Friday 22 June 2012

Dr Asri: Pilihan raya waktu haji satu kesalahan

Mantan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berpendapat mengadakan pilihan raya umum (PRU) sewaktu musim haji adalah satu kesalahan. "Mengadakan PRU semasa musim haji seakan-akan sengaja solat di tempat orang lalulintas. "Kesalahan bukan kepada yang melintas tetapi kepada yang sengaja memilih tempat solat di tempat orang ramai melintas. "Orang yang sengaja memilih tempat lalulintas itu yang berdosa," katanya kepada Malaysiakini. Menurutnya lagi, perkara itu sebenarnya pernah diulas ramai ulama, termasuk Ibn Hajar dalam bukunya berjudul Fathul Bari yang mengulas hadis-hadis sahih Bukhari. Asri juga menggesa agar ulama yang mengkaji perkara itu agar "memahami dan melihat hukum pada dimensi yang lebih luas". Polemik pilihan raya umum sewaktu musim haji mula timbul apabila Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru anggota parti itu yang terlibat langsung menangguhkan ibadah tersebut jika pilihan raya berlangsung pada tempoh masa sama. Mufti Perlis sependapat, S'gor sedikit berbeza Seruan itu dibuatnya kerana PAS memerlukan ahli-ahlinya untuk menggerakkan jentera kempen sewaktu pilihan raya. Baca seterusnya.... Jarumemas: PM tak kata pun akan adakan PRU musim haji tahun ini, isu ini dispekulasikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Janganlah cepat melatah.

Krisis Khalid Ibrahim & Azmin Ali : Pro-Rakyat pertahan Faekah, gesa henti spekulasi

Tiga individu daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dinamakan Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat (Pro-Rakyat) semalam, tampil menggesa ahli Pakatan Rakyat (PR) menghentikan spekulasi berhubung isu desakan memecat Faekah Husin daripada jawatan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor. Setiausaha Agungnya, Mohd Naquib Carmeil berkata, beliau menyokong sepenuhnya Faekah yang memegang jawatan tersebut dan menolak sebarang usaha untuk menjatuhkannya. Katanya, beliau difahamkan kempen mendesak Faekah dipecat adalah gerakan pihak tertentu yang mempunyai kepentingan tertentu dan tidak menolak kemungkinan ia didalangi ahli parti PKR sendiri. "Kami menolak sekeraskerasnya sebarang usaha untuk menyingkirkan Faekah kerana dia adalah seorang yang berdedikasi dan tegas dalam menjalankan tugasnya. "Kami menyokong sepenuhnya Faekah dan ia (kempen pecat Faekah) mungkin berpunca daripada tindakan pihak-pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengannya," katanya yang menjelaskan kenyataannya pada sidang media di kafetaria bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, di sini, semalam. Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Ketua Penerangan Pro-Rakyat, Ahmad Tarmizi Sulaiman dan ahli Exco, Abdul Halim Abdullah. Mohd Naquib berkata, Faekah layak memegang jawatan tersebut dan percaya dia tidak pernah melangkaui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim walaupun kerap mengeluarkan kenyataan berhubung sesuatu isu. Menurutnya, kenyataan dibuat Faekah membuktikan beliau individu berani. "Jadi kami minta semua pihak untuk menghentikan spekulasi berhubung isu ini. "Mungkin ada komplot pihak-pihak tertentu sama ada dari dalam atau pun musuhnya yang tidak berpuas hati dengannya," katanya. Semalam, Sinar Harian melaporkan kontroversi gerakan menjatuhkan Faekah bermula di Twitter #kamisayangpkr dan #pecatfaekah kini semakin hangat diperkatakan. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, enggan mengulas dakwaan beliau mempunyai kaitan dengan gerakan itu. Sumber Sinar Harian Jarumemas: Belum habis lagi baca paer hari ini, banyak koja!

TR1M: WAJIB DIPERLEKEH ATAU BERSYUKUR KEPADA ALLAH?

