Monday 17 December 2012

Pang Chau jangan jadi kadak rukas junjung — Mohd Sayuti Omar

17 DIS — Tindakan dan cara Hu Pang Chau berperanan sebagai pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pusat PAS (DHPPP) dengan menimbulkan isu-isu kurang wajar dalam usaha membela masyarakat Cina di Kelantan saya merasakan ia seperti lebih hingus dari hidung.

Pang Chau tidak perlu merasakan dia penting dan perlu meletakkan diri sebagai penanggungjawab utama mengenai nasib orang Cina di Kelantan. Nasi orang Cina di Kelantan sudah terbela sejak lama dulu, sebelum Pang Chau bertindak menyokong PAS lagi.

Sewaktu dia aktif dalam parti politik yang berkawan dengan Umno menerusi BN, PAS sudah pun berlaku adil ke atas orang Cina. PAS memerintah Kelantan bukan saja dalam tempoh 22 tahun ini tetapi sejak tahun 1959 hingga 1978 lagi selama 18 tahun.

Dalam tempoh 40 tahun itu belum ada orang Cina teraniaya di Kelantan. Makanya Pang Chau tidak boleh mendabik dada kononnya dia adalah hero kepada orang Cina. Bahkan beberapa orang Cina Kelantan telah mencipta nama di peringkat pusat sampai ada yang menjadi menteri.

Itu menteri Pelancungan, Yen Yen adalah Cina Kelantan dan mendapat biasiwa dari Kerajaan Kelantan. Pang Chau kenal ingat dan baca sejarah ini. Kalau nasib Cina terabai dan tidak dipedulikan masakan Yen Yen mendapat biasiswa semasa menuntut di Universiti Malaya.

Berita lanjut....

Jarumemas: Lebih sudu dari kuah.

Melayu DAP melukut tepian gantang — Anuar Mohd Nor

17 DIS — Melayu DAP dapat apa? Akhirnya ruangan Melayu dalam DAP ditutup sama sekali.
Benar mereka memilih tetapi pemilihan egois Cina dalam DAP masih tidak dapat menerima Melayu sebagai kepimpinan tertinggi mereka.

Apa yang perlu kita katakan adalah akar umbi DAP adalah egois Cina dan tidak akan memberi ruangan untuk kepimpinan Melayu.

Mungkin kita tidak sedar — inilah sebenarnya yang selalu kita katakan — adakah kita mempunyai tempat sekiranya Pakatan Rakyat yang mempunyai pendekatan liberalisme baik dalam agama — mahupun kononnya demokratik menolak politik perkauman tetapi tidak menunjukkan ciri-ciri terbebas dari politik perkauman.

Dalam pada itu dengan sikap perkauman yang egois dan menutup ruangan kepimpinan Melayu dalam DAP — Melayu dalam DAP hanya melukut tepian gantang.

Apa harus kita pesan kepada Melayu yang menyokong perjuangan DAP sehingga ada yang bercita-cita mahu menyertai DAP untuk mendapat tempat bertanding PRU 13 sahaja.

Sekali lagi melukut Melayu di tepian gantang atau dalam perasaan jujur — dipinggirkan oleh ahli Cina DAP.
Hari ini Melayu seperti Ahmad Ton, Ariffin Omar, Sulaiman Syed Ibrahim, Tengku Zulpuri dan Zairil Khir Johari — adalah kepimpinan Melayu DAP yang melukut dan melutut — mengadu nasib kepada ahli DAP yang cauvinis itu.

Lenyaplah mereka, Melayu yang kononnya menghargai perjuangan parti Cina yang bongkak dalam memperjuangkan apa yang dikatakan keadilan dan demokrasi.

Jujur — Melayu dalam DAP hanya umpama lipas dan nyamuk kecil yang tidak ada makna pada ahli DAP kecuali mereka terpengaruh bahawa mereka hebat.

Inilah contoh Melayu yang kononnya nampak DAP memperjuangkan demokrasi dan keadilan tapi pincang begitu sahaja oleh hulubalang Umno. — umno-reform2.com

Sumber: Malaysian Insider

Jarumemas: Sedar-sedarlah diri orang Melayu dalam DAP. Bawalah muhasabah diri dan renungkanlah apa yang telah anda dapati bersekongkol dengan DAP. Bangunlah perjuangkan nasib orang Melayu keseluruhannya. 

