Tuesday 11 December 2012

Mat Zain: Kemarahan Musa hanya satu 'sandiwara'

Bekas ketua jabatan siasatan jenayah Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim berkata, kemarahan yang disuarakan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan ke atas perdana menteri dan menteri dalam negeri baru-baru ini "hanyalah satu lagi sandiwara".

Mat Zain berkata, beliau pada mulanya berpendapat bahawa Musa sudah bertaubat dan mahu membawa pasukan itu kembali ke zaman kegemilangannnya.

Berita lanjut...

Jarumemas: "hanyalah satu lagi sandiwara"?????

Musa dakwa pegawai polis dilucut jawatan kerana Phang

Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan mendakwa bekas anggota panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Robert Phang pernah mengugut seorang pengawai tinggi polis dan menyebabkan pegawai berkenaan dilucutkan jawatan.

Musa berkata, pegawai polis berpangkat Datuk dan memegang ijazah PhD itu enggan memenuhi permintaan untuk mentauliah satu projek jutaan ringgit kepada satu syarikat melibatkan Phang pada 2009.

Pegawai itu kemudiannya ditukarkan ke ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur oleh ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar.

Musa berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Phang dalam satu sidang media anjuran NGO yang dikenali dengan nama Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), yang dinaunginya.

Beliau mendakwa Phang, yang merupakan penasihat bebas Motorola Technology Sdn Bhd, memperolehi projek untuk syarikat tersebut berhubung naiktaraf sistem telekomunikasi polis kepada sistem digital pada 2009.

Berita lanjut...

Jarumemas: Kesal dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan yang melibatkan PDRM. Persoalannya mengapa baru sekarang nak dilondehkan semuanya? Ingat pesan datuk nenek kita, tepuk air di dulang terpercik ke  muka sendiri...nanti diri sendiri yang mendapat malu.....

Ahli politik diminta 'jangan tembak SPRM dari belakang'

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed merayu kepada ahli politik semua parti, agar tidak 'menembak SPRM dari belakang', suatu kecenderungan yang beliau katakan akan hanya menyulitkan lagi usaha memerangi rasuah.

"Saya ingin katakan kepada ahli politik daripada semua parti... janganlah tembak dari belakang. SPRM adalah tentera untuk memerangi rasuah. Jika anda menembak kami dari belakang, kepada siapa lagi masyarakat boleh meminta pertolongan untuk menentang rasuah?" katanya pada majlis jamuan malam sempena sambutan Hari Pencegahan Rasuah Sedunia di Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya di Putrajaya malam tadi.

Abu Kassim berkata SPRM, yang dulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah, bersama rakannya dari Hong Kong dan Singapura adalah antara badan pencegahan rasuah tertua di dunia, yang tugas mereka mendapat pengiktirafan antarabangsa, terutama oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Katanya sebelum 1990, hanya terdapat 20 badan pencegah rasuah di seluruh dunia, tetapi sekarang, jumlahnya bertambah kepada 150 dan ini mencerminkan wujudnya kesedaran yang semakin meningkat tentang pentingnya memerangi penyakit itu.

Abu Kassim berkata penambahan lima panel yang dianggotai 42 personaliti daripada pelbagai profesion dalam SPRM sejak 2009, memastikan siasatan terhadap kes rasuah dilaksanakan secara bebas, tanpa unsur takut dan pilih kasih.

Berita lanjut....

Jarumemas: Tugas SPRM adalah untuk membanteras rasuah. Tapi kalau ada ahli politik yang cuba menggagalkan tugasa badan ini, sewajarnya ahli politik berkenaan disiasat hingga ke akar umbi akan setiap kekayaannya dan harta yang didapatinya semasa menjadi ahli politik. Baru mereka tahu dunia ini bulat!!!

DAP persoal lesen 4G untuk syarikat Syed Mokhtar

Setiausaha publisiti DAP Tony Pua menuntut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menjelaskan peruntukan paling besar untuk mengusahakan jalur lebar 4G yang dianugerahkan kepada syarikat milik jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Syarikat Puncak Semangat Sdn Bhd milik jutawan itu, kata Pua, tiada pengalaman dalam industri telekomunikasi tetapi diberikan bahagian paling besar pada skala 40MHz untuk lesen jalur lebar tersebut.