Agak melucukan apabila melihat Mahfuz Omar “masuk perangkap” Anwar Ibrahim untuk memperlekehkan bantuan “one-off” kerajaan BN yang memberikan voucher bernilai RM520 untuk menukar tayar teksi kepada para pemandu teksi. Anwar pada mulanya menyatakan bahawa bantuan tersebut merupakan “gula-gula” kerajaan BN kepada pemandu teksi dan menegaskan bahawa permit teksi lebih bermakna dari pemberian tayar yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu. Mahfuz yang terkenal sebagai “ahli parlimen paling berIQ rendah” cuba menyampuk isu tersebut bahawa Bantuan Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1M) itu dikatakan sebagai tidak diperlukan oleh para pemandu teksi berbanding permit teksi. Kalau sudah dasar bodoh, sudah tentulah dia akan hanya mengiyakan saja apa yang dikatakan Anwar itu meskipun ia adalah sesuatu yang tidak wajar dan tidak logik sama sekali. Sumber: Mykmu.net Jarumemas: Permit tu kalau tak minta macam mana nak dapat. Lagipun macam2 bayaran akan dikenakan untuk mendapatkan permit teksi. Ini kerjaan nak bagi duit beli tayar, tak kan pemandu teksi nak tolak...

Tarikh pilihanraya: Bila Mahfuz Omar berlagak macam bos...

Hal seperti ini tidak berbangkit semasa pilihanraya umum yang lampau. Pembangkang kali ini nampak desperado sangat.Hak ekslusif bila hendak membubarkan parlimen adalah ditangan Perdana Menteri. PAS tahu,PKR tahu dan DAP tahu hakikat ini. Siapa saja jadi Perdana Menteri itulah kuasa yang termaktub dan ia tidak boleh dipersoalkan. Sebelum ini PAS main isu mahu jaminan dari Perdana Menteri pilihanraya umum tidak diadakan musim Haji. Timbalan Presidennya Mat Sabu dengan senang hati cop Datuk Seri Najib Tun Razak berdosa jika tidak bagi jaminan itu. Khamis semasa perbahasan di Dewan Rakyat Ahli Parlimen Pokok Sena,Kedah,Mahfuz Omar yang juga Naib Presiden PAS melangkah setapak lagi. Beliau mendesak kerajaan supaya umum lebih awal bila pilihanraya umum hendak diadakan. Alasannya ia akan memudahkan rakyat merancang hidup mereka dan tidak terganggu kerana tidak tahu bila pilihanraya hendak diadakan. Beliau membuat desakan itu semasa Menteri Dijabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz sedang menjawab isu-isu berbangkit mengenai Suruhanjaya Pilihanraya mengulung perbahasan mengenai Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012 di peringkat jawatankuasa. Kenyataan itu ibarat satu lawak jenaka kalau dilihat dalam kontek politik dan kuasa Perdana Menteri. Sebab itu kelihatan Nazri senyum sahaja mendengarnya. Baca seterusnya.... Jarumemas: Terdesak sangat ke?

