Thursday 8 November 2012

Panas! BN cuma tinggal 110 hari untuk berkuasa


Pastinya, khabar ini menggerunkan Umno dan Barisan Nasional (BN) tetapi inilah hakikat pahit yang mesti ditelan perdana menteri sekarang, Najib Altantuya.

Jika mengikut tarikh pembubaran parlimen ke-11 dahulu, iaitu pada 24 Februari 2008, BN kini hanya ada 110 hari sahaja lagi untuk memerintah Malaysia.

Bekas perdana menteri, Abdullah Badawi yang menghadap Yang di-Pertuan Agong pada tarikh tersebut sudah semestinya terkenangkan saat-saat bersejarah itu yang mengejutkan semua rakyat negara ini padahal sehari sebelumnya dia menafikan desas-desus bahawa parlimen akan dibubarkan.

Ternyata, Pak Lah bijak memperdaya rakyat Malaysia tetapi kurang bijak jika diukur dengan keputusannya.
Semuanya gara-gara kajian yang dilakukan Merdeka Center yang memberi rating 72 peratus kepada kepimpinan dan popularitinya yang membuatkan Pak Lah 'tersilau' dengan keyakinan palsu semata-mata.
Tanpa merujuk statistik sumber risikan polis dan tentera seperti kebiasaannya, Pak Lah dengan penuh yakin merasakan BN boleh terus mengekalkan majoriti dua pertiga yang dinikmatinya sejak merdeka 49 tahun lalu ketika itu.

Rupanya, semua ramalan tersebut palsu belaka.

BN tumbang di empat negeri selain gagal merampas Kelantan dari tangan PAS, manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kini lubuk Pakatan Rakyat.

Buat pertama kali dalam sejarah, Pakatan Rakyat berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN dan menyapu 82 kerusi parlimen, meninggalkan BN cuma 140 dan hanya diselamatkan dari tsunami politik dengan kemenangan di Sabah dan Sarawak.

Sejak itu, lanskap politik Malaysia berubah 180 darjah.

berita lanjut....

Jarumemas: Pasti ke? Hero tak akan mudah menyerah kalah!!

Nyalaan lilin sokong Ahmad di Dataran Merdeka

Kira-kira 100 penyokong Ahmad Abdul Jalil, termasuk ahli keluarganya, berkumpul menyertai nyalaan lilin di Dataran Merdeka malam tadi, menggesa supaya beliau dibebaskan.

Mereka termasuk ibu bapanya, lima daripada sembilan adik-beradiknya, dan beberapa orang sepupunya, menyertai orang ramai memegang lilin dan poster yang menggesa supaya Ahmad dibebaskan.

NONEHimpunan tersebut, yang diketuai oleh penyelaras Lawyers for
Liberty, Fadiah Nadwa Fikri (kanan), bermula sekitar jam 9 malam, dengan dipantau oleh kira-kira 10 anggota polis.

"Beliau telah tidak diberi hak untuk mempertahankan dirinya. Beliau tidak pernah diberi hak untuk berjumpa peguamnya. Beliau telah tidak diberi haknya untuk berjumpa keluarganya.

"Kita tidak tahu apa yang berlaku kepada beliau. Kami amat bimbang akan keselamatannya, dan kami berada di sini untuk menuntut pembebasan Ahmad," katanya sebelum menyerahkan hailer untuk ahli keluarga Ahmad.

Ahmad telah ditahan di Kuala Lumpur pada hari Jumaat minggu lepas di bawah Akta Hasutan 1948 kerana didakwa menghina Sultan Johor dan dibawa ke Johor Bahru.

Beliau kemudiannya dibebaskan tanpa sebarang tuduhan, tetapi ditahan semula di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998. Tahanan reman terhadapnya sepatutnya tamat hari ini.

Sumber: Malaysiakini

Jarumemas: Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Biarlah pihak polis  menjalankan tugas mereka sebelum kita membuat sebarang andaian.

Kong: Saya tiada kaitan dengan pemegang saham kontraktor AES

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata beliau tidak mempunyai obligasi, tanggungjawab atau kepentingan, untuk mengetahui identiti dan latar belakang pemegang saham terbesar salah sebuah daripada dua kontraktor bagi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Menurut laporan berbahasa Cina, Oriental Daily News, Kong (kanan) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, berkata beliau tidak mempunyai hubungan dengan pemegang saham tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa tender AES telah dibuka oleh kerajaan pada tahun 2006 dan kabinet bersetuju untuk memberikan kontrak tersebut kepada dua firma berkenaan pada tahun 2008 sebelum beliau dilantik sebagai menteri pengangkutan.

Pada hari Isnin, ahli jawatankuasa pusat PKR, Chang Lih Kang mendakwa bahawa salah satu daripada dua syarikat yang diberikan kontrak AES itu, mempunyai hubungan dengan Umno Johor.

ADUN Teja itu mendakwa bahawa pemegang saham terbesar firma itu adalah anak sulung kepada dua pemimpin Umno terkenal di Johor.

Sumber: Malaysiakini

Jarumemas: Tak kisah siapa pemegang sahamnya tetapi kepentingan rakyat wajar dilihat terlebih dulu sebelum membuat sesuatu keputusan yang melibatkan orang ramai. 

