Thursday 12 July 2012

Police BAN on 'Save Felda Orange Assembly'

KUALA LUMPUR, -- Police have banned the proposed 'Save Felda Orange Assembly" from gathering at the Federal Territory (FT) Mosque in Jalan Duta on Saturday because the location is listed as a restricted area under the Peaceful assembly Act 2012. Sentul police chief ACP Zakaria Pagan said access via Jalan Duta en route to Istana Negara was also prohibited, for security reasons. "The traffic on Jalan Duta could pose high risks to the participants as well as the motorists plying the road. "The organisers have also been informed that Istana Negara has been gazetted as a restricted area under the Protected Areas and Protected Places Act 1959," he said in a statement here today. Zakaria said the matter had been relayed to the organisers during two meetings with them on July 6 and 9. The organiser, Gerakan Selamatkan Felda, intended to have the assembly at 2 pm this Saturday and called on participants to gather at the FT Mosque and march onward to Istana Negara along Jalan Duta. The assembly purportedly aimed to hand over a memorandum of protest to Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah over Felda Global Ventures Holdings' listing on Bursa Malaysia. Source: Malaysia Chronicle Jarumemas: Actually what is the organizer's motive of having this assembly.

Lelaki dan wanita yang mengamuk di JPM dihantar pasangan masing-masing

KEMASKINI Alamak... ini sudah lain macam, rupa-rupanya kedua-dua individu yang mengamuk di Komplek B JPM Isnin lalu dihantar ke lokasi itu oleh isteri dan suami masing-masing. Identiti mereka yang menghantar dua suspek itu dikenal pasti oleh polis berdasarkan siasatan yang dilakukan susulan kejadian itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika mengesahkan perkara itu, namun enggan mengulas lanjut. "Polis mengesahkan kedua-dua mereka dihantar oleh suami dan isteri masing-masing. Siasatan masih berjalan dan polis akan mengambil tindakan lanjut yang sewajarnya selepas ini," katanya dipetik dari Utusan. Dalam kejadian pukul 2.30 petang kelmarin, seorang lelaki yang mengaku sebagai Imam Mahadi, Khalil Afandi Abdul Hamid, 47, bersama seorang wanita, Muhdalina Ahmad, 28, menceroboh dan mengamuk di pekarangan Kompleks B JPM menggunakan dua bilah pedang samurai. Khalil Afandi terbunuh manakala Muhdalina cedera selepas terkena tiga das tembakan yang dilepaskan oleh polis. Siasatan awal polis percaya kedua-dua suspek itu mengalami masalah mental setelah mengikuti satu kumpulan ajaran sesat. Berita selanjutnya... Jarumemas: Kerana taksub dan fanatik inilah jadinya.

Akta Keharmonian Nasional Ganti Akta Hasutan 1948 – PM

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Rabu mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan digantikan dengan akta baru yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional. Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamim kebebasan bersuara setiap warga negara dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini. “Dengan adanya akta baru ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara. Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama,” katanya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, Rabu malam. Turut hadir Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail. Najib berkata, tanpa keseimbangan yang ideal, ia mungkin merencatkan hak bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, menumpulkan daya kreativiti serta sifat inovatif atau membebaskan semangat cauvinisme dan ekstremisme. Katanya, keseimbangan itu perlu dicapai dalam persekitaran masyarakat yang lebih terbuka dengan akses kepada maklumat yang boleh menyebabkan limpahan maklumat, taraf pendidikan dan sosio ekonomi yang semakin tinggi serta tahap harapan yang semakin meningkat. Sumber: Blog UMNO online Jarumemas: Pada tahun ini kerajaa telah menggubal beberapa akta bagi memenuhi kehendak rakyat. Patuhilah akta-akta yang telah diluluskan dan jangan dipertikai lagi akta yang telah pun diluluskan di Parlimen.

