Monday 3 March 2014

MP PKR: Perjanjian air boleh cecah RM14b


Selangor mungkin akhirnya telah berjaya mendapatkan persetujuan syarikat konsesi swasta untuk menerima tawaran RM9.65 bilion bagi pengambilalihan perkhidmatan air di negeri itu. Tetapi harganya masih boleh melambung mencecah sehingga RM14 bilion.

Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya, Wong Chen berkata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah memaklumkan kepada wakil-wakil Pakatan Rakyat dalam satu taklimat semalam.

"Beliau ( Khalid ) berkata syarikat konsesi air tidak mempunyai pilihan tetapi terpaksa menerima tawaran sebanyak RM9.65 bilion itu.

" Tetapi apabila saya bertanya lanjut mengenai isu timbangtara antarabangsa, beliau mengakui bahawa klausa tentang timbangtara antarabangsa itu membolehkan syarikat-syarikat konsesi air meminta bayaran tambahan.

" Dan jika penimbangtara memihak kepada syarikat air, maka perjanjian itu boleh melonjak mencecah RM14 bilion," kata Wong dalam satu catatan di Facebook.


Jarumemas: Itulah sepatutnya projek ini telah dilaksanakan namun, kerana kepentingan pihak tertentu ia ditangguh dan sekarang rakyat yang merana. 

No comments:

Post a Comment