Monday 1 October 2012

Penang Pakatan must take Umno threat seriously, says Guan Eng

GEORGE TOWN, Oct 1 — Pakatan Rakyat (PR) is taking seriously Umno’s 3-3-3-1 threat to recapture Penang, with plans of its own to defend its seats in the state. Penang PR leader Lim Guan Eng will ask all PR parties to submit full reports on their respective election preparation. “Umno is confident because they sense complacency amongst PR and they may be correct as our Penang PR machinery is not in full election mode,” said Lim (picture), who is also Penang chief minister. He said it was high time PR viewed Umno’s threat to wrest control of the state back in the upcoming polls seriously. “We should gear up for the polls which could be held in November, even though Prime Minister Datuk Seri Najib Razak is widely expected to call for elections next year,” he said in a press statement today. Lim was responding to Defence Minister and Umno vice-president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi’s statement that 3-3-3-1 is the formula for Barisan Nasional (BN) to recapture Penang. Read more.... Jarumemas: jangan takut dengan bayang-bayang!!!

Penganalisis: Fokus bajet kepada pengundi muda, luar bandar belum tentu menguntungkan BN dalam PRU 13

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat mempertaruhkan apabila menyampaikan Bajet 2013 mesra belia dan luar bandar untuk meningkatkan sokongan pilihan raya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN), tetapi penganalisis berkata inisiatif jangka pendek tidak cukup untuk mendapatkan sokongan popular pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Bajet RM256.1 bilion yang dibentangkan pada hari Jumaat lalu, telah digambarkan sebagai “bajet pilihan raya” oleh pentadbiran Najib yang sudah bersedia untuk melawan dengan pembangkang persekutuan Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU akan datang. Pengarah eksekutif pengumpul suara bebas Merdeka Centre, Ibrahim Suffian, mengatakan Bajet ini mensasarkan dua kumpulan utama — penduduk luar bandar dan berpendapatan rendah, dan pengundi muda yang bakal mengundi pertama kali. “Yang pertama, adalah pengundi luar bandar dan berpendapatan rendah yang biasanya sumber sokongan kuat terhadap BN,” katanya, sambil menambah bahawa Bajet ini mungkin mengakibatkan gabungan BN terus mendapat sokongan kuat daripada kumpulan ini. Beliau berkata Bajet ini mungkin mempunyai impak lebih besar kepada pengundi berpendapatan rendah, oleh kerana “banyak isi rumah akan ketinggalan” dalam pemberian kerajaan, memetik Selangor sebagai contoh, di mana purata pendapatan isi rumah adalah lebih daripada RM4000. Pusingan kedua pemberian RM500 di bawah skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan, manakala skim itu kini juga akan memberi RM250 kepada orang bujang berusia 21 tahun keatas dan berpendapatan kurang daripada RM2,000. Beliau berkata bagi pengundi muda, faktor “jurang luar bandar-bandar” masih akan membuat perbezaan. Berita lanjut.... Jarumemas: Kerajaan tak dapat memenuhi semua kehendak rakyat. Yang bergaji besar tak dapat apa yang BR1M, tapi anak-anak sekolah akan dapat bantuan RM100, yang di IPT dapat baucer buku RM250, anak yang masih menganggur dan belajar di IPT pun dapat bantuan BR1M, jadi apa lagi nak?? Kata pepatah Inggeris "You gain some you lose some".

Perumahan Johor: Mahal bagi rakyat Malaysia, menarik untuk ekspatriat Singapura

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Lebih ramai ekspatriat asing memilih untuk tinggal di Johor kerana rumah yang lebih murah dan besar, menurut laporan akhbar Singapura hari ini, sementara rakyat Malaysia masih tidak mampu membeli rumah. Tatkala ekspatriat Singapura mencari rumah yang lebih murah di Malaysia, rakyat Malaysia terutamanya yang baru bekerja mengadu mereka tidak mampu membeli rumah. Dolar Singapura bernilai 2.5 kali ganda lebih tinggi dari Ringgit Malaysia. “Malaysia menawarkan rumah yang lebih murah,” Geert Hulst, warga Australia, isteri kepada warga Belanda, yang bekerja di republik tersebut, memberitahu akhbar Singapura Sunday Times (ST), dalam satu artikel yang diterbitkan hari ini. Berita lanjut.... Jarumemas: jangan sampai anak sendiri hidup merempat di kampung sendiri...

