Monday 18 June 2012

Skandal Dinar Dakwaan Karut, Husam Mahu Saman

KOTA BHARU- Kenyataan yang mendakwa syarikat pengeluar mata wang dinar dan dirham, Golden Trade Sdn Bhd terlibat dengan kemelut salah laku yang membabitkan seorang pegawai kanan syarikat itu adalah karut. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, dakwaan itu seratus peratus tidak benar kerana pihaknya tidak pernah dipanggil polis memberi kenyataan berhubung salah laku seperti yang dikatakan. “Laporan polis yang dikatakan sehingga ke hari ini tidak ada mana-mana pegawai kita diminta polis untuk memberikan apa-apa kenyataan dan yang saya langsung tidak mengenali kedua-dua nama yang disebutkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Halal Berasaskan Dinar Dirham di Kelantan Trade Center (KTC) hari ini. Beliau berkata demikian bagi mengulas tentang laporan sebuah akhbar hari ini yang mendakwa KTG terlibat dengan skandal salah laku. Sehubungan itu, Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, pihaknya akan mempertimbangkan tindakan menyaman akhbar terbabit serta bloger Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang menyiarkan dakwaan itu blognya semalam. Sumber: Sinar Harian Jarumemas: Ramai yang melabur dalam pelaburan emas.

Overlapping seats: We’ll sort it out, says DAP

KUCHING: Opposition coalition Pakatan Rakyat will not allow ‘egos’ within the group to stand in the way of its strategy in the coming election. Sarawak DAP secretary Chong Chieng Jen said the coalition will maintain its one-on-one fight policy against Barisan Nasional (BN) in the 13th general election. “It is understandable that each party has its own preferred candidates. This is normal. “Each party has its own credible candidate before the party can stake claim on any seats. “But as far as we are concerned, the negotiation is still ongoing,” Chong, who is also Kota Sentosa assemblyman, told newsmen here yesterday. Chong was responding to reports that DAP and PKR are at loggerheads in some seats. Among those ‘disputed’ were the Mas Gading, Stampin, Sri Aman and Miri parliamentary constituencies. Both sides believe that their respective candidates have the best chances of tearing down BN in these areas. Read more... Jarumemas: BN must place candidates who are locals and had won the hearts of the local.

Harrowing 'torture notes' emerge from Kamunting

The emergence of 'torture notes' smuggled out of the Kamunting detention camp, where Internal Security Act detainees are held, has raised questions about interrogation methods used by the authorities. The notes, allegedly smuggled out by camp staff and passed on to Malaysiakini , detail the Guantanamo-style 'torture' experienced by some of the 45 detainees still held at the infamous facility in Taiping, Perak. No dates are given, but the incidents are said to be from the interrogation process while they were held at a remand facility, prior to being transferred to Kamunting. Read more... Jarumemas: Whether the claim is true or not, afraid that this is just a facade to smear the authorities's name and the government as well.

BREAKING NEWS: 3 NAMA DIPLOMAT SINGAPURA DIDEDAHKAN

DI SINGAPURA = MEREKA KURSUSKAN BELIA PAP HADAPI PRU13 MALAYSIA DI MALAYSIA = DIPLOMAT SINGAPURA SERTAI BERSIH 3.0 Akhirnya AIDCNews mendedahkan tiga nama Diplomat asing yang menceroboh hal ehwal negara kita. Mereka adalah seperti yang berikut: 1. Regina LOW Kay Yin (regina_low@mfa.gov.sg), First Secretary (Political) yang turut memakai baju kuning BERSIH 3.0. 2. Philomena AW Li Fen (philomena_aw@mfa.gov.sg), First Secretary (Political). 3. Ariel Eunice TAN Hwi Tiang (ariel_tan@mfa.gov.sg), Deputy High Commissioner and Counsellor. Kita meminta supaya pihak kerajaan memandang serius perkara ini dan memanggil Duta negara tersebut dan menghantar Nota Bantahan. Sebagai tiang penting dalam parti, Pergerakan Pemuda UMNO diharap turut menghantar surat bantahan dan membuat bantahan di hadapan Kedutaan Singapura. Campurtangan secara terang-terang yang dilakukan oleh para Diplomat mereka tidak boleh diterima. Para NGO seperti Perkasa, Pekida dan sebagainya perlu maju ke hadapan! Dahulu kita ada Singa UMNO allahyarham Syed Albar yang amat menakutkan Lee Kuan Yew itu, dan juga allahyarham Datuk Harun Idris yang merimaskan Dap. Kini, walaupun Ketua Pergerakan Pemuda UMNO YB Datuk Khairy Jamaludin menggunakan pendekatan steady, smart dan bijaksana, namun bantahan perlu juga dibuat di Kedutaan Singapura. Jika tiada sesiapa membuat bantahan, Singapura akan kata macam-macam. Singapura akan kata Polis Malaysia lembik, Undang-Undang Malaysia senang dilanggar, Lihatlah Slide Sukarelawan PAP di atas sedang mengkursus sukarelawan PAP untuk membantu DAP dalam PRU13 nanti! Ini gambar-gambar penting http://mymassa.blogspot.com/2012/06/wikileaks-gambar-persediaan-singapura.html Isu keselamatan negara perlu tiada kompromi. Jika Diplomat-Diplomat itu melakukan perkara yang sama di Indonesia atau Thailand agaknya apakah nasib mereka itu? Sumber: Blog My Massa Jarumemas: Berhati-hatilah, biar kita berputih tulang jangan kita berputih mata.

