Thursday 31 January 2013

Isu kalimah Allah tak seharus timbul, kata bekas CJ

Isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam seharusnya tidak timbul kerana ia telah termaktub di bawah undang-undang di 10 negeri yang menetapkan penggunaannya hanya untuk orang Islam sahaja, kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Menurutnya, semua pihak harus menghormati peruntukan undang-undang tersebut dan tidak mempersoal mahupun membangkitkan perkara itu sama sekali.
  
Tegasnya Perlembagaan Persekutuan juga dengan jelas menyatakan bahawa Islam merupakan agama rasmi negara, justeru semua pihak termasuk bukan Islam perlu memahaminya serta tidak menuntut perkara yang tidak sepatutnya.
  
"Perlembagaan dengan jelas menyatakan Islam adalah agama persekutuan dan agama lain boleh diamalkan secara aman damai, namun apa yang berlaku sekarang ada pihak yang mahu menggunakan kalimah Allah untuk bukan Islam.
  
"Ini bermakna bukan Islam tidak mengamalkan agama mereka secara aman damai dan ini boleh mencetuskan perbalahan...kita juga tidak tahu apa motif mereka (pihak yang menuntut penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Taklimat draf asas Memorandum kepada Majlis Raja-Raja berhubung Isu Memepertahankan Kesucian Nama Allah di ibunegara hari ni.
 

Jarumemas: Tunggu apa pulak komen Anwar....

SPR sudah tempah dakwat kekal

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat tempahan dakwat kekal yang akan digunakan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
  
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai tarikh tempahan serta tarikh penghantaran akan dilakukan.
  
"Untuk persediaan bagi proses tempahan sehinggalah penghantaran memerlukan kira-kira dua atau tiga bulan dan dakwat itu boleh tahan untuk digunakan selama enam bulan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan lamanweb khas untuk PRU ke-13 di Putrajaya sini hari ini.
  
Penggunaan dakwat kekal antara cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dan dakwat akan dicalit di jari telunjuk kiri pengundi.


Jarumemas: Pembangkang tetap akan cari kelemahan SPR, percayalah....

Kajian: BN diramal menang PRU-13 dan Najib layak jadi PM

KUALA LUMPUR, 30 Jan — Satu kajian mendapati Barisan Nasional (BN) diramal untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang bakal diadakan pada tahun ini.

Bertajuk Kajian Maklumbalas Pengundi Mahasiswa, kajian itu membabitkan 3,000 responden dari Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Responden melibatkan mahasiswa berumur 21 tahun ke atas dari kaum Melayu, Cina dan India yang mana ada di antara mereka yang bakal mengundi untuk kali pertama.

Kajian dilakukan pada 9 hingga 12 Dis tahun lepas itu juga mendapati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan seorang pemimpin yang popular, mempunyai prestasi yang baik dan layak menjadi Perdana Menteri.

Pengerusi Yayasan Hal Ehwal Siswa Datuk Mohd Radzi Abdul Latif berkata 57 peratus responden, yang mewakili UKM (75 peratus), UPM (67.4 peratus) dan UM (41.4 peratus), mengatakan kepimpinan Perdana Menteri baik dan popular.


Jarumemas: Masih mahu kerajaan sedia ada memerintah negara. Kerajaan pembangkang lebih menghuruharakan rakyat dan negara.

Selangor bercadang ambil alih perkhidmatan air dalam masa 14 hari

SHAH ALAM, 30 Jan — Selangor bercadang untuk mengambil alih perkhidmatan air dari syarikat konsesi air di negeri itu dalam tempoh 14 hari.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kenyataan timbalan perdana menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Air di Sabak Bernam menyatakan Putrajaya tidak menghalang kerajaan negeri mengambil alih perkhidmatan air menyebabkan kerajaan negeri membuat keputusan tersebut.

“Kita sudah menulis surat kepada Pusat untuk membayar berapa harganya, sekiranya ada perbezaan harga, kita akan bawa ke timbang tara antarabangsa.

Jika timbang tara memutuskan Selangor perlu membayar lebih, kita akan bayar,” kata Abdul Khalid dalam sidang media di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah hari ini.


Jarumemas: Sedangkan masalah sampah pun masih belum terurus dengan sempurna, inikan pula masalah air...

Najib: ETP telah menunjukkan hasil yang kukuh

KUALA LUMPUR, 30 Jan — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sudah terdapatnya tanda-tanda yang Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah menunjukkan hasil yang kukuh sementara negara pula kekal sebagai destinasi pelaburan yang menarik.

Para pelabur mengerumuni bursa tempatan, dirangsang oleh pencapaian kejayaan besar tawaran awam tahun lepas, kata beliau semasa pelancaran Four Seasons Place Kuala Lumpur di sini malam ini.

"Sejumlah US$7.3 bilion telah berjaya dikumpulkan dalam beberapa siri terbitan tawaran awam permulaan (IPO), termasuk yang ketiga terbesar dunia dan bursa saham kita mengakhiri tahun ini pada paras rekod tinggi baharu, melonjak lebih daripada 10 peratus pada tahun 2011," kata beliau.

Najib berkata program transformasi itu yang melibatkan perniagaan dan pelabur dari mula lagi, telah membantu mengenal pasti bidang-bidang ekonomi untuk diutamakan dan pembaharuan itu perlu untuk meningkatkan daya saing.

Beliau berkata yang pakej dasar ini yang datang bersama program-program transformasi kerajaan dan politik akan membuka Malaysia dari segi politik dan ekonomi. 


Jarumemas: Semoga Malaysia bertambah kaya dan makmur....

Daftar pemilih tak mungkin 100 peratus bersih, kata SPR

PUTRAJAYA, 30 Jan — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata adalah mustahil untuk daftar pemilih bersih sepenuhnya, walaupun menerima tuntutan untuk membersihkan daftar pemilih sebelum pilihan raya. 

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mendakwa tidak ada sebuah negara yang 100 peratus daftar pemilihnya bersih kerana kematian, berpindah atau penarikan kewarganegaraan.

"Kita telah cuba sebaik yang boleh untuk bersihkan daftar pengundi mengikut undang-undang," kata Abdul Aziz kepada pemberita hari ini.

"Jika saya bersihkan daftar pemilih hari ini, esok seseorang (mungkin) mati, ia akan tidak bersih lagi."
Abdul Aziz mengatakan SPR tidak boleh secara undang-undang mengubah daftar pemilih sewenang-wenangnya.


Jarumemas: Undang-undang manusia manakan sama dengan undang-undang Allah.

Selangor akan bubar DUN selepas Tahun Baru Cina

SHAH ALAM, 30 Jan — Kerajaan negeri Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selepas Chap Goh Meh, jika Putrajaya masih enggan memberi sebarang petunjuk untuk membubarkan Parlimen.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri bagaimanapun akan berbincang dengan majlis pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) berkenaan perkara ini.

“Sekiranya Federal tidak memberi sebarang petunjuk untuk membubarkan Parlimen, kerajaan negeri bercadang untuk berbincang dengan majlis pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat untuk kita bubarkan DUN dengan lebih awal, iaitu selepas Chap Goh Meh,” kata Khalid  dalam sidang media di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.


Jarumemas: Hanya Sultan yang berhak membubarkan DUN.