Thursday 30 August 2012

Nur Jazlan: 50% calon BN dicadang pemimpin muda

BN dicadang supaya menyenaraikan 50 peratus calon berusia 50 tahun ke bawah dalam usaha untuk menarik sokongan pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti. Anggota parlimen Pulai dan ketua Umno bahagian Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, jika kaedah itu digunakan, ia diyakini akan memberikan kemenangan besar kepada BN pada PRU-13 sekaligus menyediakan calon muda untuk menghadapi PRU-14. "Pengundi mahu melihat perubahan nyata dalam BN dan Umno bukannya sekadar retorik. Mereka hanya akan percaya jika parti menampilkan calon muda bukan memilih semula calon orang lama dan kemudian baru menjanjikan perubahan. "Jika pucuk pimpinan parti menetapkan sasaran untuk mendapatkan kembali majoriti dua pertiga itu, apa yang BN dan Umno perlu lakukan?...Jawapannya, letakkan calon muda yang berkelayakan untuk meneruskan perkhidmatan yang kita lakukan sejak 55 tahun lalu," katanya di Johor Baharu hari ini. Beliau berkata, dalam PRU 2008, pembangkang mengetengahkan hampir 70 peratus muka baharu dan 50 peratus adalah orang muda, sekaligus berjaya menidakkan majoriti dua pertiga BN. Berita selanjutnya... Jarumemas: Orang muda disayangi yang tua dihormati

Rais alu-alukan 'kumpulan kuning' ke Dataran

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengalu-alukan tindakan penyokong acara "Janji Demokrasi" yang merancang memenuhi Dataran Merdeka pada malam kemerdekaan dengan berbaju kuning. NONEKatanya, semua rakyat boleh hadir ke tempat itu pada malam ambang merdeka tetapi mereka diingatkan tidak "buat jahat". "Kuning ke, merah ke, pada hari itu kita tak kisah, semua rakyat boleh hadir, siapa sampai dulu dia dapat," katanya dalam wawancara dengan Utusan Malaysia ketika ditanya berhubung program anjuran 47 NGO itu. "Kita tidak tetapkan tempat ini untuk orang BN, yang itu atau yang ini. Kalau orang PKR hendak datang sekalipun, kecil tapak tangan nyiru kita tadahkan tapi jangan buat jahat. "Jangan buat tiupan trompet, jangan guna bahasa kesat, datang ke situ sebagai warga yang cintakan perpaduan, apa parti pun." Beliau bagaimanapun menegaskan, warna kuning bukan milik parti pembangkang kerana sesiapa pun boleh memakainya pada bila-bila masa. Sumber: Malaysiakini Jarumemas: Come and join us

Merdeka: Kit Siang ditawar duduk sebelah PM

atuk Seri Rais Yatim menafikan sambutan hari kemerdekaan cuba mengetepikan pemimpin pembangkang dengan tidak menyediakan tempat duduk untuk mereka. Sebaliknya, kata menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan, semua pihak yang hadir akan diberikan tempat kerana ia bukan acara untuk orang BN sahaja. NONE"Kalau Kit Siang datang awal, boleh duduk di depan dengan perdana menteri sekalipun," katanya ketika diwawancara Utusan Malaysia. Malah, katanya, kalau Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahupun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim datang tempat duduk khas di stadium boleh disediakan. Menurutnya, undangan rasmi telah dihantar kepada ketiga-tiga pemimpin utama pembangkang itu. "Memang terbaik jika mereka bertiga datang malam itu, kita bukan nak burukkan atau tengking sesiapa, ini demi masa depan negara kita. "Sebelah pagi juga kita sudah jemput mereka bertiga secara rasminya ke Dataran Merdeka, jangan kata kita tidak jemput pula. Kita alu-alukan semua," katanya lagi. Sumber: Malaysiakini Jarumemas: Malaysia ni kan kita yang punya, tak kisahlah siapa2 duduk sebelah PM

Tiada pengesahan tempat duduk awam di Bukit Jalil

Walaupun Menteri Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim memberi jaminan bahawa orang ramai boleh menyertai sambutan ambang merdeka di Bukit Jalil, pegawai kementeriannya masih tidak dapat memastikan jumlah kerusi yang diperuntukkan. JNONEurucakap kementerian yang ditemui selepas sesi penerangan teknikal memberitahu Malaysiakini, tempat duduk di stadium dengan kapasiti 90,000 itu telah diperuntukkan. Bagaimanapun, ketika ditanya tentang jumlahnya, beliau berkata: "Saya tidak pasti. Ia kerusi yang tidak ditanda (sebagai simpanan). "Tempat yang ditanda itu untuk mereka yang akan dibawa masuk, seperti Umno, MCA, dan Kongres India Malaysia (Kimma)," kata Jasminawati Jamin, pegawai daripada bahagian komunikasi korporat kementerian. Sumber: Malaysiakini Jarumemas: Kenapa mesti diperuntukkan kerusi-kerusi khas? Siap dulu dia punyalah...

