Thursday 20 December 2012

Mukhriz: Israel lancar 'penghapusan secara senyap' rakyat Gaza

Rakyat Palestine bukan sahaja diserang bedilan bom dan bidikan senjata api, malah turut diancam dengan gerakan penghapusan bangsa secara senyap oleh Israel, kata Penasihat Yayasan Keamana Sedunia Perdana Malaysia (PGPF) Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata antara kekejaman yang dilakukan Israel adalah membuang sisa buangan termasuk daripada sistem pembetungan ke dalam laut yang akhirnya mencemari pantai Gaza.   

"Pantai Gaza tercemar dengan pelbagai bahan toksik. Ikan (yang ditangkap di situ) yang merupakan sumber makanan utama penduduk Gaza disyaki diracuni toksik," katanya.

Mukhriz memberitahu pemberita demikian selepas menerima sumbangan daripada Bank Perusahanan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) di pejabatnya hari ini.

Berita lanjut....

Jarumemas: Di Malaysia pula bagaimana?

Mahkamah Tinggi batal saman peneroka terhadap Najib

Mahkamah Tinggi Temerloh hari ini membatalkan saman fitnah yang difailkan lapan peneroka Felda terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung ucapannya semasa mengumumkan 'durian runtuh' untuk peneroka di Felda Jengka 8, Bandar Jengka, Pahang, 8 Mei lepas.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu dalam kamarnya selepas membenarkan permohonan Najib untuk membatalkan saman itu.

Peguam yang mewakili Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun memberitahu pemberita bahawa selepas membaca keseluruhan ucapan perdana menteri, hakim itu berpendapat ucapan itu tidak berbentuk fitnah.

Katanya mahkamah juga memutuskan ucapan itu adalah satu bentuk kiasan yang tidak merujuk kepada mana-mana pihak.

"Oleh itu mahkamah membatalkan saman plaintif (peneroka felda) dan membenarkan permohonan defendan (Najib). Mahkamah memerintahkan plaintif membayar RM3,000 setiap seorang kepada defendan," katanya. 


Jarumemas: Satu lagi permainan politik pembangkang ke?

'Ahli radiologi suarakan keraguan pelan kitar semula Lynas'

Walaupun Lynas berulangkali menyatakan bahawa sisa daripada penapisan nadir bumi di Gebeng, Pahang, boleh dikitar semula menjadi produk komersial yang selamat, tetapi seorang ahli radiologi Australia mengingatkan bahawa teknologi seumpama itu masih belum terbukti berjaya.

NONEPeter Karamoskas (kiri), seorang ahli radiologi nuklear selama 13 tahun dan mewakili orang awam Australia dalam Jawatankuasa Keselamatan Radiasi Australia, menyuarakan keraguannya mengenai pelan kitar semula Lynas itu kepada New Matilda, sebuah lamanweb berita Australia.

Laporan New Matilda memetik Karamoskas sebagai berkata satu juta meter padu meter sisa Penulenan Larut Air (Water Leach Purification - WLP)  - sisa paling kritikal yang dihasilkan oleh kilang penapisan -  menjana dalam tempoh 10 tahun beroperasi, perlu dicampur dengan lima kali jumlah agregat untuk mengurangkan bacaan radioaktifnya dari 6Bq untuk 1Bq, untuk sisa selamat.

Walaupun beliau berkata proses yang sama telah digunakan di Belanda, tetapi bahan buangan yang dihasilkan adalah jauh lebih kurang radioaktif, hampir pada 1Bq.

Berita lanjut....

Jarumemas: Kenapalah mesti ada pihak yang masih suka memanaskan isu ini dan membuat rakyat rasa tidak puas hati.

'Utusan perlu berubah, fikir masa depan'

Utusan Malaysia perlu berubah jika mahu terus kekal relevan dengan suasana politik dan pasaran semasa, kata mantan ketua pengarang Bernama, Datuk Seri Azman Ujang.

Menurutnya, Utusan pernah dikenali sebagai akhbar yang "meniup semangat kemerdekaan tetapi zaman kini telah berubah".

Menurutnya, pendirian editorial Utusan yang membawakan agenda pro-Melayu tidak cocok dengan demografi Sabah dan Sarawak.
 