DAP tidak setuju PKR senaraikan nama dalam ‘kabinet bayangan’

KUALA LUMPUR, 1 Okt — Tindakan menyenaraikan nama pemimpin PKR dalam “kabinet bayangan” menerima kritikan timbalan pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw yang menyifatkan langkah tersebut sebagai khayalan kerana parlimen belum dibubarkan tetapi sudah meletak calon dalam kementerian tertentu. Tan dipetik dari Sinar Harian Online hari ini berkata tindakan itu sebagai langkah salah dan tidak sepatutnya dilakukan kerana fokus sebenar ialah kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. “Tetapi pilihan raya belum berlangsung sudah memilih calon bagi jawatan tertentu adalah khayalan semata-mata,” kata Dr Tan. Dua hari lalu, akhbar tersebut mengeluarkan laporan seramai 20 pemimpin PKR akan dilantik di kabinet jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya menakluk Putrajaya dalam PRU nanti. Dalam maklum balas kepada The Malaysian Insider, Dr Tan mengesahkan berkata perkara tersebut tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat PR dan menegaskan keputusan muktamad hanya boleh dibuat selepas menang PRU. Berita lanjut.... Jarumemas: Terlalu yakin akan menang...mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan....

DAP MENGAKU PARTI ANWAR SEDANG BERKHAYAL & MIMPI DI SIANG HARI!

Timbalan Presiden DAP, Dr Tang Seng Giaw menyifatkan hajat PKR untuk menawan Putrajaya pada pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) seperti bermimpi siang hari. Beliau berkata, pemimpin PKR juga hanya berkhayal apabila mewujudkan ‘Kabinet bayangan’ kerana Parlimen belum dibubarkan tetapi sudah ada jawatan tertentu dalam kementerian. "PKR mesti menang dahulu kerusi dalam kawasan, barulah boleh menentukan siapa yang akan menyandang jawatan dalam kementerian. Tetapi, pilihan raya belum berlangsung sudah memilih calon bagi jawatan tertentu adalah khayalan semata-mata,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Ahli Parlimen Kepong itu berkata demikian ketika mengulas keputusan PKR menyenarian 20 pemimpin kanan parti itu mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri sekiranya berjaya memenangi PRU13 seperti dilapor akhbar ini semalam. Seng Giaw berkata, mungkin tidak ada masalah sekiranya pemimpin yang disenaraikan itu sudah memenangi kerusi mereka pada pilihan raya umum tersebut. "Kalau sudah menang lain hal. Tetapi kami belum bertanding lagi dalam pilihan raya. Ia bukan mengenai setuju atau tidak tetapi perkara ini tidak betul,” katanya. Sumber: Blog Dr Novandri Jarumemas: Gila meroyan nak tawan Putrajaya. Sebumbung pun tak sebulu dan masih kutuk mengutuk. Kalau dapat kuasa macam mana??