Isu "Rompak Emas Kelantan" - Penyakit Tak Tahu Ustaz Azizan Dah Melekat Kat Nik Aziz

Memang senang betul kerja Menteri Besar di negeri-negeri Pakatan Haram. Siang malam keluar ceramah. Kantung tabung derma harus dipenuhkan. Negeri terbiar dan pembangunan terbantut. Masalah Rakyat tidak diperdulikan. Sekiranya ada berlaku penyelewengan dan skandal, Menteri Besar atau Ketua Menteri tiba-tiba mendapat penyakit insomnia atau penyakit pelupa. Begitu juga dengan skandal curi emas di Kelantan yang berlaku berleluasa. Adalah tidak masuk akal seorang Menteri Besar tidak mengetahui apa yang sedang berlaku di bawah kawalannya, sedangkan berpuluh-puluh tapak perlombongan haram telah beroperasi sekian lama di beberapa daerah di negeri itu. Tidak seperti Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri-negeri yang diperintah oleh BN, setiap soalan yang ditanya oleh wartawan akan dijawab dengan fakta. Tiada istilah "Saya tak tahu". Nampak gayanya, penyakit "Saya tak tau" yang dialami oleh Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan sudah berjangkit dengan Menteri Besar Kelantan ini. Ustaz Azizan ketika ditanya kenapakah Kelab-Kelab Bogel dengan penari tiang berleluasa di Kedah mengalahkan Danok, beliau hanya menjawab, "Saya tak tau". Nik Aziz ketika ditanya tentang kecurian emas di Kelantan, beliau menjawab, "Ambo tak tahu. No komen. Tanya Husam". Lim Guan Eng kita tak payahlah tanya pasal skandal Rainbow, pasti dipusingnya 180 darjah. Cuma CTS puji dengan Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim. Beliau tidak akan menjawab tak tahu, sebaliknya "ki kita aaakan siasat", kiii kita aa aakan kaji" dan sebagainya. Sumber: Blog Cucu Tok Selampit Jarumemas: Makin ramai yang jadi Si Luncai

BUKTI KESESATAN NYATA PAS - CERAI KERANA TAKSUB

Cerita tentang ketaksuban penyokong PAS terhadap parti mereka tidak pernah sunyi. Sembahyang dua imam, pulau majlis kenduri, tidak makan sembelihan orang UMNO dan bermacam-macam lagi kisah yang di luar jangkaan akal kita sebagai orang Melayu dan Islam berlaku dalam kalangan penyokong parti cap bulan ini. Terbaru, kisah seorang isteri yang berusia 60 tahun diceraikan oleh suaminya yang taksub membuta babi terhadap parti tersebut gara-gara menyertai majlis yang turut dihadiri bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali di Tanah Merah, Kelantan, baru-baru ini. Marah sungguh orang PAS dengan Datuk Dr. Hasan Ali ini. Tapi SB percaya, pengikut dan pentaksub bawahan tidak tahu pun kisah sebenar membabitkan bekas pemimpin yang pernah disanjung tinggi oleh mereka itu sebelum ini. Kes seumpama ini berlaku kerana dakyah sesat lagi songsang para ulamak dan ustaz politik dalam PAS yang penuh dengan hasad dengki dan tamakkan kuasa di dunia sehingga tergamak menyemai kebencian sesama bangsa dan agama. Jika lelaki tua ini tahu cerita sebenar pasti beliau tidak akan menceraikan isterinya, bahkan perjuangan sesat PAS akan ditinggalkannya. Sumber: Blog Gerakan 13 Jarumemas: Namun masih ramai orang Melayu yg taksub dengan Pas.

Benarkah DAP Hanya Akan Bertanding 60 Kerusi?

