Tuesday 18 September 2012

Dr M: Kebebasan bersuara boleh, kebebasan menghina tidak

KUALA LUMPUR, 18 Sept — Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut bersama-sama umat Islam seluruh dunia mengkritik filem “Innocence of Muslim” yang menghina Nabi Muhammad dengan mengatakan tidak ada masalah untuk kebebasan bersuara, akan tetapi, tiada kebebasan untuk menghina. “Apa seseorang akan rasa jika seseorang lain datang kepada dan memanggilnya anak haram — akibat hubungan seks antara ibunya dan beberapa lelaki yang bukan bapanya. “Bagaimana seseorang akan merasa? “Rakyat Amerika Syarikat (AS) tidak akan merasa apa-apa kerana dalam masyarakat mereka ini adalah normal. “Ibu mereka tidur dengan sesiapa sahaja. Mereka akan berkata, itu adalah norma. “Begitu juga dengan bapa-bapa mereka. Ia adalah satu ungkapan kesaksamaan jantina. “Orang Asia dan umat Islam akan berasa terhina. Mereka mungkin akan membunuh orang yang mengatakan perkara-perkara seperti itu terhadap ibu mereka. “Kebebasan bersuara, ya. Tetapi ucapan menghina, tidak! “Pastinya, tidak ada orang Asia ingin dipanggil anak haram walaupun sebagai jenaka,” tulis beliau dalam blognya, www.chedet.cc hari ini. Dr Mahathir turut menyelar setiusaha negara AS Hillary Clinton kerana mempertahankan filem “Innocence of Muslim” diatas dasar kebebasan bersuara yang merupakan sebahagian daripada nilai hak asasi manusia. Berita lanjut... Jarumemas: teringat cerita P. Ramlee bab pijak kertas yang digumpal seperti memijak 'kepala bapak kau'....

Yahya spells reasons for joining PKR

KOTA KINABALU: Former deputy minister Datuk Haji Yahya Lampong spelled out his reason for joining the opposition, saying it was nothing personal but just Barisan Nasional’s (BN) system of having absolute power, which he said is similar to the communist brand of politics. Yahya maintained that a democratic system refers to a government by the people, and the majority of the voters are those who are not affiliated to any political party. He added if the total number of voters is ten million, only two per cent of that number should be members of political parties and the remaining 98 per cent would decide the government for the next five years and that government is subject to change. “As an example, over 46 million people are registered as voters to vote in elections in the United Kingdom which has three major political parties, namely the Conservatives, Labour and the Liberal Democrats. “The Conservative party and the Labour party each has about 300,000 members while the Liberal Democratic party has about 200,000. This means to suggest that out of 46 million voters in the UK, only 800,000 are members of one of the political parties. Their total number does not even reach one million,” he said. Read more... Jarumemas: Really??????

NGO asing sokong Suaram, gesa tamatkan penganiyaan

KUALA LUMPUR, 17 Sept — Sekumpulan 56 badan bukan kerajaan NGO tempatan dan antarabangsa hari ini berhimpun menyokong Suaram, menuntut kerajaan Malaysia menghentikan penganiyaan terhadap kumpulan berkenaan berikutan isu dana mereka. Dalam satu kenyataan bersama hari ini, kumpulan itu mengingatkan Putrajaya bahawa mereka juga turut menerima dana asing, dan menambah penganiyaan kerajaan terhadap Suaram mempunyai agenda politik tersembunyi adalah “tidak bertanggungjawab.” “Kami mengutuk keras kerajaan Malaysia cuba menjatuhkan mereka yang menerima dana asing untuk tugas kemanusiaan mereka, termasuk penghinaan yang dibuat di media yang organisasi dibiayai dana asing termasuk Suaram mempunyai agenda politik. “Kami menegaskan dana asing diperlukan NGO, bukan sahaja di Malaysia, tapi di seluruh dunia,” kata kenyataan tersebut. Kumpulan berkenaan termasuk NGO dari Nepal, Afghanistan, Indonesia, Kemboja, Pakistan, Filifina, Australia termasuk China and Korea Utara, memuji Suaram, berkata badan itu turut dikenali di peringkat antarabangsa, termasuk mempunyai suara yang dipercayai dalam memperjuangkan hak asasi manusia. Suaram kini sedang disiasat kerana perbicaraan kapal selam Scorpene di Perancis, skandal berjumlah bilion ringgit kes rasuah mengaitkan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak dan pembunuhan model Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu. Sumber: Malaysian Insider Jarumemas: Mengapa Suaram masiah tidak berbunyi menafikan segala macam tuduhan terhadap pertubuhan itu?