Tujuh syarikat jalur lebar sedia ada – Maxis Broadband Sdn Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Celcom Axiata Bhd, U Mobile Sdn Bhd, Redtone Marketing Sdn Bhd, YTL Communications and Packet One Networks (M) Sdn Bhd – sebaliknya dianugerahkan jalur lebar pada skala 20MHz, katanya.

"Soalan paling terus-terang untuk ditanya kepada SKMM ialah – mengapa syarikat dengan rekod prestasi kosong dalam industri diberikan keistimewaan untuk memperolehi bahagian paling besar jalur lebar?," soalnya.

Berita lanjut...

Jarumemas: Kenapa  Tony Pua nak mempertikaikan kekayaan dan kelebihan yang dikecapi oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary? Beliau adalah seorang jutawan Melayu yang berhemah tinggi dalam perniagaannya. Kenapa tak nak pertikai kekayaan Robert Kuok? Lim Kok Wing? Boon Siew? Berapa ramai orang Cina yang menjadi jutawan dan hartawan? Sedangkan bangsa Melayu masih terkial2 hendak menjadi jutawan dan hartawan.

PKR: Najib perkecil angka golongan India tanpa kerakyatan

Naib presiden PKR N Surendran menyelar dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa hanya terdapat 9,000 masyarakat India tanpa kewarganegaraan di Malaysia.

“Kenyataan perdana menteri tidak jujur dan cubaan memalukan untuk memperkecil-kecilkan jumlah keturunan India tanpa kerakyatan di Malaysia; jumlah 9,000 adalah tidak berasas dan tidak masuk akal," katanya dalam satu kenyataan.

Najib semalam menafikan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa terdapat 300,000 keturuan India tanpa kerakyatan di negara ini.

Dalam ucapannya di perhimpunan agung MIC semalam, Najib berkata jumlah itu diperbesar-besarkan, namun tidak memberi anggaran sebenar jumlah anggota masyarakat India yang mengalami masalah itu.

Katanya, semakannya menunjukkan seramai 9,000 orang telah mendaftar dan sebanyak 4,500 kes telah diselesaikan dan diberi kad pengenalan, manakala seramai 2,000 lagi sedang diproses.

Surendran berkata, perdana menteri membuat anggaran itu berdasarkan jumlah individu yang tampil ke kaunter Jabatan Pendaftaran Negara semasa kempen MyDaftar.

Namun, jumlah sebenar mungkin "terlepas pandang" memandangkan kempen MyDaftar hanya dijalankan selama beberapa minggu.

“Perdana menteri memperolok-olokkan dan menipu masyarakat India," katanya lagi.

Surendran seterusnya mendakwa, Najib tidak menjalankan usaha untuk menyelesaikan isu masyarakat India tanpa kerakyatan.

Katanya, satu-satunya penyelesaian kepada isu berkenaan adalah menemui individu terjejas di seluruh negara dan mendaftar golongan itu secara sistematik.

Sumber: Malaysiakini

Jarumemas: Rasa tak masuk akal ramainya kaum India yang tidak ada pengenalan diri, sedangkan komuniti ini adalah kaum ketiga terbesar di sini, mungkin jatuh ke tangga ke 4 atau ke 5 kerana orang Indon lebih ramai di Malaysia pada masa ini.

Lynas akan patuhi undang-undang dan peraturan

Lynas sekali lagi menegaskan bahawa mereka akan mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan oleh badan pengawal selia.

Sebagai respon kepada laporan media baru-baru ini yang dikatakan tidak tepat berhubung pemindahan sisa yang dihasilkan oleh Loji Bahan Lanjutan Lynas (LAMP), ia berkata Lynas akan mengubah sisa WLP, mengandungi bahan radioaktif pada tahap paling rendah yang terhasil secara semula jadi, kepada produk selamat secara komersial dipanggil 'Synthetic Aggregate'.