Sin Chew pertahan laporan berkaitan kontroversi hudud

Akhbar Sin Chew Daily hari ini menegaskan ia tidak tersalah petik atau memutarbelitkan kenyataan sesiapa tentang cadangan pelaksanaan undang-undang hudud. Dalam laman webnya, akhbar berbahasa Cina itu berkata ia ingin menjelaskan bahawa laporannya tentang undang-undang hudud bukan sengaja dirancang supaya ia mencetuskan "kekeliruan" tentang PAS atau Pakatan Rakyat, tetapi untuk menyampaikan maklumat tepat dan penting kepada pembaca. "Sebagai medium untuk orang ramai, kami tidak patut menyembunyikan sebarang maklumat penting daripada pengetahuan umum, terutama sesuatu yang melibatkan kepentingan awam, serta kejadian yang boleh menyebabkan berlaku perubahan terhadap masyarakat kita dengan apa cara sekali pun. Berita selanjutnya... Jarumemas: Jangan indah khabar dari rupa...

Seksyen 114A: 3 pemimpin BN berdepan amaran

Kabinet telah menerima cadangan supaya tiga pemimpin BN diberi amaran kerana menyuarakan bantahan terbuka terhadap Seksyen 114A Akta Keterangan 1950. NONEMereka adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah; Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu (kiri) dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. Sumber-sumber kerajaan memberitahu Malaysiakini bahawa kabinet membuat keputusan itu dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Ogos. Berita selanjutnya... Jarumemas: Akur dengan Perlembagaan negara.

TRENDING Police YourSay/VoxPop DAP Government performance Religion NGO Islam buat laporan polis terhadap Karpal, Donald Lim

Sebuah gabungan NGO Islam hari ini membuat laporan terhadap dua pemimpin politik kerana didakwa membuat kenyataan yang bersifat menghasut dan menimbulkan kegelisahan di kalangan masyarakat awam tentang kedudukan Islam seperti yang termaktub dalam perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan. Dalam laporan polis itu dibuat Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) - gabungan 40 NGO Islam - terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim. Dalam laporannya, Pengerusi PEMBELA, Aminuddin Yahya mendakwa kenyataan Karpal itu dilaporkan oleh The Malaysian Insider dan The Star Online. Berita selanjutnya... Jarumemas: jangan dijolok sarang tebuan...

Mat Sabu: Saya tak tarik balik selepas tekanan

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menafikan menarik balik kenyataan berhubung isu pembentangan usul perlaksanaan hudud di Parlimen selepas didakwa mendapat tekanan. Beliau bagaimanapun menegaskan isu membentangkan usul itu sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya tidak timbul dalam wawancaranya yang disiarkan semalam. NONEHarian berbahasa Cina Sin Chew Daily hari ini mempertahankan tulisannya dengan mendakwa pemimpin PAS itu menukar kenyataan selepas mendapat tekanan daripada rakan-rakan dalam Pakatan. "Tidak. Tak ada tekanan apa. Lebih 1,000 laporan (polis) hal Bukit Kepong pun saya tak tarik (kenyataan). "PERKASA, Majlis Profesor suruh tarik pun saya tak tarik," katanya merujuk kepada tekanan yang pernah dihadapinya sebelum ini. Berita selanjutnya... Jarumemas: Siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong lama-lama mencuri...

Rais minta pengguna Tweetup Merdeka guna bahasa sopan

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim meminta pengguna laman sosial Twitter agar berhemah ketika menyertai TweetUp Merdeka pada malam 31 Ogos nanti. Walaupun tidak mempunyai kuasa untuk menapis mesej yang dihantar dalam Twitter, beliau berharap pengguna menggunakan perkataan sopan yang melambangkan sokongan kepada perdana menteri. "Jangan kita menggunakan perkataan yang kurang sopan kerana ini adalah hari merdeka. Masa untuk kita menghayati perjuangan negara kita. "Kalau kita menerima adab timur dan masyarakat yang beradab, saya tidak fikir, mereka akan menggunakan bahasa yang tidak sopan," katanya selepas meninjau raptai persiapan 'Perhimpunan Janji Ditepati' di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. Mengulas mengenai persiapan perhimpunan itu, Rais berkata beliau berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh 8,500 peserta yang terdiri daripada 75 peratus generasi belia. "Saya amat yakin segala persiapan yang dibuat akan berjalan lancar pada malam itu nanti. "Saya berterima kasih kepada para peserta termasuklah ibu bapa, guru, jabatan dan setiap yang terlibat dalam menjayakan acara ini," katanya. - Bernama Jarumemas: Bahasa menunjukkan bangsa.

Rafizi’s ‘NOW’ centre to make whistleblowing Malaysian culture

KUALA LUMPUR, Aug 30 ― PKR’s “exposé man” Rafizi Ramli will launch his latest pet project today ― the National Oversight and Whistleblowers Centre or “NOW” ― a non-profit outfit to encourage whistleblowers come forward at a time when public confidence in government agencies has reached an all-time low. Rafizi told The Malaysian Insider that NOW will be a “civil society alternative” to government authorities like the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and the police, whose reputations have been marred by numerous reports of custodial deaths as well as assault and intimidation by armed officers. “Malaysians have been spooked from coming forward, but whistleblowing should become a culture in Malaysia, and that is what we hope to create,” he said in an exclusive interview. Read more... Jarumemas: 'Saksi ke lutut'