Formula 3-3-3-1 BN rampas Pulau Pinang

BUTTERWORTH - Umno Pulau Pinang perlu mempertahankan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan merealisasikan Formula 3-3-3-1 jika Barisan Nasional (BN) mahu merampas semula Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Formula 3-3-3-1 ialah Umno Pulau Pinang perlu menambah tiga lagi kerusi dengan 11 yang disandang sekarang, MCA dan Gerakan memperoleh tiga kerusi masing-masing dan satu oleh MIC. "Jika ini berlaku, kita dapat bentuk kerajaan BN di Pulau Pinang dengan majoriti satu kerusi. Tetapi kalau parti komponen BN negeri bekerja lebih kuat lagi, saya yakin lebih banyak lagi kerusi Dun boleh dirampas di negeri ini," katanya. Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran program BN Pilihan Orang Muda peringkat negeri, di sini, hari ini. Pada PRU 2008, BN hanya memenangi 11 kerusi Dun daripada 40 kerusi yang dipertandingkan manakala DAP mendominasi dengan 19 kerusi manakala PKR memperoleh sembilan kerusi dan Pas satu kerusi. Mengulas krisis antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman, Ahmad Zahid berkata, krisis yang berlaku itu disebabkan pemimpin PKR itu mula menyedari partinya hanya diperkudakan oleh DAP. PKR dan Pas perlu menilai kembali kerjasama yang terjalin dengan DAP kerana kepentingan mereka tidak diambil kira oleh parti itu, katanya. Krisis antara Guan Eng dan Mansor tercetus ekoran penyiaran rakaman audio yang menunjukkan Pengerusi PKR negeri itu mengkritik Setiausaha Agung DAP sebagai sombong dan angkuh yang disiarkan sebuah stesen televisyen Isnin lalu. Rakaman audio berkenaan adalah mengenai mesyuarat strategik PKR negeri yang dilaporkan berlangsung April lepas di pejabat parti di Lebuh King, Pulau Pinang. Mesyuarat itu antara lain membincangkan soal pembahagian kerusi negeri pada PRU13. - Bernama Jarumemas: Buat yang terbaik demi agama, bangsa dan negara.

Anwar angkuh, tak bertolak ansur - Tsu Koon

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai individu yang angkuh dan tidak boleh bertolak ansur sejak berada dalam kerajaan lagi. Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, terdapat peristiwa semasa beliau masih merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang mendedahkan sikap negatif Anwar tersebut yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri. Katanya, peristiwa pada 1997 itu berhubung isu kekosongan jawatan Pengarah Pendidikan Negeri di Pulau Pinang. "Pengarahnya bersara dan timbalan pengarah ketika itu sepatutnya mengisi kekosongan tersebut, tetapi kerajaan Pusat bertindak memilih calon yang lebih muda dengan alasan timbalan pengarah tersebut akan bersara dalam tempoh setahun setengah. Saya berpendapat ia tidak adil. "Kebetulan ketika itu Anwar berada di Pulau Pinang dan saya berjumpa dengan beliau untuk berbincang mengenai isu tersebut. Bagaimanapun Anwar menegaskan saya tidak perlu campur tangan dan biar kerajaan Pusat menentukannya, saya diarah melaksanakan tugas sebagai Ketua Menteri sahaja," katanya. Beliau berucap pada Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan di sini hari ini. Persidangan berkenaan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Menurut Tsu Koon, berikutan sikap angkuh Anwar tersebut beliau merujuk pula kepada Menteri Pelajaran ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Saya berbincang dengannya, beliau akui ia tidak adil dan berjanji akan mengkajinya. Janji beliau ditunaikan kerana dalam masa empat hari sahaja timbalan pengarah tersebut dilantik ke jawatan pengarah. "Selepas mengetahui perkara itu, Anwar menghubungi saya dan menegur tindakan membawa perkara tersebut kepada Najib. Beliau memarahi saya dan menghempas telefon di akhir percakapan, ini membuktikan sikap angkuh Anwar, tidak seperti Najib yang lebih bertolak ansur serta menepati janji," jelasnya. Sementara itu, pada sidang akhbar selepas ucapannya, Tsu Koon memberitahu, tidak timbul isu dalaman berikutan tindakan sayap Pemuda parti tersebut tidak menghantar wakil untuk sesi perbahasan kerana nama yang dihantar ditolak Speaker. "Kami demokratik, apa yang disuarakan Ketua Pemuda, Lim Si Pin dianggap suara orang muda. "Orang muda ini mereka vokal dan agresif, kami faham situasinya kerana pucuk pimpinan sedia ada termasuk saya juga berasal daripada sayap Pemuda, tidak timbul isu wujud krisis dalaman," ujarnya. -utusan Jarumemas: Semua orang dah tahu!!!