Ia berkata, pada 7 Disember, Lynas menjalankan demonstrasi di LAMP di Kuantan bagi menunjukkan kepada orang ramai dan media bahawa bahan mentah yang diimport itu adalah selamat kepada orang awam.

"Naib Presiden dan Pengarah Urusan kami, Datuk Mashal Ahmad di sepanjang taklimat dan demonstrasi itu langsung tidak menyatakan bahawa sisa itu akan kekal di Malaysia," kata Lynas dalam satu kenyataan di Kuantan semalam.

Ia menyatakan Mashal dengan jelas menyebut bahawa Synthetic Aggregate akan dieksport ke ngara lain sejajar dengan Piawaian dan Peraturan Antarabangsa dan Tempatan di mana ia akan digunakan sebagai bahan kejuruteraan awam.

Lynas turut mengulangi kenyataan bahawa kilang untuk mengubah sisa WLP telah dibina di LAMP dan kini siap sedia untuk beroperasi.

"Lynas kini meneliti semua berita akhbar bagi mengenalpasti laporan yang sengaja memaparkan Lynas sebagai menipu orang ramai dan Kerajaan Malaysia," tambah kenyataan itu.

-Bernama

Jarumemas: Mudah-mudahan tiada lagi yang mempolitikkan isu ini lagi. 

'Tak sepatutnya merajuk kalau tak jadi calon'

Pemimpin dan anggota Umno perlu menghentikan sikap suka merajuk apabila tidak terpilih sebagai calon pada pilihan raya kerana ia hanya akan merugikan parti dan diri sendiri jika Umno dan BN kalah, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata pengalaman Umno dan BN Kedah pada 2008 perlu dijadikan pengajaran apabila kalah pilihan raya umum ke-12 (PRU-12) akibat ada pemimpin dan anggota Umno yang tidak terpilih, tidak membantu calon pucuk pimpinan.

Katanya semua orang akan cuba menonjolkan diri untuk menjadi 'calon boleh menang' tetapi apabila keputusan mengenai calon dibuat, mereka perlu akur.

"Ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuk diri saya sendiri. Mana tahu, itu hak perdana menteri. Kadang-kadang kita rasa kita terbaik. Kadang-kadang kita rasa diketepikan, seolah-olah jasa kita tak dikenang. Ini (menjadi calon) adalah soal giliran. Jadi orang parti, jadi pemimpin tak boleh merajuk.

"Kita cakap kita calon boleh menang, tapi kalau orang ramai, pengundi tak cakap, tak juga. Kalau kita tak cakap kita calon boleh menang, tapi orang yang cakap, itu lebih baik. Biar pengundi cakap, bukan kita," katanya kepada Bernama di Alor Setar.

Berita lanjut...

Jarumemas: Ikut contoh Cikgu Seman.

Penerima pencen Ilat tidak perlu kemuka perakuan tahunan mulai 2013

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hari ini mengumumkan bahawa penerima Pencen Ilat dan Faedah Hilang Upaya Kekal (BERKALA) tidak lagi perlu mengemukakan perakuan tahunan melalui Borang 117 bermula Januari depan.

Ketua Eksekutif Perkeso Datuk K. Selvarajah berkata peraturan baharu itu akan memudahkan 41,384 penerima Pencen Ilat dan 18,167 penerima Faedah Hilang Upaya Kekal yang sebelum ini perlu membuat pengisytiharan setiap tahun bagi membolehkan mereka terus menerima pencen dan faedah.

"Bagaimanapun peraturan itu tidak terpakai bagi penerima Pencen Penakat dan Faedah Orang Tanggungan yang perlu terus mengumumkan pengisytiharan kelayakan sebelum akhir tahun melalui Borang 117," katanya dalam kenyataan di sini.

Selvarajah berkata Borang 117 telah dihantar kepada semua penerima pada Oktober lalu selain boleh diperoleh di pejabat Perkeso berhampiran atau dimuat turun di laman web www.perkeso.gov.my atau menghubungi talian 03-42575755 untuk pertanyaan.

Sumber: Bernama

Jarumemas: Tindakan yang bagus dan terbaik.