Wednesday 12 September 2012

Isu Nasharudin: PAS kena selak kain cari siapa musuh yang kecewa

Seronok tengok cara kalangan pembesar PAS cuba tutup rapat isu Nasharudin Mat Isa yang selamat dari sebarang tindakan Majlis Syura Ahad lalu gara-gara cadangan beliau parti itu timbang keluar dari pakatan pembangkang. Ini bukan kali pertama bekas Timbalan Presiden PAS itu ‘ bernasib baik’.Sebelum ini beliau melalui cabaran lebih hebat semasa dikaitkan dengan cadangan kerajaan perpaduan dengan UMNO. Bukan rahsia lagi kalangan Anwarinas dalam parti itu cukup berbulu habis pada Ahli Parlimen Bachok yang tidak sekaki dengan mereka. Sebab itu usaha habis-habisan dibuat untuk ‘mandikan’ beliau hingga tersungkur dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden dengan Mat Sabu di muktamar parti itu yang lalu. Ramai pemerhati politik menilai Nasharudin bukanlah penghalang kepada cita-cita politik PAS tetapi dilihat orang yang boleh mengagalkan pelbagai nawaitu puak dalam parti itu yang menagungkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebab itu ia ibarat satu jenaka bila Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan diambil oleh kepimpinan parti itu mengecewakan musuh. Hebat beliau guna ayat ia akan menyebabkan "syaitan yang dikenali menangis manakala para malaikat yang tidak dikenali insya-Allah akan gembira." "Kebijaksanaan dalam mengurus perangkap yang dipasang oleh musuh, menyebabkan keputusan yang diambil oleh kepimpinan benar-benar mengecewakan musuh," kata beliau dalam satu kenyataan. Ada juga yang bertanya siapakah musuh yang dimaksudkan itu. Berita lanjut... Jarumemas: Siapa musuh dalam selimut???

IDEAS: Pelan pendidikan baru tertinggal laporan penting, kurang telus

KUALA LUMPUR, Sept 12 — Kurangnya ketelusan dan tidak mengeluarkan empat laporan penting yang mampu mencalarkan kredibiliti Pelan Induk Pendidikan Kebangsaan, kata Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS). Pengarah eksekutif IDEAS Wan Saiful Wan Jan mengatakan, walaupun pelan induk adalah langkah baik yang mempunyai data penting, beliau kecewa kerana kurangnya ketelusan. “Kerajaan tidak keluarkan empat laporan yang kritikal bagi mengukuhkan kredibiliti pelan induk tersebut,” katanya kepada The Malaysian Insider semalam. Empat laporan merujuk kepada laporan Bank Dunia, UNESCO, laporan panel yang dipengerusikan oleh Naib Cancelor Universiti Sains Malaysia Tan Sri Dzulkiflee Abdul Razzaq dan satu lagi lembaga penasihat yang dipengerusikan oleh Tan Sri Wan Zahid Wan Noordin. “Kos keseluruhan berjuta ringgit. Kenapa pembayar cukai tidak dibenarkan untuk melihat laporan yang mereka bayar? “Jika tidak, bagaimana kita boleh tahu pelan induk tersebut turut menyertakan idea yang dicadangkan oleh entiti ini, dan bukannya hanya ditulis oleh penulis pelan induk tersebut?” Wan Saiful turut mengatakan kerajaan seharusnya menunjukkan kepada umum semua memorandum dan cadangan yang diterima dari pelbagai pihak. Berita lanjut... Jarumemas: Berilah peluang kerajaan merubahnya demi masa depan anak-anak kita yang semakin cerdik dan pandai.

Suaram: Buru hingga ke lubang cacing, atau kita terkubur!