PAS: Tiada kerusi tambahan bagi DAP di Selangor

SHAH ALAM, 16 Dis – PAS Selangor bertegas tiada kerusi tambahan di negeri ini yang akan diberikan kepada DAP, kata timbalan pesuruhjayanya, Iskandar Abdul Samad.

Menurutnya, Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini sudah berbincang dan mendapat keputusan sebulat suara mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh setiap parti dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang.

“Pembahagian kerusi untuk PRU 13 di negeri ini sudah 99 peratus selesai, kerusi di tempat lama tidak banyak perubahan dan kekalkan status quo macam dulu.

“Sekarang tinggal enam minggu lagi, kami fokus untuk menang, bukan waktu untuk bergaduh sesama calon merebut kerusi,” kata ahli dewan undangan negeri (Adun) Cempaka itu dipetik dari Sinar Harian Online.


Jarumemas: Pas nak balas dendam ke dengan DAP? Jangan jadi si Luncai yang terjun dengan labu-labunya....

Untuk faham ekonomi, tanya suri rumah

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Siapa yang lebih baik daripada separuh pasangan wanita untuk mengetahui turun naiknya ekonomi?

Mungkin majoriti suami adalah mereka yang menanggung beban kewangan namun isteri dan ibu yang merasakannya sebelum pasangan mereka. Mereka menguruskan yuran sekolah, barangan keperluan harian, gaji pembantu rumah, dan serta-merta mengetahui bila caj elektrik naik.

The Malaysian Insider menjalankan kaji selidik rawak dalam kalangan kenalan dan rakan-rakan, berumur antara 30-40, dan berpendidikan, dan sama ada bekerja dari rumah.

Belanjawan adalah pertarungan berterusan walaupun sesetengahnya datang daripada keluarga kelas pertengahan tinggi. Sesetengahnya merupakan golongan profesional, bekerja sendiri, mahupun suri rumah sepenuh masa.

Perkara pertama yang menjelma di minda adalah kualiti dan kos pendidikan di negara ini. Mereka semua mengakui pendidikan yang berkemampuan adalah dengan menghantar anak-anak ke sekolah kerajaan, namun aktiviti selepas sekolah dan tuisyen boleh menyusutkan poket. Mesti akan ada yang perlu dibayar, dan atas harga apa apabila mereka merasakan sistem pendidikan telah jatuh dengan drastik daripada persekolahan mereka?


Jarumemas: Menarik untuk difikirkan dan diberikan perhatian selanjutnya oleh pihak berkenaan.

Kerajaan Selangor kaji semula kenaikan cukai pintu

SHAH ALAM, 16 Dis — Kerajaan Selangor akan mengkaji semula kenaikan kadar cukai pintu terhadap penduduk Kampung Baru Sungai Buloh dan Kampung Baru Subang, yang didakwa membebankan.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya akan berbincang dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berhubung perkara itu sebelum sebarang tindakan susulan diambil.

“Namun, kita akan berbincang dengan MBSA dalam waktu terdekat bagi meneliti perkara ini... perkara yang difikirkan perlu dibuat, kita akan laksanakan supaya kadar itu dilihat tidak membebankan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis untuk golongan belia di sini hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun, pihaknya perlu membuat penilaian berdasarkan prosedur mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Langkah itu perlu agar ia juga tidak memberi masalah kepada MBSA dalam memberi penilaian semula terhadap cukai berkenaan,” katanya.

Semalam, Pengerusi MCA Bahagian Subang Lee Wei Kiat berkata kenaikan kadar cukai sehingga 10 kali ganda terhadap penduduk di dua kawasan itu adalah keterlaluan dan meminta ia ditarik balik.

Lee berkata rata-rata penduduk turut mempersoal rasional di sebalik kenaikan itu sedangkan perkhidmatan yang disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT) didakwa tidak memuaskan. — Bernama

Jarumemas: Kerana kepentingan politik ke baru nak kaji? 

Abdullah mahu lebih banyak Sekretariat Rukun Negara diwujudkan

PETALING JAYA, 16 Dis — Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mahu melihat lebih banyak institusi pengajian tinggi awam dan swasta

(IPTA/IPTA) menubuhkan Sekretariat Rukun Negara (SRN) bertujuan menyemai semangat patriotisme dan nasionalisme dalam diri mahasiswa.