Pengagihan kerusi pilihanraya bagi parti-parti sekutu dalam Pakatan Rakyat nampaknya masih kabur. Walhal, Ketua Pembangkang, iaitu Anwar Ibrahim sebelum ini telah menyatakan bahawa pembahagian kerusi PRU telah pun dimuktamadkan. Dan nampaknya sekali lagi Anwar menipu. Dari sumber-sumber tertentu, kita telah dimaklumkan bahawa PKR akan bertanding 66 kerusi. Manakala PAS sebelum ini ada mewar-warkan bahawa mereka akan bertanding 80 kerusi. Namun, mengikut perkiraan berdasarkan PRU yang lepas, PAS hanya mampu meletakkan 66 kerusi sahaja dan itupun hanya berjaya memenangi 22 kerusi. Justeru, jika PAS ingin bertanding 80 kerusi menunjukkan betapa PAS itu akan tetap dengan angan-angan Mat Jeninnya. Kita juga dapat membaca sikap berhati-hati Hadi Awang dalam memperkatakan soal kerusi, kerana Hadi hanya menyebut 'mungkin akan bertanding 80 kerusi' iaitu bukannya satu kepastian lagi. Kita amat faham betapa hati Hadi Awang akan bergetar apabila menyebut nama DAP. Kerana itu, Hadi tidak berani meletakkan angka muktamad, tetapi hanya menganggarkan sahaja akan jumlah kerusi yang akan ditandingi PAS dalam PRU nanti. Tidak mungkin Hadi akan mengumumkan jumlah muktamad tanpa restu DAP terlebih dahulu. Bagaimanapun, elok kita ketepikan angan-angan Mat Jenin PAS dan melihat dari segi logik. Logiknya, PAS hanya akan bertanding sekitar 66 kerusi, dan PKR telah pun memuktamadkan bertanding 66 kerusi juga, maka pastinya kerusi lebihan sebanyak 90 lagi adalah milik DAP. Tidak mungkin DAP akan benar-benar bertanding 60 kerusi sahaja seperti kata Lim Kit Siang kepada Malaysian Insider, kerana jika benar, bermakna PR hanya akan bertanding 192 kerusi sahaja keseluruhannya. Mungkin ada yang terpedaya dengan hujah DAP dan PAS bahawa ini hanyalah spekulasi jahat BN untuk memecahbelahkan PR, tetapi apa yang dinyatakan di sini adalah analisis berdasarkan logik dan bukannya angan-angan Mat Jenin. Perlu diingatkan bahawa DAP telah bertanding 47 kerusi dalam PRU yang lepas dan memenangi 28 darinya, yang mana mengatasi jumlah yang dimenangi oleh kedua-dua rakan sekutunya. Maka tidak mungkin DAP akan mengalah meletakkan kerusi yang jauh lebih sedikit dari kedua-dua mereka dalam PRU kali ini. Percayalah, seperti yang ditekankan oleh Lim Guan Eng secara tidak langsung dalam perdebatannya dengan Chua Soi Lek baru-baru ini, iaitu DAP tidak sekali-kali menerima konsep kerjasama dengan PAS dan PKR sepertimana UMNO-MCA-MIC. Sebaliknya DAP akan sentiasa memastikan kedudukannya jauh lebih tinggi dari sekutu-sekutu hapraknya. Justeru, kesukaran DAP dan PAS menyatakan jumlah muktamad kerusi yang akan dipertandingkan dalam PRU nanti adalah bukti bahawa PR menghadapi krisis dalaman iaitu dilema antara sikap kiasu (DAP) dengan tekanan majoriti (pengundi Melayu). Yang pasti, perkataan kiasu (takut kalah) itu sendiri sudah menyatakan segala-galanya iaitu DAP tidak akan sekali-kali beralah. Sumber: Kelabchedet.com Jarumemas: Dah hampir lima tahun duduk sebumbung masakan tak masak lagi dengan perangai DAP.

Dr M starts to knock Najib: KTAR certs good only for getting votes for BN

Malay “kebodohan (stupidity)” had resulted in a major ethnic group bowing down to demands of minority groups, which includes the government recognition of certificates by TARC (Tunku Abdul Rahman College), said former premier Mahathir Mohamad. He said that the recognition is to get votes from the Chinese – indirectly hinting at Najib Abdul Razak, the PM (prime minister) whose popularity is sagging. What is MCA’s or Gerakan’s stand on this statement when UMNO expects these two parties to deliver Chinese votes for BN (Barisan Nasional)? Does Mahathir who represents UMNO care about the thousands of poor students studying at TARC? These are students who could not get into any of the public higher institutions in the country. Mahathir’s statement has not only hurt the Chinese but also has placed Najib in a political quandary. Najib pretty well knows that Mahathir is capable of crippling him politically. Read more... Jarumemas: Read Malay Dilemma makes me realisde what Tun Mahathir felt.