ZURAIDAH WARNING SAMA ANDARTU ! YOU BETTER SHUT UP BEFORE I SLAP U !!!

HAH ALAM : Krisis membabitkan pejabat Menteri Besar Selangor dan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin memuncak dengan Ketua Wanita parti itu menuduh Setiausaha Politik Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai ”celupar” dan tidak megenang jasa parti. Zuraida Kamaruddin berkata Faekah Husin tidak harus memperlekehkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan sebaliknya patut memberi tumpuan kepada tugasnya sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor. "Jangan memperlekehkan pemimpin parti, kerana dengan adanya usaha dari peringkat parti, maka beliau dapat dilantik sebagai Setiausaha Politik MB," kata Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang. “(Juga) janganlah mahu menuduh kepimpinan parti PKR kerana jawatan yang dipegangnya itu adalah sementara. Jadi janganlah sampai mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan kepimpinan parti," kata beliau kepada Antarapos.com. "Dia (Faekah) tidak boleh memperlekehkan kepimpinan parti kerana parti penting untuk membawa kejayaan kepada sesuatu kerajaan, bukan daripada kedudukannya sebagai setiausaha politik," tegas Zuraida. Faekah kelmarin mempersoalkan kewibawaan Azmin menjadi Pengarah Pilihan Raya PKR dan berkata beliau perlu membuktikan keupayaannya mengisi jawatan penting itu. Faekah juga menegaskan penyokong-penyokong Azmin yang mengkritik beliau sebenarnya mensasarkan bosnya, Khalid dan beliau hanya pelaksana keputusan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor itu. Faekah berkata demikian setelah sebuah akaun twitter muncul di bawah nama “kamisayangPKR” yang berkempen mendesak supaya beliau dipecat daripada jawatannya itu. Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani berkata Faekah tidak perlu mempersoalkan kerja-kerja Azmin di dalam parti. "Kenapa pula beliau (Faekah) mengeluarkan kenyataan sebegitu, sepatutnya rakyat yang menentukan kelayakan (Azmin), bukan dia yang menentukan," kata beliau. “Yang saya tahu, Azmin Ali orang yang selayaknya yang diberi tanggungjawab oleh PKR. Sebagai Pengarah (Pilihan Raya), dengan kekuatan dan pengalaman bekerja dengan bekas Timbalan Perdana Menteri dulu … beliau (Azmin) mampu sangat untuk memastikan PKR dapat meraih kejayaan pada PRU13," tambah Abdullah. Sejak dilantik secara kontroversi sebagai Setiausaha Politik Khalid, hasil sokongan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah pada tahun 2010, Faekah dituduh sebagai terlalu berkuasa dan mempunyai pengaruh luar biasa di atas keputusan-keputusan kerajaan negeri. Beliau disifatkan sebagai penghalang kepada program-program yang ingin dilaksanakan oleh parti di Selangor sehingga wakil rakyat PKR bimbang ia menjejaskan peluang parti itu pada PRU 13. Antarapos difahamkan tindakan pimpinan PKR untuk “menasihati” Khalid supaya mengekang tindakan “keterlaluan” Faekah daripada campurtangan urusan parti tidak berjaya. Sebaliknya Khalid melantik Setiausaha Politiknya itu, bersama Setiausaha akhbarnya Arfa'eza Aziz menyertai sebuah jawatankuasa tertinggi mengendalikan dana RM300 juta untuk program Selangorku. Tidak ada ahli Exco yang dipilih untuk menyertai jawatankuasa berkenaan, sekaligus menimbulkan persoalan mengenai kuasa “luar biasa’ yang diberi oleh Khalid kepada dua pegawainya itu. Khalid tidak memegang sebarang jawatan kanan dalam PKR setelah Azmin menggantikannya sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Selangor dua tahun lalu. Hubungan di antara mereka menjadi lebih keruh sejak itu dan pengaruh Faekah ke atas Khalid hanya memburukkan krisis dalaman PKR.AntaraPos Sumber: Blog Medan Tempur Kedah Jarumemas: Bak kata pepatah, cubit paha kanan, paha kiri pun terasa.

What regime change must create

COMMENT Behind the election stalemate gripping Malaysia is a Pakatan Rakyat government-in-waiting powered by an Islamist party that was once the font of paranoia and fear. And for the first time, many Malaysians are willing to embrace such a historic opportunity, which only years ago would have been considered preposterous. Source: Malaysiakini.com Jarumemas: Sceptical with the issue.