Abdullah berkata penghayatan secara mendalam mengenai Rukun Negara itu sangat penting dalam membentuk pembangunan sahsiah dan jati diri generasi muda sekarang.

“SRN berperanan melahirkan golongan belia yang bermoral, inovatif, menghormati undang-undang negara dan mempunyai jati diri yang kuat serta sayangkan negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Kolokium Sekretariat Rukun Negara Kebangsaan 2012 di sini hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Kira-kira 200 penuntut yang memimpin SRN di IPT masing-masing menyertai kolokium empat hari bermula Khamis lepas.

Sementara itu, Koh berkata sehingga kini 133 SRN diwujudkan di IPTA dan IPTS manakala 5,061 Kelab Rukun Negara telah diwujudkan di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. — Bernama

Sumber: Malaysiakini

Jarumemas:  Rukun Negara adalah sandaran kepada perpaduan dan keamanan negara.

Keputusan CEC bukti DAP parti perkauman, kata Puad Zarkashi

JOHOR BAHARU, 16 Dis —  Keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP semalam jelas membuktikan kenyataan bekas Naib Pengerusinya, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, bahawa Melayu tidak mempunyai tempat dalam parti itu adalah benar.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi berkata walaupun calon Melayu yang bertanding dalam pemilihan itu bukan calang-calang orang, namun mereka tetap tewas kerana parti tersebut mengamalkan perkauman.

“Mereka yang bertanding bukan calang-calang orang seperti Senator Ariffin SM Omar, yang merupakan seorang tokoh akademik dan merupakan seorang profesor.

“Saya tahu beliau tidak terpilih kerana beliau bangsa Melayu, dan orang DAP tidak pandang pun kelulusan dia,” katanya kepada Bernama hari ini.

“Kalau sekiranya ahli biasa DAP yang mengundi, saya tidak risau, tetapi yang mengundi ini ialah perwakilan yang merupakan pemimpin akar umbi.”


Jarumemas: Melayu perlu sedar siapa mereka kepada DAP. Jangan jadi melukut di tepi gantang...

PKR sandarkan kepada pemimpin muda untuk memenangi PRU 13

PETALING JAYA, 17 Dis — Pemimpin muda akan disenaraikan sekurang-kurangnya 35 peratus daripada senarai calon PKR bagi pilihan raya umum (PRU) akan datang sebagai langkah agresif parti tersebut untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) dalam perlawanan penting merebut undi golongan muda, kata setiausaha agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Dengan PRU 13 perlu diadakan selewat-lewatnya Jun depan, tumpuan kepada demografi ini semakin meningkat, yang dikatakan berjumlah 60 peratus daripada 13 juta pengundi.

Dalam temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider, Saifuddin memberitahu parti tersebut mengiktiraf kepetingan undi golongan muda dan bakal meletakkan calon dari sektor tersebut paling ramai berbanding rakan Pakatan Rakyat (PR) PAS dan DAP dalam pilihan raya akan datang.

“Atas sebab yang paling mudah, satu sebabnya kerana 20 peratus daripada 12.9 juta pemilih yang akan mengundi pada pilihan raya kali ini adalah merupakan pengundi baru, first timer (pengundi kali pertama) yang pertama kali akan tengok kertas undi.

“Tapi kalau kita ambik cut-off 35 tahun ke bawah, peratusan tu jauh lebih besar, jadi yang boleh memahami citarasa anak muda, kehendak golongan muda, sudah tentulah parti Keadilan kena respon kepada perubahan ini,” kata Saifuddin.

Berita lanjut...

Jarumemas: Barisan Nasional juga perlu meletakkan ramai calon muda bagi menentang calon-calon muda dari pembangkang. kalau 60 peratus adalah pengundi muda makan 60 peratus jugalah perlunya  calon-calon muda untuk memenangi hati orang muda.

Pak Lah: Melayu boleh berjaya tanpa perniagaan haram

SUBANG JAYA, 16 Dis ― Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menepis dakwaan presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang mengatakan larangan dalam Islam menghalang kejayaan Melayu, sebaliknya beliau menegaskan agama bukanlah penghalang kepada kejayaan individu.

Veteran Umno yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah itu menjelaskan pembaharuan dilaksanakannya terhadap Islam ketika pemerintahannya, dilihat sedih dengan tindakan Datuk Ibrahim Ali menggunakan agama bagi mengukuhkan tindakan affirmatif.

