Friday 21 December 2012

Nik Aziz jelas isu tanah milik syarikat Ngeh

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini menjelaskan berhubung isu tanah ladang seluas 10,526 hektar kepada syarikat swasta yang mana kemudiannya dibeli pemimpin DAP Datuk Ngeh Ko Ham.

Tokoh PAS itu menafikan dakwaan pemimpin Umno bahawa tanah itu sebagai rasuah kepada Ngeh dan DAP sebagai pertukaran bagi membolehkan ADUN Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dilantik menteri besar selepas pilihan raya umum 2008.

Dalam kenyataan Setiausaha Akhabarnya Ahmad Fadhli Shaari yang disiarkan oleh portal berita Harakahdaily, Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS itu mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang kerana menyifatkannya sebagai "satu fitnah besar".

Berita lanjut....

Jarumemas: Jangan suka bersaksi ke lutut.

'Jangan ungkit isu lampau, rakyat dah hukum kami'

Penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menggesa DAP agar tidak mengungkit isu-isu lampau berkaitan pentadbiran BN di Selangor sebelum tahun 2008.

"Mengapa (DAP) perlu mengungkit semua isu ini? Segala yang silap berlaku sebelum 2008.
"Kami (BN) berhadapan pelbagai isu dan ya, rakyat telah menghukum kami pada tahun 2008, PM juga telah mengaku silap dan kami juga mengaku kelemahan dan memohon maaf," katanya.

Mohd Zin menegaskan demikian sewaktu diminta mengulas dakwaan-dakwaan DAP berhubung pemilikan 24 keping tanah oleh BN yang didakwa dibeli secara murah sewaktu BN mentadbir Selangor.

Berita lanjut....

Jarumemas: Pembangkang dah tak ada modal itu sebab mereka mencari apa saja isu yang boleh dijadi modal untuk mengutuk BN. 

BN Selangor kesal sikap dolak-dalik MB berhubung isu cukai taksiran

SHAH ALAM, 21 Dis — Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini membidas sikap berdolak-dalik Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu semakan cukai taksiran ke atas pemilik tanah di Kampung Baru Subang dan Kampung Baru Sungai Buloh.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, berkata Abdul Khalid  tidak sepatutnya mengaitkan kerajaan pusat berhubung penetapan kadar cukai taksiran di negeri itu sebab ia sebenarnya terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya, Menteri Besar dan Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal PBT mempunyai kuasa untuk menentu dan memutuskan kadar cukai pintu yang dikenakan kepada rakyat negeri ini sama ada ia dinaikkan atau sebaliknya.

“Dalam soal pelantikan ahli majlis PBT sebagai contoh, kerajaan negeri mempunyai kuasa dalam membuat asas pertimbangan pelantikan jawatan itu. Malah, fungsi PBT itu sendiri sebenarnya di kawal selia oleh kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita ketika meninjau persiapan Karnival Sayangi Selangor di i-City di sini hari ini.

Berita lanjut....

Jarumemas: jangan sampai menyusahkan rakyat demi politik peribadi.

MyWatch dakwa pegawai polis terlibat kongsi gelap, gesa KPN ambil tindakan

KUALA LUMPUR, 21 Dis — Kumpulan pemerhati jenayah, MyWatch, hari ini mengaitkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, dan mendakwa pegawai polis berpangkat tinggi terlibat dengan penggubahan wang haram, termasuk perjudian haram, pelacuran, mengatur perlawanan bola sepak, malah turut mempunyai hubungan dengan pemimpin kongsi gelap.

Malah, mereka turut mempersoalkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, yang tidak mengambil tindakan, dan mereka akan mengemukakan bukti kepada pihak berkuasa.

“Kenapa beliau memilih untuk mendiamkan diri ... Adakah beliau tidak boleh bertindak terhadap pegawai yang korup?” soal Pengerusi Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch) R Sri Sanjeevan hari ini.
Jelas Sanjeevan, sekiranya Ismail tidak berjumpa badan NGO tersebut untuk mereka menyerahkan bukti, kumpulannya itu akan mendedahkannya kepada umum.

Berita lanjut....

Jarumemas: Jangan biarkan kumpulan ini berleluasa  dalam negara demi keselamatan rakyat.

Penang government offers to take over marina, pier and ferry service

GEORGE TOWN, Dec 21 — The Penang state government has offered to take over Swettenham Pier, Tanjung City Marina and the ferry service from Penang Port Sdn Bhd (PPSB).

Expressing his confidence that it could turn all three projects around, Penang Chief Minister Lim Guan Eng said the state government was ready to take over the ferry service from PPSB which has said it was running losses of RM18 million annually from operating the service.

“The ferry service can be well run by engaging professionals with expertise as was done in the past,” said Lim in a statement today.

He was responding to PPSB managing director Datuk Ahmad Ibnihajar’s request for a review of the ferry concession which was costing the company annual losses of RM18 million.

Ahmad had complained that PPSB had to bear the losses annually and that the ferry operations was not subsidised even though it could be considered public transport.

Berita lanjut...

Jarumemas: By taking over, LGE will be more powerful in the state?

Keputusan beku saman AES oleh AG mengelirukan, kata ahli parlimen

KUALA LUMPUR, 21 Dis—Keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan semua prosiding mahkamah berkaitan saman kamera sistem penguatkuasaan automatik (AES) dibekukan mengelirukan pengguna jalan raya, kata ahli parlimen.

Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) bersatu dalam menuntut Putrajaya menjelaskan sama ada mereka menjalankan satu kajian penuh dengan implikasi undang-undang atau tidak sebelum tergesa-gesa melancarkan sistem kamera perangkap kelajuan, dilihat sebagai penswastaan penguatkuasaan undang-undang trafik untuk memperkayakan syarikat-syarikat tertentu yang rapat dengan kerajaan.

“Tidakkah unsur-unsur perundangan yang kini menggendalakan pelaksanaan AES tidak dikenalpasti oleh Peguam Negara (AG) selama ini sebelum pelaksanaan AES?” tanya Datuk Seri Ong Tee Keat yang sebelum ini merupakan menteri pengangkutan.

Pemimpin MCA itu berkata walaupun AG Tan Sri Abdul Gani Patail mempunyai kuasa untuk membekukan pendakwaan kepada pesalah jalan raya, beliau menegaskan, “perlu ada penjelasan mengenai kes-kes yang dibawa ke mahkamah dan di mana beberapa pesalah sudah membayar kompaun mereka”.


Jarumemas: Kerana bukan masa yang sesuai untuk memasang kamera ini, akhirnya terpaksa ditangguhkan.

Dr Mahathir: Orang Islam lemah kerana terlalu bergantung kepada orang lain

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sebab utama orang Islam lemah ialah kerana mereka tidak boleh mempertahankan diri sendiri dan terlalu bergantung kepada orang lain.

"Mereka juga mengabaikan pengetahuan seperti matematik, sains, seni bina dan teknologi yang diperlukan oleh agama.

"Jadi kita ketinggalan jauh di belakang. Kita bergantung kepada pengetahuan, kemahiran dari mereka (orang bukan Islam), malah dalam mempertahanakan ummah. Kita tidak boleh bergantung kepada mereka," kata beliau semasa berucap pada majlis anugerah Persatuan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini malam ini.

Berita lanjut...

Jarumemas: Orang Islam perlu bangkit dari zon selesa itu....