Rakyat bertindak sendiri jika tidak tangguh AES

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak keras agar kerajaan Barisan Nasional menangguh dan mengkaji semula perlaksanaan sistem AES yang dijangka meragut wang rakyat sepanjang 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Tidak dinafikan, kadar kemalangan jalanraya yang tinggi memerlukan tindakkan drastik yang ideal kepada semua, bukan hanya terhadap poket kerajaan dan kroni.
Kerajaan sebagai penerima cukai jalan dan cukai kepala pemandu (lesen memandu) sepatutnya mengeluarkan dana untuk keselamatan rakyat di atas jalan raya namun apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila modal yang dikeluarkan kerajaan hanya untuk mengoyakkan poket rakyat dengan sistem saman AES.

AES juga tidak disebut sebagai sistem keselamatan, tetapi lebih kepada sistem saman-menyaman. Malah telah banyak kali dibangkit betapa lokasi kamera AES tidak membantu mengurangkan kadar kemalangan tetapi lebih berfungsi sebagai perangkap.

Butir perjanjian di antara syarikat pengendali AES dan pihak kerajaan juga tidak didedah walaupun didesak di parlimen. Ini mencurigakan, apakah ada komplot antara kerajaan dan syarikat swasta untuk mencuri wang poket rakyat?

Dalam pemerhatian SAMM yang berpengkalan di setiap negeri seluruh negara, banyak faktor kemalangan seperti jalan berlubang, tidak rata dan berbonggol-bonggol tidak diambil peduli tetapi dalam masa yang sama kerajaan membelanjakan wang rakyat untuk sistem AES semata-mata. Mengapa kerajaan BN tidak memastikan prasarana yang baik terlebih dahulu?

Sedangkan rakyat semakin ditimpa kesempitan hidup akan sampai ketikanya terpaksa memilih untuk menangguhkan hasrat menukar tayar yang sudah botak demi membayar saman terlebih dahulu bagi mengelak denda berganda jika bayar lewat. Rakyat akan pilih bayar saman daripada servis dan baiki kereta maka kadar kemalangan akan lebih banyak jika situasi seperti ini membarah.

SAMM juga ingin mengingatkan kerajaan bahawa pecahan statistik kemalangan maut paling tinggi adalah membabitkan penunggang motosikal maka sepatutnya kerajaan mengusahakan terlebih dahulu lorong alternatif untuk keselamatan penunggang motosikal berbanding memilih sistem AES yang fokus untuk menyaman pemandu kenderaan empat roda, bukan motosikal.

Maka atas sebab ini SAMM mendesak sistem AES ditangguh dan dikaji semula. Jika kerajaan tetap berdegil untuk menyaman rakyat 24jam, SAMM akan melancarkan sebuah kempen untuk rakyat bangkit menutup kamera AES yang dipasang di seluruh negara.

SAMM sendiri mempunyai pengikut hampir di setiap pelusuk negara untuk memulakan gerakan kempen ini. Kempen 'tutup kamera AES' bukan untuk memusnahkan harta rakyat, tetapi rakyat bertindak menutup kamera tersebut dengan menggunakan stiker pelekat atau membalut kamera tersebut dengan plastik sampah (berwarna hitam). Kamera AES tetap selamat dan berfungsi, cuma ia tidak mampu lagi menyaman. Ini bukan kempen vandelisma tetapi kempen selamatkan duit rakyat dan negara.

Akhir sekali, SAMM memuji tindakkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang sebulat suara menangguhkan sistem AES demi rakyatnya. Inilah kerajaan idaman, yang sentiasa memikirkan kebaikkan demi rakyat, bukan seperti regim BN yang sentiasa mencukai dan mendenda rakyat dengan dacing sengetnya.

Sumber: Malaysiakini

Jarumemas: Setuju dilaksanakan tetapi wajar ditangguhkan buat sementara waktu. 

Dr M selar Nurul Izzah, ingatkan Muslim jangan tinggal Islam

KUALA LUMPUR, 7 Nov — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyelar Nurul Izzah Anwar meminta penganut agama Islam agar tidak “terpengaruh dengan pandangan Barat”.

“Kita Muslim. Kita tidak boleh menukar agama,” kata bekas perdana menteri keempat itu dalam sebuah sidang akhbar sebentar tadi.

“Lain-lain, mereka lebih, apa yang anda panggil ... kepercayaan mereka mungkin membenarkan mereka (untuk menukar agama). Kita tidak seharusnya terlalu dipengaruhi oleh pemikiran barat.”

Dr Mahathir berkata, jika kebebasan seperti ini dibenarkan, maka ia boleh membawa kepada hujah-hujah perkauman, termasuk di kalangan mereka yang mempunyai agama sama.

Berita lanjut....

Jarumemas: Akan ada pihak yang menempelak Tun selepas ini.

Akar umbi Umno menyertai Pakatan dalam melawan AES

KUALA LUMPUR, 8 Nov — Tindakan keras kerajaan untuk meneruskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) melahirkan penentangan daripada akar umbi Umno dengan satu blog dan akaun Facebook diwujudkan minggu ini untuk menentang kamera kelajuan tersebut, menandakan kamera kelajuan beralih menjadi lumpur jerlus politik bagi Barisan Nasional (BN).

Pakatan Rakyat (PR) sudah memberikan notis tentang niat mereka untuk mengeksploitasi kontroversi AES dengan pilihan raya yang perlu diadakan beberapa bulan lagi, akar umbi Umno kini beralih menyertai penentangan terhadap apa yang telah dilihat sebagai inisiatif MCA.

Berita lanjut...

Jarumemas: Apa lagi kerja pembangkang kalau bukan untuk membuat provokasi...