Penghuni Pangsapuri Angsana tuntut janji air percuma daripada kerajaan Selangor

KAJANG, 17 Sept — Kira-kira 200 penghuni Pangsapuri Angsana di Sungai Long di sini, berhimpun secara aman hari ini bagi menuntut janji pemberian air percuma oleh kerajaan Selangor, seperti yang dinikmati penguna meter air individu dan bukan mereka yang menggunakan meter pukal. Rata-rata penduduk pangsapuri yang mempunyai 560 unit itu terkilan kerana mereka tidak mendapat 20 meter padu air percuma seperti yang dijanjikan kerajaan negeri, kata Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Penghuni Pangsapuri Angsana, Azizah Azmah. “Kami telah serahkan memorandum dan aduan kepada GPRS (Gerakan Prihatin Rakyat Selangor) dan peguam (firma Guaman Kamaruddin & Partner) sebab kami mahu hak kami sebagai rakyat. Kami tidak mahu ditipu lagi,” katanya. Di bawah skim pelaksanaan pemberian 20 meter padu air percuma oleh kerajaan negeri pimpinan PKR itu, hanya isi rumah yang menggunakan meter individu dapat menikmati subsidi air itu. Kerajaan negeri telah mengarahkan pemilik bangunan, pemaju dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) untuk menukar meter pukal kepada meter individu sejak 2008 bagi memastikan semua pihak dapat menikmati skim air percuma itu, tetapi ia masih tidak dilaksanakan di kebanyakan kawasan. Sementara itu, Pengerusi GPRS Datuk Sohaimi Shahadan pada sidang akhbar di pangsapuri itu, berkata kerajaan Selangor perlu membayar RM11.40 (sama dengan harga 20 meter padu air) kepada isi rumah yang tidak mempunyai meter individu, untuk tempoh kira-kira 50 bulan sejak skim itu dilaksanakan, yang dianggar berjumlah RM570. Sambil mendakwa GPRS menerima aduan yang sama daripada penduduk di Bandar Sunway, Petaling Jaya, Puchong, Gombak dan Klang, beliau berkata orang ramai boleh membuat aduan melalui laman blog ‘hasrat-selangor.blogspot.com’. “Jawatankuasa penduduk dengan kerjasama GPRS akan membawa aduan dan bantahan ini kepada firma Guaman Kamaruddin & Partner untuk tindakan mahkamah. Firma ini memberikan perkhidmatan secara percuma,” katanya. Sejumlah penduduk juga telah membawa tuntutan subsidi air itu ke mahkamah. — Bernama Sumber: Malaysian Insider Jarumemas: Cakap tak serupa bikin....

Liga Dunia Islam kecam filem anti-Islam

BANGKOK, 17 Sept — Liga Dunia Islam mengutuk sekeras-kerasnya filem anti-Islam dan menyeru umat Islam menahan diri daripada menggunakan keganasan dalam menangani isu itu. Setiausaha Agung liga itu, Profesor Dr Abdullah Al-Turky berkata hari ini filem sedemikian tidak seharusnya dibuat atas nama kebebasan bersuara kerana ia menjejas keharmonian sejagat. “Kami mengutuk sekeras-kerasnya filem itu. Ia adalah perbuatan yang tidak boleh diterima,” katanya selepas menghadiri Seminar Antarabangsa berhubung Agama dan Proses Perdamaian di Asean, di sini. Liga Dunia Islam, sebuah badan bukan kerajaan Islam yang berpangkalan di Makkah dan ditubuhkan pada 1962, turut menggesa masyarakat antarabangsa supaya mengutuk filem bertajuk ‘Innocence of Muslims’ yang memutar belit fakta berhubung Nabi Muhammad. Protes terhadap filem itu telah merebak ke lebih 20 negara dan meragut banyak nyawa, termasuk seorang duta Amerika. Bagi mengurangkan ketegangan semasa, Abdullah berkata Islam tidak menggalakkan penggunaan keganasan seperti membunuh dan memusnahkan harta benda sebagai cara menyelesaikan masalah. Beliau turut diminta mengulas permintaan sekumpulan pengganas yang mahu umat Islam melancarkan lebih banyak serangan terhadap kepentingan Amerika Syarikat. “Kami menentang sekeras-kerasnya penggunaan sebarang bentuk keganasan,” katanya. Sehubungan itu, Abdullah berharap ketegangan yang berlaku ketika ini tidak berpanjangan kerana keganasan bukanlah satu penyelesaian. “Dialog dan kerjasama adalah alat yang berkesan dalam menyelesaikan masalah ini,” katanya. — Bernama Jarumemas: Umat Islam perlu bangkit menentang segala perbuatan yang menhina Nabi Muhammad s.a.w, al-Quran dan Islam khususnya.

Observers cast doubt on Pakatan’s readiness to rule

PETALING JAYA, Sept 18 — Political observers have cast doubt on Pakatan Rakyat’s (PR) readiness to rule the country if the coalition manages to wrest control of Putrajaya in the upcoming general election, saying there are unresolved issues blighting their chances. Andrew Khoo, the Bar Council’s Human Rights Committee chairman, pointed out that PR has yet to come up with a “shadow Cabinet” or a government-in-waiting, saying that this “restricts their credibility.” “Although they have a common policy in Buku Jingga... (the) inability or reluctance of PR to form a shadow Cabinet... has meant they are unable to articulate what their policy is going to be,” he said last night. Khoo said PR’s practice was to “always have a committee of three” representing the opposition pact’s parties of the DAP, PAS, PKR, but questioned who is the most “authoritative” to speak on proposed policies. Read more... Jarumemas: But some still believe in PKR and PR.