Oleh Zaini Hassan SUARAM atau Suara Rakyat Malaysia adalah sebuah pertubuhan anti kerajaan Malaysia. Ia hanya anti kepada kerajaan yang diperintah oleh parti Barisan Nasional (BN) naungan UMNO. Misinya hanya akan tercapai (accomplished) sekiranya kerajaan Malaysia sekarang jatuh ke tangan pakatan pembangkang naungan DAP, yang bonekanya terdiri daripada pak lebai Pas dan PKR. Sudah lama Suaram ini bergerak. Sering membuat kacau, seolah-olah ia adalah badan hak asasi manusia. Tapi umum mengetahui, ia lebih bermotifkan politik haluan DAP. Itu semua orang tahu. Orang media semua sedar perkara itu. Kami juga tahu lama dulu, sejak zaman Reformasi dulu yang mereka ini bergerak atas dana asing. Dana-dana asing ini yang dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu juga bermotifkan politik. Mereka mahu menukar rejim kerajaan Malaysia sekarang. Pertukaran pemerintah itu dikenali sebagai Regime Change. Gelombang perubahan ini telah tercetus semasa krisis ekonomi dan bersekali krisis politik sekitar 1989 dan 1999. Ketika itu ekonomi dunia merudum. Ketika itu juga berlaku krisis politik di Malaysia, yang memperlihatkan Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri. Agenda besar (grand design) krisis politik ini sebenarnya cukup hebat. Semuanya sudah dirancang. Ikut perancangannya, Anwar sepatutnya menjadi PM Malaysia Ke-5, bukan Pak Lah. Pihak asing juga telah meletak harapan yang tinggi untuk melihat anak yang dibela itu menjadi PM. Berita lanjut... Jarumemas: Dijauhi Allah mereka daripada berkuasa di Malaysia ini...

Pendidikan untuk masa depan rakyat Malaysia

Pertamanya, saya ingin menyampaikan rasa kesyukuran yang tidak terhingga terhadap Allah yang telah mengizinkan kita bertemu pada pagi ini. Bagi seorang yang mempunyai pengalaman sedikit sebanyak dalam menerajui Kementerian Pelajaran, saya menyedari bahawa tugas untuk membentangkan satu Pelan Pembangunan Pendidikan yang bersifat futuristik dan jangka panjang adalah amat mencabar kerana ia melibatkan kepentingan 28 juta rakyat Malaysia dalam hal pendidikan negara. Malah, bukan itu sahaja tetapi mahu tidak mahu setiap daripada kita mengakui, kita adalah pakar dalam bidang pendidikan. Justeru, apabila tugas untuk menyediakan pelan ini sudah sampai ke peringkat untuk dibincangkan bersama rakyat, ia merupakan satu pelan yang komprehensif dan demokratik kerana mengambil input daripada pelbagai golongan dan merupakan satu pelan yang telus dan berani kerana mengambil pandangan daripada pakar-pakar dari dalam dan luar negara. Berita lanjut... Jarumemas: Terkenang zaman sekolah sekitar tahun 60-an sehingga 70-an.

Harga rumah terus melambung

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Lebih 98 peratus penduduk di sekitar Lembah Klang menyuarakan kebimbangan mereka mengenai kenaikan harga hartanah melebihi kemampuan melalui kaji selidik yang dilakukan oleh iProperty.com. Menurut laman portal hartanah berkenaan, walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan peraturan baru pembiayaan berkhemah awal tahun ini, namun hanya 54 peratus responden percaya ia mencapai matlamatnya. Ini berikutan, laporan kaji selidik berkenaan menunjukkan lebih 43 peratus responden memiliki dua buah rumah atau lebih, manakala 25 peratus responden masih gagal memiliki walaupun sebuah rumah. Berdasarkan laporan berkenaan, jelas menunjukkan harga hartanah akan terus melambung jika golongan spekulator hartanah terus mampu memiliki lebih daripada sebuah rumah dan ia akan menutup kemampuan pembeli rumah pertama yang rata-rata memiliki pendapatan yang rendah. Sumber: Utusan Malaysia Jarumemas: Gaji makin besar, jadi segala-galanya jadi mahal.