Liputan akhbar itu terhadap kenyataan-kenyataan NGO pendesak Melayu, PERKASA yang menyinggung sensitiviti rakyat di Sabah Sarawak dan menjejaskan sokongan rakyat negeri itu terhadap Umno dan Barisan Nasional, katanya.


Jarumemas: Mungkin betul pandangan Datuk Zaini itu.


PPKM anggap naib pengerusi kebangsaan DAP tidak mengenang budi

KUALA LUMPUR, 19 Dis —Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) menyifatkan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Senator Dr Ariffin Omar sebagai tidak mengenang budi apabila mendakwa rasuah berpunca daripada monopoli kaum Melayu dalam perkhidmatan awam.

Presiden PPKM Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh berkata dakwaan tersebut nyata membakar api kemarahan kira-kira 640,000 anggota PPKM yang merupakan bekas pegawai perkhidmatan awam.

“Jika benar seperti dakwaannya, ia adalah satu kenyataan tidak bertanggungjawab. Di manakah dia (Ariffin) ketika beribu-ribu pegawai perkhidmatan awam seperti polis dan tentera berkorban nyawa untuk menyelamatkan tanah air dari cengkaman komunis selama 14 tahun?.

“Dia seharusnya berterima kasih dengan mereka termasuk kami bekas-bekas pegawai perkhidmatan awam yang bersusah payah membangunkan negara ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Berita lanjut...

Jarumemas: Inilah dia manusia yang tidak tahu mengenang budi dan berterima kasih dengan pengorbanan orang Melayu. Janganlah jadi seperti lembu dicucuk hidung. Adakah bangsa lain begitu bersih dan tidak terlibat dalam rasuah. Jangan lupa kalau tidak ada yang memberi masakan ada yang merasa....

Dr M: Malaysia negara bertuah

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mempunyai pengalaman melalui kehidupan sejak awal abad ke-20 apabila negara ini dikenali sebagai Malaya, menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang bertuah dalam banyak aspek.

Beliau, yang turut menerajui negara ini selama 22 tahun iaitu pada akhir abad ke-20 hingga awal abad ke-21, mengakui telah melihat banyak transformasi yang menakjubkan dan pencapaian yang cemerlang di negara ini.

Daripada pemerintahan British hingga negara mencapai kemerdekaan dan dari sebuah ekonomi pertanian kepada kepelbagaian teknologi tinggi, Malaysia melalui satu perubahan yang begitu lancar dari segi sosial, politik dan ekonomi.

Malaysia adalah sebuah negara yang aman damai sejak sekian lama. Hanya mengalami tempoh gangguan dalam ketenteraman semasa pendudukan tentera Jepun semasa Perang Dunia 11 dan kejadian 13 Mei, 1969.

Ini antara ucapan mengenai keamanan di Malaysia oleh Dr Mahathir di hadapan ahli Parlimen pada satu jamuan malam di sini baru-baru ini.

Berita lanjut...

Jarumemas: Malangnya ada yang masih tidak bersyukur dengan apa yang ada.

Polis nafi kematian 3 lelaki terbabit rusuhan di Kedah

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Polis menafikan khabar angin mengenai kematian tiga lelaki kononnya terlibat dalam rusuhan di daerah Kuala Muda, Kedah dua hari lepas.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), ACP Ramli Mohamed Yoosuf dalam satu kenyataan berkata penyebaran kematian itu dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab melalui media sosial.

“Keadaan semasa di Sungai Petani, Kedah masih tenang dan terkawal, sehubungan itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan khabar angin dan terlebih dahulu mendapatkan kesahihan sesuatu kejadian,” katanya.

Beliau berkata penyebaran maklumat dan berita palsu di media sosial yang tidak merujuk kepada kesahihan sesuatu kejadian bukan sahaja perbuatan yang tidak bertanggungjawab malah ia juga adalah satu perlakuan jenayah yang boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang sedia ada.

Ramli berkata Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim akan mengeluarkan kenyataan dari semasa ke semasa, dan maklumat terkini juga boleh diperolehi daripada Facebook dan Twitter rasmi Polis Diraja Malaysia. – Bernama

Jarumemas: Jangan sampai tragedi 13 Mei 1969 tercetus lagi. Kami yang pernah mengalaminya tidak senang suduk dibuatnya memikirkan tentang keselamatan anak pinak, emak ayah dan jiran tertangga semasa peristiwa itu berlaku. 

