Friday 23 November 2012

Jakim: Doa hancur BN, Umno langgar adab, tatacara doa

Tindakan PAS mengadakan solat hajat serta doa menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dan Umno dalam pilihan raya umum akan datang disifatkan sebagai melanggar adab dan tatacara berdoa. 
  
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha berkata sesuatu doa itu hendaklah dilakukan bersesuaian dengan kehendak syarak iaitu bagi tujuan kebaikan dan bukannya dilakukan dengan niat atau tujuan lain.
  
"Jika kita meneliti sejarah baginda Rasulullah S.A.W. sendiri, beliau tidak pernah berdoa untuk kecelakaan umatnya walaupun Rasulullah pernah dicaci maki oleh orang yang membenci perjuangannya.
  
"Kita perlu ingat bahawa doa itu merupakan satu ibadat dan cara hidup yang diajar oleh Rasulullah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
   
Berita lanjut....

Jarumemas: Sentias mendoakan kesejahteraan arwah mak dan abah yang kini di alam barzakh.

Hadi mungkin disokong syaitan, kata Dr Mahathir

Bagaimana rakyat boleh tahu bahawa pembangkang tidak disokong oleh syaitan, tanya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (bawah) boleh tahu yang BN disokong oleh syaitan. Dan, Mahathir seterusnya membayangkan yang pemimpin parti Islam itu sendiri mungkin disokong oleh syaitan.

NONE











"Beliau (Hadi) dan pembangkang mungkin disokong oleh syaitan sendiri. Beliau sendiri bersama dengan syaitan. Itulah syaitan yang saya tahu.

"Dia sendiri bersama dengan syaitan itu," ulang Mahathir lagi.

Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai komen Hadi, semasa muktamar PAS baru-baru ini di Kota Bharu, bahawa parti yang disokong oleh syaitan tidak mampu menegakkan kebajikan yang "adil terhadap semua".

Berita lanjut....

Jarumemas: Syaitan ada di mana-mana yang bersiap siaga untuk menyesatkan kita, Nauzubillahi minzalik...

Saman 27j tapi nahas j'raya meningkat - Mahfuz

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop hari ini berkata polis mengeluarkan sebanyak 27,414,823 saman kepada individu yang dirakam melanggar had laju sejak 1996.

Data berkenaan kemudiannya menjadi modal perbahasan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang berkata jumlah tersebut menunjukkan kegagalan penggunaan kamera untuk mengelak kemalangan.

Katanya, jumlah kemalangan terus meningkat walaupun polis mengeluarkan jumlah saman tersebut sejak 1996.

Atas alasan tersebut, beliau mempersoalkan mengapa pasukan polis perlu menggunakan kamera berkenaan.

Mahfuz merupakan pemimpin pembangkang yang mengetuai gerakan menentang saman ekor dan juga pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), termasuk penggunaan kamera di kawasan yang banyak berlaku kemalangan.

Fong Poh Kuan (DAP-Batu Gajah) turut membangkitkan sama ada pengguna jalan raya akan dikenakan saman berganda daripada penguatkuasaan AES dan juga daripada kamera polis.

Berita lanjut....

Jarumemas: Dah kena batang hidung sendiri nanti baru tau!!!

Bijih nadir bumi tiba di Kuantan, dikawal ketat polis

Lebih 100 kontena yang mengandungi bijih nadir bumi telah tiba di Pelabuhan Kuantan hampir tengah malam semalam di bawah kawalan ketat luar biasa pihak polis.

Pengerusi Gabungan Stop Lynas, Andansura Rabu, yang berada di pelabuhan, memberitahu Malaysiakini bahawa sebilangan besar anggota polis dan kakitangan Lynas berada di dok malam tadi.

azlanMenurutnya, kira-kira 102 kontainer tiba di Pelabuhan Kuantan pada kira-kira jam 11 malam, yang beliau syaki mengandungi bahan mentah untuk loji nadir bumi Lynas di Gebeng.

Sementara itu, Lynas telah mengeluarkan satu kenyataan ringkas hari ini mengesahkan berita tersebut.

"Lynas Corporation ingin mengumumkan bahawa kira-kira 100 kontena nadir bumi pekat kini telah tiba di Kuantan," umum Lynas dalam lamanweb rasminya hari ini.


Berita lanjut...

Jarumemas: Hantar emas ke Ar-Rahnu????

MB: Perbezaan politik tidak sepatutnya pecahbelah rakyat

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata perbezaan fahaman politik di kalangan wakil rakyat tidak sepatutnya menjadi sebab untuk memecahbelahkan rakyat.
  
Beliau berkata apabila seseorang itu menjadi wakil rakyat tugasnya ialah untuk menjaga rakyat dan bukannya untuk rakyat bergaduh.

"Janganlah timbul masalah. Biarlah politik dengan politik, parti dengan parti tetapi hubungan kemasyarakatan tetap baik. Ini harapan saya. Bagi saya, saya boleh duduk dengan sesiapa," katanya.
  
Beliau berkata demikian di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah ketika merasmikan Mesyuarat Belanjawan Negeri 2012.
  
Azizan berkata beliau merasa sedikit dukacita apabila berlaku sedikit salah faham ketika sesi pagi tadi menyebabkan Anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional keluar dewan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan seorang exco.

Berita lanjut...

Jarumemas: Siapa yang mulakan dulu perbalahan ini, bukan Pas ke dan pakatan pembangkang.

Mat Rempit ganggu nyalaan lilin anti-Lynas

Himpunan nyalaan lilin membantah Lynas Corporation di pelabuhan Kuantan malam tadi menarik kira-kira 400 penyokong dan sekumpulan penunggang motosikal yang datang membuat bising di situ.

NONEPenunggang motosikal tersebut, kebanyakannya belia, menjerit ke arah peserta himpunan tersebut sejurus selepas mereka berhimpun pada kira-kira jam 9.30 malam.

Menurut wakil Himpunan Hijau, Clement Chin, terdapat kira-kira 30 anggota polis yang berada di tengah-tengah, di antara kedua-dua kumpulan tersebut, tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan.


Berita lanjut: 

Jarumemas: Polis cuma kawal tak boleh ambil tindakan, nanti kata polis main kasar..........