Sindrom penafian budaya politik pembangkang — Aziz Jamaludin Mhd Tahir

22 JUN — Akhir-akhir ini begitu banyak penafian dilakukan apabila pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang didedahkan dengan pelbagai isu peribadi yang boleh menggoncangkan kedudukan sebagai orang penting dalam parti. Terbaru, skandal dinar emas yang melibatkan kerugian berjuta ringgit tetapi dalam masa sama menjelaskan “tidak kenal orang yang disyaki terbabit”. Sindrom penafian bukanlah satu perkara baru. Ia sudah berakar umbi sejak lama apabila ada pemimpin sanggup mencipta pelbagai teori songsang demi mendapat kuasa walaupun pada hakikatnya “untung seguni” dalam jangka pendek tetapi “rugi sekampung” dalam jangka panjang. Sewaktu pembangkang memerintah Terengganu dahulu dengan angkuhnya menolak pembesaran lapangan terbang yang diusahakan oleh kerajaan terdahulu kerana tidak mahu melihat negeri itu menjadi hab penerbangan utama di Pantai Timur. Bagaimanapun setelah Barisan Nasional (BN) kembali memerintah pada 2004, projek itu dilakukan sehingga Terengganu menjadi hab penerbangan jemaah haji bagi Pantai Timur dan mampu menampung keperluan pendaratan bagi pesawat sebesar Airbus. Ketika Jambatan Pulau Pinang dalam peringkat kelulusan pembinaannya pada awal tahun 1980-an, pembangkang dengan lantangnya mengkritik projek itu membazir dan tidak perlu kerana lebih ramai rakyat memerlukan pelbagai kemudahan. Tetapi apabila mengambil alih Pulau Pinang pada 2008, mereka terus menggesa agar Kerajaan Pusat tidak memberhentikan cadangan untuk membina Jambatan Pulau Pinang kedua yang menghubungkan Batu Kawan di bahagian tanah besar dengan Batu Maung di pulau. Apabila meneliti cerita yang lebih lama kita juga akan menemui bagaimana golongan ini pernah berjanji akan melelong Putrajaya jika mereka menang dalam pilihan raya, tetapi kini mereka begitu yakin akan menang dan merampas Putrajaya. Baca seterusnya.... Jarumemas: Bila didedahkan akan muncul saman...dah sinonim.

Selepas 20 Tahun Nik Aziz Benarkan Pulak Wanita Sertai Tilawah...

Alasan Nìk Azìz membenarkan semula wanita menyertai tìlawah al-Quran selepas 20 tahun... Kononnya rakyat Kelantan sekarang dah tahu menìlai halal haram. Bukankah kenyataan ini satu penghinaan? Sama ada Nik Aziz akan ikut mereka atau mereka menyertai Nik Aziz. Mereka ini mengikut siapa tak tahulah. Tapi menyembah selain dari ALLAH SWT dan tidak mengikut sunnahNYA Rasulullah SAW. Pada satu ketika benda yang dilakukan adalah haram kemudian benda yang sama dilakukan adalah halal. Orang ini celaru atau dia cuba menggantikan penggubal undang undang yang sebenarnya. Yakni ALLAH SWT. Sekira dia celaru dia perlu dikurung supaya tidak menyesatkan ramai yang lain.. Nik Aziz hanya guru mantik dan bayan sahaja, ini info yg gua dapat dari anak muridnya. Sebab tu pandai berkata-kata sampai kemaruk penyokongnya. Sumber: kulanniring.blogspot.com Jarumemas: Terpaksa ubah kerana undi!

DAP & PAP WARNING MB KEDAH JANGAN TUTUP!

Semua orang faham tak kanlah MB Kedah Ostad Azizan suka dengan pertumbuh-tumbuhan Kelab Malam dan Pub di negeri Kedah yang diketuai parti Parti Adat & Sosial ne kan..Takkanlah Ostad Azizan sanggup runtuhkan Madrasah apa tru kat Kedah tu yang heboh tu, then nak gantikan dengan Kelab Malam. Namun begitu, sayang seribu kali sayang, dek dipegang dan diremute control oleh DAP, maka Ostad pun tak leh nak jalankan Islam ne. Sebab falsampah depa, kalo nak kuasa, kalau nak ke Putrajaya kat Mat Sabu jugak, kita kena bagi apa jua yang diminta oleh DAP, hatta Kelab Malam pun. Apatah lagi Ostad Azizan sudah pun dikunjungi oleh Wakil-Wakil PAP, yang menghantar Menteri Melayu Singapura membawa pesanan Lee Kuan Yew supaya projek Balak-Balak tu janganlah distopkan walaupun ahli-ahli parti menentang. Jadi, para pengundi sekalin macam ne lah cara DAP beli undi. Macam ne lah PAP dan DAP beli Ostad Azizan. Kamu tak percaya...cuba minta Ostad Azizan TUTUP Kelab Malam yang baru dibuka kat atas tu...Kita tengok Ostad Azizan ada beranikah..baru nak tutop DAP and PAP dah sound... Sumber: Blog My Massa Jarumemas: Nampak gaya DAP lebih berkuasa dari Pas dan PKR. Ini belum lagi pegang kuasa....alamat orang Melayu akan merempat hidup di bumi Malaysia ini!