Thursday 10 May 2012

Najib: I cannot afford one wrong decision


KUALA LUMPUR, May 10 — Datuk Seri Najib Razak related today the responsibilities he shoulders as prime minister, saying his administration could not even afford a single mistake as it would be used as fodder to dispute his leadership.

Najib, who had taken on the country’s reins at a time when the ruling Barisan Nasional (BN) was said to be at its weakest, said the “stress factor” in being prime minister soars when he has to make major decisions and ensure that they satisfy all, if not most, segments of society.

“When you are PM, if we have to make 10 major decisions, we need to get 10 out of 10 right. If we only get nine right, and one inaccurate, that is the one that people would fault us for.

Read more...
Jarumemas:  Chayok! chayok! chayok! Mr. PM. All the while,  the oppositions party have not fulfilled their promises to the rakyat.


Segerakan pendidikan percuma

Kira-kira 50 ahli Pemuda MIC negeri Selangor semalam berhimpun secara aman di pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) menuntut kerajaan negeri  merealisasikan pendidikan percuma dan menunaikan janji Piliha Raya Umum 2008.

Ketuanya, Shanker Raj Ayanger berkata, kerajaan negeri sepatutnya memulakan pengajian percuma di dua universiti di bawah kendaliannya iaitu Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) sebelum mendesak kerajaan menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN).

Sumber: Sinar Harian

Jarumemas: Ibarat 'menanam tebu di tepi bibir'. Memang senang menabur janji sebab ia antara gigi dengan lidah saja. Kalau rakyat dah mula muak dan jelak dan bosan kerana janji tak ditepati, tunggu sajalah masa pilihan raya  nanti.

Hukum kakitanagn awam cuai

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang menggesa semua  agensi kerajaan yang ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara perlu mengambil tindakan segera menghukum kakitangan yang cuai menjalankan amanah. Tindakan ini perlu bagi menunjukkan kerajaan serius mengatasi masalah tersebut supaya kesalahan yang sama tidak berulang di masa akan datang.

Sumber: Utusan Malaysia

Jarumemas:  Kerja itu adalah ibadah yang telah diamanahkan. Lakukanlah dengan sejujur dan seikhlas mungkin wahai kakitangan awam.

Ekspatriat Singapura dakwa diserang pengawal peribadi kerabat diraja Malaysia

KUALA LUMPUR, 9 Mei — Empat ekspatriat Singapura mendakwa mereka telah diserang pengawal peribadi keluarga kerabat diraja Malaysia ketika bercuti di salah sebuah pulau di Johor.

The Straits Times hari ini melaporkan keempat-empat lelaki tersebut “diserang dengan kejam” tidak berapa lama apabila mereka menjejakkan kaki ke pulau Resort Alang Rawa, di Pulau Rawa, serangan kedua selepas tujuh tahun di pulau tersebut yang dikaitkan dengan kerabat diraja.

Menurut akhbar terbabit, serangan yang berlaku di kepulauan berhampiran Mersing itu menyaksikan lelaki British 28 tahun mengalami kecederaan dan rakan Jermannya, mengalami pendarahan di otak.


Jarumemas:  No Comment!! Biarlah pihak polis jalankan siasatan mereka.