Thursday 12 April 2012

PAS KELANTAN NASIHATKAN UMNO 'JAGA' TUJUH KERUSI DUN BAIK-BAIK

KUALA LUMPUR, 11 April — Di sebalik keyakinan Umno-Barisan Nasional (BN) untuk menawan Kelantan, Timbalan Pesuruhjaya III PAS negeri Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti Melayu terbesar itu “dikira cukup baik” jika dapat mempertahankan tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi empat tahun lalu pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Jelas beliau, sukar untuk Umno-BN Kelantan untuk merampas kerajaan negeri pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.

“Saya cakap pandangan peribadi saya, kalau Umno dapat mempertahankan tujuh kerusi itu sudah dikira cukup baik bagi Umno,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Ada kemungkinan kita boleh ambil balik, kalau tidak semua kerusi, satu atau dua kerusi boleh ambil kalau kena gaya.”

Berita selanjutnya...


Jarumemas: Pas pun kena jaga setiap kerusi DUN dan Parlimennya. Pas juga kena menetapkan pendiriannya kerana kalau silap langkah DAP yang seperti 'buaya lapar' tu dan PKR yang 'tak berapa nak 'Bersih' tu, senang aje kuis Pas keluar dari pakatan pembangkang.

AMBIGA-ANWAR: 'SEMOGA SEGALANYA BERSIH'...

ambiga-anwar513_513_300

Ibaratnya …Sang gajah sedang tertawa berguling-guling melihat telatah sesetengah manusia. Siapa tahu mungkin gambar diatas ini pun boleh menjadi sumber inspirasi untuk geletek mindanya. Apa lagi ada perumpamaan popular yang mengaitkan binatang itu berbunyi: kuman di seberang laut nampak…tapi gajah depan mata tidak kelihatan.

Bersih…jangan siapa pertikai tentang bersih. Bukankah kebersihan menjadi ajaran setiap agama. Maka ia wajib menjadi pegangan setiap insan. Cuma ada yang sikit ragu dan nak bertanya Datuk S Ambiga apakah prespektif beliau tentang istilah ‘bersih’.

Soalan ini dikira amat relevan kerana beliau mengetuai apa yang dinamakan BERSIH. Kalau namanya sudah BERSIH tentu ramai yang nak tahu sejauh mana beliau menghalakan teropongnya untuk memastikan segalanya bersih.

Cukupkah bersih setakat proses pilihanraya yang kononnya diperjuangkan oleh BERSIH? Bukankah bersih pilihanraya juga ada hubungkait dengan moral seseorang pemimpin. Bagaimana kalau ada pemimpin yang diragui bersih turut bertanding? Kalau Ambiga merasa ragu-ragu mengenai ertikata bersih dalam kontek itu beliau tidak harus segan untuk mendapat pedoman dan nasihat dari Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Jarumemas: Setuju dengan tulisan artikel ini.

KAHIRY DAKWA PAS, DAP TAK SETUJU MANSUH PTPTN

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan langkah PKR untuk menghapuskan hutang yang ditanggung pelajar daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai tindakan populis untuk menang dalam pilihan raya akan datang.

Sedangkan, "janji manis dan tidak bertanggungjawab" itu tidak mendapat persetujuan daripada PAS dan DAP malah tidak dijadikan dasar bersama Pakatan Rakyat, dakwa MP Rembau itu lagi.

"Ia dibuat di atas pentas ceramah dan perincian (penghapusan hutang PTPTN) datang kemudian. Mereka tak fikir mengenai bagaimana nak tampung dan biayai hutang tersebut.

"Itu satu janji manis, cerita dongeng daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata terdesak untuk menang undi orang muda nampak kecenderungan kepada BN. Ini adalah langkah terdesak," katanya.

Baca seterusnya....

Jarumemas: Anwar yang janji nak hapuskan demi kelangsungan politiknya sendiri. PAS dan DAP pun tak bunyi apa-apa menyokong kenyataan Anwar.