Zainal: DAP Melayu patut keluar parti

GEORGE TOWN, 20 Dis – Anggota dan penyokong DAP Melayu harus keluar dan meninggalkan parti itu demi mempertahankan maruah agama dan bangsa mereka, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Zainal Abidin Osman hari ini.

Katanya, mereka perlu berbuat demikian kerana DAP secara terang-terangan tidak mahu kaum Melayu berada dalam kepimpinan parti itu.

“Perwakilan DAP telahpun memberi isyarat bahawa mereka tidak mahu pemimpin Melayu menyertai barisan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) apabila menyingkir semua calon-calon Melayu dalam pemilihan parti itu.”

Beliau berkata pelantikan dua wakil Melayu oleh CEC iaitu Senator Ariffin S.M Omar dan Setiausaha Politik Lim Guan Eng Zairil Khir Johari adalah sekadar “mengambil hati” setelah perwakilan menyingkirkan semua calon Melayu.

Berita lanjut....

Jarumemas: Melayu dalam DAP memang telah dibutakan mata dan hati mereka.

Ambiga: Pemerhati Bersih tidak memihak kepada parti politik

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menafikan dakwaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam kerana melabelkan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) tersebut sebagai “partisan”, sebaliknya menegaskan pemerhati pilihan raya mereka mengguna pakai standard pemerhati pilihan raya global yang turut menetapkan “tidak memihak kepada parti politik” sebagai salah satu pra syaratnya.

Pengerusi bersama pergerakan berkenaan, Datuk Ambiga Sreenavasan menambah penggunaan pemerhati ketika pilihan raya adalah amalan yang sudah lama diterima pakai dan digunakan banyak negara termasuk Indonesia.

“Kami faham maksud mereka, yang mahu kami lebih tersusun dan tidak menganggu proses pilihan raya. Memang itu bukan niat kami,” kata Ambiga kepada The Malaysian Insider.

Berita lanjut...

Jarumemas: Adakah kita paasti bahawa NGO tersebut tidak memihak kepada pembangkang? Jangan suka bersaksi ke lutut!!

36 ditahan terlibat dalam kes gaduh di Sunga Petani

ALOR STAR, 20 Dis – Polis Kedah menahan 36 orang yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di Sungai Petani bagi membantu siasatan, kata Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim.

Katanya semua tahanan yang berumur antara 18 hingga 30-an itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di Sungai Petani.

Beliau berkata tangkapan terakhir dibuat pada 4.30 pagi tadi di sekitar Sungai Petani dan akan menahan beberapa lagi suspek berdasarkan maklumat yang diperoleh menerusi soal siasat ke atas tahanan.

“Kita tangkap semua yang terlibat. Polis tak akan berkompromi dengan sesiapa yang melakukan provokasi sehingga mencetuskan keadaan hura-hara,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Berita lanjut....

Jarumemas: Masalahnya kalau dah tak boleh nak hidup aman sesama sendiri, eloklah tinggal saja dalam hutan berkawan dengan segala unggas dan haiwan yang ada di dalam hutan.

Kumpulan pejuang alam sekitar anjur demo, mogok lapar bantah Lynas

KUALA LUMPUR, 20 Dis—Kumpulan pejuang alam sekitar Himpunan Hijau akan menganjurkan demonstrasi menentang pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi, Lynas Corp Sdn Bhd, kali ini dengan memandu dari Kuala Lumpur ke lokasi kilang milik syarikat Australia itu di Gebeng, Kuantan.

Protes yang dijangka disertai 10,000 kereta dan motorsikal itu akan diadakan pada 31 Disember ini adalah sebagai sebahagian daripada inisiatif kumpulan tersebut dalam kempen 100 hari mereka untuk menghalang Lynas daripada beroperasi.

“Rakyat akan melakukan apa sahaja yang kami mampu dalam tempoh 100 hari untuk menjatuhkan Lynas dan menghalang rejim yang korup daripada kembali ke Putrajaya,” kata Pengerusi Himpunan Hijau Wong Teck dalam sidang medianya di sini.

Berita lanjut....

Jarumemas: Kalau nak berdemonstrasi biarlah secara aman jangan sampai ada yang tercedera dan mencederakan.