Ibrahim sebelum ini pernah berada di dalam Ahli Majlis Tertinggi Umno bersama Pak Lah, namun dipecat pada November 2003 dan keahliannya dilucutkan.

“Apa lah, itu yang dia nak ambil jadi satu hujah pula.

“Kita jangan katakan kalau itu maka kita tak boleh berniaga ... Tak bermakna kita tak boleh jadi usahawan.

Berita lanjut....

Jarumemas: Persoalannya  ingatlah Allah kerana setiap perbuatan kita akan dilihatNya.

Anwar sandarkan sokongan kepada DAP di P. Pinang menjelang PRU

NIBONG TEBAL, 16 Dis — Datuk Seri Anwar Ibrahim menyandarkan sokongannya kepada DAP untuk terus memimpin Pulau Pinang menjelang pilihan raya umum (PRU) walaupun tidak disenangi oleh penduduk Melayu tempatan, sambil berkata beliau lebih rela menjadi “alat Cina” DAP daripada bekerja dengan MCA.

Perkara tersebut dinyatakan Anwar dalam sebuah ceramah besar semalam di negeri kepulauan tersebut selepas Barisan Nasional (BN) mendapat kembali keyakinan memenangi semula 17 kerusi dewan undangan negeri (Dun) dan peluang sama rata di lima negeri lain milik Pakatan Rakyat (PR).

Umno dan BN ketika ini memiliki 11 kerusi manakala selebihnya daripada 40 kerusi Dun adalah milik PR.
“Mereka boleh kata Anwar telah jadi alat Cina. Jadi apa masalahnya?

“Lebih bagus saya baik dengan Lim, yang jauh lebih baik daripada Chua tetapi jika kamu mahu memilih Chua, silalah teruskan. Saya lebih rela memilih pemimpin Cina dalam PKR dan DAP,” kata Anwar kepada ribuan yang merujuk kepada rakannya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dan musuh mereka presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.


Jarumemas: Mengapa suka memperalat dan diperalatkan? Janganlah kerana kepentingan diri maka sanggup negara dan maruah orang Melayu digadai....

BN, PR sepakat lupakan tragedi 13 Mei

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Pemimpin politik daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) hari ini sepakat untuk melupakan peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Mereka malah menegur Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk tidak lagi mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana itu hanya akan menyebabkan hubungan antara kaum di negara ini terganggu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini, pemimpin kedua-dua parti politik tersebut menasihati Ibrahim agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kerana ia bakal mengguris perasaan sesetengah kaum.

“Kadangkala, sahabat saya Ibrahim Ali, beliau ketinggalan ... Seperti tertinggal daripada dunia moden,” kata Naib Presiden MCA, Datuk Chor Chee Heung, kepada The Malaysian Insider.

Berita lanjut....

Jarumemas: Semasa tregedi 13 Mei 1969, teman cukup takut. Bimbang akan keselamatan arwah ayah yang terpaksa pergi bekerja dengan mengayuh basikal. Masih teringat arwah ayah letak parang panjang bawah katil. Nak keluar ke laman rumah pun tak berani pada masa itu.

DAP lantik dua pemimpin Melayu anggotai CEC

GEORGE TOWN, 16 Dis — Dua pemimpin Melayu dilantik secara terussebagai anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) hari ini walaupun tiada seorang daripada enam calon berjaya menang.

Senator Dr Ariffin SM Omar dan pendatang baru Zairil Khir Johari  antara 10 orang yang dilantik secara terus ke dalam jawatankuasa tertinggi itu.

Semasa mengumumkan barisan CEC yang baru tersebut, yang kebanyakkan hampir sama seperti terdahulu, setiausaha agung Lim Guan Eng berkata kesemua 20 ahli sepakat dalam perlantikkan kepimpinan jawatankuasa pagi tadi.

Lima ahli lain yang dilantik terus ke dalam CEC adalah Dr Tan Seng Giaw, Dr P Ramasamy, Jimmy Wong Sze Phin, Dr John Brian Anthony, Dr Edwin Bosi, Leong Nga Nga, V.Sivakumar dan Thomas Su Keong Siong.


Jarumemas: Melayu masih tak nampak lagi ke apa yang DAP buat? Masih nak sekongkol lagi?