral dan kehidupan songsang, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Katanya pemimpin yang mengamalkan kehidupan sebagai seorang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) atau pemimpin yang menyokong kumpulan LGBT dikhuatiri akan membawa kehancuran kepada generasi akan datang dan memporak-perandakan negara sekiranya tidak ditolak.

"Kita tidak boleh biarkan negara mempunyai pemimpin yang sokong gerakan LGBT, apatah lagi sebagai pengamal LGBT kerana perbuatan sedemikian kita bimbang akan mempengaruhi kepimpinannya dan merosakkan masa depan generasi muda.

"Rakyat akan jadi lebih liberal seperti pemimpinnya kerana dia akan membenarkan apa saja amalan yang tidak sesuai dalam masyarakat kita dibawa masuk," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar keibubapaan mengenai ''Menangani Isu LGBT'' di Dewan Konvensyen Pekan di sini, hari ini.


Jarumemas: Kalau dia jadi pilihan, maka akan huru-haralah ekonomi, sosial dan agama kita.

Nilai secara waras ketika pilih kerajaan agar negara terus stabil - Dr M

SHAH ALAM, 2 April (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat Malaysia perlu menilai secara waras parti mana yang hendak dipilih pada pilihan raya bagi memastikan negara terus stabil.

Beliau berkata di Malaysia kini ada sistem dua parti, iaitu parti memerintah yang berbilang kaum dan berkongsi kuasa selama 55 tahun serta parti yang mencabar, juga mengamalkan perkongsian kuasa.

"Persoalannya, siapa yang layak memerintah negara ini? Saya buat penilaian (parti memerintah) yang sedia ada lebih faham konsep perkongsian daripada yang mencabar (pembangkang)," katanya semasa berucap pada Forum Kepimpinan Pendidikan 2013 anjuran Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Selangor, Jabatan Pelajaran Selangor dan Majlis Guru-Guru Besar Selangor di sini hari ini.


Jarumemas: Barisan Nasional tetap di hatiku....

Zulkifli Nordin jelaskan ucapan hina Hindu dibuat sewaktu dalam PAS

BALING, 1 April (Bernama) -- Anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu Datuk Zulkifli Nordin hari ini mengakui pernah membuat membuat ucapan yang dikaitkan dengan penghinaan terhadap agama Hindu tetapi menjelaskan ucapan itu dibuat 10 tahun lalu ketika beliau berada dalam parti PAS. 

Beliau yang mengakui kesilapannya itu dan memohon maaf kepada masyarakat Hindu di negara ini mengenai ucapannya itu yang dibuat pada satu ceramah di markas PAS.

Zulkifli yang sudah insaf dengan kesalahannya itu mempersoalkan tindakan parti-parti pembangkang menggunakan ucapan lamanya sewaktu beliau menyokong dan bersekongkol dengan parti-parti pembangkang untuk memburukkan beliau.
 

Jarumemas: Cerita lama digali semula.